You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

NAMA NO. MATRIX NAMA NO. MATRIX NAMA NO. MATRIK : AZLAN HAFITH BIN BAHARUDIN : IPGKB : D20M-1206-0485 : ROSLIZAM BIN ZAKARIA : IPGKB : D20M-1206-0489 : MOKHTAR BIN SIDEK : IPGKB : D20M-1206-0487

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

SYARAHAN

PENGENALAN SYARAHAN DEFINISI SYARAHAN


Syarahan adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti komunikasi sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan. Syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar.

CIRI-CIRI SYARAHAN Syarahan mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti berikut: Pembuka kata Pembuka kata merupakan penghargaan kepada para hadirin atau tetamu dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan.

Menarik minat dan membina keyakinan pendengar Bahagian ini merupakan pendahuluan kepada isi syarahan. kebiasaanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu dinyatakan dalam bahagian ini.
Isi Isi merupakan bahagian terpenting dalam syarahan dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.

Penutup isi Penutup isi merupakan kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang telah dinyatakan syarahan yang telah disampaikan. Penutup syarahan Penutup ini merupakan bahagian yang terakhir dalam sesuatu syarahan, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan yang disampaikan mendatangkan manfaat kepada penonton.

TUJUAN SYARAHAN
Kebiasaannya syarahan disampaikan dengan tujuan tertentu. Antaranya adalah seperti berikut : Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk yang disampaikan.

Memberitahu penonton atau hadirin yang hadir tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau isu semasa yang menarik hati.

Melahirkan keyakinan dalam diri pendengar tentang pendirian pemidato terhadap sesuatu perkara.

Mempengaruhi penonton atau hadirin supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu isu yang penting.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like