You are on page 1of 21

PERKHEMAHAN BERSAMA PASUKAN BADAN UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH MENENGAH AGAMA IHYA UL ULUM AD DINIAH TAHUN 2015

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Perkhemahan Bersama Badan Beruniform Sekolah Menengah Agama Ihya


Ul Ulum Ad Diniah merupakan satu usaha untuk memupuk semangat
kerjasama di kalangan anggota pasukan badan beruniform.

1.2 Aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada aspek kecergasan dan
ketahanan diri anggota ketika mengaplikasikan teori yang telah dipelajari
dalam pelbagai aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal seperti jalan
lasak,kawad kaki,merentas halangan dan permainan tradisional.

1.3 Selaras dengan kehendak YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan
1 Malaysia dimana semua pelajar yang berbilang bangsa dapat duduk
bersama untuk menjalankan aktiviti perkhemahan.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Perkhemahan ini akan diuruskan oleh guru-guru Pasukan Badan Beruniform
Sekolah Menengah Agama Ihya Ul Ulum Ad Diniah bersama urusetia yang
dilantik dari kalangan pelajar.Selain itu,pihak penganjur juga melantik satu
orang jurulatih mengikut kepakaran bagi membantu pelaksanaan aktiviti.

2.2 Sasaran perserta ialah semua pelajar sekolah seramai 150 peserta putera
dan puteri.Aktiviti yang akan dijalankan adalah berdasarkan aktiviti
perkhemahan.
3.0 RASIONAL

3.1 Memberi peluang seluas-seluasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri


dalam Pasukan Pakaian Seragam.

3.2 Adalah diharapkan aktiviti pasukan badan beruniform dapat membantu


mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti
merokok,gensterism,ponteng sekolah,membuang masa dan juvana.

3.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan
satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang
dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

3.4 Aktiviti perkhemahan diharapkan dapat mengembangkan semua aspek


potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal kearah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral
yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan generasi yang mengetahui,memahami,menghayati,dan


mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan ,memiliki ketrampilan


diri,berdaya saing,bersemangat juang,kretif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup.

4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman,kesedaran dan kepekaan di


kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan
integrasi nasional.
4.4 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama,bangsa,dan
negara.

4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan


,pengalaman,kemahiran,kebolehan mengurus dan memimpin.

5.0 JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS GURU SEPANJANG PERKHEMAHAN


PERDANA UNIT UNIFORM 2015

5.1 PERLAKSANAAN

5.1.1 TARIKH

12 Okt hingga 14 Okt 2015

5.1.2 TEMPAT

Pusat Kegiatan Kokurikulum Daerah Kota Setar, Kuala Sala, Kedah

5.1.3 PERASMI

Pengetua Sekolah Menegah Agama Ihya Ul Ulum Ad Diniah

5.2 JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN ZAKARIA

PENGERUSI : EN. AZLAN HAFITH BIN BAHARUDDIN

SETIAUSAHA : EN.KHAIRUL ANUAR BIN A RAZAK

NAIB SETIAUSAHA : EN. OMAR BIN SAAD

BENDAHARI :
AJK :

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Rujuk lampiran jadual 3

6.0 SASARAN

6.1 Setiap pasukan perlu menghantar sejumlah kadet Putera dan Puteri untuk
menyertai perkhemahan ini.(rujuk jadual dibawah)
6.2 Kategori pemilihan perserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada
anggota jyang bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan yang dijalankan di
peringkat sekolah.
6.3 Peserta hendaklah mempunyai kemahiran dan pengetahuan berkaitan aktiviti
perkhemahan serta sihat tubuh badan.

7.0 PENYERTAAN

Bil PASUKAN PUTERA PUTERI JUMLAH


1 KADET REMAJA 54 20 74
SEKOLAH MALAYSIA
4 BULAN SABIT MERAH 20 31 51
MALAYSIA
5 PUTERI ISLAM - 32 32
JUMLAH 157

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran jadual 1


9.0 AKTIVITI
9.1 Integrasi
9.1.1 Ikhtiar hidup
9.1.2 Tali-temali
9.1.3 Bantu mula
9.1.4 Jalan lasak
9.1.5 Rempuh halangan
9.1.6 Permainan kerjasama
9.1.7 Orienteering
9.1.8 Riadah-sukaneka & permainan tradisional

9.2 Pertandingan

9.2.2 Search and cook challenge

9.2.2 Persembahan

9.2.3 Pertandingan kawad terbaik

10.0 MAKAN MINUM

Makan dan minum akan disediakan oleh pihak penganjur .

10.0 PAKAIAN DAN KETERAMPILAN PESERTA

Semua perserta dikendaki memakai pakaian yang sopan dan bersesuian dengan
aktiviti.

11.0 PENYERTAAN

Setiap pasukan perlu menghantar borang penyertaan peserta dengan lengkap


dan hantar kepada JK Pendaftaran
12.0 SURAT KEBENARAN

Setiap peserta diwajibkan mengisi borang kebenaran waris dan ditandatangani


oleh ibubapa atau waris.Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada JK
Pendaftaran semasa mendaftar.Peserta yang gagal menyerahkan borang
kebenaran waris TIDAK DIBENARKAN menyertai perkhemahan ini.

14.0 PERALATAN YANG PERLU DIBAWA


14.1 Bag pack
14.2 T.Shirt unit
14.3 Keperluan kemasan diri
14.4 Pakaian riadah
14.5 Ubatan peribadi
14.6 Pakaian solat
14.7 Lampu suluh
14.8 Fly sheet & ground sheet
14.9 Semua peralatan yang difikirkan perlu semasa perkhemahan

15.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 2

16.0 PERATURAN
16.1 ARAHAN UMUM

16.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan


menyeluruh.Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelancaran
dan keberkesanan aktiviti sepanjang perkhemahan.
16.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Komandan Kem /Timbalan
Komandan Kem /Pihak urusetia menurut ketetapan yang sedia
ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan.
16.1.3 Semua peserta dikendaki mengikut semua aktiviti yang telah
ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran.
16.1.4 Peserta perlu mengikuti arahan disetiap lokasi dalam kumpulan
masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan
arahan.
16.1.5 Semua peserta adalah diwajibkan untuk solat berjemaah .
16.1.6 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham antara unit
uniform terutama semasa aktiviti yang dipertandingkan.Sentiasa
mrngekalkan kemesraan bagi mengeratkan lagi silaturahim
dikalangan peserta, pemimpin dan guru.

PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Perdana Pasukan Badan


Beruniform Peringkat Sekolah Menengah Agama Ihya Ul Ulum Ad Diniah tahun
2015 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kearah kecemerlangan.Kerjasama
daripada guru dan semua pihak yang terlibat sangat diperlukan untuk
menjayakan hasrat murni pihak sekolah untuk membentuk sahsiah murid
melalui bidang kokurikulum.Adalah diharapkan juga dengan terlaksananya
perkhemahan ini dapat dijadikan sebagai wadah untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelektual dan spiritual.

Disediakan oleh Disemak oleh

.........

(KHAIRUL ANUAR BIN A RAZAK) (AZLAN HAFITH BAHARUDIN)

S/Usaha Ko-kurikulum 2015 Penolong Kanan Ko-kuriklum

Disahkan oleh

..

(HJ.ABD HAMID BIN ZAKARIA)


Pengetua
SMA Ihya Ul Ulum Ad Dniah
lampiran 2

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. Pengangkutan 2 buah Bas X RM 300.00 RM 600.00

2. Sarapan Pagi 180 orang X RM 1.50 X 3 hari RM 810.00

3. Makan Tengah Hari 180 orang X RM 5.00 X 3 hari RM 2700.00

4. Makan Malam 180 orang X RM 5.00 X 2 hari RM 1800.00

5. Minum Petang 180 orang X RM 1.50 X 2 hari RM 540.00

6. Sewa Tapak Khemah 30 Tapak X RM 5.00 RM 150.00

7. Challet 2 Buah X RM 100.00 X 2 hari RM 200.00

8. Bekalan Elektrik 2 Malam X RM 40.00 RM 80.00

9. Saguhati Penceramah Motivasi 1 orang X RM 150.00 RM 150.00

10. Saguhati Jungle Guider 2 orang X RM 50.00 RM 100.00

11. Rencam 80 Peserta X RM 2.00 RM 160.00

12. Hadiah 10 Kumpulan X RM 10.00 RM 100.00

JUMLAH RM 7390.00
lampiran jadual 1

8.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama : 12 Oktober 2015 (Khamis)

Masa Aktiviti Tindakan

2.00 ptg Peserta Melapor Diri AJK Urusetia

3.00 ptg Bertolak ke Kem Kuala Sala AJK Pengangkutan

4.30 ptg Dijangka sampai ke Tapak Perkhemahan

4.30 ptg Taklimat Komandan Kem

5.00 ptg Solat Asar

5.30 ptg Membina Model Pelan Lokasi dan Demo mendirikan


Khemah.

Persiapan Diri
7.00 mlm AJK Kerohanian /
Solat Maghrib, Kuliah / Moral dan Solat Isyak Moral

Ice Breaking (Pecah Bendungan)


9.00 mlm
Latihan Kebudayaan / Mesyuarat AJK En. Fazle bin Ismail
10.00 mlm
Night Walk / Burung Pungguk / Refleksi Cik Dashaini
11.00 mlm
En. Shukor bin Ahmad
Hari Kedua : 13 Oktober 2015 (Jumaat )

Masa Aktiviti Tindakan

5.00 pg Persiapan Diri

5.30 pg Solat Subuh, Kuliah Subuh / Moral AJK Kerohanian /


Moral
6.45 pg Doa, Lagu Patriotik dan Malaysia Cergas
\
7.30 pg Sarapan Pagi

8.00 pg Kembara Flora dan Fauna

9.30 pg Bantu Mula

11.00 pg Pertandingan Memasak

12.30 tgh Makan Tengah Hari / Solat Zuhur

1.00 ptg Cooperative Games

2.30 ptg Pertandingan Membuat Gajet dan Gubahan

4.00 ptg Ikhtiar Hidup

Minum Petang dan Solat Asar

5.30 ptg Aktiviti Air

7.00 mlm Persiapan Diri

7.15 mlm Solat Maghrib, Kuliah/Moral dan Solat Isyak

9.00 mlm Refleksi

10.00 mlm Persembahan Kebudayaan


Hari Ketiga : 14 Oktober 2015 (Sabtu

Masa Aktiviti Tindakan

5.00 pg Persiapan Diri

5.30 pg Solat Subuh, Kuliah Subuh / Moral

6.45 pg Doa, Lagu Patriotik dan Malaysia Cergas

7.30 pg Sarapan Pagi

8.00 pg Orientering / Compas Marching

10.00 pg Khidmas / Gotong Royong

11.00 pg Majlis Perasmian Penutup

Ucapan Tuan Pengetua SMAIUD

Ucapan Wakil PPD dan Perasmian Penutup

Penyampaian Hadiah dan Sijil

12.30 tgh Makan Tengah Hari

1.00 ptg Solat Zuhur

2.30 ptg Berkemas


Bertolak Balik
3.00 ptg
lampiran 3

AGIHAN TUGAS JAWATANKUASA

B PERKARA SEBELUM SEMASA SELEPAS

1. Urusetia Pendaftaran Menyediakan tempat Mengagihkan nama Menyerahkan


dan borang peserta kepada kepada Komandan
pendaftaran peserta. kumpulan yang telah Kem untuk
ditetapkan semakan.

2. AJK Pengangkutan Menempah 2 buah Memastikan bas tiba Setelah


bas, sebulan mengikut jadual dan menjelaskan wang,
sebelum tarikh peserta dibawa dalam sila dapatkan resit
perkhemahan keadaan selamat. bayaran daripada
pengusaha bas.

3. AJK Khemah Memastikan Khemah - Membuat demo - Peserta


Peserta dan Guru mendirikan khemah menanggalkan
dalam keadaan selama 30 minit. khemah dengan
sempurna dan Menekankan aspek cermat
mencukupi. keselamatan dan
- Memastikan
kualiti khemah.
khemah mencukupi.
- Peserta mendirikan
- Menyimpan
khemah sambil
semula ke dalam
dipantau oleh guru.
stor.
TUGAS JAWATANKUASA

B PERKARA SEBELUM SEMASA SELEPAS

4. AJK Kerohanian Menyediakan bahan - Menjadi Imam solat Melapor


kuliah ketidakhadiran
- Menyampaikan
peserta kepada
kuliah.
komandan.

5. AJK Moral Menyediakan bahan - Mengadakan aktiviti Melapor


Moral Moral kepada peserta ketidakhadiran
bukan Islam. peserta kepada
komandan.

6. AJK Ice Breaking - Memikirkan - Mengadakan Sessi - Menampal Logo


kandungan yang Perkenalan Lebih Erat dan Slogan ahli
sesuai untuk dalam kumpulan. pada sudut-sudut
dipersembahkan. yang sesuai.
- Mencipta Logo dan
- Menyediakan Slogan Kumpulan. - Bahan-bahan ini
peralatan aktiviti hendaklah
- Pastikan mengikut
seperti Alatulis, Kertas terpelihara hingga
arahan masa yang
Mahjung, Kertas akhir program.
telah ditetapkan.
Manila dan
sebagainya.
7. AJK Kebudayaan - Menyenarai nama - Memastikan Keputusan
Kumpulan dan suasana Malam dirahsiakan
merancang jenis Kebudayaan benar- sehinggalah
persembahan DUA benar hidup. penyampaian
minggu sebelum hadiah ketika Majlis
- Peserta
perkhemahan. Penutup.
menyampaikan
- Menyelaras dan persembahan dengan
melatih awal setiap yakin dan ada unsur
kumpulan kerjasama dalam
persembahan. kumpulan.

- Melantik para hakim.

8. Night Walk - Mengenalpasti - Peserta di dalam - Memastikan


laluan night walk yang keadaan tubuh badan jumlah ahli
selamat. yang sihat. kumpulan cukup.

- Menentukan - Memastikan jumlah - Membuat sessi


kedudukan peserta ketika Binding dan
Checkpoint. berlepas.
Rumusan.
- Mengagihkan tugas - Peserta dilarang
petugas yang bercakap.
menjaga Checkpoint
- Petugas checkpoint
sentiasa memeriksa
jumlah ahli kumpulan.
TUGAS JAWATANKUASA

B PERKARA SEBELUM SEMASA SELEPAS

9. Malaysia Cergas Merancang Aktiviti Mengendalikan Memulangkan


semula peralatan
Bacaan Doa
audio jika ada.
Lagu Patriotik

Senaman Pagi

Mengikut peruntukan
masa.

10. AJK Makanan - Merancang Bajet, - Memastikan bekalan - Sisa makanan


Kuantiti dan Kualiti makanan mencukupi. dibuang di dalam
Plastik Hitam.
Menu makanan. - Mengagihkan
makanan kepada - Lebihan makanan
- Memantau peserta
peserta. di simpan dengan
jika ada alahan dan
elok.
sebagainya. - Memastikan
makanan berada
dalam keadaan bersih
dan selamat.

11. AJK Kembara - Melakukan survey - Peserta di dalam - Memastikan


dan mengenalpasti keadaan tubuh badan jumlah ahli
Flora dan Fauna
laluan Kembara yang yang sihat. kumpulan cukup.
selamat.
- Memastikan jumlah - Membuat sessi
- Menentukan peserta ketika Binding dan
peralatan yang perlu berlepas.
Rumusan.
dibawa.
- Petugas sentiasa
- Merancang memeriksa jumlah
Pengisian Slot. ahli kumpulan.

- Mengambil berat
soal keselamatan
peserta.

12. Bantu Mula - Merancang Aktiviti - Penerangan cara Memulangkan


dan Peralatan yang umum semula peralatan
perlu. jika ada.
- Aktiviti kumpulan.
- Memilih tempat
- Pertandingan
yang sesuai.
- Rumusan

13. Pertandingan - Merancang Aktiviti - Membimbing - Mencatat


Memasak dan Peralatan yang peserta. keputusan
perlu. pertandingan
- Menekankan
- Memilih tempat kerjasama antara - Memulangkan
yang sesuai. peserta. semula peralatan
jika ada.
- Menentukan Menu - Elakkan menolong
kumpulan bertanding. kumpulan secara
langsung.
- Melantik Hakim

- Menyediakan
borang kehakiman.
TUGAS JAWATANKUASA

B PERKARA SEBELUM SEMASA SELEPAS

14. Cooperative Games - Merancang Aktiviti - Satu Aktiviti 25 Minit. - Memulangkan


dan Peralatan yang
- Cadangan Aktiviti. semula
perlu seperti Tali,
Kain Tutup mata dan Percaya Rakan peralatan jika ada.
Kertas Mahjung.
Spider Web - Mencatat
- Memilih tempat Pemenang
Orang buta
yang sesuai.
Kumpulan
Sessi Rumusan

15. Ikhtiar Hidup - Merancang Aktiviti - Penerangan cara - Memulangkan


dan Peralatan yang
umum semula
perlu seperti Pemetik
Api, Tepung Gandum, - Membimbing peralatan jika ada.
Telur, dahan kayu peserta.
- Mencatat
dan sebagainya.
- Menekankan Pemenang
- Memilih tempat
kerjasama antara Kumpulan
yang sesuai..
peserta. .

- Elakkan menolong

kumpulan secara

langsung.
16. Pertandingan - Merancang Aktiviti - Penerangan cara - Memulangkan
Membuat Gajet / dan Peralatan yang
umum semula
Gubahan perlu.
- Membimbing peralatan jika ada.
- Memilih tempat
peserta.
yang sesuai.. - Mencatat
- Menekankan Pemenang

kerjasama antara Kumpulan

peserta. .

- Elakkan menolong

kumpulan secara

langsung.

17. Aktiviti Air - Merancang Aktiviti - Satu Aktiviti 25 Minit. - Memulangkan


dan Peralatan yang
- Cadangan Aktiviti. semula
perlu seperti Life
Jacket, Tali Water peralatan.
Keselamatan dan Confidence
- Peralatan disusun
Through Bag.
River Cross
dengan kemas
- Memilih tempat
Solo Rafting
yang sesuai.
Sesi Rumusan
- Mengguna khidmat
Jurulatih Pusako.
18. Kawal Malam - Menyediakan surat - Menggunakan Memberi Laporan
memohon khidmat khidmat Anggota sepanjang Kawalan
kawalan malam. Jabatan Hutan. Malam

- Guru Perempuan
mengawal Khemah
Peserta Perempuan

DISKRIPSI TUGAS JAWATANKUASA

B PERKARA SEBELUM SEMASA SELEPAS

19. Orientering Merancang Aktiviti Kandungan Aktiviti Rangsangan dan


dan Peralatan yang maklumbalas.
Pengenalan dan
perlu seperti
terminalogi
1. Kompas 10 tentang kompas.
Memulangkan
unit
Faedah dan teori semula
2. Blazer 6 X 5 tentang
peralatan.
keping penggunaannya.
(laminate)
Membaca
3. Pen Marker 2 Bearing
batang (Non
Memahami
Permenent)
Pandu Arah
4. Kertas A4 10
Praktikal
helai
Dalaman
Kertas Majong 2
Helai Menempatkan
beberapa
kumpulan dalam
stesen masing-
Menyembunyikan
masing.
Blazer di tempat yang
strategik. Mencari target
dan membuat
nota.

20. Majlis Penutup - Murid berpakaian Ucapan Penutup Mengemas dan


Formal. menyusun
Wakil Murid
peralatan yang
- Merancang Protokol
Komandan kem berkenaan.
majlis dari aspek
ketibaan jemputan, Guru Besar
ucapan dan
Wakil PPD Unit
penyampaian.
Kokurikulum.
- Melatih seorang
Penyampaian hadiah
Wakil Murid
dan sijil.
menyampaikan
ucapan.

21. AJK Peralatan - Memastikan - Mengambil Peralatan - Merekod dan


peralatan seperti di Pusako N. Sembilan. memulangkan
Ground Sheet, semula peralatan
- Sentiasa merekod
Khemah, PA System, yang telah
penggunaan alatan.
Hela dan sebagainya dipinjam.
dalam keadaan yang - Menekan kepada
- Menyimpan
baik. aspek keselamatan
semula peralatan
peralatan supaya tidak
- Memohon sekolah ke dalam
rosak.
meminjam peralatan stor.
seperti Life Jacket,
Through Bag dan
Kompas di Pusako N.
Sembilan.

TUGAS JAWATANKUASA

B PERKARA SEBELUM SEMASA SELEPAS

22. AJK Hadiah dan Sijil - Mengenalpasti - Menyediakan Menaip nama


Bajet, Kategori, Hadiah dan Sijil peserta di dalam
Kuantiti dan Kualiti mengikut kategori sijil.
hadiah. pada Majlis Penutup.

- Mendapatkan
senarai nama peserta
dan kumpulan terlebih
dahulu

23. Guru Pemimpin - Menyenaraikan - Sentiasa memantau Memastikan


Kumpulan murid yang terpilih. pergerakan ahli peralatan peserta
kumpulan. tidak tercicir
- Mengenalpasti
sebelum pulang.
peralatan individu - Memberi tunjuk ajar,
yang perlu dibawa bimbingan dan
oleh murid. galakan.

- Melatih Kumpulan - Mengawasi


untuk Malam tingkahlaku
Kebudayaan. kumpulan.

You might also like