You are on page 1of 5

Bandaraya Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Bandaraya Melaka Malacca City


Stadhuys, Melaka

Mohor

Nama samaran: Bandar Raya Bersejarah (Inggeris : Historical city)

Lokasi di Malaysia Koordinat: 21120U 102234T

Negara Negeri Pengasasan Pemberian status bandar raya Kerajaan - Datuk bandar Kawasan

Malaysia Melaka 1502 2003 Zaini Md Nor

- Jumlah Kepadatan (2007)[1] - Jumlah - Kepadatan Zon masa - Musim panas (DST)

114.7 batu persegi (303 km) 455,300 n/a/batu persegi (1,502.64/km) MST (UTC+8) Tidak ditentukan (UTC)

Laman web: www.mbmb.gov.my Bandar raya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka. Bandaraya ini terletak di daerah Melaka Tengah. Bandaraya ini merupakan bandar terbesar di Melaka. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Julai 2008. [1]

Isi kandungan

1 Geografi 2 Sejarah
o o

2.1 Kesultanan Melaka 2.2 Pemerintahan penjajah

3 Pengangkutan 4 Tempat menarik 5 Pusat membeli-belah 6 Pasar-raya besar 7 Hotel 8 Rujukan 9 Lihat juga 10 Pautan luar 11 Nota 12 Pautan luar

Geografi
Sebahagian dari Bandaraya Melaka.

Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah
Sultan Melaka Tempoh memerintah

Parameswara 1400 1414 (Raja Iskandar Shah) Sultan Megat Iskandar Shah Sultan Muhammad Shah, Melaka Sultan Abu Syahid Sultan Muzaffar Shah 1414 1424 1424 1444 1444 1446 1446 1456

Sultan Mansur Shah 1456 1477 Sultan Alauddin Riayat Shah Sultan Mahmud Shah 1477 1488 1488 1511

dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).

Sejarah
Kesultanan Melaka
Rencana utama: Kesultanan Melaka Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

Pemerintahan penjajah
Rencana utama: Sejarah Melaka Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun. Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963. Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

Pengangkutan
Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka.Dahulu stesen keretapi ini dikenali Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang.Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah stesen Tebong tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaiktaraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar,Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka

yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan. Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjug Malaysia.Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia hari ini. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral. Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan carter dari kawasan sekitar.Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses naik taraf dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak peswat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini. Susur keluar Ayer Keroh dari selatan dan Simpang Ampat dari utara bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka.

You might also like