You are on page 1of 41

DASAR PENERAPAN NILAINILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

IZNI NATILIA JALANIS LESLIE MICHAEL CHANG

Diperkenalkan pada tahun 1985. Sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia.

RASIONAL
"Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh."

OBJEKTIF
i. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; ii. Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; iii. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; iv. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.

NILAI-NILAI ISLAM
Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:
AMANAH TEKUN SEDERHANA BERSIH DEDIKASI BERBUDI MULIA BERDISIPLIN BEKERJASAMA

IKHLAS

BERSYUKUR

TANGGUNGJAWAB

AMANAH
Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya; Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas;

Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.

TANGGUNGJAWAB
Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan; Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan; Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/ instutusi/awam dalam menjalankan tugas;

Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur;

IKHLAS
Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia; Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaanNya; dan Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

DEDIKASI
Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturanperaturan yang ada; Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan; Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas;

Sedia memulakan pembaikan; Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian.

SEDERHANA
Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas; Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira faktafakta yang terdapat dalam alam sekitar; Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja;

Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak- pihak yang berharap kepadanya; Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

TEKUN
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan; Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi; Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja; Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak- pihak yang berharap kepadanya; Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

BERSIH
Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian; Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup; Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;

Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan; Berkhidmat demi kebajikan sematamata; Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

BERDISIPLIN
Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama; Menilai tinggi masa dan janji; Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

BEKERJASAMA
Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja; Sentiasa secara sukarela menyertai aktivitiaktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama; Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan peribadi;

Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama; Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi: Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

BERBUDI MULIA
Bermanis muka sepanjang masa; Bertimbang rasa dan bertolak-ansur; Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat.

BERSYUKUR
Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat; Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih; Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian);

Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat; Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia; Berkhidmat sebagai ibadah; Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama.

Islam Hadhari

Pengenalan
Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban Islam Penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan untuk mencapai kesejahteraan hidup. Pembangunan kerajaan berlandaskan alQuran dan al-Sunnah

DEFINISI ISLAM HADHARI


Hadhari -> yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun Hadharah -> keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual. Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.

VISI DAN MISI


Visi - Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Misi - Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang

RASIONAL ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN


Aspek Dalaman
Kefahaman ajaran Islam secara Serpihan Kepelbagaian Kumpulan Kesan Konspirasi Politik Dunia Barat

Aspek Luaran
Cabaran Globalisasi Isu Terrorisme yang ditujukan kepada Islam Membendung Tradisionalisme dan Fundamentalisme Cabaran fahaman kebendaan dan hedonism

PRINSIP ISLAM HADHARI


1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi (Allah/God) 2. Kerajaan Adil dan beramanah 3. Rakyat berjiwa merdeka 4. Penguasaan ilmu pengetahuan 5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif 6. Kehidupan berkualiti 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita 8. Keutuhan budaya dan moral 9. Pemeliharaan alam semulajadi 10. Kekuatan pertahanan

Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi


Orang yang kuat iman dan taqwanya adalah mereka yang menjalin dan memelihara hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan bukan Islam Tiada paksaan untuk orang bukan Islam dalam beragama. Malaysia sebagai negara Islam tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya.

Kerajaan Adil dan Beramanah


Adil - memberi hak kepada yang berhak akan haknya mengikut kadar dan keperluan masingmasing. Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama

Rakyat Berjiwa Merdeka


Jiwa merdeka bermaksud jiwa insan yang tidak memberi kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Jiwa merdeka memberi inspirasi untuk berfikiran kreatif dan inovatif Berusaha menggembleng tenaga dan buah fikiran menurut peraturan undang-undang dan Juga tidak akan dijajah dengan tuntutan hawa nafsu yang sentiasa menggalakkan perlakuan yang bertentangan dengan Islam

Penguasaan Ilmu Pengetahuan


Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa. boleh dimantap dan diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat revealed knowledge (Ilmu wahyu) sehingga mampu menjana sebuah negara yang disegani

Pembangunan Ekonomi Seimbang clan Komprehensif


Ia saling berkait dengan unsur-unsur ritual Islam. Ia menjadi punca kepada ketenangan beribadat dan be ramal seperti bersedekah, membayar zakat dan sebagainya. Sistem ekonomi Islam menolak sebarang unsurunsur ketidakadilan, malah Islam memeranginya dari pelbagai sudut. Antaranya sistem riba dalam ekonomi yang berteraskan kapitalisme Pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang

Kehidupan Berkualiti
Aktiviti yang mencapai keredhaan Allah Berusaha mencapai kebahagiaan, kemewahan, kesenangan yang diredhai kerajaan tidak pernah menghalang rakyatnya dari melakukan amal ibadat dan mencari kekayaan, bahkan mencadangkan perlakuan yang seimbang antara kekayaan dunia dan akhirat

Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita


Islam telah lebih 1400 tahun yang lampau memperjuangkan konsep hubungan etnik dan hak-hak asasi manusia. Setiap orang juga berhak mempunyai kebebasan untuk melakukan amalan keagamaan mengikut sistem kepercayaan agamanya Prinsip ini menampilkan hak-hak kumpulan minoriti dan wanita akan dijaga dan dibela

Keutuhan Budaya dan Moral


Memerangi elemen negatif budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama dan ketimuran Budaya dan moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju dan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia

Pemuliharaan Alam Semulajadi


Rakyat Malaysia pelbagai kaum mestilah sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang Rakyat Malaysia mestilah memperjuangkan isu-isu alam sekitar mengikut saluran yang betul dan peraturan dan benar-benar ikhlas demi kepentingan negara, bukannya kepentingan peribadi atau kelompok berkepentingan tersendiri.

Kekuatan Pertahanan
Tidak hanya merujuk kepada kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan, turut memfokuskan terhadap kekuatan diri, jati diri, fizikal dan spiritual. Turut mendesak kekuatan pertahanan perlu dititik-beratkan

You might also like