You are on page 1of 6

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas 1.

Sejarah Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu : a) Peringkat Pertama ( Awal 1947) : Peranan utama oleh institusi keluarga dan masyarakat iaitu pertubuhan agama, etnik, ibu bapa dan badan sukarela. Pada awal penubuhan memberi penekanan dan tumpuan pada masalah penglihatan. Sekolah Rendah Pendidikan Khas yang paling awal ialah St. Nicholas di Pulau Pinang (1926) dan Princes Elizabeth di Johor Bharu (1949). Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang pula dibina khusus untuk masalah pendengaran. Bourgeault (1970) : Di zaman penjajahan British, pendidikan khas untuk masalah penglihatan dipelopori oleh pergerakan sosial iaitu institusi-institusi bercorak keagamaan. Chua Tee Tee : Pendidikan khas di negara ini bermula apabila Misi Anglican mendirikan rumah dan Sekolah St. Nicholas bagi OKUP di Melaka pada 1926 yang kemudian dipindahkan ke Pulau Pinang. b) Peringkat Kedua (1948 1980 ) : Historical milestone dengan memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan sekolah pendidikan khas. Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemaskan untuk meningkatkan mutu pendidikan iaitu model penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas bermasalah pendengaran dari 1979 -1981 dan 1984-1986. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mempertingkatkan kemudahan di semua sekolah khas, mengalami zaman anjakan paradigma, merangka dasar pendidikan nasional yang komprehensif, menyediakan keperluan asas bagi pelajar-pelajar yang istimewa. Latihan guru-guru khas dimulakan pada tahun 1962 dalam bidang

pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran pada tahun 1963 di MPIK, Kuala Lumpur. Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan ditubuhkan bagi menguruskan program pendidikan khas pada tahun 1964. Suatu perakuan kabinet iaitu perakuan 169, 170, 171, 172 dan 173 diterbitkan. Justeru, membantu memaju dan meluaskan skop program dan aktiviti Pendidikan Khas. Dasar mengenai pendidikan khas dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Akta ini memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid bagi memperkembangkan pendidikan khas. c) Peringkat ketiga ( 1981 - sekarang ) : Pihak kerajaan merupakan penggerak utama untuk perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan kewangan dan kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas. Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu pada Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat 1981 menegaskan full participation and justice dan tidak bergantung kepada campassion of charity. Kerajaan Malaysia dengan konsep kerjasama iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan utama dalam enam aspek : i) mengutamakan pelbagai strategi dan program yang bersifat intervensi awal dan pencegahan pelbagai kecacatan dari peringkat bayi dan penempatan kanak-kanak dalam program pemulihan dan pendidikan yang bersesuaian. ii) mewujudkan pelbagai jawatan kuasa antara kementerian bertujuan menyelaras dan memantau perkembangan pelaksanaan program.

iii) mengutamakan golongan yang tinggal di luar bandar. iv) mengutamakan pendekatan bersifat local community based daripada the specialized residential centre. v) menggalakkan decentralization bagi pusat, sekolah, kelas khas dan specialized di peringkat daerah, negeri dan wilayah serta tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja. vi) mewujudkan kerjasama serantau dan peringkat antarabangsa dengan agensi-agensi kerajaan. 2. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Mengikut Kategori a) Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan 1926 : SRPK St Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka kemudian 1931 pindah ke Pulau Pinang. 1948 : SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru dan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney.

Pembukaan Institut Taman Harapan Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di SR dan SM. 1977 : Permulaan latihan perguruan khas di MPIK 1978 : Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu. 1983 : Pengambilalihan SRPK oleh Kementerian Pendidikan 1984 : Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille Al-Quran, bahan-bahan dalam braille seperti buku teks dan penyelenggaraan alatan braille.

b) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran 1954 : Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam Pulau Pinang. 1963 : Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran SR dan SM. Latihan perguruan pendidikan khas cacat pendengaran di MPIK.

1978 : Pengenalan kaedah komunikasi seluruh oleh KPM untuk menggubal sistem bahasa Melayu kod tangan. 1987 : Pembukaan SMPK Vokasional Shah Alam.

c) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 1988 : KPM memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah masalah pembelajaran.

d) Program Pendidikan Khas Terencat akal 1955 : Pembukaan Rumah Jubilee Johor Bahru oleh Kementerian Kebajikan Am. 1964 : Penubuhan Persatuan Terencat Akal Selangor.

1966 -1988 : Penubuhan sekolah-sekolah terencat akal di Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru, Seremban, Kuala Terengganu, Kuala Kubu Baru dan Tanjung Aru.

e) Program Pendidikan Khas Percantuman/Inklusif 1962 : program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan 1988 : kelas perintis untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.

1993 : 3 pelajar di Tingkatan 6 Bawah SM Methodist (L) Kuala Lumpur. 1994 : program rintis di 14 buah sekolah seluruh negara. 1995 : Program Bermasalah pembelajaran peringkat menengah dimulakan.

3. Perkembangan Pendidikan Khas di United Kingdom : Di United Kingdom pada abad ke-19, Cik Bennett membuka sekolah pendidikan khas di pondok iaitu Battersea Park, London untuk kanak-kanak TB. Bilangan kes mahkamah yang bertambah dalam pendidikan khas telah menyumbang kepada perkembangan undang-undang pendidikan khas di United Kingdom. Sejak implementasi Akta Pendidikan (Education Act) 1981 sehingga Akta Special Educational Needs and Disability Act (SENDA)2001, bertujuan untuk memajukan sistem pendidikan khas. Akta DDA (Disability Discrimination Act )1995 melarang pihak tertentu melakukan diskriminasi terhadap OKU dalam bidang pendidikan, pekerjaan, penyediaan kemudahan dan perkhidmatan.

4. SENDA 2001 memberi tumpuan pada : a) memperkukuhkan hak kanak-kanak berkeperluan khas untuk dididik di sekolah. b) memerlukan LEA ( Local Educatioan Authorities) menyediakan nasihat dan maklumat serta cara menyelesaikan pertelingkahan kepada ibu bapa berkenaan. c) memerlukan LEA mematuhi tempoh masa yang diarahkan oleh Tribunal Pendidikan Keperluan Khas. d) memerlukan pihak sekolah memaklumkan ibu bapa tentang pendidikan khas dan penilaian statutori mengenai keperluan pendidikan khas pelajar. 5. Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat : Pada abad ke-18 dan abad ke-19, kanak-kanak cacat diasuh dan dididik oleh institusi khas serta diasingkan daripada masyarakat. Idea Johnn Wilhelm Klein 1810, bahawa kanak-kanak cacat perlu diberi perhatian khusus iaitu kanak-kanak cacat sepatutnya belajar bersama-sama dengan kanakkanak normal dan tidak diasingkan. Namun tidak mendapat sambutan. Walau bagaimanapun selepas 90 tahun, idea tersebut dihidupkan semula. Pada 1900, kebanyakan sekolah awam di Amerika Syarikat telah menubuhkan kelas khas bagi mereka yang buta, pekak, terencat akal, cacat anggota dan masalah dalam pertuturan. Pada tahun 1963,Presiden John F. Kennedy meluluskan kertas Perundangan Public Law 94 - 142 yang menghuraikan takrifan serta perkhidmatan untuk kanak-kanak cacat. National Education Association (NEA) telah meluluskan rresolusi pendidikan untuk kanak-kanak cacat.

Mjenurut psycology wikia pada tahun 1950-an dan 1960-an, Persatuan Keluarga dan Advokasi telah ditubuhkan untuk membela nasib kanak-kanak kurang upaya. Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana dan undang-undang yang menyokong, membangun dan melaksanakan program-program serta perkhidmatan untuk mereka. Bahagian 504 daripada undang-undang Rehabilitasi tahun 1973 telah menjanjikan hak-hak sivil untuk orang kurang upaya menerima bantuan kewangan. Pada tahun 1975, undang-undang awam (PL 94-142) memberi hak istimewa kepada kanak-kanak kurang upaya menerima pendidikan secara percuma. Civil Right Act of 1964 perlindungan dan menentang diskirminasi kepada orang cacat. 1990, skop pendidikan khas diperluaskan kepada kategori autism dan kecederaan otak (traumatik) dan pada tahun 1997 diperluaskan pada kanak-kanak hyperaktif (ADHD) 2004, akta Disabilities Education Act memperuntukkan bahawa kanakkanak kurang upaya yang melibatkan diri dalam kegiatan senajata api, dadah atau kekerasan boleh ditempatkan dalam tatacara pendidikan alternatif sementara.

You might also like