You are on page 1of 2

Melihat bagaimanakah guru boleh memainkan peranan di sekolah bagi mencapai hasrat pembinaan negara bangsa dalam konteks

Satu Malaysia.
Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa

2.
Meningkatkan Perpaduan Kaum Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program kokurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen perpaduan dapat diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak, bola jaring, hoki, bola baling, bercerita, nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara kaum dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan sendirinya. 1. 1. Penerapan Nilai Murni

Guru-guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua matapelajaran yang diajar Penerapan nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik murid-murid agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Fungsi utama pendidik ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Guru perlulah memainkan peranan Yang penting adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang akan

agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik agar objektif mata pelajaran ini tercapai untuk menjayakan pembinaan Negara Bangsa. Rumusan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Guru diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana perpaduan perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar ianya menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia. Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam teras Membina Negara Bangsa ini telah dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya, supaya Negara Bangsa Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru mempunyai peranan utama untuk membentuk anak-anak bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam matlamat pembinaan Negara Bangsa.

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

You might also like