You are on page 1of 2

Visi Kolej

KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.

KEISTIMEWAAN KOLEJ
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau tersohor dengan vokasional pertanian, warga pendidik yang berketrampilan dan perkhidmatan bermutu tinggi. Daripada segi rekabentuk bangunan, blok berbentuk bulat berhampiran pintu pagar utama dikenali sebagai bangunan UFO. Terdapat 5 buah sahaja bangunan seumpama ini di kolej vokasional seluruh Malaysia. Kolej ini juga dilengkapi dengan makmal komputer, makmal pertanian, makmal sains, makmal tisu kultur , bengkel mekanisasi perttanian, struktur lindungan tanaman, hatcheri ternakan ikan, ayam, kolam akuakultur, nurseri hortikultur, dusun buahan, kebun sayur, rumah cendawan,, kandang feedlot, bangunan ayam penelor, pedaging dan lanskap kolej yang menarik dan nyaman. Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM bagi diploma vokasional pertanian yang menawarkan kursus kemahiran pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman. Agroindustri Ruminan. Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro..

Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.

Dasar Kualiti Kolej


Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi murid secara berterusan.

Sejarah Kolej
Sekolah lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.M Undang Luak Rembau pada 25hb. Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang ditawarkan ialah akedemik , vokasional, pertanian dan sains. Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar. Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1hb. Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar disekolah ini sehingga tahun 1990. Pada tahun 1999 sekolah ini telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Petanian, Rembau. Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).

Belajar Sambil Bekerja

Pada tahun 2003 nama sekolah ini telah diubah sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Nama undang Rembau ialah Dato Hj. Muhd Sharif Bin Hj. Othman.
Transformasi pendidikan negara telah merngubah sekolah aliran vokasinal menjadi kolej vokasional dan tahun 2013 nama sekolah telah rasmi menjadi Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau, Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut: Tel: 06-6851218 Fax: 06-6858178 Email: kvdlm.rembau@gmail.com Laman web: www.smtdlm.com Blog : agroindustritanamankvdlmr.blogspot.com

Kandungan Kursus Agroindusri Tanaman


SEMESTER 1 AMT 101: Bahasa Melayu I AMT 102: Bahasa Inggeris I AMT 103: Pendidikan Islam I AMT 104: English I AMT 107: Sejarah I AMT 108: Matematik I AMT 111: Sains I APA 101: Pengenalan kepada agroindustri tanaman APA 102: Penyediaan Kawasan Penanaman (I) APA 103 : Penyediaan Tapak Semaian Dan Bahan Tanaman (I) APA 104 : Penanaman Tanaman (I) SEMESTER 2 AMT 201: Bahasa Melayu II AMT 202: Bahasa Inggeris II AMT 203 : Pendidikan Islam II AMT 204 : English II AMT 207: Sejarah II AMT 208: MatematikII AMT 211: Sains II APA 205 : Penjagaan Tanaman (I) APA 206 : Membaja Tanaman (I) APA 207 : Mengawal Kerosakan Tanaman (I) APA 208 : Menuai Hasil Tanaman SEMESTER 3 AMT 301: Bahasa Melayu III AMT 302: Bahasa Inggeris III AMT 303: Pendidikan Islam III AMT 304: English III AMT 307: Sejarah III AMT 310: Matematik Pengajian Sosial I AMT 312 : Sains Pengajian Sosial I APA 309: Pascatuai (I) APA 310: Pemasaran Hasil Tanaman (I) APA 311: Kitar Semula Sisa Tanaman (I) APA 312: Penyediaan Kawasan Penanaman (II) CR 3 1 1 1 1 1 1 1 3 3 3 CR 3 1 1 1 1 1 1 3 2 2 2 CR 3 1 1 1 1 1 1 3 3 3 3 SEMESTER 4 AMT 401: Bahasa Melayu IV AMT 402: Bahasa Inggeris IV AMT 303: Pendidikan IslamIV AMT 404: English IV AMT 407: SejarahI IV AMT 410: Matematik Pengajian Sosial II AMT 412: Sains Pengajian Sosial II APA 413: Penyediaan Tapak Semaian Dan Bahan Tanaman (II) APA 414: Penjagaan Tanaman (II) APA 415 : Membaja Tanaman (II) APA 416: Mengawal Kerosakan Tanaman (II) APA 417 : Penyenggaraan Infrastruktur Ladang dan Jenter Pertanian (I) SEMESTER 5 PLKN 519 Kokurikulum -PLKN AMT 506: Pengurusan Kewangan AMT 517: Kemahiran Generik AMT 518: Tamadun Islam APA 518: Pascatuai (II) APA 519: Pemasaran Hasil (II) APA 520: Kitar Semula Sisa (II) APA 521: Penjagaan Tanaman (III) APA 522: Membaja Tanaman (III) SEMESTER 6 PLKN 619 Kokurikulum -PLKN AME 601: Bahasa Madarin AME 602: Bahasa Arab AMT 618 : Tamadun Islam APA 623: Mengawal Kerosakan Tanaman (III) APA 624: Penyenggaraan Infrastruktur Ladang dan Jentera Pertanian (II) APA 625 : Pemasaran Hasil Tanaman (III) APA 626 : Kitar Semula Sisa Tanaman Ladang (III) APA 627: Penyeliaan Kerja APA 628: Projek agroindustri tanaman CR 3 1 1 1 1 1 1 3 3 2 2 2 CR 1 1 1 1 3 3 3 3 3 CR 1 1 1 1 2 2 2 2 2 4 SEMESTER 7 PLKN 719 Kokurikulum -PLKN AMT 715: Kemahiran Asas Kebolehkerjaan Dan Kepenggunaan AMT 718: Tamadun Islam APA 729 :Urus pembinaan infrastruktur fertigasi APA 730: Urus sistem pengairan fertigasi APA 731: Urus pengeluaran tanaman APA 732: Urus penjagaan tanaman CR 1 1 1 3 3 5 4

SEMESTER 8 PLKN 819 Kokurikulum -PLKN AMT 805: Keushawanan AMT 815: Kemahiran Asas Kebolehkerjaan Dan Kepenggunaan AMT 816: Kaunseling Kerjaya APA 833: Urus diagnostik tanaman APA 834: Formulasi baja fertigasi APA 835: Urus pengendalian hasil APA 836: Urus aktiviti keselamatan pekerja, aset dan premis / ladang APA 837: Projek fertigasi

CR 1 1 1 1 2 2 2 2 4

Tempoh Pengajian
Pra-Dploma -2 tahun (Sem.1 - Sem 4 ) Diploma -2 tahun (Sem.5 Sem 8)

Syarat Kemasukan
Umur atas 15 tahun Tamat tingkatan 3 / Lulus PMR

You might also like