You are on page 1of 22

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

1
Pengenalan

Puisi tradisional bukanlah hiburan semata-mata, tetapi ia mempunyai unsur pengajaran dan
didikan malah pengaruhnya begitu luas lagi mesra, berkesan dan mempunyai pertalian
yang erat dengan kehidupan ritual masyarakat Melayu. Jesteru itu puisi tradisional ini amat
sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Menurut
Harun Mat Piah ( 2000) , Secara analisis, istilah-istilah lama, tradisional, dan klasik
sesungguhnya dapat dirujuk penggunaannya berdasarkan tiga ukuran yang berbeza, tetapi
saling melengkapi iaitu zaman, bentuk dan ciri. Zaman lama, zaman kuno atau purba
berbeza daripada zaman moden, baru atau mutakhir. Dengan demikian sastera lama
berbeza daripada sastera moden, puisi baru, atau kesusasteraan Melayu mutakhir.
Pengkelasan genre puisi Melayu tradisional seharusnya dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema
dan fungsi. Harun Mat Piah (2000) merumuskan bahawa berdasarkan faktor-faktor
tersebut, terdapat 12 genre puisi Melayu tradisional, iaitu:
1. Pantun
2. Syair
3. Nazam
4. Gurindam
5. Seloka
6. Teka-teki

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

2
7. Peribahasa berangkap
8. Teromba
9. Talibun ( atau sesomba )
10. Prosa berirama atau prosa lirik
11. Mantera
12. Dikir atau zikir
Walaubagaimanapun, kumpulan kami akan memfokuskan kepada dua jenis teknik
pengajaran puisi tradisional iaitu pantun dan syair.

Definisi Puisi Tradisional


Puisi Tradisional adalah karangan berbaris-baris atau berangkap yang tersusun dengan
kemas, cantik dan poetik bagi meluahkan sesuatu perasaan, fikiran, sikap, idea, emosi,
mood, semangat atau kepercayaan seseorang dengan tujuan untuk menyampaikan sesuatu
motif dan maksud yang tertentu( Md Ali Bin Bachik, 1989,).

Karangan berangkap khas dipakai untuk idea yang baik, bahasa yang indah dan melukiskan
kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran cantik ini perkara tersebut akan
menjadi bertambah menarik kepada hati orang yang mendengarnya. (Zaba, 1962)
Bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan
tradisional. Dalam segala sifat kekentalannya, puisi setelah dibaca akan menjadi kita lebih
bijaksana. Bukan puisi namanya andainya ia tidak berupaya membijaksana pembaca.
(Muhammad Hj Salleh, 1988)

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

Definisi Teknik.
Teknik ialah tindakan melaksanakan kedah yang telah dirancang oleh guru sepenuhnya. Ia
adalah pelaksanan sebenardi dalam bilik darjah. Teknik apabila direalisasikan di dalam
bilik darjah menjadi aktiviti.
Teknik ialah satu kemahiran cara melaksanakan penyampaian bahan-bahan
pengajaran kepada para pelajar. Biasanya teknik diertikan sebagai satu muslihat atau
strategi atau satu taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang
maksimun pada waktu pengajaran.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional.


Terdapat pelbagai jenis teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar puisi
tradisional. Apa sahaja teknik yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap pelajar dan
yang pentingnya merangsang, menarik minat dan membolehkan pelajar memahami apa
yang dipelajari. Untuk itu, kumpulan kami akan memberi tumpuan kepada teknik
pengajaran pantun dan syair.

1. Pengajaran Pantun

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

4
Berbagai-bagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran seperti yang disarankan dalam
pelajaran-pelajaran yang terdahulu boleh digunakan dalam pengajaran pantun. Ishak Ramly
(1987) menggunakan pendekatan 'mengalami-menghayati'

semasa pengajarannya.

Kesannya pendekatan mengalami-menghayati mempunyai berbagai-bagai sifat positif


daripada segi sikap, kognitif dan apresiasi terhadap pantun. Pelajar begitu berminat serta
bersikap positif dan pencapaian mereka juga semakin meningkat dari masa ke semasa.
Pelajar mula berasa sedar bahawa melalui pantun mereka dapat melihat keadaan
dan bentuk masyarakat, budaya, nilai dan pemikiran orang-orang Melayu lama. Mereka
dapat melihat betapa indah dan halusnya masyarakat Melayu dengan kesopanan dan
kesantunannya, nilai-nilai budi juga unsur-unsur lahiriah dan batiniah yang halus dan luhur
Dalam pengajaran dan pembelajaran pula, apabila beberapa rangkap pantun
diperkenalkan dan dibaca oleh pelajar, pelajar mampu menghubungkan hasil karya pantun
dengan maksud, kedudukan dan realiti masyarakat melayu lama.

1.1

Teknik berbalas pantun.

Teknik ini sesuai untuk mengajar puisi tradisional iaitu pantun. Teknik ini amat menarik
minat pelajar kerana melibatkan perbuatan saling berpantun. Teknik ini menggalakkan
murid-murid berfikir secara kreatif dan pantas untuk menggunakan bahasa yang padat dan
jitu selain menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Langkah-langkahnya:
i.

Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan pelajar mengikut pelbagai


kebolehan.

ii.

Seorang penjaga masa dilantik.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

5
iii.

Sembilan orang peserta daripada setiap kumpulan dikenal pasti.

iv.

Setiap kumpulan diminta menyediakan sembilan rangkap pantun untuk dijual.

v.

Guru perlu menjelaskan bahawa pantun hendaklah dibeli secara spontan.

vi.

Sesiapa sahaja daripada setiap kumpulan boleh membeli pantun.

vii.

Guru menyusun kedudukan kumpulan semasa pertandingan.

viii.

Guru menyediakan pita rakaman lagu instrumental.

ix.

Guru menyediakan format, peraturan pertandingan, pemarkahan dan masa.

1.2 Teknik Pembentukan Perbendaharaan Kata Yang Sama Rima.


Pantun yang baik harus mempunyai rima yang baik. Seseorang itu perlulah mempunyai
perbendaharaan kata yang luas supaya boleh memilih beberapa perkataan yang sama rima
di suku kata akhirnya. Guru mulakan latihan yang disebut Medan Kata Berima dengan
menuliskan di papan hitam satu patah perkatan misalnya, budi. Pelajar secara individu
dikehendaki memberi seberapa banyak kata-kata yang berima dengan budi.
Contoh :
sudi
lidi

keladi
baldi

nadi
tadi

Langkah-langkahnya:
i.

Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan.

ii.

Guru menulis perkataan di papan hitam.

iii.

Setiap ahli kumpulan menulis seberapa banyak perkatan yang berima sama.

iv.

Masa diperuntukkan selama dua minit.

v.

Kumpulan yang menda[pat paling banyak dianggap pemenang.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

6
1.3

Teknik mencari makna perkataan.

Guru boleh merangsangkan minat pelajar untuk mencari makna perkataan dengan tepat
dalam aktiviti kuiz. Di sini, guru harus mementingkan kejituan makna perkataan agar
murid dapat membiasakan diri dengan penggunaan perkataan yang tepat semasa
mengarang pantun kelak.
Langkah-langkahnya:
i.

Bahagikan kelas kepada empat kumpulan.

ii.

Guru membacakan peraturan kuiz.

iii.

Guru membacakan soalan untuk kumpulan pertama dan mana-,mana


peserta dalam kumpulan tersebut boleh menjawab. Jawapan yang tepat
daripada orang pertama , diberi dua markah. Jika jawapan salah, peluang
diberi kepada orang lain dalam kumpulan. Kali ini, satu markah sahaja
diberi untuk jawapan yang tepat.

Contoh Soalan Tepat


Beri makna sesak

Contoh Jawapan Tepat


Contoh Jawapan Tidak Tepat.
Keadaan terlalu penuh Ramai

Beri makna luntur

dan berasak-asak.
Berubah atau bertukar

1.4

Hilang

Teknik Memberi Makna Frasa.

Teknik ini dijalankan secara kuiz. Pelajar dikehendaki memberi makna yang tepat kepada
frasa yang diberi. Guru boleh memilih frasa yang berkaitan dengan alam semulajadi seperti
nama haiwan, nama tempat kejadian, keadaan alam dan unsur-unsur cuaca.
Langkah-langkahnya:
i.

Bahagikan kelas kepada empat kumpulan.

ii.

Guru membacakan peraturan kuiz.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

7
iii.

Guru membacakan soalan untuk kumpulan pertama dan mana-mana peserta


dalam kumpulan tersebut boleh menjawab. Jawapan yang tepat daripada
orang pertama, diberi dua markah. Jika jawapan salah, peluang diberi
kepada orang lain dalam kumpulan. Kali ini, satu markah sahaja diberi
untuk jawapan yang tepat.

Contoh:
Frasa
Angin yang bertiup kencang
Membawa barang-barang dengan kain sarung.
Suasana (udara) yang segar
Tanah rendah antara gunung-ganang
Bahagian depan rumah yang bersambung dengan ibu rumah.

1.5

Makna Yang Tepat.


Ribut
Kendong
Nyaman
Lurah
Serambi

Teknik Mengisi Baris-baris Maksud.

Antara ciri keindahan pantun ialah susunan kata-kata dalam maksud pantun. Oleh kerana
langkah membentuk maksud penting dalam mengarang pantun, murid-murid eloklah
dibiasakan dengan menulis maksud terlebih dahulu sebelum merangka pembayangnya
Langkah-langkahnya:
i.

Guru membahagikan pelajar kepada empat orang satu kumpulan.

ii.

Guru memberikan tema pada hari itu, contohnya ; tema pencemaran alam.

iii.

Jelaskan kepada pelajar maksud yang ingin disampaikan.

iv.

Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk merangka maksud pantun


berpandukan kawalan rima dan bilangan suku katanya.

v.

Pelajar membentangkan di hadapan kelas maksud pantun yang dibina.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

8
1.6 Teknik Mengisi Pembayang Maksud.
Setelah pelajar-pelajar menguasai kemahiran maksud pantun, guru bolehlah beralih
kepada latihan mengisi baris-baris pembayang. Kejituan dan keindahan bahasa serta rima,
penting diambil kira dalam mengarang baris pembayang ini. Guru hendaklah menjelaskan
kesesuaian pemilihan perkataan yang sama rima bagi baris 1 dan 3, akhirnya 2 dan 4.
Misalnya belayar dengan bayar dan peti dengan mati.
Contoh:
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

baris 1
baris 2
baris 3
baris 4

Langkah-langkahnya:
i.

Guru membahagikan pelajar kepada empat orang satu kumpulan.

ii.

Guru memberikan maksud pantun.

iii.

Jelaskan kepada pelajar pembayang yang akan dibina.

iv.

Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk merangka pembayang pantun


berpandukan kawalan rima dan bilangan suku katanya.

v.

Pelajar membentangkan di hadapan kelas pembayang pantun yang dibina.

2. Pengajaran Syair
Syair adalah hasil sastera tradisi yang unik. Sesebuah hasil syair memperlihatkan satu
kesatuan isi yang telah digarap melalui bahasa yang puitis serta mengikut bentuk-bentuk
tertentu. Guru boleh menggunakan berbagai-bagai pendekatan yang sesuai dengan
kehendak kognitif dan afektif sekali gus dalam proses pengajaran syair. Antaranya

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

9
menggunakan pendekatan berfokus, gabungan pendekatan struktural dan pendekatan
mengalami menghayati. Maksudnya pelajar berupaya memahami dan mengikuti
perkembangan emosi serta kejiwaan melalui pembacaannya. Oleh itu guru dan pelajar
harus dapat menguasai teknik dan aras bacaan apresiasi. Aras ini lebih menekan kepada
bacaan bagi mencari makna dan nikmat kejiwaan.

2.1

Teknik Melagukan Syair.

Bertujuan memperkenalkan syair sebagai sebuah puisi. Matlamat akhirnya adalah


membolehkan pelajar-pelajar menghayati syair sebagai puisi tradisional. Oleh itu, pelajarpelajar diberi peluang menikmati syair sebagai satu keseronokkan dalam pembelajaran.
Langkah-langkahnya:
i.

Penyediaan bahan guru memilih atau mengarang syair yang sesuai dengan
tahap pencapaian pelajar. Lirik syair diedarkan. Lebih baik jika syair ini
dirakamkan berserta iringan muzik sebagai satu tarikan kepada pelajar.

ii.

Pengenalan syair syair diperdengarkan kepada pelajar-pelajar sama ada


dilagukan oleh guru sendiri atau melalui rakaman.

iii.

Latihan sebutan guru meminta pelajar-pelajar membaca lirik syair tanpa lagu
bagi memastikan mereka dapat menyebut perkataan dengan betul.

iv.

Latihan melagukan guru memperdengarkan syair sekali lagi manakala pelajar


ikut melagukan secara perlahan , berkumpulan dan individu mengikut irama
yang sesuai.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

10

2.2

Teknik Bercerita.

Teknik bercerita seperti seorang panglipulara merupakan satu teknik yang menarik. Sebagai
contohnya dengan dibantu menggunakan satu alat muzik yang ringkas seperti rebana guru
akan bercerita mengenai kehebatanan individu atau sesuatu peristiwa dan diikuti pula
dengan bacaan syair sebagai mengindahkan lagi suasana penceritaan. Teknik ini mungkin
sukar bagi guru untuk bercerita secara spontan tetapi ianya boleh dirakamkan terlebih
dahulu dalam pelbagai media elektronik. Selepas mengalunkan syair pelajar dikehendaki
menceritakan dalam bentu cerita ringkas Langkah-langkah pengajaran yang berikut
menunjukkan penggunaan syair dalam aktiviti lisan bercerita.
Langkah-langkahnya:
i.

Memilih syair guru menentukan syair yang sesuai dengan objektif aktiviti
pengajaran dan pembelajaran . Sebaik-baiknya guru memilih syair jenis cerita.

ii.

Melagukan syair syair dilagukan oleh guru atau diperdengarkan melalui


rakaman. Pelajar diminta mendengar dengan teliti sambil mencatatkan cerita
yang terkandung dalam syair. Pelajar boleh berbincang secara berpasangan atau
dalam

kumpulan

kecil

tentang

jalan

cerita

dan

bagaimana

untuk

menceritakannya kembali dalam bentuk prosa.


iii.

Bercerita bila pelajar sudah bersedia, mereka diminta menceritakan kembali


cerita yang terdapat dalam syair. Teknik bercerita hendaklah dijalankan
mengikut cara-cara yang betul.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

11

2.3 Teknik pemahaman.


Syair juga boleh digunakan untuk menguji kefahaman pelajar-pelajar. Langkah-langkah
yang berikut menunjukkan salah satu daripada cara penggunaannya.
Langkah-langkahnya:
i.

Melagukan syair syair yang dipilih sebagai bahan dilagukan untuk dihayati
oleh pelajar-pelajar.

ii.

Perbincangan untuk pemahaman pelajar diminta membaca lirik dan cuba


memahami maksudnya. Perbincangan boleh dilakukan secara kelas atau
berkumpulan. Aspek-aspek yang boleh dibincangkan ialah erti perkatan, soalansoalan kefahaman dan juga nilai-nilai murninya.

iii.

Soal jawab secara lisan atau bertulis setelah pelajar selesai berbincang, pelajar
diminta menjawab soalan-soalan secara lisan atau bertulis.

2.4 Teknik tatabahasa.


Pengajaran tatabahasa dilakukan secara tidak langsung. Guru boleh menggunakan aktiviti
syair dalam pengajaran tatabahasa. Pelbagai aktiviti boleh digunakan untuk menerapkan
pengajaran tatabahasa ini.
Langkah-langkahnya:
i.

Melagukan syair syair masih perlu dilagukan untuk tujuan penikmatan dan
penghayatan rangsangan dan pengukuhan.

ii.

Menggolongkan perkataan berdasarkan lirik syair, pelajar boleh diminta


menggolongkan perkataan-perkataan kepada kata nama, kata adjektif , kata

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

12
kerja dan kata tugas. Guru meminta pelajar mencari satu golongan kata atau
keempat-empatnya mengikut keupayaan pelajar.
Contoh:
Hari Raya
Ayah ibu saya dapatkan,
Ampun maaf saya pohonkan,
Silap salah yang dilakukan,
Agar hidup diberkati Tuhan.
Penggolongan Kata
Kata Nama
Ayah
Ibu
Saya
Ampun
Maaf
Hidup
Tuhan
Silap
Salah

Kata Kerja
Dapatkan
Pohonkan
Dilakukan
Diberkati

Kata Tugas
Yang
Agar

2.5 Teknik Lakonan


Teknik lakonan boleh digunakan untuk mengajar syair. Teknik ini amat menarik minat
pelajar. Syair yang digunakan dalam lakonan ini hendaklah mengandungi episod-episod
yang boleh dilakonkan. Epsiod-episod ini boleh dilakonkan berselang-seli dengan syair
atau dipersembahkan sebagai taridra.
Langkah-langkahnya.
i.

Pilih syair yang mengandungi episod-episod yang boleh dilakonkan, contohnya


syair jenis cerita.

ii.

Menentukan pelajar yang boleh melagukan syair dengan intonasi yang baik.
Pelajar boleh menyampaikan syair secara bergilir-gilir.
Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

13
iii.

Mengenal pasti episod-episod penting dalam syair yang boleh dilakonkan.


Persembahan lakonan ini mestilah mengikut prosedur mempersembahkan
lakonan.

iv.

Mengadakan latihan bagi pelajar yang akan melagukan syair dan kumpulan
pelakon. Latihan bagi kedua-dua kumpulan boleh dilakukan secara berasingan
pada awalnya. Setelah kedua-dua kumpulan dapat memainkan peranan dengan
baik, barulah diadakan latihan secara bergabung.

v.

Lakonan dan syair dipersembahkan. Semasa persembahan , penyair boleh


berada di satu sudut pentas kerana fokus penonton adalah kepada persembahan
lakonan. Syair yang dilagukan dengan iringan muzik hanya merupakan suara
latarbagi persembahan lakonan itu.

Kesimpulan
Apa sahaja teknik pengajaran Puisi Tradisional yang digunakan oleh guru sesuai sekiranya
ia dapat menarik minat pelajar. Apa yang penting, minat pelajar yang dibina oleh guru dan
inisiatif guru sendiri dalam mencari teknik-teknik pengajaran yang baik dan menarik.

Rujukan
Annas Haji Ahmad, (1982), Sastera Melayu Lama Dan Baru , Selangor : International
Book Service.
Azman Wan Chik, (1981) Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan
Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd.
Hashim Awang, (1984) Teman Pelajar Kesusasteraan,Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

14
Bhd.
Harun Mat Piah , (1989), Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ishak Ramly, (2003), Teknik Mengajar Sastera, Pahang Darul Makmur : PTS Publication
& Distributor Sdn. Bhd.
Kamaruddin Hj. Huson,(1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan, Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn.
Rahman Shaari dan Mohd. Fauzi Hj. Masurrori, (1988) Rangkaian Puisi Klasik. Kuala
Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah, Bahasa Malaysia, (1998), Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

15

RANCANGAN PELAJARAN
Mata pelajaran : Kesusasteraan Melayu
Tajuk

: Memahami dan menghayati pantun 'Budi'.

Tingkatan

:4

Masa

: 40 minit

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

16
Hasil Pelajaran : Pada akhir pelajaran pelajar-pelajar dapat :
i. Pelajar-pelajar dapat memahami dan menghayati pelajaran
pantun secara keseluruhan dengan mendalam.
ii. Membaca pantun dengan betul dan dapat merasakan keindahannya.
iii.Memberi makna pembayang dan maksud pantun 'Budi'.
HPU

: Aras 1:
i)

Menyatakan jenis pantun

ii)

Menyatakan ciri pantun

iii)

Menyatakan peranan pantun dalam masyarakat

Pengetahuan sedia ada : Pelajar-pelajar sudah mempelajari pengertian pantun, jenis serta
ciri-ciri pantun.
Alat bantu mengajar:

i. Klip Video Bujang Senang


ii. Pita rakaman-contoh pantun 'Budi'.
iii. Nota edaran:
a. Pantun 'Budi' yang akan dibincangkan di dalam bilik
darjah (lihat Lampiran 1).
b. Pantun yang dianalisis sendiri oleh pelajar sebagai
tugasan lanjutan.
iv. OHP- transparensi yang menunjukkan:
a. Beberapa tajuk keratan akhbar.
b. gambar bahan-bahan terbuang.

Penerapan Nilai :

i. Berbudi bahasa

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

17
ii. Berani
iii.Menghargai alam

MASA/LANGKAH

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

CATATAN/
NILAI/ABM

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

18
INDUKSI SET

1. Guru menayangkan klip video

1. Murid menonton klip video

(5 minit)

Bujang Senang
2. Guru bersoal jawab berasaskan

yang ditayangkan.
2. Pelajar memberi respon

klip video yang ditayangkan.


3. Guru kaitkan set induksi
dengan pengajaran hari ini.
AKTIVITI
PENGEMBANGAN
Langkah 1
(10 minit)

1.Guru menjelaskan kepada murid


tajuk hari ini.
2.Guru mengedarkan nota edaran
pantun 'Budi'. Pelajar diminta
membaca dengan senyap sambil
menandakan rima tengah dan
rima akhir setiap bans serta
unsur-unsur alam yang terdapat
dalam pantun tersebut.
3. Semasa murid membaca guru

Klip video Bujang


1. Murid membaca serta

Senang
Penerapan Nilai :

menandakan rima tengah, rima

Berbudi Bahasa

akhir serta unsur-unsur alam.

Berani

2. Seorang murid membaca dan


murid lain mendengar.
3. Jawapan murid :

ABM :

Seronok. Mengapa ?

Nota Edaran

Tidak seronok. Mengapa ?


4. Jawapan murid :
Ya.
5. Jawapan murid :

menuliskan tajuk pelajaran di

Keindahan dari segi :

KBKK :

papan hitam.

i. pemilihan kata-kata mudah.

Interpretasi Bahan

4.Guru meminta beberapa orang


murid membaca pantun tersebut.
5.Guru menyoal bagaimana

ii. bunyi rima yang sama.


iii. melibatkan unsur alam.
iv. maksud yang hendak

perasaan murid mendengar rakan

diperkatakan disampaikan

mereka membacakan pantun

secara halus.

tersebut.
6.Adakah pantun itu indah?
7.Guru menyoalkan lagi mengapa
Langkah 2
(10minit)

pantun itu dikatakan indah.


1. Guru meminta murid
memerhatikan semula rangkap 1.

1. Murid memberi perhatian.


2. Jawapan murid:

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

Penerapan Nilai :

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

19
a. padi

Berbudi pada

yang terdapat dalam baris 1 dan

b. nanas

tanah

baris 2.

3. Jawapan murid:

2. Guru menanyakan apakah alam

3. Guru meminta murid memberi


makna kedua-dua baris tersebut.
4. Guru menuliskan makna yang
murid berikan di papan hitam.
5. Guru menayangkan transparensi
mengenai keratan tersebut.

Memberi makna kedua baris


mengikut kefahaman sendiri.
4. Murid memberi perhatian.

ABM :

5. Jawapan murid:

Nota Edaran

Sesuai. Mengapa?

Transperensi

Tak sesuai. Mengapa?

Keratan akhbar

6. Guru diminta mengaitkan


kejadian tersebut dengan baris 4
dalam rangkap 1.
7. Guru menyoal murid sama
ada pantun tersebut sesuai
untuk zaman ini

KBKK :

berdasarkan keratan akhbar tadi.

Interpretasi Bahan

8. Berdasarkan apa yang sudah


dibincangkan guru meminta
salah seorang murid memberikan
makna keseluruhan bans 3 dan 4
pantun tersebut.

Langkah 3
(10 minit)

1. Selepas murid memahami


rangkap 1, guru mengarahkan
murid meneliti rangkap 2 pula.
2. Guru meminta murid

1. Jawapan murid:

Penerapan Nilai :

a. bunga melati.

Menghayati Alam

b. bunga seroja.

sekitar

2. Jawapan murid

menamakan dua unsur alam


dalam pantun tersebut.

3. Murid memerhati.

3. Guru bertanya kepada murid


Teknik Mengajar Puisi Tradisional

ABM :
Nota Edaran

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

20
secara lebih lanjut mengenai

4. Murid memberi pendapat.

Transperensi

pokok-pokok tersebut daripada


5. Murid menjawab.

segi;
-bentuk, warna dan saiz
-tempat ia sesuai ditanam.
Mengapa?

6. Murid menjawab dengan


memberikan alasan.

KBKK :
Pengelasan warna

4. Sebelum beralih ke baris


seterusnya, guru menarik
perhatian murid kepada
transparensi-besi buruk yang
terbiar.
5. Guru mermnta pendapat adakah
mereka akan gembira sekiranya
barang-barang tersebut diberikan
kepada mereka.
6. Berdasarkan jawapan murid, guru
menyoal sama ada apa yang
pengarang cuba sampaikan dalam
baris 3 benar atau tidak.
7. Guru menyoal murid sama ada
mereka bersetuju atau tidak dengan
maksud baris 4.
PENUTUP
(5 minit)

1. Guru membantu murid membuat

1. Jawapan murid.

kesimpulan apa yang sudah


dipelajari.
-Untuk melihat keindahan sesuatu
pantun kita perlu meneliti daripada
pelbagai sudut. Apakah dia?
-Setiap pantun yang dicipta oleh
nenek moyang kita dahulu
Teknik Mengajar Puisi Tradisional

Lagu Joget
Malaysia

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

21
mempunyai makna dan pengajaran
yang tertentu.

Lampiran 1 Pantun Budi


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Penat sahaja menanam padi,
Nanas juga ditanam orang,
Penat sahaja mananam budi,
Emas juga dipandang orang.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke. Tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nakjunjung.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu

22
Saya tidak menanam nanas,
Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang soya cari.
Pisang emas bawa ke Bentan,
Masak sebiji di atas panggung,
Hutang emas berganti intan,
Hutang budi badan menanggung.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional

You might also like