You are on page 1of 17

DEFINISI AKHLAK

Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,mentakrifkan akhlak


sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuanberkaitan kelakuan dan tingkah
laku manusia dan sebagainya sama ada baikatau jahat.Manakala perkataan akhlak
menurut Bahasa ialah: Perkataan akhlakberasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu
kata

jama daripada

perkataan

(al-khuluqu)

bererti

tabiat,kelakuan,

perangai,

tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan,malah ia juga bereti agama itu sendiri.


.Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja,
antaranya ialah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat
mulia. ( Al-Qalam:4 ).
Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud
kejadian yang indah dan baik
.Apabila dirujuk kepada kejadianmanusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya
yang indah dan seimbang.Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga
membawa erti kejadian atauciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang
yang tepat. Di dalamAl-Quran terdapat 52 perkataan (Al-khalqu) yang merujuk kepada
kejadianmanusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman
Allahsubhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan
malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia,dan
apa

yang Allah

turunkan

dari

langit

berupa

air, lalu

dengan

air

itu

Diamenghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu
segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan
antaralangit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi
kaum yang memikirkan.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan
silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang
beraqal.(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau
1

dalamkeadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan


bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. ( AliImran:190 )
.Manakala pengertian akhlak dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanamdi dalam diri
yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang danmudah tanpa
pemikiran, penelitian dan paksaan.
Ibn

Miskawaih,

ahli

falsafahIslam

yang

terkenal

mentakrifkan

akhlak

itu

sebagaikeadaan jiwa yangmendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran


dan penelitian.Imam Ghazali RadiAllahuanhu mengatakan:
akhlak ialah suatu keadaanyang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan
perbuatan-perbuatan dengansenang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.
Apabila perbuatan yangterkeluar itu baik dan terpuji menurut syarak dan akal,
perbuatan itu dinamakanakhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar
perbuatan yang buruk, iadi namakan akhlak yang buruk.

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM


Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan
dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga
yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam
semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca
timbangannya.Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu
berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya
seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi
mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti
sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu
Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (Ridwaanullah)
.Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap
keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan oleh Allah.Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai
perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat
dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan
masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama
manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam
sekitar.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM


Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan
buruk (good and bad), betul dan salah (true and false).
Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang
dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat
pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah,
benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu
akhlak.Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang
menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan.
Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yangmencari nama dan
kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula
golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat
zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih
menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam
memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat
dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yangseharusnya dicapai oleh
manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan itu ada satu matlamat
hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabilasesuatu perilaku atau perbuatan
manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan
sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau
jahat dan sebagainya.Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu
akhlak,iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan
sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnyadi dunia
ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan
juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu
dalam hidup ini.Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek
perilakudan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan
4

itu,apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang
berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan,
detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah
boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.Segala
tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar,sama ada hubungan
dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan
dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala
tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik,
kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan
dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai
akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi
perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan
suasana berikut:
A. Dilakukan dengan sedar dan niat.
B. Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam
keadaan lupa atau bersalah.

MORAL
Seterusnya saya akan menerangkan definisi moral.Moral ialah tingkahlaku yang telah
ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan olehetika sama ada baik atau
buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada duaiaitu: :a.Baik; segala tingkah laku
yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik.b. Buruk; tingkah laku yang dikenal pasti oleh
etika sebagai buruk.Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturanperaturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu (DorothyEmmet,1979)
mengatakan

bahawa

manusia

bergantung

kepada

tatasusila,adat,

kebiasaan

masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlakuseseorang Akhlak dalam


Islam menjadi penghubung yang erat denganfenomena keimanan seseorang
Islam.Sebagaimana maksud hadis :Rasulullah telah ditanya oleh seseorang: Siapakah
orang mukmin yangpaling afdhal mempunyai kelebihan imannya? Jawab baginda:
Orang yangpaling baik akhlaknya.

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL


Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa latin iaitu moralis atau mores iaitu jamak
kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan,budi pekerti dan
perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moralialah suatu istilah yang
digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat,perangai, kehendak, pendapat atau
perbuatan secara layak dapat dikatakanbenar, salah, baik, atau buruk. Manakala
perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga
membawa erti adapt kebiasaan, perangai dansebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah
bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik
buruknya, salah atau betulnyasesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan
lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran
dan pandangan sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat,
pada sesuatu masa dan tempat tertentu.
Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah
menurut sesuatu lingkungan pemikiran,suasana dan tempat.Secara harfiahnya, keduadua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab
yang membawa erti perangai, tingkah laku,perilaku, tatasusila dan budi pekerti.
Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak
sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan
tuntutan wajib bagi setiap orang.Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk
rohaniah manusia,,membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan
individu kearah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya
keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diridaripada
terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.Oleh kerana ilmu akhlak ini
menyentuh tentang tingkah laku manusia,tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga
dinamakan Ilmu Al-Suluk (IlmuTingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak
(Ilmu PenceriaanAkhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah
jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy .Untuk mencapai cita-cita pembinaan
akhlak dan rohaniah manusia, Islamtelah menggariskan beberapa prinsip utama;
antaranya lainnya ialah:
7

a)Beriman kepada Allah


b) Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya
uswah hasanah.
c) Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan
berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya.
d) Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik
e) Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
f) Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
g) Keadilan syarak
h) Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat
Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi
seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita
merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat
penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah
seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang
penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan
mengarahkan

pemikiran,pandangan

dan

amlan

ke

arah

yang

positif

sesuai

denganprinsip-prinsiptersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari


sifat-sifat dangejala negatif.Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral
dan etika,iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik
atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu
akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran danAs-Sunnah,
etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adat kebiasaan yang umum
berlaku dalam masyarakat.Dengan ahklak yang baik juga Umat Islam pada hari ini
mungkin akan menjadi contoh dan ikutan bagi penganut-penganut agama lain untuk
mereka mendekat kan diri dengan Islam dan inilah sebenarnya yang diajar
olehRasulullah kepada umatnya agar sentiasa menjaga kesyumulan Islam itu sendiri.
8

PERANAN AKHLAK DAN MORAL DAPAT MENANGANI GEJALA-GEJALA SOSIAL


YANG MELANDA MASYARAKAT KINI.
KES-KES KEROSAKAN AKHLAK DALAM MASYARAKAT
Keruntuhan akhlak seringkali dikaitkan dengan masalah kebejatan sosial dan
kecelaruan tatacara hidup masyarakat. Dewasa ini, kes zina, buang bayi, hubungan
sesama jenis (gay/lesbian), pelacuran, rempit, buli, video lucah, gangsterism, dadah,
hidu gam, hedonism, pengkid, punk, skinhead, black metal dan seumpamanya semakin
menjadi-jadi menyerlahkan betapa keruntuhan akhlak dalam sistem masyarakat
Malaysia adalah ditahap meruncing. Kerosakan akhlak tidak hanya berlaku di kalangan
remaja, bahkan ianya melanda semua generasi masyarakat dari pelajar sekolah rendah
hingga mereka yang menjangkau usia emas, juga dari rakyat biasa hingga membawa
kepada pemimpin negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim membongkar
bahawa sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, dalam satu
soal selidik yang membabitkan 2, 800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang
dijalankan di sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com. Tambahan
daripada hasil kajian itu juga mendapati bahawa 24 peratus daripada mereka mengaku
pernah melakukan seks dengan lima kekasih. Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) merekodkan purata pasangan Islam bercerai pada 2009 adalah
setiap 15 minit.
Beberapa contoh mengenai kebejatan akhlak masyarakat dewasa ini dipaparkan
sebagai rujukan bagi memahami realiti yang dihadapi kini:
Kes tiga remaja melayu yang beragama Islam ditangkap kerana membuat
persembahan tarian tiang di Nilai pada Mac 2012 yang lalu merakamkan betapa soal
halal dan haram tidak diambil kira dalam mencari rezeki. Ketiga-tiga remaja ini, Faiqah
Azizan, Nurul Huda Abdul Rahman dan Nooranishah Mohamad Isa kemudiannya
dibicarakan dan didenda sebanyak RM25 oleh Mahkamah Majistret Seremban.

Seorang pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli berasal dari Wangsa Maju yang
menuntut dalam bidang perubatan di Dublin Ireland berkahwin dengan pasangannya
sesama jenis. Sebelum itu dia dilaporkan tidak dapat dihubungi oleh keluarganya
selama 3 tahun. Ini menambahkan lagi parah umat akhir zaman yang telah tergelincir
dari panduan syariat Islam.
Malang sekali kes-kes yang berbaur seks dan lucah menjadi berita hangat yang
dipaparkan oleh akhbar (Harian Metro, Kosmo dan Utusan Malaysia) dengan begitu
terperinci juga menyumbang kepada satu bentuk pemikiran yang rosak di kalangan
masyarakat Malaysia. Walaupun ianya dikatakan sebagai paparan berita, tetapi
melaporkan dengan terperinci berserta gambar yang tidak senonoh yang boleh ditatapi
oleh

segenap

lapisan

umur

pastinya

bakal

mempengaruhi

corak

pemikiran

pembacanya.
PUNCA-PUNCA PENDORONG KEMUSNAHAN AKHLAK
Punca-punca berlakunya kemusnahan akhlak perlulah di perhalusi sebelum kita
mengambil jalan penyelesaiannya.
i. Golongan-golongan yang bermasalah ini sebenarnya boleh dikatagorikan sebagai
golongan Mustadhafin atau yang tertindas kerana mereka didesak oleh sistem sosial
yang tidak betul yang menyebabkan mereka dinafikan hak untuk hidup lebih selesa dan
mendapat pendidikan yang lebih sempurna. Sistem ekonomi kapitalis yang sangat
liberal

membenarkan

sekelompok

manusia

mengawal

sistem

ekonomi

untuk

mengumpul kekayaan (monopoli). Lantaran itu, golongan miskin ini hampir mustahil
untuk mendapatkan hak yang sama seperti si kaya raya. Mereka berkerja kuat sekadar
untuk mempertahankan hidup, mengejar material semata, bukannya mempertingkatkan
kualiti hidup. Apalah yang terdaya oleh si miskin untuk menguruskan rumahtangga
dengan cemerlang kerana mencari

sesuap nasi itu

lebih penting

daripada

memerhatikan tingkah laku anak-anak dan memberikan pendidikan yang sempurna.


Dengan lain perkataan, Kais pagi, makan pagi dan kais petang belum tentu boleh
makan.

10

ii. Kompleks membeli belah dan lokasi-lokasi seumpamanya yang menyediakan tempat
melepak sambil berhibur menjadi lokasi membiaknya gejala keruntuhan akhlak ini.
Tempat-tempat seperti ini dibina atas dorongan mahu mencari keuntungan oleh
golongan-golongan tertentu yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara
semata-mata kerana ringgit. Disinilah semua pengamal-pengamal gejala sosial yang
bermacam-macam jenis itu berkumpul dan bertukar-tukar fikiran untuk menghasilkan
satu Budaya Syaitan yang lebih tulen sehingga timbulnya fahaman-fahaman syaitan
seperti Jangan Ikut Tuhan (JIT), Black Metal, Ghotic, Punk, Skinhead dan sebagainya.
Bukan setakat itu sahaja, tempat-tempat hiburan seperti ini juga menjadi tempat mereka
mengkader orang lain untuk jadi seperti mereka. Selepas puas berhibur, mereka
melepak pula di tempat yang sesuai dengan penyakit sosial yang lain. Penagih dadah
dan penghidu gam di rumah-rumah usang, belen (dulunya disebut bohsia) dan pelacur
di lorong-lorong belakang dan mat rempit / minah rempit di jalan-jalan raya strategik
untuk mereka berlumba.
iii. Budaya bangsa timur yang pemalu telah terhakis kerana terpengaruh dengan
budaya barat yang liberal dan sangat bebas. Wujud golongan-golongan Liberal yang
bergerak dalam organisasi yang teratur seperti Sister In Islam (SIS) yang melaunglaungkan penolakan penguatkuasakan undang-undang moral agama kerana menurut
mereka, undang-undang tersebut melanggar kebebebasan dan hak asasi manusia.
Lebih parah lagi, keadaan ini menghasilkan satu fenomena dimana mungkar itu menjadi
sebuah norma masyarakat yang dianggap biasa dan tidak mencacatkan. Apa yang
sangat merunsingkan adalah apabila sesuatu kemungkaran itu menjadi aliran yang
dapat diterima sebagai sesuatu nilai yang dirasionalkan dan juga sebagai suatu
perkembangan yang neutral.
iv. Media memainkan peranan penting dalam penyebaran kesesatan. Filem-filem
Hollywood dan Bollywood yang mempromosikan gaya hidup bebas, boros, dan sekular
menjadi senjata yang paling ampuh untuk menyesatkan umat Islam. Ditambah pula
dengan bahan-bahan cetak pisican yang berbentuk hiburan dan lucah yang berlambaklambak dipasaran dengan harga yang murah. Maka antara natijahnya, pemahaman
seks bebas yang salah oleh remaja-remaja yang mana mereka menganggap seks
11

bebas adalah seks yang dilakukan dengan ramai pasangan manakala seks yang
dilakukan dengan teman lelaki adalah sesuatu yang tidak salah atas hak cinta suci
mereka. Mereka tidak memandang isu ini dalam konteks pemahaman agama. Ini
kerana pemahaman agama tidak diterapkan dalam diri mereka. Pendidikan seks yang
diajar dalam majalah-majalah yang mudah didapati dikedai-kedai tanpa pendekatan
agama hanya akan menggalakan remaja ingin mencuba melakukan seks.
v. Peranan media baru iaitu internet yang memuatkan di dalamnya laman-laman sosial
atas talian, ruangan sembang dan sebagainya, tidak dapat tidak juga menyumbang
kepada berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat sekiranya tidak diawasi
dan dikawal.
SYARIAT ISLAM MENANGANI KERUNTUHAN AKHLAK.
Sumber akhlak dalam Islam tidak dapat tidak mestilah berdasarkan Al-Quran dan
Sunnah. Ini kerana Islam itu bukanlah agama yang bersifat upacara (ritual) tetapi Islam
merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Berdasarkan kepada hadith
yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia." [Hadis riwayat Imam Malik].dan firman Allah SWT yang
bermaksud:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai berbudi pekerti
(akhlak) yang amat mulia. [Surah Al-Qalam:4]
Perkahwinan dan rumahtangga Muslim.
Islam membentuk keperibadian seseorang itu bermula dari hubungan kedua
ibubapanya yang berlandaskan syariat Islam. Perkahwinan yang diasaskan dengan
keimanan dan ketaqwaan kepada Allah adalah untuk menggapai matlamat sebuah
keluarga muslim yang tunduk patuh kepada perintah Allah SWT. Berdasarkan kepada
hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Adiy dan Ibnu Asakir daripada Aisyah r.a secara
marfu bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

12

Pilihlah tempat yang baik untuk air mani kamu, sesungguhnya kaum wanita itu
melahirkan (keturunan) serupa dengan adik beradik lelaki atau perempuannya.
Hubungan suami isteri yang bertepatan dengan adab-adab yang disyariatkan Islam
akan dikurniakan zuriat yang berkati oleh Allah SWT. Proses pendidikan itu berlangsung
sedari seseorang itu berada dalam Rahim ibunya. Inilah proses pendidikan dan
pembentukan akhlak dan budi pekerti seseorang itu diperingkat awal. Ibu yang
mengandung disarankan agar sentiasa membaca surah-surah Al-Quran dan doa-doa
yang mathur daripada Rasulullah SAW sepanjang tempoh kehamilan itu. Ketika
dilahirkan anak-anak ini diazan dan diqamatkan agar kalimah yang mulia dan agung
yang mula-mula diperdengarkan ditelingannya. Dalam membesarkan anak-anak, Islam
ada

metodologinya

yang

bersesuaian

dengan

perkembangan

usia

mereka

sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:


Perintahkan anak-anak kamu menunaikan sembahyang, apabila mereka telah
mencapai usia tujuh tahun. Bila telah mencapai usia sepuluh tahun belum juga
mahu menunaikan sembahyang, bolehlah dipukul (dalam batas-batas sebagai
tindakan mendidik) dan pisahkan tempat tidur mereka. [Diriwayatkan oleh Abu
Dawud]
Pengasingan tempat tidur diantara ibubapa dengan anak hendaklah dilaksanakan
selewat-lewatnya usia si anak mencapai 10 tahun dan juga diasingkan tempat tidur
mereka yang berlainan jantina. Ini merupakan disiplin membentuk akhlak dalam
pergaulan di antara lelaki dan perempuan, dewasa dan kanak-kanak.
Solat adalah pendinding diri seorang muslim.
Menjaga solat, solat yang ditunaikan dengan khusyu dan penuh tawadhu pasti
menghalang diri seseorang dari melakukan perkara-perkara mungkar. Allah SWT
berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji (fashya) dan mungkar.
[Surah Al Ankabut:45]

13

Ini merupakan satu jaminan daripada Allah SWT. Kualiti solat dengan memahami erti
setiap bicara yang dilafazkan dalam solat serta memahami setiap perbuatan dalam
solat adalah merupakan jaminan bahawa seseorang itu dipelihara oleh Allah dan dapat
menghalang dirinya daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Ini diperakui oleh
Rasulullah SAW berdasarkan kepada sebuah hadith yang bermaksud:
Sesungguhnya ada seorang yang bersolat pada waktu malam. Apabila waktu
pagi, dia mencuri. Baginda menjawab: Sesungguhnya apa yang dibaca (solat)
akan mencegahnya. [Ahmad bin Hanbal, Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal,
Muassasah Qurtubah, Qahirah jil. 2. hlm. 447, no hadith 9777. Diklasifikasikan
sahih oleh Shuib Al Arnaut]
Islam juga meletakkan bahawa kesemua jalan-jalan yang menuju kepada kerosakan
akhlak hendaklah dibendung dan dijauhi. Islam tidak hanya melarang perlakuan zina,
malah menghampiri atau cuba mendekati atau melakukan perbuatan yang menghampiri
zina juga dilarang dan merupakan satu dosa. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan janganlah kamu hampiri zina, sesunguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan jahat (membawa kerosakan). [Surah Al Israa: 32]
Melaksanakan perintah amar makruf dan nahi mungkar.
Seorang muslim perlulah peka dan perihatin terhadap apa yang berlaku dan dilakukan
oleh anggota masyarakatnya. Seorang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan
hari akhirat perlulah melaksanakan tindakan menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Inilah tugas seorang muslim yang dituntut oleh Allah SWT untuk
dilaksanakan samada secara individu atau berkumpulan. Sebagaimana firman Allah
SWT yang bermaksud:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang
baik, serta melarang daripada Segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.[Surah Ali-Imran: 104] ,

14

kemudian Allah SWT berfirman mengulangi penegasan ini di dalam ayat yang
seterusnya yang bermaksud:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.
sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara
mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang
fasik.[Surah Ali-Imran : 110]
Seorang muslim yang melihat kemungkaran di hadapan matanya hendaklah mengambil
tindakan menghalangnya dengan tangan (kuasa) jika dia memiliki kekuatan itu, jika
tidak dia hendaklah menegur dengan lisannya untuk memperbetulkan kemungkaran itu
paling tidak pun dia hendaklah membencinya dan tidak bersekongkol dengan
kemungkaran itu. Ini adalah menepati dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah
SAW dalam hadithnya, Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang
melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya
dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.
[Riwayat Muslim]
Peranan anggota masyarakat dalam usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran adalah satu bentuk kebajikan yang dituntut dalam Islam demi untuk
menjelmakan ahli masyarakat yang berakhlak mulia. Inilah satu bentuk gotong royong
atau kerjasama yang bernilai tinggi dan mendapat redha Allah SWT sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara membuat kebajikan dan
taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan perkara dosa
(maksiat)

dan

pencerobohan.

Dan

bertaqwalah

kepada

Allah,

sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya. [Surah Al Maidah: 2]

15

kerana

Hukuman Diletakkan Bagi Menjaga Akhlak


Di samping menggalakkan manusia melaksanakan hal-hal yang diperintahkan, Islam
tidak pula melupakan adanya kekuasaan dan penggunaan kekerasan terhadap
perlanggaran peraturan dalam berakhlak. Itulah sebabnya diadakan hukuman hudud,
qisas dan tazir. Adakah akhlak merupakan sesuatu perkara yang beku yang tidak
mampu diubah, sebagaimana sifat tubuh badan yang tidak boleh diubah? Ataupun
adakah akhlak mampu dibentuk dan dicanaikan ke arah yang baik? Ulama berselisih
pendapat mengenai perkara asas ini.
Walaubagaimanapun, majoritinya menegaskan bahawa akhlak boleh dibentuk. Menurut
Imam Al Ghazali, merubah akhlak adalah perkara yang mungkin. Sekiranya tidak,
mengapa Rasulullah SAW ada menyebut: Perbaikilah akhlak kamu.
Ini sekadar beberapa pendekatan yang diketengahkan dalam ruang perbahasan yang
pendek ini. Sebenarnya banyak lagi pendekatan dan cara Islam menangani
permasalahan keruntuhan akhlak ini dan membangunkan ketinggian akhlak dan budi
pekerti manusia. Islam tidak hanya menyediakan cara penyelesaian tetapi Islam
mengajar satu kaedah bagaimana akhlak manusia itu dibentuk sedari manusia itu
belum dilahirkan supaya masalah sosial masyarakat itu dapat dicegah dari awalnya.

16

PENUTUP
Nilai-nilai moral masyarakat timur sedikit demi sedikit telah luntur di dalam masyarakat
Malaysia tidak kira bangsa mana pun. Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan
dan pihak-pihak berwajib kerana keruntuhan nilai moral masyarakat akan membawa
kepada malapetaka yang besar dimasa hadapan.
Kesimpulannya, penyelesaian masalah gejala sosial ini tentu sahaja memerlukan
kerjasama

semua

pihak

untuk

bersama-sama

menyelesaikannya.

Semuanya

bergantung kepada usaha berlandaskan keimanan dan amalan yang kuat kepada Allah.
Hakikatnya akar pokok yang sihat adalah akar pokok yang dibaja dan disiram mengikut
keperluan dan mampu memberikan batang pokok yang punya daya tahan penyakit dan
akhirnya menghasilkan daun dan buah yang ranum dan berguna buat makhluk lain.
Usaha yang padu dan sokongan daripada pelbagai pihak amatlah diharapkan bagi
memastikan gejala sosial tersebut benar-benar membuahkan hasil. Mudah-mudahan
usaha kita hari ini, akan membantu kita mencetak generasi muda yang positf, beriman,
bertaqwa, berilmu, beramal soleh dan berkhlak mulia.

17

You might also like