You are on page 1of 9

1

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu



Mata Pelajaran :Bahasa Melayu
Tarikh/Hari : 2 Jun 2014
Kelas : Tingkatan 2
Masa : 7.40 8.40 (60 minit)
Bil.Murid : 25 orang
Tajuk : Penggolongan kata

Hasil Pembelajaran :
8.4 Mengolah maklumat secara koheren untuk tujuan tertentu

Huraian Hasil Pembelajaran :
Aras 1
ii. Menyusun maklumat untuk tujuan tertentu
Objektif pelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
i. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 jenis penggolongan kata iaitu 3 kata kerja, 3 kata
adjektif dan 3 kata nama.
ii. Murid dapat menghubungkaitkan intipati lagu dalam kehidupan seharian.
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set
Induksi
5 minit
Video lagu warisan Aktiviti i
Murid menonton klip video lagu
Warisan
Sambil menyayikan lagu warisan
Guru mengaitkan dengan tajuk PdP
hari ini
BBM
1. Lirik lagu
2. Komputer/ LCD

Nilai
-cintakan Negara

Kecerdasan Pelbagai
-muzik

Langkah 1
10 minit

maklumat dalam klip video

Senaraikan jenis-jenis kata di
bawah
Bil Kata
Kerja
Kata
Adjektif
Kata
Nama
1
2
3
4
5
6



Aktiviti i

Murid menghayati bait-bait lirik dan
menyenaraikan tiga jenis
penggolongan kata yang terdapat
pada lagu di dalam borang yang
disediakan.

Aktiviti ii
Murid bertukar borang, menonton
klip video semula dan menyemak
ketepatan jawapan rakan.


BBM
- Kertas sebak
Nilai
- Bekrjasama
- Berkeyakinan
- Bertanggungjawab
Ilmu
- Sejarah
Pengisian kurikulum

1. kemahiran belajar
i. mendengar aktif
ii. mencatat maklumat

2. pemulihan tatabahasa
i. mengelaskan jenis
penggolongan kata
ii. membuat perbezaan

2











Langkah 2
30 minit















































Maksud dan isi lagu Warisan

Tersurat Tersirat








Peta Pelbagai Alir
Maksud tersirat dan tersurat
lagu Warisan (hasil perbincangan)




Dalam kumpulan berlima murid
berbincang tentang maksud yang
ingin disampaikan dalam lagu

Aktiviti i
ketua kumpulan mengendalikan
perbincangan
- setiap ahli mengambil giliran
untuk memberi pendapat
tentang isi disebalik lagu
tersebut
- Pencatat mencatat pendapat
rakan sebaya
Ketua kumpulan mengendalikan
perbincangan bagi mengenal pasti
maksud dan isi yang releven.
- Pencatat mencatat jawapan
dalam Peta pelbagai Alir yang
dilukis atas kertas sebak.

Aktiviti ii
Setiap kumpulan menampal Peta
pelbagai Alir.

Setiap kumpulan mengikuti teknik
susur galeri/galery walk. Setiap
kumpulan mencatat respons pada
kertas catatan/post it note dan
menampalnya pada hasil kerja rakan
berdasarkan soalan yang
dikemukakan oleh guru bagisetiap
Peta Pemikiran mengikut stesen.

Guru meminta pandangan murid
tentang pengalaman daripada aktiviti
gallery walk/susur galeri

Murid diminta memberi pendapat
bagaimana maklumat dalam Peta
Pelbagai Alir akan mempengaruhi
kehidupan mereka dan memberikan
alasan.


KBT

Kemahiran belajar
i. memproses maklumat
ii. mencatat nota

Kemahiran berfikir
menganalisis maksud yang
tersirat dan tersurat

Kecerdasan Pelbagai
i. Interpersonal
ii. logik matematik
iii. verbal linguistik
Pembelajaran kontekstual
menghubungkaitkan dengan
kehidupan harian


Nilai murni
patriotisme












3

Langkah 3
5 minit
Pemulihan
Pengayaan
pengukuhan
1.Murid diberikan lembaran kerja
berkaitan dengan Penggolongan kata.
Contoh : isi tempat kosong dengan
jawapan yang betul.

2.Guru akan menyemak hasil kerja
murid-murid

BBM
-lembaran kerja
Nilai
-berdikari
Strategi
-inkuiri induktif
KBKK
-menyelesaikan masalah
Langkah 4

10 minit
Penutup Setiap ketua kumpulan tampil ke
hadapan kelas dan membuat
kesimpulan berkaitan
Tiga jenis peggolongan kata serta
menghuraikan pengajaran yang
diperoleh berdasarkan lagu tersebut
dan apa yang boleh dijadikan sebagai
pembekal semangat dalam meniti
arus kehidupan.

Menyenaraikan ketiga-tiga jenis kata

Menghubungkaitkan maksud lagu
sebagai pendorong kejayaan masa
hadapan.




Pengajaran dan kesimpulan




Refleksi

Ulasan guru pembimbing

Ulasan Pensyarah






4




5






6






7
















8

MASALAH

Pada praktikal KPLI-SR ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu pemulihan untuk
kelas, 3 Firus di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT). Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (kelas arus
perdana) pula, saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar di Kelas 3 Berlian. Pertama kali mengajar murid di kelas sebenar
menimbulkan perasaan yang pelbagai yang sukar untuk dinyatakan. Sebenarnya, saya tiada pengalaman mengajar murid dalam
bidang ini, namun saya yakin setiap pengalaman itu akan ditimba dan dipraktikkan dari masa ke semasa. Saya risau memikirkan
bahawa sekolah ini terletak tengah bandar dan merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan kebangsaan . Pelbagai
masalah dihadapi terutamanya bagi merapatkan jurang perbezaan murid pemulihan dengan murid kelas arus perdana. Selain itu,
kemudahan di kelas pemullihan di sekolah ini juga agak terhad seperti kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) dan keadaan bilik
pemulihan yang serba kekurangan. Prestasi akademik di sekolah ini juga agak kurang memuaskan sejak kebelakangan ini. Hal ini
terutamanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Oleh yang demikian, saya memikul cabaran yang sukar dan
mencabar sekali sebagai guru pelatih disini. Masalah-masalah tersebut seharusnya tidak dijadikan alasan bagi saya untuk
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.

Pada minggu pertama di SKSAT ini, saya berkesempatan mengenali kerenah dan perangai murid khasnya dalam kelas yang bakal
saya ajar bagi tempoh 3 bulan ini. Sesungguhnya 3 bulan ini adalah satu tempoh yang amat singkat untuk membuat perubahan
mendadak terhadap prestasi murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk mempelajari serta menguasai sistem
pengajaran yang konsisten mampan. Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya
akan memberi kesan langsung kepada murid. Dalam hal yang lainnya, masalah yang berpunca dari kalangan murid terhadap kelas
juga telah difikirkan dan dapat dilihat. Antara masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan
berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan
itu, mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Sifat kenakalan yang sebegini tidak
boleh di benarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan mereka akan menjadi lebih ketara
semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai contoh semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.
Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedure.

Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas
saya. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan mendapatkan sebanyak
mungkin input yang disampaikan.

ANALISIS MASALAH

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi
mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang sedang mengajar
didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal
yang satu termasuklah:

1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang disampaikan dalam kelas.
2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak
berminat dengan pelajaran.
3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu
pedagogi guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya akan
membuat bising dalam kelas. Hal ini berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan
oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan
disiapkan, mereka akan membuat bising dan berjalan-jalan di dalam kelas.

Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek matematik turut menyukarkan
murid untuk memahami perkara yang diajar. Hal ini juga telah turut menimbulkan kecenderungan mereka untuk membuat bising.



9

CADANGAN

Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri mengambil beberapa langkah yang boleh bagi
mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati nama
setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini
murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah.

Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang
bermasalah di hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan
kepada setiap pengajaran guru.

Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:
1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.
2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini
memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.
3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan
bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti
sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

TEMPOH PENYELESAIAN
21/6/2009 hingga 9/7/2009 ( 2 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah
penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini
dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.



KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk
melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara
pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk
mengatasinya.

You might also like