You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Didik Hibur dan seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan satu

pembaharuan yang cuba diperkenalkan oleh KPM kepada murid-murid sebagai kaedah

alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-murid. (Khairuddin

Mohamad, 2011). Perkara ini amat sesuai bagi murid pemulihan bagi menguasai kemahiran-

kemahiran asas membaca, menulisa dan mengira (3M). Pelaksanaan kelas pemulihan dengan

mengintegrasikan elemen sastera mempunyai kesan atau impak positif yang sangat baik bukan

sahaja buat pengajaran seorang guru malah turut menjadikan pembelajaran murid lebih

menyeronokkan terutama sekali murid pemulihan yang mempunyai tumpuan yang sangat

singkat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ia dianggap sebagai satu

bentuk pendekatan didik hibur jika dikaitkan dengan pedagogi dalam KSSR. Menurut

Shamsudin dan Abdul Rasid (2014), pengajaran dan pembelajaran seni bahasa akan menjadi

lebih menarik jika dilaksanakan dengan penyerapan unsur atau genre-genre sastera berbentuk

puisi seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak.

2.0 UNSUR SENI BAHASA DAN SASTERA

2.1 Cerita Binatang

Cerita binatang merupakan kumpulan cerita-cerita yang menjadikan binatang sebagai

watak-wataknya. Sungguhpun begitu, kadangkala terdapat juga watak manusia yang diselitkan

di dalamnya, tetapi bukan bukan sebagai watak utama (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003).

Watak-watak binatang ini diberikan sifat-sifat boleh bercakap, berfikir dan bertindak seperti

manusia biasa (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2000). Cerita binatang ini merupakan salah satu jenis

cerita daripada sastera rakyat. Cerita binatang ini sarat dengan unsur moral dan mampu

menghibur murid.
Guru boleh memilih cerita binatang ini bagi mengajar murid pemulihan dalam kelas supaya

murid boleh mempelajari dalam keadaan yang menyeronokkan. Dalam buku Literasi Bahasa

Malaysia Tahun 2 cerita Harimau dan Sang Kancil telah dimasukkan. Hal in kerana, murid

sudah biasa mendengar nama-nama binatang ini serta sang kancil merupakan watak binatang

yang sangat popular dalam perbendaharaan warisan sastera rakyat Melayu. Cerita ini

mengisahkan kejahatan seekor harimau serta sang kancil yang bijaksana dalam

menyelamatkan diri daripada harimau tersebut. Guru boleh menunjukkan video cerita tersebut

supaya boleh meningkatkan kefahaman murid. Melalui cerita ini guru boleh menerapkan

pengajaran bahawa kita tidak boleh berbuat jahat kepada orang lain. Selain itu, guru boleh

membagitahu bahawa sepanjang cerita ini terdapat pelbagai frasa. Sebagai contoh, “Harimau

mencari makanan di hutan”. Frasa yang telah dikenal pasti dalam ayat ini ialah “mencari

makanan”. Seterusnya, guru harus menjelaskan bahawa frasa harus mengandungi dua

perkataan lalu meminta murid mencari frasa lain dalam cerita tersebut. Dengan ini, mudah bagi

murid untuk mengingati frasa-frasa yang telah diajar. Hal ini kerana, mudah mengingat kembali

perkara yang mereka minati.

2.2 Nyanyian

Nyanyian merupakan satu elemen dalam seni bahasa. Kaedah nyanyian ini boleh

menyelesaikan masalah murid pemulihan yang dihadapi dalam pembelajaran. Menurut Drosher

(2006) pula, pendedahan terhadap teknik nyanyian dapat meningkatkan IQ dan perkembangan

mental. Manakala bagi pandangan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) kaedah

nyanyian dapat mewujudkan hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian.

Menyanyi juga dapat menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Selain daripada itu juga, aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-

pembelajaran di dalam kelas. (Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, 1992). Kanak-kanak

berasa gembira dan seronok apabila menyanyi kerana nyanyian boleh meransang minat kanak-
kanak bagi mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka dan memberi

peluang mereka melakukan pergerakan (Ahmad Ramli Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992).

Guru pemulihan boleh mencipta lagu sendiri sebagai pengubahsuaian terhadap PdP

bagi mencapai objektif pembelajaran. Hal ini kerana, menurut Lestari (2012), Nyanyian yang

diberikan perlu dibuat dengan gaya bahasa yang sederhana, lirik yang pendek dan sesuai

dengan perkembangan kanak-kanak kerana nyanyian mempunyai objektif yang tertentu.

Justeru, dalam kajian ini guru harus mengolah lirik lagu dan disesuaikan dengan melodi lagu

kanak-kanak yang diminati ramai.teknik nyanyian dipilih kerana sifatnya yang mesra kepada

kanak-kanak serta dapat menarik perhatian dan menyenangkan kanak-kanak. Menurut Lestari

(2012), kaedah yang kreatif dan inovatif adalah menggunakan nyanyian kerana nyanyian

adalah sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak selain aktiviti bermain. Sebagai contoh,

guru menggunakan lirik lagu “Burung Pipit” dengan irama lagu kereta api. Guru menggunakan

lagu ini untuk mengajar imbuhan awalan.

Pit..pit..pit..berbunyi

Riang sambil melayang

Pit..pit..pit..berbunyi

Riang sekali

Seterusnya, guru memperkenalkan imbuhan awalan seperti “men”, “ber” dan “me”. Guru

meminta murid membaca perkataan yang mengandungi imbuhan. Murid menyanyi semula

untuk mengenal pasti perkataan berimbuhan dalam lirik lagu. Secara tidak langsung murid akan

menghafal perkataan berimbuhan.


2.3 Pantun

Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular didasarkan penggunaanya yang

paling meluas. Harun Mat Piah (1989). Telah memberkan definisi pantun berdasarkan aspek

dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Jenis pantun yang biasa digunakan adalah

pantun dua kerat dikenali sebagai pemeo atau pantun kilat dan pantun empat kerat. Jumlah

suku kata adalah 8 hingga 12 dalam sebaris ayat serta setiap stanza/ rangkap pantun

mempunyai dua unit iaitu unit pembayang dan unit maksud.

Guru boleh menggunakan pantun ini bagi mengajar murid dalam kelas secara didik

hibur. Murid akan berasa seronok apabila mempelajari sesuatu perkara yang baru. Guru boleh

mengajar suku kata dengan memilih pantun yang yang sesuai dengan tahap murid pemulihan.

Contohnya,

Dua tiga kucing berlari,

Manakan sama si kucing belang,

Dua tiga boleh ku cari,

Manakan sama awak seorang.

Murid mendengar guru berpantun. Seterusnya, Guru minta murid berpantun bersama guru.

Murid didorong untuk berpantun dengan intonasi yang betul. Guru menyebut beberapa

perkataan dalam pantun. Guru bombing murid mengeja perkataan yang menandungi suku kata

tertutup dan terbuka. Murid diminta semula melafazkan pantun di depan kelas. Dengan ini,

murid boleh dapat mempelajari suku kata secara mudah. Murid juaga akan berasa bahawa

pembelajaran mereka santai dan efektif.

2.4 Syair

Keseluruhan pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab

yang puisi secara umum. Syair melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau
manan-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun

Mat Piah, 1898). Salah sebuah syair yang guru boleh memilih untuk mengajar murid ialah taat

kepada ibu bapa. Murid boleh mempelajari plebagai perkataan baru setelah mendengar syair

ini. Melalui syair ini guru boleh menerapkan nilai murni dalam kalangan murid iaitu taat kepada

ibu bapa.

Wahai anakanda kekasih bonda

Jangan durhaka kepada ibu bapa

Segala ajarannya janganlah lupa

Supaya kelak hidup sentosa.

Syair ini juga memberikan manfaat kepada murid dalam usaha mengembangkan

kemahiran kognitifnya terutama murid pemulihan yang lemah dalam aspek kognitifnya. Hal ini

bermaksud murid pemulihan pada hari tersebut bukan sahaja mempelajari perkataan yang guru

berikan malah turut mampu menerapkan unsur-unsur yang ditunjukkan oleh guru menerusi

elemen sastera seperti syair. Menerusi syair, murid bukan sahaja belajar perkataan baharu

yang boleh mengembangkan perbendaharaan katanya malah turut mampu melatih murid untuk

menyair dengan betul. Oleh itu, murid boleh menhasilkan suatu petikan atau ayat yang

berkualiti dengan mnggunakan perbendaharaan katanya yang luas itu.

2.4 Sajak

Sajak merupakan puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada

jumlah baris, perkataan sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Sifat bebas yang dimiliki oleh

sajak ini bermaksud keupayaan dan kesediaan sajak dalam menerima bentuk-bentuk yang

terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan

berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk -bentuk

yang sedia ada. Kebebasan sajak dalam aspek bentuk dapat dilihat melalui cara ianya
dihasilkan dan ditulis. Namun, sajak masih lagi terikat dengan penerapan dan penggunaan

bahasa sebagai medium penyampaian.

Sajak juga sejenis unsur seni bahasa yang guru boleh digunakan bagi menjalankan PdP

yang berkesan bagi murid pemulihan. Sajak yang saya pilih sebagai contoh ialah:

Bila kita bertemu

Biarlah kita berdepan

Bagi sepasang kekasih

Mencari tapak kekuatan masa kini

Sajak ini menerangkan kesusahan yang dihadapi harus pasangan itu harus bersama untuk

mnehadapinya. Sebagai contoh, dalam mendeklamasikan sebuah sajak, murid akan

melaksanakannya dengan intonasi dan sebutan yang betul. Maka sudah tentu ia menggalakkan

kepada perkembangan komunikasi murid pemulihnan. Ia dapat dilaksanakan melalui aktiviti

membaca bahan sastera seperti sajak secara kuat dengan bimbingan guru. Guru boleh

mengajar murid ayat mudah melalui sajak seperti ini. Guru mendemonstrasi cara mendeklamasi

sajak dan diikuti dengan murid. Guru menerangkan maksud bagi sajak tersebut. Seterusnya,

guru meminta murid mendeklamasi sajak tersebut sekali lagi. Guru menjelaskan setiap baris

pada sajak tersebut. Guru mendorong murid membina ayat yang mudah dengan memilih

perkataan yang diberi dalam sajak. Murid juga boleh membaca ayat tersebut dalam bentuk

sajak supaya boleh mengingat ayat yang dibaca.

3.0 PENUTUP

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, begitulah pentingnya

pengintegrasian elemen sastera dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di

kelas pemulihan. Ia bukan sahaja memberi impak yang positif kepada diri murid malah turut

mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi seorang guru. Peningkatan dari aspek kepelbagaian
strategi, kaedah dan teknik pengajaran guru secara tidak langsung mampu menaikkan martabat

profesion perguruan. Dengan adanya guru-guru yang kreatif yang mampu mengintegrasikan

pelbagai bentuk pengajaran dapat membantu mengurangkan jumlah murid pemulihan

seterusnya membantu ke arah pembentukan modal insan berminda kelas pertama yang

dihasratkan kerajaan yang mampu mendepani cabaran globalisasi dunia.


3.0 RUJUKAN

Ahmad Ramli Zakaria & Osni Anuar Othman (1992), ‘Projek’ Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran: Siri Panduan Guru KBSR. Jilid 4. Kementerian Pendidikan. DPB: KL.

Harun Mat Piah, (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, (1992) ’Nyanyian’ Aktiviti Bahasa: Siri Panduan Guru
KBSR. Jilid 7. Kementerian Pendidikan. DBP: KL.

Khairuddin Mohamad (2011). Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu, Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Majlis peperiksaan Malaysia. (2003). Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Selangor Darul
Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaiful Bahri Md. Radzi, Mohd., “Tradisi Bertulis: Prosa”, dalam Persuratan Melayu Tradisional
ke Moden, peny. Sahlan Mohd. Saman dan Shaiful Bahri Md. Radzi, (Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000)

Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian (2014). Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
(Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan).
University Putra Malaysia.

You might also like