You are on page 1of 8

KAEDAH BERFOKUS

Pengenalan
Pendekatan berfokus diperkembangkan oleh Unit

Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984. Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini iaitu merupakan cabang kepada pendekatan yang mengkaji struktur karya sastera. Pendekatan berfokus memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran.

Definisi
Pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek

isi di samping mengajar aspek bahasa iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan terutama unsur-unsur pengajaran. Ia mengandungi dua tumpuan fokus utama dan fokus sampingan.Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci.Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri
i. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama. Isi

sampingan menjadi perkara kedua penting. ii. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-langkah penyampaian yang sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu. iii. Kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus sampingan.Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (eksplisit) sesuatu pengajaran.

Kelebihan
i. Menjimatkan masa guru dan pelajar kerana

mereka tidak perlu membincangkansemua aspek dalam semua karya.


ii. Kaedah ini akan menjadi lebih berkesan

sekiranya guru tidak membincangkan sesuatu aspek bagi sesebuah karya itu secara khusus dan semata - mata untuk memahami sesebuah karya.

Penggunaan Kaedah Berfokus


Kaedah ini boleh digunakan guru dalam

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam memahami gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya bahasa. Guru perlu membincangkan teknik mengesan gaya bahasa yang terdapat dalam sebuah sajak, kemudian cuba mengaplikasikan teknik mengesan gaya bahasa tersebut terhadap sebuah sajak tertentu. Seterusnya, guru melatih pelajar agar mereka dapat mengaplikasikan kemahiran mengesan gaya bahasa dalam beberapa sajak yang lain.

Ulasan Sajak Harga Remaja

Gaya Bahasa (a) Simile: -Bagai kehijauan daun -Bagai kesegaran pohon (b) Metafora: cuka kesangsian, madu ajaran (c) Asonansi: (pengulangan vocal e- Berapakah sebenarnya harga remaja) (d) Aliterasi: (pengulangan konsonan t- dengan ketentuan tuju)

Harga Remaja Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.
.

Kesimpulan
Pendekatan berfokus ini sesuai digunakan oleh

guru sekiranya seseorang guru itu ingin memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi - isi yang lain. Pendekatan ini juga menjimatkan masa guru dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

You might also like