You are on page 1of 22

1

1.0 Pengenalan

Teks Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan sebuah karya sastera Melayu Tradisional yang tertua. Pengarang teks bagi hikayat ini tidak dapat dikenal pasti, manakala naskah asal karya ini kepunyaan Kyai Suradimanggala, Adipati Demak. Teks asal hikayat ini telah disalin di Jawa untuk Stamford Raffles pada tahun 1814. Kandungan hikayat ini mengandungi dua unsur seperti mitos, legenda dan episod kenyataan yang dijadikan sebagai fakta sejarahnya. Persoalan tempoh masa atau tarikh sebenar teks ini dikarang tiadak

dipastikan. Bukan itu sahaja teks ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: Bahagian Pertama Penceritaan mengenai asal-usul kerajaan Samudera-Pasai dan zaman keagungannya. Bahagian Kedua Penceritaan tentang kehandalan Tun Beraim Bapa dan detik kemerosotan Pasai. Bahagian Ketiga Kejatuhan kerajaan Pasai

Carta1 : kedudukan raja dan warisnya

Raja Ahmad (di Samarlangga)

Raja Muhammad (di Samarlangga)

Merah Gajah (ditemukan di hutan)

menikahi Puteri Betung (ditemukan di hutan)

Merah Silu (di Samudera )

menikahi Putri Ganggang (dari Perlak)

Merah Hasum

Malik al-Zahir (di Pasai )

Malik al-Mahmud (di Pasai )

Malik al-Mansur (di Samudera)

Malik al-Mahmud (di Pasai )

2 anak perempuan

1 anak lelaki 2 anak perempuan

Tun Beraim Bapa

Tun Abdul Jalil

Tun Abdul Fadili

Tun Medan Peria

Tun Takiah Dara

1.1 Sinopsis Hikayat Raja-Raja Pasai

Kisah Hikayat Raja Pasai bermula dengan dua orang raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Seperti mana yang dinyatakan hikayat ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama hikayat dimula dengan jalan cerita tentang asal usul Samudera-Pasai. Raja Ahmad dan Raja Muhammad adalah adik-beradik dan mereka teringin untuk membuka sebuah negeri iaitu Samarlangga. Semasa menebas hutan Raja Muhammad telah menemui Puteri Buluh Betung manakala semasa memburu Raja Ahmad telah menemui Merah Gajah. Merah Gajah berkhawin dengan Puteri Buluh Betung dan memperolehi dua orang anak iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Puteri Betung telah hilang disebabkan oleh perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betung lalu keluar darah pelik berwarna putih. Justeru itu, Raja Muhammad telah membunuh Merah Gajah. Raja Ahmad telah mendenda negeri Raja Muhammad kerana membunuh Merah Gajah dan berlaku peperangan antara kedua-dua adik- beradik. Di dalam peperangan itu, kedua adik-beradik telah meninggal dunia. Merah Silu dan Merah Hasun tinggal di Biruan. Dengan menggunakan bubu Merah menangkap Cacing gelang-gelangan yang bertukar menjadi emas dan perak. Merah Silu berkuasa menjinakkan kerbau liar di kawasan tersebut. Merah Hasun marah kerana menganggap abangnya makan cacing gelang-gelang dan bermain dengan kerbau, Merah Hasun berfikir bahawa perkara itu adalah satu perbuatan yang memalukan maruah raja. Baginda menghalau Merah Silu dari tempatnya. Merah Silu dengan pengikutnya berpindah ke Sungai Pasangan dan ke Hulu Kalang lalu menemui Megat Iskandar. Mereka mendapat tempat tinggal di Buluh Telang. Megat Sekandar menginginkan Merah Silu menjadi raja tetapi dibantah oleh Tun Harid Benung. Disebabkan oleh ini, Sultan Malikul Nasir telah menyerang dan berlaku peperangan. Sultan Malikul Nasir diserang oleh Megat Sekandar dan Sultan Malikul Nasir tewas. Merah Silau menjadi raja di Rimba Jerana. Nabi Muhammad berwasiat kepada para sahabat supaya berdakwah di negeri Samudera setelah baginda wafat. Sheikh Ismail membawa sebuah kapal dan alat kelengkapan dan ambil seorang fakir di negeri Mengiri untuk mengislamkan seluruh negeri Samudera. Semasa berburu di hutan, anjing Merah Silu yang bernama Si Pasai telah menyalak kuat dan memeluk pelanduk sebanyak tujuh kali.

Selepas Merah Silu makan semut yang sebesar kucing itu yang berada di atas bukit lalu tempat itu dinamakan Semudera. Merah Silu juga bermimpi bertemu dengan Nabi Muhamad . Nabi Muhammad menamakan Merah Silu sebagai Sultan Malikul Saleh. Nabi telah mengislam Merah Silau dengan mengucapkan dua kalimah syahadah dan memakan makanan yang halal. Selepas itu, Syeikh Ismail datang ke Samudera untuk menemui Sultan Malikul Saleh. Syeikh Ismail meminta Sultan Malikul Saleh mengucap dua kalimah syahadah. Sultan Malikul Saleh telah mengucapkan tanpa sebarang kesalahan. Pada keesokan harinya pula, Syeikh Ismail bersama fakir Muhammad datang kembali menemui Sultan Malikul Saleh dengan membawa alQuran tiga puluh juzuk. Sultan Malikul Saleh membaca al-Quran itu dengan betul tanpa perlu diajar. Syeikh Ismail dan fakir Muhammad akhirnya bersyukur kerana telah menemui orang yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan berjaya mengislamkan seluruh rakyat Samudera. Syeikh Ismail kemudiannya meminta Sultan Malikul Saleh untuk menghimpunkan segala hulubalang dan seluruh rakyat yang terdiri daripada semua peringkat umur dan jantina. Setelah dihimpunkan, mereka diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh Syeikh Ismail. Mereka mengucapkannya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Oleh sebab itu, negeri Samudera disebut juga sebagai Negeri Darulsalam. Hal ini kerana, setelah memeluk Islam, negeri itu berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Syeikh Ismail menabal Sultan Malikul Saleh menjadi Raja Samudera Darul Salam. Sultan Malikul Saleh berkahwin dengan Puteri Ganggang iaitu anak gundik Raja Perlak dan mendapat cahaya mata yang dinamakan sebagai Sultan Malikul Tahir. Selepas Negeri Pasai dibuka Sultan Malikul Tahir menjadi raja di sana. Sultan Malikul Tahir dikurniakan dengan dua orang putera iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur. Sultan Malikul Tahir telah mati kerana sakit. Sultan Malikul Tahir ditanam mengikut adat istiadat raja. Disebabkan kedua-dua anak Sultan Malikul Tahir kecil dan Sultan Malikul Saleh terpaksa menjaga negeri Pasai sampai kedua-dua mereka menjadi besar. Sultan Malikul Saleh telah menyerahkan cucunya Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin dan Sultan Malikul Mansur dijaga oleh Sayir di Semayuddin. Sultan Malikul Saleh telah menobatkan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan Malikul Mansur di Samudera Darul Salam. Sebelum Sultan Malikul Saleh mati, baginda telah berwasiat supaya kedua-dua Perdana Menteri dan kedua-dua cucunya menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama seperti mana yang termaktub dalam syariat Islam.

Sultan Malikul Mahmud mendapat dua orang putera dan dua orang puteri . Puteranya bernama Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang memburu, Sultan Malikul Mansur datang ke Pasai dan mengambil seorang perempuan dari istana Pasai. Sultan Malikul Mahmud memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin dan baginda tidak tahan dengan perbuatan adiknya yang melakukan zina. Sultan Malikul Mahmud telah mengadakan majlis berkhatan anaknya Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan menjemput Sultan Malikul Mansur dan Perdana Menteri Samudera Sayid Semayamuddin. Sementara, Sultan Malikul Mansur ditangkap dan dibuang ke negeri Temiang. Manakala Sayid Semayamuddin dibunuh, kepalanya dibuang ke laut, badannya disula (senjata) di Kuala Pasai. Setelah Sultan Malikul Mansur telah insaf, Sultan Malikul Mahmud menjemputnya pulang ke Pasai semula. Malangnya dalam perjalanan ke Pasai, Sultan Malikul Mansur telah meninggal dunia di atas makam Sayid Semayamuddin. Kematian Sultan Malikul Mansur menyebabkan Sultan Malikul Mahmud sangat sedih dan jatuh sakit. Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai Bahagian kedua hikayat ini menceritakan tentang ketokohan Tun Beraim Bapa. Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi Raja Pasai setelah kematian Sultan Malikul Mahmud. Seorang pertapa Hindu dari Benua Keling datang menemui baginda. Apabila melihat kehebatan sultan, Pertapa Hindu itu pun memeluk agama Islam. Pertapa Hindu juga memanggil Sultan Ahmad sebagai Perumudal Perumal. Sultan Ahmad boleh dikatakan sebagai seorang kaki perempuan dan akan mengkhawini mana-mana sahaja perempuan jika sultan mengingkan mereka. Sultan Ahmad dikurniakan dengan 30 orang anak. Hanya lima orang sahaja yang mempunyai ibu dan bapa yang sama iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Abdul Fadili, Tun Medan Peria dan Takiah Dara. Sultan Ahmad mempunyai ghairah terhadap anak kandungnya iaitu Tun Takiah Dara dan Tun Medan Peria. Untuk mengelakkaan kejadian tersebut, Tun Beraim Bapa membawa kedua-dua adiknya ke Tukas. Sultan Ahmad semakin marah disebabkan oleh perbuatan Tun Beraim Bapa dan teringin juga untuk melepaskan nafsunya yang ghairah itu terhadap anak kandungannya sendiri. Justeru itu, telah berlaku permusuhan antara Tun Beraim Bapa dengan Sultan Ahmad. Empat pendekar dari Keling yang hebat di negeri sampai yang tiada tandingan di negeri mereka. Mereka telah menunjukkan kehebatan dan berkelakuan samseng di Pasai. Gendang perang dari Tukas mengganggu tidur Sultan Ahmad Perumudal Perumal di Pasai. Baginda marah dan memberitahu Dara Zulaikha Tingkap tentang niatnya yang hendak membunuh Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa berjaya menewaskan pendekar Keling dan mereka pulang semula ke Benua Keling.

Tun Beraim Bapa telah bergurau senda bersama Tun Fatimah Lempau tentang keadaan ayahnya. Sultan Ahmad Perumudal Perumal tersedar dari tidur dan mengatur strategi agar Tun Beraim Bapa dibunuh. Berapa strategi telah diatur oleh Sultan Ahmad tetapi semua tidak berjaya. Akhirnya, Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa makan cucur peniaram beracun yang dibuat oleh orang Seri. Binatang peliharaan dan kedua-dua adik perempuan Tun Beraim Bapa juga meninggal dunia. Tun Beraim Bapa juga telah makan cucur peniaram yang diracuni kerana tidak ingin membantah Sultan Ahmad. Tun Beraim Bapa telah jatuh sakit dan tidak dapat disembuhkan. Tun Beraim Bapa akhirnya mati dan dikebumikan di mana lembing itu tercacak. Sultan Ahmad amat gembira dengan kematian anaknya itu. Bahagian tiga di dalam hikayat ini menggambarkan tentang kejatuhan Pasai. Tuan Puteri Gemerencang anak Ratu Majapahit yang belum berkhawin ingin mencari bakal suami yang pandai dan gagah dari kalangan anak raja. Oleh itu, Tuan Puteri rmenyuruh Tun Perpatih melukis potret anak-anak raja, termasuk Tun Abdul Jalil. Selepas melihat potret itu, tuan puteri rasa amat mencintainya dan bertekad untuk menemuinya. Ayahnya menghantar Tuan Puteri Gemerencang ke Pasai untuk menemui Tun Abdul Jalil. Tetapi Sultan Ahmad cemburu mendengar hal itu lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Tuan Puteri Gemerencang mendapat khabar bahawa Sultan Ahmad telah membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Dia memohon pada Allah agar dimatikan oleh Allah. Kapal yang dilayari oleh Puteri telanggelam dalam laut Jambu Air yang dimana mayat Tun Abdul Jalil dibuang.Puteri berdoa sedemikian, supaya dia dapat bertemu dengan Tun Abdul Jalil. Ratu Majapahit marah tidak terkira apabila mendapat tahu puterinya Puteri Gemerencang mati lemas di Jambu Air, negara Pasai. Ratu Majapahit telah mengarahkan pendekar-pendekarnya menyerang Pasai dan Pasai telah kalah di tangan Majapahit. Sultan Ahmad Perumudal Perumal telah melarikan diri ke Menduga. Dalam perjalanan balik ke Majapahit, askar Majapahit menawan Jambi dan Palembang serta membawa balik ramai tawanan perang dan para ulama. Ratu Majapahit mengarahkan Perdana Menteri , Patih Gajah Mada menakluk semua negara jiran , tunduk dan membayar ufti ke Majapahit. Kerajaan Periaman enggan berbuat demikian Ratu Majapahit mahu menggaduhkan kerbau dengan kerbau Periaman melalui pertaruhan. Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan menggunakan taktik yang salah bagi menewaskan Majapahit dalam pergaduhan kerbau itu. Mereka mempertaruhkan anak kerbau kecil yang lama tidak minum susu. Semasa hari pergaduhan kerbau, kerbau Periaman

menghisap pelir kerbau Majapahit kerana ia lapar susu. Majapahit diisytiharkan kalah dan dijamu dengan air buluh rencong. Semasa pesta jamuan perpisahan itu, ramai askar Majapahit telah ditikam dengan buluh rencong .Kerajaan Periaman ditukar nama menjadi Minangkabau yang bermaksud 'menang pergaduhan kerbau'.

2.0 Kritikan Sosial


1

Menurut shafakallah dalam blogspotnya menyatakan bahawa salah satu elemen

penting dalam kesusasteraan adalah kritikan sosial. Kritikan sosial adalah salah satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang bertujuan atau berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan cerita suatu sistem atau proses bermasyarakat. Kritikan sosial merupakan frasa yang terdiri dari dua kata iaitu kritik dan sosial. Maksud kritik adalah suatu tanggapan atau kecaman yang kadang-kadang disertai dengan huraian dan pertimbangan baik ataupun burukya suatu hasil karya, pendapat, dan sebagainya. Sementara itu , menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu , sosial membawa maksud segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Kritikan sosial juga dapat diertikan dengan penilaian atau pengajian keadaaan masyarakat pada satu-satu masa . Dalam kritikan sosial , terdapat tiga perkara yang diambil kira iaitu penilaian , perbandingan , dan pengungkapan mengenai suatu masyarakat. Ketiga-tiga aspek ini berkait rapat dengan nilai-nilai yang diamalkan ataupun nilai-nilai yang boleh dijadikan pedoman. Dalam erti kata lain, kritikan sosial adalah tindakan membandingkan serta mengamati secara teliti dan melihat perkembangan secara cermat tentang baik atau buruknya kualiti suatu masyarakat. Tindakan mengkritik boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja,termasuk sasterawan sekalipun kerana kritikan sosial merupakan suatu perkara penting dalam memelihara sistem sosial yang ada.

Kritikan sosial yang terdapat di dalam hikayat ini: 1. Kemarahan kedua-dua sultan. Apabila Puteri Betung hilang, Raja Muhammad telah membunuh Merah Gajah. Oleh hal yang demikian, Raja Ahmad pula melakukan peperangan terhadap Raja Muhammad. Akhirnya, kemarahan mereka telah membawa kehilangan nyawa. Kedua-dua Raja tersebut terlalu buta tuli sampaikan mereka tidak berbincang atau menyiasat sesuatu hal dan ini menyebabkan kerugian yang besar. Merah Silau dan Merah Hasum kehilangan kedua-dua ibubapa mereka

shafakallah.blogspot.com

akibat kemarahan dan sikap buta tuli kedua-dua raja tersebut. Sebenarnya kedua-dua raja itu perlu menyiasat perkara sebenar sebelum bertindak. Jika mereka berbuat sedemikian, boleh menghalang kematian Merah Gajah dan juga peperangan. 2. 2Merah Silau menghormati rakyat dan agama orang lain. Beliau telah menghormati pesanan yang dibawa oleh Nabi Muhammad Rasullah. Pesanan yang diberi itu diikut oleh Merah Silau dan beliau dipesankan jangan makan makanan yang tidak halal. Disebabkan mengikut semua pesanan Nabi Merah Silau dijadikan Sultan Malikul Saleh. Rakyat di negeri itu juga telah memeluk agama Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah. Mereka telah mengucap kalimah tersebut dengan ikhlas. Rakyat tidak dipaksa oleh Sultan Malikul Saleh malah mereka menerima agama tersebut dengan hati yang ikhlas. Sebagai Sultan, bagainda mempunyai kuasa untuk memaksa rakyatnya memeluk agama Islam, tetapi Sultan Malikul Saleh tidak berbuat demikian. 3. Kezaliman Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Sultan Ahmad adalah seorang pemerintah yang zalim. Sultan ahmad telah menyukai anak perempuan kandungan sendirinya. Baginda juga ingin melepaskan nafsunya terhadap anaknya. Bukan setakat itu sahaja, Sultan Ahmad juga ingin mengkhawinkan anak sendirinya. Sebagai seorang sultan, baginda perlu menjadi teladan yang baik kepada rakyatnya. Tetapi Sultan Ahmad berlakuan seperti raksasa, sebagai seorang bapa Sultan Ahmad seharusnya menjaga dan melindungi anaknya bukan menganiyainya. Sultan Ahmad juga ingin mencabulkan maruah anak perempuannya. 3.1 Mengatur strategi untuk membunuh Tun Beraim Bapa. Apabila didapati muslihat bapanya, Tun Beraim Bapa telah membawa pulang adik perempuan ke rumahnya. Oleh hal yang demikian. Sultan Ahmad telah mengatur beberapa strategi untuk membunuh Tun Beraim Bapa. Baginda telah melakukan perbuatan yang kejam sampai membunuh anaknya sementang-mentangnya untuk memenuhi nafsu terhadap anak perempuannya. Sultan Ahmad boleh dikatakan seorang buta hati. Baginda telah menghantar makanan beracun kepada Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa telah makan makanan itu dan jatuh sakit lalu mati. Disebabkan oleh itu, kedua-dua adik perempuan juga menjadi mangsa kerana telah makan makanan beracun itu. Sultan sebagai seorang bapa kepada anak-anak

Hikayat Raja Pasai ms 12

10

tersebut gembira apabila anak kandungnya mati. Sepatutnya Sultan Ahmad harus menunjukkan sikap kasih sayang dan memberi belaian terhadap anak-anak bukan mendera mereka sampai ingin memberi makanan beracun. 3.2 Pembunuhan Putera Tun Abdul Jalil. Sultan Ahmad membunuh Puteranya kerana Tuan Puteri Gemerencang jatuh hati terhadap Putera Tun Abdul Jalil yang kacak. Apabila Sultan Ahmad mengetahui Tuan Puteri Gemerencang datang ke negeri Pasai untuk berkhawin dengan anaknya. Keadaan ini telah menyebabkan Sultan Ahmad sangat cemburu dengan puteranya. Situasi ini yang mendorong baginda berbuat sedemikian. Sikap Sultan Ahmad yang berkaki perempuan telah menyebabkan dia kehilangan anak kandungannya. Sebagai bapa kepada Tun Abdul Jalil Sultan Ahmad harus mengkhawinkan anaknya dengan Tuan Puteri malah sultan tidak berbuat sedemikian. 4. Sikap Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa sebagai seorang pendekar yang gagah perkasa telah menyelamatkan adik perempuannya daripada muslihat bapanya. Sebagai seorang abang Tun Beraim Bapa telah melindungi kedua-dua adiknya daripada dicabuli maruah mereka oleh bapa kandungan sendirinya. Tun Beraim Bapa juga boleh dikatakan seorang yang berani dan gagah. Hal ini dinyatakan kerana Tun Beraim Bapa telah berjaya menewaskan pendekar dari Benua Keling dan menyelamatkan negeri mereka. Sikap ini menunjukkan tanggungjawab Tun Beraim Bapa terhadap rakyat dan negerinya. Walaupun diketahui bapanya menghantar makanan beracun kepadanya Tun Beraim Bapa tidak ingin menderhaka bapanya lalu makan makanan tersebut. Selepas makan makanan itu tubuhnya menjadi gatal dan baginda telah mati. Sebagai seorang pendekar yang berwibawa Tun Beraim Bapa telah menunjukkan beliau bukan pengecut malah berani menerima cabaran. 5. Kecintaan Tuan Puteri Gemerencang. Tuan Puteri Gemerencang mempunyai kecintaan yang sejati terhadap Tun Abdul Jalil. Sejurus mendengar kematian Tun Abdul Jalil, Tuan Puteri Gemerencang telah berdoa kepada Allah agar puteri juga hendak mati. Ini menunjukkan perasaan cinta Tuan Puteri Gemerencang terhadap Tun Abdul Jalil yang amat tinggi. Tuan Puteri juga tidak ingin hidup tanpa Tun Abdul Jalil. Sikap ini menunjukkan kesejatian dan kerapatan hubungan Tuan Puteri dengan Tun Abdul Jalil.

11

Berdasarkan karya yang dipilih, analisis kritikan sosial yang disampaikan oleh penulis karya dan banding bezakan dengan corak penulisan pensejarahan kolonial. Berikan pendapat anda berhubung perbezaan tersebut. Di dalam penulisan Melayu, kebanyakan penulis menggunakan unsur mitos, legenda dan donggeng. Melalui keintelektualan, penulis dapat mereka dengan sendiri jalan cerita sebuah hikayat dengan menggunakan unsur-unsur mitos dan legenda. Unsur mitos ini boleh dikatakan wujud daripada hasil idea penulis. R.J Wilkinson dan R.O Winsted telah mengkritik Sejarah Melayu sebagai karya mitos. Mereka juga berpendapat bahawa penggunaan unsur mitos tujuan untuk menyampaikan luahan perasaan, kritikan dan pandangan terhadap sesuatu karya. Contoh yang boleh dikait rapat dengan unsur mitos adalah Raja Muhammad menjumpai Puteri Betung di dalam sebatang buluh. Walaupun perkara ini tidak memasuk akal tetapi penulis Melayu menggunakan unsur sebegini untuk menggerakan sesebuah cerita. Di dalam karyanya juga mereka mengagung-agungkan kedudukan raja. Contohnya, di dalam Hikayat Raja Pasai penulis mengagung-agungkan kewibaan Tun Beraim Bapa. Manakala penulisan kolonial menolak unsur mitos dan sebagainya malah mereka menggunakan perkara yang benar-benar berlaku dalam kehidupan mereka. Fakta juga dititikberatkan dalam penulisan kolonial ini. Penulisan ini juga dijadikan sebagai bahan bukti di tanah jajahannya. Contohnya, Pelabuhan Melaka dijadikan sebagai pelabuhan dagangan yang strategik. Melalui penulisan kolonial kita dapat mengetahui keadaan sebenar yang berlaku tentang Melaka. Dengan ini juga kita dapat membayangkan perkara yang sebenar berlaku dalam negara kita. Di dalam penulisan kolonial, penulis menggunakan perkara yang berlaku disekitar mereka dan dituliskan dengan fakta yang sahihi. Genre penulisan. Penulis menggunakan epik, karya sastera, kitab, undang-undang Melayu lama dan sebagainya dalam penulisan mereka. Penulis dari pegawai-pegawai istana yang menulis cerita-cerita yang berpandukan raja dan kisah-kisah berkaitannya Bahan-bahan ini dijadikan sebagai sumber oleh penulis Melayu. Contohnya, Singapura dilanggar oleh Todak. Melalui cerita ini penulis ingin mengkritikan sikap tidak adilan sultan. Bagi penulisan kolonial. ia berbentuk naratif dan deskriptif. Penulisan mereka berpandukan kepada perkara yang sebenar berlaku dan mereka mengkaji dokumen-dokumen yang berkaitan dengan peristiwa yang benarbenar-benar berlaku. Penulisan kolonial tidak membuat kritikan terhadap sesuatu perkara berbanding dengan penulisan Melayu, penulisan kolonial bercorak ilmiah. Jika penulis menganggap dokumen itu palsu mereka tidak menggunakan dalam penulisan mereka.

12

Tema

penulisan.

Dalam

penulisan

pensejarahan

tradisional

Melayu

penulis

selalu

membicarakan tentang keturunan raja-raja dan mengagung-agungkan kedudukan raja, penceritaan tentang kejatuhan sesebuah kerajaan. Contoh, dalam Hikayat Raja Pasai penulis telah mengkritikan bahawa sikap raja yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pasai. Penulisan kolonian mula berluasa apabila mereka menjajah Tanah Melayu. Tema penulisan sejarah boleh dikatakan termasuklah sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu. Sejarah yang ditulis oleh penulis kolonial berkait rapat dengan masyarakat, budaya, bahasa dan sebagainya. Para pegawai yang bertugas di Tanah Melayu seperti R.O Winstedt telah mengkaji hal-hal berkaitan dengan teks kesusasteraan Melayu, bahasa dan ilmu-ilmu dalam bahasa Melayu, kepercayaan, adat-resam, agama dan corak kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Penggunaan tarikh dan kronologi. Karya yang ditulis oleh penulis Melayu tidak mementingkan tarikh dan kronologi semasa menulis sesebuah penulisan. Hanya segelintir sahaya yang menggunakan tarikh dan kronologi dalam penulisan mereka. Contoh Raja Chulan yang menggunakan tarikh dan kronologi dalam penulisan beliau iaitu Misa Melayu. Dalam penulisan kolonial tarikh dan kronologi dianggap lebih penting kerana perkara dijadikan sebagai fakta dalam sesebuah penulisan sejarah. Mereka juga berpendapat bahawa tarikh dan kronologi boleh memberi satu gambaran dalam penulisan mereka. Pembaca penulisan itu boleh mengetahui dengan lebih lanjut jika di sertakan dengan tarikh. Jika ada tarikh dan kronologi kita boleh mengingati perkara yang berlaku pada hari itu. Kalau tiada tarikh atau kronologi, pastinya fakta tidak dapat dikenalpasti bila berlaku. Lagi satu contoh yang boleh dinyatakan ialah bendabenda artifak. Penulis yang menulis tentang yang berkaitan dengan bahan artifak, mestinya penulis akan mengkaji tarikh bila bahan artifak ditemui dan sebagainya. Selepas itu, penulis akan mencatatkan tarikh yang tepat di dalam penulisan mereka. Bersifat kajian dan penggunaan sumber. Karya-karya yang ditulis oleh penulis Melayu dibuat tanpa kajian dan lebih berpandukan kepada pemikiran dan intelek penulis itu sendiri. Jika penulis Melayu mengambil sesuatu sumber daripada penulisan lain, mereka tidak mencatatkan di mana penulis itu mengambil sumber tersebut. Sebagai contoh, penulisan Bustanus Salatin yang menggalurkan kembali sejarah raja-raja Melayu semestinya merujuk sumber seperti Sejarah Melayu dan Sumber Pahang. Tetapi dalam penulisannya, Syeikh Nuruddin al-Raniri tidak menerangkan di mana beliau memperolehi sumber tersebut. Bagi penulisan kolonial, penulis mementingkan sumber sebagai batu asas untuk penulisan mereka. Sebelum sumber itu dijadikan sebagai bahan bukti, penulis menguji dengan pelbagai cara sama ada sumber itu asli atau tiruan. Mereka juga menggunakan pelbagai cara seperti menguji sumber tersebut.

13

Contohnya mereka menguji dakwat yang digunakan dan kertas. Penulis kolonial mementingkan sumber kerana sumber itu boleh dijadikan sebagai bahan bukti pada masa yang akan datang.
3

Penulisan Frank Swettenham (1907) dalam bukunya British Malaya yang menceritakan mengenai kemasukan pengaruh kolonial dan pentadbirannya di Tanah Melayu yang diambil daripada rekod-rekod kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu sesuai dengan kedudukannya sebagai Gabenor NNMB sebelumnya. Semasa melakukan kajian tentang amalan dan kepercayaan tertentu masyarakat Melayu, para pengkaji kolonial akan menemui orang yang terlibat dalam hal tersebut supaya sumber yang diperolehi adalah tepat dah sahiah. Contohnya, R.O Winstedt yang melakukan kajian terhadap amalan perbomohan dan upacara keramat dalam kalangan masyarakat Melayu. Untuk menjayakan penulisan, penulis kolonial meminta bantuan para pemikir tempatan untuk memahami lebih mendalam tentang budaya dan bahas masyarakat tempatan.
4

Contohnya, W.G Shellabear telah

mendapatkan bantuan daripada Sulaiman Bin Muhammed Nur dalam mengkaji hikayat Melayu. Perbezaan Sentrik dan Bias. Dalam pensejarahan Melayu, penulis lebih suka membawa jalan cerita ke arah golongan pemerintah dan istana. Contohnya, Raja Chulan dalam Misa Melayu yang menulis tentang adat-istiadat yang berlaku di istana. Di dalam Tuhfat al-Nafis pula terlalu mengagungkan suku Bugis dalam istana Riau pada ketika itu. Ini juga boleh dikatakan penulis sangat terikat dengan kebijaksanaan istana terhadap titah dan perintah diraja ke atas mereka yang dititahkan untuk menulis kitab-kitab sejarah tersebut. Contohnya, Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan sememangnya dititah oleh sultan untuk menulis karya tersebut. Dalam kalangan penulis kolonial pula, kecenderungan mereka menulis pula dapat dilihat melalui penulisan mereka yang bersifat euro-centric. Euro-centric merupakan satu perspektif dan pemikiran yang melihat semua perkara di dalam dunia ini menerusi perspektif Eropah. Menurut Kamaruddin Md. Said (2007), doktrin euro-centric dalam kalangan pegawai kolonial adalah disebabkan oleh sistem latihan pegawai dan institut pendidikan di Eropah yang menanamkan sikap yang menyatakan bahawa bangsa Eropah adalah bertamadun dan mempunyai martabat yang tinggi berbanding negara-negara jajahan mereka. Sebagai contoh, ketika menulis mengenai penentangan pahlawan tempatan terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain, British menganggap mereka sebagai penderhaka sedangkan para penulis tempatan kemudiannya menganggap
3 4

www.scribd.com www.scribd.com PENSEJARAHAN MALAYSIA DARIPADA PERSPEKTIF PENULISAN KOLONIAL

14

mereka sebagai seorang pejuang. Lagi satu contoh yang boleh dinyatakan adalah kebanyakan penulis adalah terdiri daripada pegawai kerajaan kolonial, oleh itu mereka menulis penulisan mereka berorientasikan kepada pihak kolonial. penulisan mereka telah menitikberatkan bahawa kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah membawa banyak kemajuan dan banyak menulis tentang sejarah kejayaan bangsanya sendiri. Kesimpulan Pada era tahun 20-an penulis Melayu menggunakan Sejarah Melayu melalui kegemilangan Melaka. Keadaan ini berlaku kerana penulis Melayu ingin mewujudkan kesedaran dalam masyarakat Melayu. Sebenarnya sesuatu penulisan yang ditulis oleh penulis adalah berdasarkan pendapat dan pemikiran penulis itu sendiri. Manakala tugas ahli sejarawan ialah mengkaji setiap penulisan sebelum ia dijadikan sebagai sumber. Kemungkinan setiap generasi melihat masalah yang wujud dengan kacamata sendiri.

15

Oh Samuderaku, Sikap raja yang zalim, Membawa binasa sebuah negara, Walaupun mempunyai kehebatan, Pertapa Hindu sendiri melihatnya, Nilai tiada dalam jiwanya, Menyebabkan kejatuhan negerinya.

Wahai manusia bersikap binatang,

Ayanda bertopengkan raksasa, Anakanda dijadikan mangsa nafsunya, Hati anaknya berasa pilu, Abang menjadi tempat teduhan, Ayanda yang perlu berprihatin, Ingin mencabul maruah anaknya.

Wahai permataku, Abang ada di sisimu, Bagaikan tempat perlindunganmu,

16

Terjadi apa sudah, Abang tetap melayan mu, Ini kerana adinda darah dagingku, Aku tidak boleh melepaskan adinda, Adinda satu-satunya saudaraku.

Wahai negeri Pasaiku, Aku akan berjuang dan bertaruh, Demi menyelamatkan negeriku pasai.

Siapa aku? Aku Tun Beraim Bapa, Pendekar yang gagah perkasa, Kewibawaanku tiada tandingannya, Tewasnya pendekar Benua Keling, Aku bukan seorang pengecut, Melepas negeriku ke tangan Keling, Aku menyelamatkan negeriku, Itu tanggungjawab aku.

Ayanda menjadi serigala, Membuat pelbagai muslihat,

17

Anaknya dijadikan musuh tradisinya, Rancangan demi rancangan dibuat, Pelbagai taktik digunakan olehnya, Masih terbelenggu dengan kegagalan.

Sudi menjamu anaknya dengan bisa, Benda yang bernyawa, Mahupun tidak boleh bercakap, Ataupun boleh bercakap, Menjadi mangsa muslihatnya, Sampaikan mempendamkan keperimanusiannya.

Ayanda tak nak dikecewakan, Tanggapan seorang anak, Anaknya tak nak menderhaka ayandanya, Anaknya menjamu makanan, badanya berasa gatal, Pelbagai cara digunakan, Akhirnya tertewas di atas tangan ayandanya. Oh Tuhanku, Mana perginya prihatian, Mana perginya kasih sayang,

18

Mana oh Tuhanku, Dekat mana boleh mencarinya. Manusia yang dicipta oleh kau, Melakukan dosa dan kesalahan, Tidak puas hati dengan dosanya, Ingin juga meneruskan dosanya, Tidak ingin memperhentikan. Inikah dikatakan takdir.

Oh Tuhanku, Siapakah seterusnya?, Tuan Puteri memilih calonnya, Melalui lukisan Tun Patih, Tampilannya menarik minat, Wajahnya terukir dalam jiwanya, Ingin berpasangan dengannya. Pasangannya Tun Abdul Jalil. Dengan izinan ayahnya, Belayar ke Pasai, Ingin berkhawin denganya, Orang bertopengkan raksasa, Mendengar khabar beritanya,

19

Timbulnya perasaan cemburu, Seseorang yang berkaki perempuan, Ingin membunuh anaknya.

Mayat dibuang di Jambu Air, Puteri kedengaran berita ini, Puteri berasa kecewa.

Oh Tuhan yang maha perkasa, Tamatkanlah riwayat hidupku, Tuhan yang maha esa, Mengkabulkan doanya itu, Mati di tempat pasangannya, Kecintaan terus kekal abadi, Kesalnya kaki perempuan itu.

Kematian puteri membawa perang, Majapahit menewas Pasai, Runtuhlah sebuah negeri, Yang mengkisahkan sukadukanya, Binasalah sebuah negeri, Yang dihasilkan oleh orang bermulia.

20

21

Bibliografi
Arasi, P. S. (2013). Pengantar Sejarah. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn Bhd. Hashim, M. Y. (n.d.). Pensejarhan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim, M. Y. (2000). Ilmu Sejarah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jones, R. (1997). Hikayat Raja Pasai. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Othman, H. (2011). Konsep Pensejarahan Melayu. Batu Pahat: UTHM.

Laman Sesawang WWW.SCRIBD.COM.MY shafakallah.blogspot.com

22

You might also like