You are on page 1of 7

TeknikMenjawabSoalanSainsPMRKertas2

There are two parts of question. That is part A and part B Part A - 40 marks No 1 to No 6 - each question between 5 to 9 marks given. Part B 20 marks No. 7 and 8 - question no. 7 is usually 8 marks - question no. 8 is usually 12 marks The question format is depend on JPU from Lembaga peperiksaan. Question no. 1 - pairs and labeling form - - the marking is very negotiable No. 2- Recall and differentiation form No. 3 Recall and reasoning form No 4 Experiment that ever carried out by student before No 5 Experiment that be connected by science concept No 6 - Comparison and calculation form

PART B The question no 7. - higher level question and vary rigid in marking scheme . At glance the question seem quite easy, but FAO is implemented. The question no. 8 - experimental question is created based on science concept that has been learned by the student before.

ANSWERING TECHNIQUE L Your answer must be accurate and as brief as possible L Each answer is given 1 mark L If a answer is 2 marks given , 1 mark for your correct answer and another supporting answer L In the calculation question where the formulae is provided and 2 marks is given, transferring value to formulae is 1 mark given and other for accurate answer. L Spelling must be accurate .- The spelling mistake is negotiate when meaning does not change. In case the words is provided , spelling must be correct. L PMR candidates should be careful with 2 marks question ,the correct terms must be used in describing processes . L Candidates involve must answer correctly according to the sequence.

THE WEAKNESSES IN ANSWERS D Answer with long description but without key word that is needed D To explain the process that occurs in our body that is represented by experiment , the candidates do not answer according to the experiment but explain the real process in our body. D Candidates always guess the answer whereas FAO is implemented D In case of the characteristic questions , candidates always answer based on their own knowledge. D Candidates are still weak in science process skill.

Soalan no. 7 biasanya bertujuan untuk menguji kemahiran pelajar untuk mengenalpasti ciri-ciri yang ada pada gambarajah yang disediakan dan kemudiannya membuat pengelasan terhadap gambarajah yang sama. Untuk mengenalpasti ciri-ciri, pelajar hanyalah perlu menyatakan apa sahaja ciri-ciri relaven yang jelas kelihatan pada gambarajah SAHAJA, bukan ciri-ciri yang diketahui tetapi tidak wujud dlm gambarajah. Contohnya:

Soalan: State one characteristic of the above animal. (Nyatakan satu ciri bagi haiwan di atas). Jawapan yang kurang tepat: berdarah sejuk (walaupun pernyataan ini benar, tetapi ia TIDAK ditunjukkan dalam gambarajah di atas!) Jawapan yang sesuai: mempunyai dua pasang kaki @ penglihatan monokular @ bermuncung tirus @ bergigi tajam 2. Jika soalan meminta pelajar untuk melabel gambarajah, pastikan anda lukis garisan yang lurus (tidak membengkok atau melengkung). Oleh itu gunakan pembaris. Pastikan hujung garisan itu kena tepat pada bahagian yang dikehendaki. Jika anda perlu melabel lebih daripada satu bahagian, pastikan setiap garisan itu tidak bertindan antara satu sama lain (atau menyilang antara satu sama lain). Pastikan juga kehendak soalan sebenar. Adakah ia mahukan anda menulis nama bahagian tersebut atau sekadar menulis simbol yang diberi. Kecuaian memahami kehendak soalan hanya akan menyebabkan anda RUGI PADA TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA!! 3. Seperti yang dinyatakan pada tips 2 di atas, anda sepatutnya memahami sepenuhnya kehendak soalan. Kenalpasti sama ada, soalan menghendaki anda: menyenaraikan ciri-ciri (characteristic) menyatakan sebab atau alasan (give reason/ why) menerangkan pernyataan (state/ give detail/ describe/ explain) menyenaraikan contoh2 (give examples) menyatakan definisi (define/ give meaning) menyatakan lokasi (where/ define location) menyatakan proses (how) menyatakan fungsi (give function) menyatakan pemerhatian (state observation) beri cadangan (give suggestion/ state other ways to ...) membanding (compare and contrast) menyatakan jenis (define type) membuat pengiraan (show calculation) menyatakan perkaitan (state relationship) membuat andaian (give prediction)

Sebagai permulaan, saya hanya akan membincangkan beberapa perkara sahaja daripada senarai di atas. Selebihnya akan dibincangkan dalam bahagian yang seterusnya. (a) menyenaraikan ciri-ciri (characteristics) Senaraikan ciri2 fizikal atau kimia. Ciri2 fizikal ialah ciri2 yang boleh diperhatikan pada sifat luaran atau yang kelihatan pada pandangan luaran kita terhadap objek yang dibincangkan. Manakala, ciri2 kimia pula merupakan keadaan kimia objek berkenaan. Contoh ciri-ciri fizikal: warna, bau, rasa, bentuk, saiz, suhu, takat lebur dan takat didih (melting point and boiling point), keadaan fizikal @ luaran (physical appearance @ performance), dll. Contoh ciri2 kimia: kebolehan bertindak balas dengan bahan lain, struktur kimia, jenis ikatan kimia, jenis kumpulan - mengikut Jadual Berkala, keelektronegatifan, nombor pengoksidaan, dll. (b) menyatakan sebab atau alasan (give reason/ why) Soalan jenis ini meminta anda memberi sebab atau hujah kepada sesuatu pernyataan. Contohnya: i. Soalan: kenapa kita mesti menggunakan penunjuk bikarbonate? (why do we need to use bicarbonate indicator?) Penerangan: soalan ini meminta anda menyatakan tujuan penggunakan bahan tersebut. ii. Soalan: (a) Yang manakah di antara kertas turas berikut akan kering lebih cepat? (b) Nyatakan sebab bagi jawapan anda di (a). Penerangan: sila beri perhatian kepada soalan (b). Ia meminta anda untuk menyatakan sebab kepada pemilihan jawapan anda pada soalan (a). Contohnya, jika jawapan anda di (a) ialah ' kertas turas X'. Anda perlu menyatakan hujah kenapa jawapan anda - 'kertas turas X'. Anda boleh menyatakan hujahnya dengan cara melihat kepada perbezaan yang wujud antara kertas2 turas. Untuk menjawab kertas 2, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian: 1. pastikan tulisan sentiasa kemas dan mudah dibaca 2. potong perkataan yang tersalah tulis SEKALI SAHAJA (sekiranya anda menggunakan pen) 3. ayat jangan meleret-leret dan menyalin sebahagian besar daripada soalan contoh: Apakah yang berlaku kepada akar tumbuhan dalam rajah di atas selepas beberapa hari? cara menjawab yang kurang baik: Selepas beberapa hari, akar tumbuhan dalam rajah di atas akan menunjukkan sifat hidrotropisma positif. memadai menjawab seperti ini: Akar tersebut akan menunjukkan sifat hidrotropisma positif. 4. jangan menggunakan simbol kecuali apabila diminta contoh: Nyatakan formula bagi Hukum Ohm. Jawapan yang kurang baik: R= V/I Sebaik-baiknya: Resistance= Voltage/ Current 5. elakkan menggunakan simbol bagi atom atau molekul kimia. Ini kerana, ramai pelajar yang menggunakan simbol yang salah.

contoh: simbol carbon dioxide yang salah:

Sebelum ini saya telahpun membincangkan 2 jenis soalan (a dan b). Sekarang, saya sambung semula dengan bahagian yang seterusnya: (c) Menerangkan pernyataan (state/ give detail/ describe/ explain) Soalan jenis ini bukanlah suatu masalah terutamanya kepada pelajar yang benar2 dapat mengingati fakta dan menganalisa maklumat yang berkaitan dengan kehendak soalan. Biasanya ia meminta pelajar untuk menerangkan sesuatu proses atau kejadian mengikut turutan yang betul. Contoh soalan: Terangkan bagaimanakah gas oksigen diangkut oleh sel darah merah (explain how oxygen is transported by red blood cells) Ulasan: Untuk soalan di atas, pelajar perlu menerangkan proses oksigen diangkut oleh sel darah merah ke seluruh badan dengan lengkap. Fikirkan juga akan fakta2 istimewa yang mungkin wujud dalam proses tersebut. Perhatikan juga jumlah markah yang diperuntukkan untuk soalan tersebut. Ini dapat membantu pelajar menentukan perkara2 yang perlu dimasukkan sebagai jawapan. Contoh jawapan yang kurang tepat: Gas oksigen meresap masuk ke dalam sel darah merah melalui membran selnya lalu mengalir mengikut arah aliran darah. Contoh jawapan yang lebih baik: Sel darah merah mengangkut oksigen dalam bentuk oksihemoglobin apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin yang terkandung di dalamnya. (d) menyenaraikan contoh2 (give examples) atau menyatakan jenis (define type) Ada pelajar yang sering cuai untuk memahami kehendak soalan seperti ini. Pelajar perlu faham bahawa contoh dan jenis adalah berbeza. Kebiasaanya, soalan jenis ini agak mudah. Oleh itu, adalah SANGAT MERUGIKAN apabila anda boleh tersilap menjawab soalan seperti ini. Contoh soalan 1: Ikan lumba-lumba Katak Harimau Kala jengkeng Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan 2 contoh lain bagi haiwan yang sama kumpulan dengan Kala jengkeng (Based on the information given, state another 2 animals that are similar to scorpian). Ulasan: Perhatikan ayat soalan! Ia meminta anda menyatakan 2 contoh lain bagi haiwan yang sama kumpulan. Ini bermakna, soalan mahukan CONTOH HAIWAN. Selain daripada itu, perhatikan juga senarai haiwan2 lain. Fikirkan, apakah yang membezakan kala jengkeng dengan 3 haiwan yang lain (ikan lumba2, katak dan harimau). Di sini, anda sepatutnya sedar bahawa ikan lumba2, katak dan harimau adalah haiwan dari kumpulan Vertebrata (vertebrate). Ini bermakna, kala jengkeng berbeza daripada 3 haiwan lain kerana ia tidak mempunyai tulang vertebrata. Oleh itu, anda sepatutnya sudah boleh menyenaraikan haiwan2 dari kumpulan invertebrata (invertebrate). Contoh jawapan yang baik: (i) siput babi (ii) kupu-kupu Contoh soalan 2: Ikan lumba-lumba Katak Harimau Kala jengkeng Apakah jenis kumpulan yang diwakili oleh ikan lumba2 dan harimau (What is the group represented by the dolphin and the tiger). Ulasan: Terlebih dahulu, anda perlu memikirkan kesamaan yang wujud antara kedua2 haiwan. Kedua2 haiwan ini bukan sahaja bertulang belakang (vertebrate), malah kedua2nya juga dari kumpulan yang sama iaitu mamalia (mammals). Antara jawapan bertulang belakang (vertebrate) dan mamalia (mammals), jawapan yang terbaik adalah mamalia. Ini kerana sifat mamalia tidak wujud pada katak mahupun kala jengkeng. Sebaliknya, jawapan bertulang belakang, turut dikongsi dengan katak. Walaubagaimanapun, sekiranya markah yang diperuntukkan adalah lebih daripada 1 markah, ini bermakna anda boleh memasukkan jawapan bertulang belakang sebagai tambahan kepada

jawapan utama tadi. * Kerap juga berlaku, di mana soalan meminta pelajar menyatakan ciri2 bagi sesuatu. Tetapi, pelajar pula menyenaraikan contoh2. Contoh soalan 3: Ikan lumba-lumba Katak Harimau Kala jengkeng Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan 2 sifat yang menyamakan ikan lumba2 dan harimau (Based on the information given, state 2 characteristics that are similar between the dolphin and the tiger). Contoh jawapan yang cuai: (i) platipus (ii) monkey Ulasan: Berdasarkan Contoh Jawapan Yang Cuai di atas, pelajar sebenarnya tidak memahami kehendak soalan. Kes ini sebenarnya kerap berlaku, walaupun soalan nampak agak mudah. Ia mungkin juga disebabkan pelajar tidak memerhatikan soalan tersebut dengan jelas atau gopoh dalam menjawab soalan. Pengajarannya: Perhatikan kata kunci utama bagi setiap soalan. Jalan yang terbaik adalah apabila anda mula membaca soalan, gariskan atau bulatkan kata kuncinya agar anda nampak dengan jelas apa yang dimahukan oleh soalan tersebut. Apabila telah selesai menjawab keseluruhan kertas soalan, baca sekali lagi setiap soalan dan jawapan yang anda berikan. Mungkin, anda akan jumpa jawapan anda yang tidak selari dengan kehendak soalan!! (e) menyatakan definisi (define/ give meaning) Kini, soalan jenis ini wujud dalam dua bentuk. Yang pertama, ialah soalan yang meminta pelajar menyatakan definisi atau maksud bagi sesuatu pernyataan. Yang kedua pula, ialah meminta pelajar menyatakan definisi secara operasi. Pernyataan definisi secara umum boleh diperolehi daripada kebanyakan buku teks dan buku rujukan. Ia biasanya dinyatakan diawal perbincangan tentang sesuatu topik pelajaran. Definisi secara operasi pula kebanyakannya boleh diperolehi daripada formula pengiraan (mathematical formula) atau persamaan kimia (chemical equations). Contoh2 istilah yang biasanya boleh didefinisikan secara operasi - menggunakan formula matematik: i. ketumpatan (density) ii. arus, voltan dan rintangan dalam litar selari atau litar bersiri (current, voltage and resistance in parallel or series circuit) iii. kerja (work) atau tenaga (energy) iv. kuasa (power) Contoh2 istilah yang biasanya boleh didefinisikan secara operasi menggunakan persamaan kimia: i. respiration ii. combustion iii. photosynthesis iv. neutralisation v. fertilisation Untuk memudahkan penguasaan anda di bahagian ini, senaraikan seberapa banyak istilah yang dipelajari dan kelaskan mengikut kumpulan seperti yang dinyatakan dalam contoh istilah di atas. Langkah pertama ialah menulis formula matematiknya atau persamaan kimianya. Kemudian, tukarkan formula atau persamaan itu ke dalam bentuk pernyataan. Sebaik-baiknya minta bantuan guru untuk memantau hasil kerja anda agar tidak berlaku kesilapan. Anda juga boleh menulisnya dalam bentuk jadual. Maaflah, buat masa ini, cikgu tidak dapat menyediakan isinya untuk anda semua. :p (f) menyatakan lokasi (where/ define location) Soalan ini juga agak mudah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengingat fakta. Kebiasaan pelajar tidak akan menghadapi masalah untuk bahagian ini. Kalaupun ada, ia mungkin disebabkan kecuaian memahami kehendak soalan dan tidak ingat fakta. Cara menjawab:

Di ATAU Ia terletak di Elakkan daripada hanya menuliskan nama tempat tanpa penggunaan di. (g) menyatakan proses (how) Soalan ini meminta pelajar menyatakan nama proses. Ia berbeza daripada apa yang diterangkan dalam perkara (c) sebelum ini (iaitu Menerangkan pernyataan (state/ give detail/ describe/ explain)). Biasanya soalan ini memperuntukkan hanya 1 markah. Pelajar juga tidak perlu memberi penerangan yang panjang lebar. Contoh soalan: Bagaimanakah alkohol dapat diasingkan daripada air? (How to separate alcohol from its mixture with water?) Contoh jawapan: Ia boleh diasingkan dengan menggunakan kaedah penyulingan. Setakat ini dahulu. Bahagian seterusnya akan dibincangkan kemudian. Apa2 pun, ini sekadar panduan. Jika ada sebarang komen, cadangan dan tambahan daripada mana2 guru, amatlah dialualukan. Jumpa lagi

You might also like