You are on page 1of 11

KepentinganSaliran

Terdapat beberapa kepentingan saliran di Malaysia iaitu:

Tapak Tamadun dan Pusat Perdagangan Awal

Di lembah dan muara sungai di negara kita. Contoh: - kuala Sungai Muda di Kedah - muara Sungai Melaka di Melaka - lembah Sungai Kinta di Perak

Sempadan

Menjadi sempadan daerah, negeri atau antarabangsa. Contoh: - Sungai Golok memisahkan Kelantan dengan Thailand (sempadan antarabangsa) - Sungai Bernam memisahkan Selangor dengan Perak (sempadan negeri)

Hidroelektrik

Kuasa hidroelektrik dihasilkan daripada empangan yang dibina. Contoh: - Empangan Chenderoh, Perak - Empangan Kenyir, Terengganu - Empangan Batang Ai, Sarawak

Sumber Pengairan

Membolehkan penanaman padi dua kali setahun Contoh: - Projek Pengairan Muda di Sungai Muda (mengairi Dataran Kedah) - Projek Pengairan Kemubu di Sungai Kelantan (mengairi Dataran Kelantan)

Pengangkutan

Terutama di kawasan pedalaman. Contoh: Sungai Rajang, Sarawak. Turut digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan pembalakan ke kilang papan dan pelabuhan.

Pelancongan dan Rekreasi

Air terjun di bahagian hulu sungai dijadikan pusat perkelahan. Contoh: - Air Terjun Kota Tinggi, Johor - Air Terjun Sekayu, Terengganu

Sumber Ikan Air Tawar

Kaya dengan hidupan air Contoh: ikan tilapia, ikan jelawat dan udang galah.

Dataran Aluvium

Tanah yang subur

Contoh: - Sungai Kedah membentuk Dataran Kedah - Sungai Kelantan membentuk Dataran Kelantan - Sungai Rajang membentuk Delta Rajang

Tasik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tasik Blowdown di pergunungan berhampiran Pemberton, British Columbia

Tasik Oeschinen di Alp Switzerland

Tasik Mapourika di New Zealand

Untuk kegunaan lain, sila lihat: Tasik (nyahkekaburan). Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi (atau sifat fizikal) yang berbentuk takungan air pedalaman yang bukan sebahagian lautan, yang lebih besar dan dalam berbanding kolam, airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dan disalurkan olehsungai.[1][2]

Tasik-tasik semula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zon rengkahan, dan kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasieran. Tasik-tasik lain pula dijumpai di lembangan endoreik atau sepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia terdapat banyak sekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari Zaman Ais yang lalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, kerana lambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yang menakungnya.
Isi kandungan
[sorok]

1 Taburan tasik 2 Kejadian tasik semula jadi 3 Jenis 4 Rujukan

5 Pautan luar

[sunting]Taburan

tasik

Kebanyakan tasik di Bumi berisi air tawar, dan terletak di kawasan latitud tinggi di Hemisfera Utara. Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada keranasistem saliran berserabut yang mendominasi kawasan negara ini. Finland dikenali sebagai Tanah Seribu Tasik, (sebenarnya terdapat 187,888 buah tasik Finland, 60,000 daripadanya adalah besar), [3] sementara negeriMinnesota di Amerika Syarikat pula bergelar Tanah Sepuluh Ribu Tasik. Kebanyakan tasik ini ada saliran keluar semula jadi yang berbentuk sungai atau anak sungai, tetapi ada juga tasik tanpa saliran keluar, sebaliknya hanya kehilangan air melalui penyejatan atau tirisan bawah tanah atau kedua-duanya sekali. Tasik-tasik sebegini merupakan tasik endoreik (lihat di bawah). Banyak juga tasik buatan manusia yang dibina untuk tujuan janaan kuasa hidroelektrik, tujuan rekreasi, kegunaan industri atau pertanian, ataupun bekalan air setempat. Di luar bumi juga terbukti wujudnya tasik; "bukti definitif wujudnya tasik-tasik berisi metana" diumumkan oleh NASA menurut pantauan Prob Cassini di bulanTitan yang mengorbit planet Zuhal. Di seluruh dunia, bilangan tasik jauh diatasi bilangan kolam: dari kira-kira 304 juta kumpulan air pegun di seluruh dunia, 91% darinya berkeluasan 1 hektar (2.5 ekar) ke bawah (lihat kolam) [4]. Tasik kecil juga melebihi tasik besar dari segi jumlah: dari segi keluasan, satu pertiga kumpulan air pegun di dunia merupakan tasik dan kolam bersaiz 10 hektars (25 ekar) ke bawah. Namun begitu, tasik besar

banyak sangat sumbangannya kepada keluasan air pegun, iaitu 122 buah tasik besar seluas 1,000 kilometer persegi (390 batu persegi, 100,000 ha, 247,000 ekar) atau lebih yang menjadi 29% daripada jumlah air pegun daratan di Bumi.
[sunting]Kejadian

tasik semula jadi

Pantai Ipperwash, Tasik Huron, Ontario,Kanada

Terdapat sebilangan proses semula jadi yang boleh membentuk tasik. Julangan tektonik terbaru di banjaran gunung boleh menghasilkan lembangan yang boleh menngumpul air lalu membentuk tasik. Fenomena kemaraan dan pengunduran glasier boleh mengikis lekukan di permukaan di mana berkumpulnya air; tasik-tasik sedemikian sering didapati di Scandinavia, Patagonia, Siberia, dan Kanada. Contoh-contoh terbaik tasik sebegini adalah Tasik-tasik Besar diAmerika Utara. Tasik juga boleh terbentuk akibat tanah runtuh atau sumbatan glasier. Satu contoh tasik yang terbentuk akibat sumbatan glasier terjadi ketika Zaman Ais lalu di kawasan yang kini ditakluki negeri Washington, Amerika Syarikat, di mana sebuah tasik gergasi terbentuk di sebalik aliran glasier; apabila ais berundur, hasilnya banjir besar yang membentuk Air Terjun Dry di Sun Lakes, Washington.

Hablur garam di pantai Tasik Urmia, Iran

Tasik garam (atau tasik masin) boleh terjadi apabila tiadanya alur keluar semula jadi atau di mana air cepat menyejat dan permukaan saliran muka air tanahmengandungi lebih garam dari biasa. Contoh

tasik garam termasuk Tasik Garam Besar, Laut Kaspia, Laut Aral, dan Laut Mati (tasik-tasik sebegini bergelar laut bersempena air masin di laut).
[sunting]Jenis

Sebuah tasik buatan di Arizona ketika matahari terbenam

Tasik periglasier: Sebahagian pinggir tasik terbentuk dari lembar ais, litupan ais, atau glasier, dan ais itu menghalang saliran tanah semula jadi.

Tasik subglasier: Tasik yang dilitupi ais secara berkekalan. Tasik-tasik ini terjadi di bawah glasier, itupan ais, atau lembar ais. Tidak kurang tasik sebegini di dunia, dan yang terbesar adalah Tasik Vostok di Antartika. Tasik-tasik ini kekal cecair kerana litupan ais bertindak sebagai penebat haba yang menyimpan tenaga yang dimasukkan di sebelah bawah melalui geseran, oleh serapan air melalui kervas, oleh tekanan dari jisim lembar ais di atas, atau oleh pemanasan geoterma di bawah.

Tasik glasier: Tasik yang berasal dari glasier yang cair. Tasik buatan: Tasik yang terhasil daripada proses pembanjiran tanah di sebalik empangan yang dipanggil pembendungan atau takungan; melalui kerja penggalian oleh manusia; atau pembanjiran kejadian penggalian ke operasi mengekstrak bahan galian seperti lombong terbuka atau kuari. Sesetengah tasik terbesar di dunia merupakan takungan.

Tasik buatan manusia di Keukenhof,Belanda

Tasik endoreik: Tasik tanpa aliran keluar yang besar, baik melalui sungai mahupun pembauran bawah tanah. Mana-mana air dalam lembangan endoreik hanya dapat keluar dari tasik sebegini melalui penyejatan atau peresapan. Tasik-tasik sebegini, misalnya Tasik Eyre di tengah Australia atau Laut Aral di Asia Tengah, paling kerap dijumpai di kawasan gurun.

Tasik meromiktik: Tasik yang terdiri daripada lapisan-lapisan air yang tidak saling bercampur. Lapisan air terdalam dalam tasik sebegini tidak mengandungi apa-apa oksigen yang terlarut. Lapisan endapan di dasar tasik meromiktik tenang airnya kerana tiadanya hidupan dalamnya yang boleh mengacaunya.

Tasik fjord: Tasik di lembah yang dihakis glasier yang sudah terhakis ke bawah aras laut. Tasik ladam: Tasik yang terbentuk apabila liku sungai yang luas terpisah dari sungai. Nama "tasik ladam" bersempena bentuk lengkung unik yang terhasil dari proses ini.

Tasik rengkahan: Tasik yang terbentuk kesan penenggelaman bumi sepanjang sesar geologi dalam plat tektonik Bumi. Contoh: Tasik-tasik Rift Valley diAfrika Timur dan Tasik Baikal di Siberia.

Tasik bawah tanah: Tasik yang terbentuk di bawah permukaan kerak Bumi. Tasik sebegini boleh dikaitkan dengan gua, akuifer, atau mata air.

Tasik kawah Volcn Iraz, Costa Rica

Tasik kawah: Tasik yang terbentuk dalam kaldera atau kawah gunung berapi yang lama pendam. Air dalam tasik sebegini mungkin tawar atau kuat berasid dan mungkin mengandungi pelbagai larutan mineral. Ada tasik kawah yang mengalami aktiviti geoterma, khususnya jika gunung berapi itu cuma pendam dan bukannya mati.

Tasik lahar: Lubuk lahar lebur yang ditakung dalam kawah gunung berapi atau mana-mana kejadian lekukan yang lain. Tasik lahar yang sudah pejal juga dipanggil tasik lahar.

Bekas tasik: Tasik yang sudah tidak wujud lagi. Jenis tasik ini termasuk tasik prasejarah dan tasik yang kering sepenuhnya akibat penyejatan atau campur tangan manusia. Tasik Owens di California, A.S., ialah satu contoh bekas tasik.

Tasik bermusim: Tasik yang hanya wujud sebagai takungan air pada satu jangka masa dalam setahun.

Tasik susut: Berhubung rapat dengan bekas tasik, tasik jenis ini adalah tasik yang airnya berkurangan secara mendadak sepanjang masa geologi. Tasik Agassiz yang pernah meliputi banyak kawasan tengah Amerika Utara, merupakan contoh tasik susut.

Tasik eolik: Tasik yang terbentuk dalam lekukan yang terhasil daripada kegiatan angin.

[sunting]

Sungai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sungai Murray di Australia.

Sungai mengalir ke Harrietville Trout Farm

Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.

Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.
Isi kandungan
[sorok]

1 Senarai sungai

1.1 Sungai terpanjang di dunia

o
Malaysia

1.2 Sungai di

2 Lihat juga

[sunting]Senarai [sunting]Sungai

sungai

terpanjang di dunia

1. Sungai Nil (6,690 km) 2. Sungai Amazon (6,452 km) 3. Sungai Yangtze (Chang Jiang) (6,380 km) 4. Sungai Mississippi-Missouri (6,270 km)

5. Sungai Yenisei-Angara (5,550 km)


6. Sungai Ob-Irtysh (5,410 km) 7. Sungai Huang He (Kuning) (5,464 km) 8. Sungai Amur (4,410 km) 9. Sungai Congo (4,380 km or 4,670 km) (punca sungai ni dipertikai) 10. Sungai Lena (4,260 km)
[sunting]Sungai

di Malaysia

1. Sungai Kinabatangan 2. Sungai Batu Lima 3. Sungai Meliau

4. Sungai Musi 5. Sungai Kebun Cina 6. Sungai Sibuga 7. Sungai Tahan 8. Sungai Melantai 9. Sungai Puteh 10. Sungai Pelenting 11. Sungai Teku 12. Sungai Baram 13. Sungai Rajang 14. Sungai Muar 15. Sungai Pahang 16. Sumgai Melaka 17. Sungai Linggi 18. Sungai Langat 19. Sungai Kelang 20. Sungai Selangor 21. Sungai Perak 22. Sungai Pahang
[sunting]

You might also like