Professional Documents
Culture Documents
Ajaran Sesat Di Malaysia 1996
Ajaran Sesat Di Malaysia 1996
1.TAKRIF AJARAN SESAT 2.SEJARAH RINGKAS 3.PERISTIWA-PERISTIWA AJARAN SESAT 4.SUMBER AJARAN SESAT 5.MANGSA AJARAN SESAT 6.SENARAI AJARAN SESAT DI MALAYSIA
2. Sejarah Ringkas.
Ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Mohamad bin Shafie @ Mohammad Matahari pada akhir abad ke 19 di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Ia berkembang ke negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Di Kelantan wujud ajaran Subud yang disebarkan pada tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh pada tahun 1960-an.
Ia kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun (1355H / 1933M) yang mengembangkan ajaran Taslim dari bapanya Hj. Mohamad Matahari. Kemudian Hj. Ahmad Laksamana bin Omar (Kelantan) menulis buku Hakikat Insan (1985) dan Ilmu Tajalli yang berkembang ke seluruh Malaysia. Ajaran Batiniah terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7 dan 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailaha Illallah yang semuanya berjumlah 19. Teori inilah yang mempengaruhi falsafah Ismailiyah Batiniah. Ajaran Batiniah mempengaruhi aliran Tasawuf Teosofi dalam 3 unsur : Fahaman Hulul iaitu menempatnya Tuhan dalam diri hamba seperti yang dibawa oleh AlHallaj. Fahaman Takwil Batin iaitu tiap-tiap yang zahir ada batin dan tiap-tiap ayat al-Quran ada takwil iaitu Takwil Batin. Fahaman guru batin iaitu memperolehi ilmu melalui guru batin yang telah meninggal dunia. Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim. Ciri-ciri kesesatannya ialah: a. Memisahkan pengikutnya daripada masyarakat. b. Berkahwin sesama sendiri, mempunyai masjid, kubur dan tempat belajar sendiri. 2. TASAWUF TEOSOFI @ WUJUDIAH @ MARTABAT TUJUH. Tasawuf Teosofi dipengaruhi oleh fahaman Greek, Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu-Budha. Tasawuf ini mengandungi berbagai konsep yang bermula dengan wahdatul wujud dan kemudiannya diserap kepada ajaran martabat tujuh dari karangan Syeikh Mohamad b Fadhlullah Al-Burhanpuri, (w 1029 H/1619M ) melalui bukunya al-Tohfah al-Mursalah Ila Roh Al-Nabi, yang diterjemah ke bahasa Jawa tahun (1680M). Tasawuf ini kemudian diserap oleh beberapa tokoh Nusantara seperti : a. Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani (w 1690M) yang mengarang buku Jauhar al-Haqaeq. b. Abdul Rauf Singkel yang mengarang buku Daqaiq al-Huruf (1661M). c. Syeikh Hamzah Fansuri (w 1606M) dalam buku-bukunya di bidang tasawuf ketuhanan terutama buku Asrar al-Ariffin, Syarb al-Asyikin dan al-Muntahi. d. Berkembang pula melalui kitab al-Durr al-Nafis oleh Syeikh Mohamad Nafis al-Banjari (w 1778M) yang ditulis tahun (1200H). Pada asasnya Tasawuf ini telah banyak mempengaruhi guru-guru ajaran sesat, ditambah pula oleh buku Kasyf Al-Asrar oleh Syeikh Mohamad Salleh b. Abdullah al-Mangkabowi yang ditulis tahun 1922M. Tasawuf wahdatul wujud pula adalah bersumber daripada Hindu dan Neoplatonisma. Sementara ajaran Martabat Tujuh adalah bersumberkan falsafah Neo Platonisma yang dikenali dengan teori emanasi atau as-Sudur iaitu Tuhan menzahirkan dirinya secara berperingkat-peringkat dalam bentuk makhluk yang nyata ini dalam 7 peringkat : Pertama: Ahadah @ Ahadiyah iaitu martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tuhan belum nyata. Kedua: Wahdah, Martabat Allah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa Muhammad atau Taayun Awal. Ketiga: Wahidiyah, Martabat Taayun Thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayan Thabitah namanya iaitu kenyataannya telah ada bagi Allah. Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam segala roh Aayan Kharijah ertinya kenyataan yang sudah terbit
daripada ilmuNya. Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa namanya iaitu daripada kehendak Allah Taala. Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang boleh dipandang, daripada anasir yang empat; air, tanah, udara dan api. Ketujuh: Alam Insan yang disebut: Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. Antara contoh ajaran tasawuf Teosofi ialah Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana. Ciri Utama Ajaran Tasawuf Teosofi. 1.Guru mursyid boleh menghubungkan murid dengan Allah Taala. 2.Taasub membuta tuli kepada guru. 3.Guru mursyid telah mencapai Insan Kamil iaitu mereka telah melalui taraqqi roh tujuh peringkat iaitu nafsu Ammarah, Lawwamah, Mulhamah, Mutmainnah, Radiah, Mardiah dan Kamaliah. 3. AMALAN KHURAFAT. Amalan Khurafat berpunca dari tiga unsur iaitu Sinkritisma, Hindu-Budhha, Animisma dan Dinamisma. Ia menjelma dalam amalan perbomohan secara batin dan silat kesaktian.
Disediakan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Perdana Menteri