You are on page 1of 14

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

1/12
Minggu 1
5/1 22/1/2015
Masalah murid pasif

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini (18 Januari 2015) saya telah menghadapi masalah berkaitan sebilangan
kecil murid yang pasif dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
bersama rakan-rakan yang lain. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif
pembelajaran kerana saya sukar memastikan sama ada mereka faham atau tidak.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana saya mencampurkan pelajar lelaki dengan
perempuan dalam satu kumpulan. Situasi sekolah agama yang membataskan
pergaulan lelaki dengan perempuan telah memberi kesan kepada pergaulan di dalam
kelas walaupun hanya untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Pelajar-pelajar yang
pasif ini berasa sangat tidak selesa sekaligus menjejaskan proses proses
pembelajaran sehingga tidak mahu bercakap atau memberi idea.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu mengasingkan kumpulan lelaki dan perempuan supaya semua
pelajar dapat memberi perhatian kerjasama sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran.
b) Saya akan meminta bimbingan dan nasihat guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing bagi menyelesaikan masalah ini.
c) Bagi memastikan kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya
akan sentiasa memberi fokus kepada pelajar-pelajar tersebut dan sentiasa
memberi motivasi serta galakan.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan murid
yang baik adalah perlu dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu
objektif yang dirancang tidak dapat dicapai secara keseluruhan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan
Nama
Tarikh

:
:....
:....

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

Tandatangan :.
Nama
:.
Tarikh
:.

2/12
Minggu 2
25/1 29/1/2015
Kerosakan Komputer dan Kelemahan Internet

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini (29 Februari 2015) saya telah menghadapi masalah berkaitan komputer
makmal yang gagal beroperasi dengan baik. Beberapa buah komputer gagal
digunakan. Lebih ramai pelajar terpaksa berkongsi komputer berbanding sebelum ini
tambahan pula capaian internet yang sangat perlahan. Disebabkan ini, proses
pengajaran dan pembelajaran gagal dilaksanakan dengan sempurna sekaligus sukar
untuk mencapai objektif.
2. Analisis
Masalah ini timbul adalah disebabkan oleh komputer yang tidak diselenggara
dengan baik disebabkan oleh Juru Teknik yang telah dipindahkan ke sekolah lain.
Selain itu, kekerapan penggunaan komputer juga menjadi punca kerosakkan. Selain
itu, jadual penggunaan kmputer juga tidak disediakan. Oleh yang demikian,
penggunaannya berlaku secara terus-menerus oleh pelajar dan guru tanpa mengira
masa. Seterusnya, capaian internet bagi kawasan sekolah saya juga amat terhad.
Oleh yang demikian, seringkali berlaku kesukaran dalam mengakses maklumat
daripada internet.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Menyediakan jadual penggunaan Makmal Komputer secara sistematik supaya
penggunaan komputer dapat digunakan secara optimum.
b) Meminta bantuan juru teknik daripada Pusat Kegiatan Guru atau sekolahsekolah yang berhampiran untuk menyelenggara komputer.
c) Meminta pembantu makmal komputer untuk memantau penggunaan komputer
terutamanya pelajar.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana pembelajaran
di dalam makmal merupakan sebuah inovasi dalam pendidikan,. Oleh yang demikian
saya akan memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi

memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan
Nama
Tarikh

:
:....
:....

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.
Nama
:.
Tarikh
:.

3/12
Minggu 3
1/2 5/2/2015
Masalah murid tiada keyakinan

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini (1 Februari 2015) saya telah menghadapi masalah berkaitan sebilangan
kecil murid yang tiada keyakinan dalam menyampaikan maklumat atau menyumbang
idea. Disebabkan itu, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana murid yang takut untuk
berkomunikasi bersama rakan sekumpulan dan tampil di hadapan kelas. Situasi ini
amat merisaukan jika berlarutan kerana pelajar tidak akan memperoleh kemahiran
komunikasi.
2. Analisis
Masalah ini berlaku kerana hanya pelajar yang sama kelihatan tampil
menyumbang idea dan menyampaikan maklumat di hadapan kelas. Pelajar yang lain
hanya menunggu idea yang disampaikan oleh rakan. Saya juga mendapati bahawa

saya sebagai guru tidak member perhatian serius tentang perkara ini.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya akan membuat pemantauan berterusan dan memfokuskan pelajar
yang tiada keyakinan semasa perbincangan kumpulan dan semasa
menyampaikan maklumat di hadapan kelas.
b) Selain itu, saya akan menghantar pelajar-pelajar berkenaan untuk sesi
kaunseling bersama kaunselor sekolah untuk meningkatkan keyakinan.
c) Saya akan mendapatkan bantuan daripada guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing disamping berbincang bersama
Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan murid
yang baik adalah perlu dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu
objektif yang dirancang tidak dapat dicapai secara keseluruhan.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan
Nama
Tarikh

:
:....
:....

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.
Nama
:.
Tarikh
:.

4/12
Minggu 4
8/2 12/2/2015
Murid kurang Kreatif

1. Masalah / Peristiwa
Sepanjang minggu ini, saya dapat mengenalpasti satu masalah yang berkaitan
dengan hasil tugasan pembelajaran pelajar yang kurang kreativiti terutamanya dalam
menghasilkan puisi. Puisi yang dihasilkan hanya menggunakan ayat-ayat biasa dalam
setiap baris sajak yang dicipta. Hal ini telah mengakibatkan kesukaran untuk mencapai
objektif pembelajaran.
2. Analisis
Hal ini berlaku kerana kosa kata murid berada pada tahap sederhana. Hal ini
berlaku kerana pelajar kurang membaca semasa di rumah mahupun di sekolah
memandangkan sekolah saya tidak mempunyai perpustakaan untuk dijadikan tempat
murid membaca. Pelajar juga gagal membina ayat yang puitis kerana mereka kurang
menggemari puisi sama ada moden mahupun tradisional.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya akan mengadakan kempen mencintai puisi dalam Persatuan Bahasa
Melayu di sekolah saya.
b) Saya akan menggalakan pelajar membaca dengan memberi penekanan
terhadap Program Nilam di sekolah.
c) Saya juga akan mengadakan aktiviti pengukuhan mendeklamasi dan
menghayati puisi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh sepanjang tahun kerana aktiviti
membaca seharusnya dilaksanakan sepanjang tahun. Dengan membaca dan
penghayatan terhadap puisi akan melahirkan kosa kata yang luas dalam kalangan
pelajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan
Nama
Tarikh

:
:....
:....

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.
Nama
:.
Tarikh
:.

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

5/12
Minggu 5
18/1 22/1/2015
Masalah mendeklamasikan puisi

1. Masalah / Peristiwa
Pada 19 Januari 2015, saya telah mendapati bahawa 70 peratus pelajar di dalam
kelas saya gagal mendeklamasikan sajak dengan baik sama ada daripada segi intonasi
mahupun nada. Pelajar juga gagal menggunakan vokal yang lantang semasa
menyampaikan puisi. Disebabkan ini, penghayatan terhadap puisi gagal diwujudkan.
2. Analisis
Saya berjaya mengenalpasti punca masalah ini iaitu tiada bahan bacaan
berunsurkan komponen sastera di sekolah. Selain itu, Persatuan Bahasa Melayu juga
tidak pernah menganjurkan program berunsurkan sastera. Hal ini telah mewujudkan
masalah murid dalam mendeklamasi puisi dengan baik.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya akan berbincang dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk
mewujudkan sebuah program berunsurkan puisi dalam Peringkat
Sekolah
b) Saya juga akan menyarankan kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu
untuk menyertai Pertandingan Mendeklamasi Puisi anjuran PPD dan
JPN
c) Saya juga akan memantapkan pengajaran dan pembelajaran
Komponen Sastera di dalam kelas saya terutamanya berkaitan puisi
supaya pelajar akan mendapat pendedahan tentang Sastera.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Seterusnya, saya
akan memastikan supaya program berunsurkan sastera akan diwujudkan di sekolah
saya sepanjang tahun supaya para pelajar akan sentiasa didedahkan dengan sastera
yang semakin pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia sekaligus dapat memastikan
objektif pembelajaran akan tercapai.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan

:.

Nama
Tarikh

:....
:....

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal
1

:
:
:
:

Nama
Tarikh

:.
:.

6/12
Minggu 6
22/2 26/2/2015
Masalah Kekurangan Masa

Masalah / Peristiwa

Pada 22 Februari 2015, saya telah menghadapi masalah berkaitan pengurusan


masa bagi kelas saya. Sepatutnya kelas saya bermula pada pukul 12.10 hingga 1.30
tengah hari, tetapi saya hanya dapat memulakan pengajaran dan pembelajaran pada
pukul 12.20 iaitu lewat 10 minit. kerana guru pada kelas sebelummya melanjutkan
kelas sehingga 10 minit melebihi masa yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan saya
kekurangan masa untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pengajaran seperti yang
teleh dirancang.
2 Analisis
Masalah ini berlaku kerana guru pada kelas sebelummya melanjutkan kelas
sehingga 10 minit melebihi masa yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan saya
kekurangan masa untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pengajaran seperti yang
teleh dirancang. Walaupun saya telah sedia menunggu di hadapan kelas, guru tersebut
masih lagi melengahkan masa pengajaran beliau. Saya tidak dapat menambah waktu
kelas saya lebih 10 minit kerana akan mengganggu masa guru yang seterusnya.
3 Cadangan Tindakan Susulan
a Saya perlu berbincang dengan guru tersebut supaya perkara seperti ini tidak
akan berlaku lagi pada masa-masa akan datang.
b Saya juga akan memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya masalah
ini masih berlaku.
c Saya juga akan berpesan kepada pelajar-pelajar saya supaya mengingatkan
guru-guru semasa masa mereka telah tamat supaya proses pengajaran dan
pembelajaran saya dan guru-guru lain tidak akan terganggu.
4 Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa
sangat penting demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru
akan berlangsung dengan baik dan menepati masa yang telah ditetapkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan
Nama
Tarikh

:
:....
:....

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.
Nama
:.
Tarikh
:.

7/12
Minggu 7
Murid Terlalu Bising Ketika Melakukan Aktiviti
Berkumpulan Dan Tidak Memberikan Kerjasama
Dalam Kumpulan

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah murid terlalu bising ketika aktiviti
berkumpulan diadakan. Masalah ini berlaku terhadap murid Tingkatan 2. Perkara ini
menjadi masalah kepada saya kerana aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti melukis
gambarajah dan bukannya yang melibatkan pembentangan.Jadi bagi saya ini
merupakan perkara yang terlalu seronok bagi murid-murid yang melakukan aktiviti
dalam kumpulan. Kadangkala mereka turut bersembang-sembang dan bergurau-senda
sehingga menimbulkan kebisingan yang melampau.
Teori Pilihan (1988, 1997) ada menyatakan bahawa Semua tingkah laku manusia
dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia(diluahkan dari dalam diri kepada
tingkah laku dan perbuatan). Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan
empat keperluan, iaitu :
i.keperluan memiliki(memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama guru)
ii.keperluan terhadap kuasa atau pengaruh(mempunyai rasa diperlukan, disedari
kehadirannya oleh orang lain, dan rasa ingin bersaing)
iii.keperluan terhadap kebebasan(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan
kemahiran membuat keputusan mereka sendiri)
iv.keperluan untuk berseronok
2. Analisis
Masalah saya ini berlaku pada kelas tingkatan 2. Kelas lain yang diajar oleh saya
masih terkawal kebisingannya walaupun mereka sedang melakukan aktiviti di dalam
kumpulan. Jadi masalah murid yang terlalu bising ketika aktiviti kumpulan dijalankan
perlulah ditangani segera. Terdapat juga pelajar yang bermain dan tidak menolong
rakan mereka melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sebahagian daripada mereka tidak
memberikan kerjasama dalam kumpulan dan leka bermain serta bergurau senda.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya memberikan amaran dengan tegas agar mereka merendahkan sedikit
penggunaan suara dan mengawal tahap kebisingan mereka.
Saya juga merekodkan kesalahan mereka di dalam buku displin kelas. Jika
kumpulan mana yang melakukan kebisingan yang berulang,maka mereka
akan dibawa untuk berjumpa dengan guru kaunseling untuk tindakan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa
sangat penting demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru

akan berlangsung dengan baik dan menepati masa yang telah ditetapkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan
Nama
Tarikh

:
:....
:....

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.
Nama
:.
Tarikh
:.

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

8/12
Minggu 8
Masalah Murid Leka

1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu keenam P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut
disiplin murid iaitu murid bersikap leka di dalam kelas.
2. Analisis
Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat
aktiviti di dalam kelas. Terdapat rakan kumpulan yang tidak memberikan kerjasama
dalam kumpulan.mereka leka berbual kosong dan membuat kerja matapelajaran lain
semasa guru mengajar dan semasa aktiviti kumpulan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk
melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi
kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan
aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik. Juga menggalakkan murid
melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam
menghasilkan karya yang terbaik.
2. Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas.
Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik
untuk kepuasan diri mereka sendiri dan akan menampalnya di dinding belakang kelas.
3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas
dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih .
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektifobjektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik
dan penghasilan tugasan serta menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid
seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang telah diperuntukkan .

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan
Nama

:
:....

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan
Nama

:.
:.

Tarikh

:....

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

Tarikh

:.

9/12
Minggu 9
Masalah pengurusan masa

1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu kesepuluh P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah yang sama
seperti di minggu yang keenam iaitu masalah penggunaan masa yang tepat
sebagaimana yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian. Terdapat
aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kelemahan tertentu. Hal
ini menimbulkan masalah untuk mencapai objektif, khususnya objektif perlaksanaan
apresiasi di hujung proses penghasilan tugasan .
Analisis
Masalah ini timbul dalam langkah penghasilan, iaitu murid telah mengambil masa yang
lama untuk menghasilkan tugasan. Hal ini berlaku kerana murid tidak mempunyai
pengalaman dan pengetahuan sedua ada tentang teknik dan aktiviti.
2. Cadangan Tindakan Susulan
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk
melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi
kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan
aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik.
2. Saya akan melihat semula aktiviti yang hendak dirancang perlulah mencukupi masa
yang ditentukan, bagi mencapai keseluruhan objektif termasuk sesi apresiasi.
3. Saya juga mungkin akan menggunakan masa (5 minit) yang diperuntukkan untuk
membuat set induksi untuk terus memperkenalkan aktiviti (aktiviti-aktiviti tertentu).
Tetapi saya perlu menyediakan BBM (contoh karya dari guru) yang menarik sehingga
boleh menarik minat murid dan sekaligus mereka tahu apakah aktiviti yang akan
dilakukan pada sesi P&P tersebut.
3. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Semasa membuat RPH, saya akan memikirkan tentang kemungkinan perkara yang
boleh mengganggu ketetapan masa. Jadi saya perlu lebih prihatin terhadap
kemampuan atau tahap penerimaan dan menguasaan murid. Saya juga boleh
mengambil langkah menyediakan saiz hasil tugasan pada saiz yang lebih kecil tetapi
masih mampu menguji penguasaan murid terhadap teknik yang diajarkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan
Nama
Tarikh

:
:....
:....

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.
Nama
:.
Tarikh
:.

10/12
Minggu 10
Masalah murid nakal

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi semasa memasuki kelas pada minggu ini
ialah masalah murid yang nakal. Walaupun telah ditegur guru berulang kali dan
didenda, namun mereka tetap menujukkan sikap degil mereka dan langsung tidak
menghormati guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Apabila guru mengajar di
hadapan, mereka gemar membuat bising dan bermain sesama mereka.
Analisis
Masalah ini timbul kerana murid-murid tiada rasa hormat kepada guru. Masalah ini
berpunca daripada didikan ibu bapa mereka sendiri yang tidak tahu menghormati orang
lain dan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mereka.
2. Cadangan Tindakan Susulan
a.)
Saya akan cuba mengubah sikap mereka yang kurang ajar kepada seorang
yang pandai menghormati orang lain, terutamanya orang yang lebih tua seperti guru
dan ibu bapa.
b.)
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain tentang
cara yang mudah dan sesuai untuk membentuk sahsiah yang baik di kalangan murid
yang kurang mendapat didikan daripada ibu bapa.
3. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh lima minggu kerana masalah ini
bukanlah satu masalah yang kecil dan memerlukan masa yang agak panjang untuk
diselesaikan. Selain menjurus ke arah masalah dalam pengajaran dan pembelajaran,
masalah ini juga boleh menjurus ke arah masalah disiplin yang mana akan membawa
kepada masalah yang lebih besar jika dibiarkan.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan

:.

Nama
Tarikh

:....
:....

Nama
Tarikh

:.
:.

You might also like