You are on page 1of 2

Akibat daripada tekanan ekonomi, kesihatan rakyat turut terjejas.

Hal ini berlaku kerana terdedah kepada pelbagai penyakit dan amalan pemakan yang tidak sempurna. Oleh itu mereka mudah dijangkiti penyakit seperti beri-beri dan bengkak kerana terlalu banyak makan ubi kayu dan kurang makan daging. Kekurangan zat makan menyebabkan jumlah kematian meningkat secara mendadak. Keadaan ini diburukkan lagi apabila bekalan ubat-ubatan tidak lagi dihantar ke klinik-klinik tetapi digunakan untuk keperluan tentera Jepun. Dalam usaha untuk menjepunkan penduduk Tanah Melayu pula, Jepun telah mengabil beberapa tindakan. Antaranya ialah menutup sekolah Inggeris dan memberi tumpuan kepada pelajaran Bahasa Jepun. Nyayian dan muzik juga digunakan untuk menyebarkan budaya Jepun ke atas penduduk Tanah Melayu. Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo telah diajar kepada murid-murid sekolah. Jepun juga memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go) bagi menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa ini diajarkan di sekolah-sekolah , kelab-kelab sosial dan kilang-kilang. Hari-hari kelepasan am dan juga cuti umum juga dilaksanakan mengikut kepada Negara Jepun. Namanama orang turut diubah kepada nama Jepun. Contohnya, orang ramai tidak lagi dipanggil dengan nama Encik Ali tetapi dipanggil Ali san. Semua perubahan yang diperkenalkan oleh pemerintah Jepun menerusi dasar Niponisasi ini berlaku secara meluas di Bandar-bandar.

Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan

2. Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun

3. Jimat perbelanjaan Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan

4. Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah)

5. Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak terjejas.

6. Kukuhkan pertahanan British

7. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam.

8. Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

You might also like