You are on page 1of 16

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran

Pengenalan
Akibat kesedaran baru tentang kemurnian Islam, Kerajaan Persekutuan telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan pelbagai program mengenai hal ehwal Islam. Selaras dengan usaha-usaha ini, satu usaha yang dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985.

Rasional
Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani.

Objektif
Objektif dasar ini adalah seperti berikut: 1. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. 2. Menubuhkan sebuah 'negara bahagia. 3. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. 4. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. 1. Amanah 2. Tanggungjawab 3. Ikhlas 4. Dedikasi 5. Sederhana 6. Tekun 7. Bersih 8. Berdisiplin 9. Bekerjasama 10. Berbudi mulia 11. Bersyukur

Nilai-nilai Islam

Amanah
1. Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya 2. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan 3. Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas 4. Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja 5. Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan

Tanggungjawab
1. Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan 2. Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur 3. Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan 4. Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan tugas 5. Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara

Ikhlas
1. Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia 2. Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya 3. Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah

Dedikasi
1. Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturanperaturan yang ada 2. Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan 3. Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas 4. Sedia memulakan pembaikan 5. Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian

Sederhana
1. Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas 2. Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat dalam alam sekitar 3. Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja 4. Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya 5. Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

Tekun
1. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan 2. Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi 3. Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja 4. Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya 5. Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih
1. Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian 2. Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup 3. Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas 4. Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan 5. Berkhidmat demi kebajikan semata-mata 6. Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin
1. Mengetahui prioriti dan mengutamakan yang lebih utama 2. Menilai masa dan janji 3. Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang 4. Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

Bekerjasama
1. Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja 2. Sentiasa secara sukarela menyertai aktivitiaktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama 3. Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan peribadi 4. Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama 5. Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi 6. Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

Berbudi Mulia
1. Bermanis muka sepanjang masa 2. Bertimbang rasa dan bertolak-ansur 3. Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat 4. Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat

Bersyukur
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang siasia Berkhidmat sebagai ibadah Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama.

You might also like