You are on page 1of 3

BANDING BEZA ANTARA PENDIDIKAN PEMULIHAN DENGAN PENDIDIKAN IMBUHAN

Konsep pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan mempunyai perkaitan yang amat erat. Kedua-dua konsep ini mengandungi banyak unsur yang bertindan lapis di antara satu sama lain. Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Aktiviti-aktiviti pemulihan ini biasanya dijalankan dalam suatu tempoh masa yang pendek, iaitu selepas pengajaran kemahiran asas, manakala pendidikan imbuhan pula, mengikut takrif Projek Imbuhan, merupakan satu program pendidikan yang meliputi bukan sahaja usaha-usaha mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaran murid dari peringkat awal.. Berbanding dengan pendidikan pemulihan, skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas kerana pendidikan imbuhan meliputi bukan sahaja unsur-unsur pedagogi dalam bilik darjah seperti pendidikan pemulihan, tetapi juga unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.

Pendidikan imbuhan

Pendidikan pemulihan (pedagogi)

(Sosioekonomi dan politik)

Rajah 1: Skop kajian pendidikan pemulihan dan imbuhan

1|BMM3106

Pendidikan Imbuhan Untuk memahami perbezaan diantara pendidikan pemulihan dengan pendidikan imbuhan, kita harus memahami konsep dan program pendidikan imbuhan secara mendalam. Konsep pendidikan imbuhan mula muncul selepas Perang Dunia kedua. Pada ketika itu, keadaan sosioekonomi yang tidak adil telah mewujudkan peluang pendidikan yang tidak saksama di antara golongan atasan dengan golongan bawahan. Kanak-kanak dalam golongan bawahan tidak mendapat kemudahan pelajaran yang sepatutnya. Peluang-peluang mendapat pendidikan biasa banyak direbut oleh murid-murid daripada golongan atasan. Untuk membetulkan situasi ketidakseimbangan peluang pendidikan ini, disarankan supaya pendidikan imbuhan dirancangkan khas utuk kanak-kanak daripada golongan bawahan yang miskin. Sememangnya murid-murid yang miskin dan kurang bernasib baik menghadapi banyak kekurangan dari segi kemudahan pelajaran, motivasi pembelajaran, kesihatan, kewangan, pendedahan pengetahuan dan sebagainya. Untuk merapatkan jurang perbezaan peluang pendidikan ii, program imbuhan merupakan satu pendekatan yang berkesan. Di Malaysia, Projek Pendidikan imbuhan Khasnya bagi murid-murid sekolah rendah telah dilaksanakan di antara tahun 1975-1980. Melalui Projek ini, bahanbahan pelajaran khas untuk murid-murid luar bandar telah dihasilkan. Di samping itu, guru-guru terlatih telah dipilih untuk menyertai kursus supaya memperolehi kemahiran bagi melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan ini. Di dalam projek ini, pendidikan imbuhan menitikberatkan perkara-perkara berikut: 1. Tindakan-tindakan diambil di peringkat awal, seperti menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan punca masalah. 2. Penentuan objektif-objektif projek yang nyata. 3. Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun dengan rapi untukmengatasi serta mencegah masalah pembelajaran. 4. Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. 5. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti. 6. Kordinasi dengan agensi-agensi yang boleh memberi sumbangan untuk program kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan sebagainya.

2|BMM3106

PERBEZAAN DI ANTARA PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENDIDIKAN IMBUHAN Pendidikan pemulihan 1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin. 2. Rancangan pembelajaran ditumpukan khas kepada penguasaan kemahirankemahiran asas membaca, menulis dan mengira. 3. Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah. 4. Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pendidikan imbuhan 1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi. 2. Rancangan pembelajaran untuk semua pelajaran mengikut perkembangan kognitif muridmurid.

3. Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. 4. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan. 5. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekoalah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka. 6. Objektif utama ialah merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.

5. Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.

6. Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

Jadual 2 : Perbezaan di antara pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan

3|BMM3106

You might also like