You are on page 1of 5

KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA

71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PEMBELAJARAN
BERASAKAN PRODUK (PBE):
BINAAN AGRO TEKNOLOGI DOMESTIK

TARIKH
11- 27 MEI 2015
TEMPAT
UNIT AGROINDUSTRI TANAMAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PROGRAM PBE
(PRODUCTION BASE EDUCATION)
AGROINDUSTRI TANAMAN
TAHUN 2015
1.0 PENGENALAN
Agroindustri Tanaman merupakan sektor ekonomi primer yang amat penting dari segi
kepentingan sosial, ekonomi dan ekologi. Antara kepentingannya adalah membekalkan
makanan, membekalkan bahan mentah, menjana pendapatan dan menyedia peluang pekerjaan.
Dalam program Agroindustri Tanaman, pembelajaran berasaskan produk (PBE) adalah
merupakan sebahagian daripada silibus pelajar DVM dan pelajar wajib lulus modul ini.. Pelajar
diberi kebebasan untuk menghasilkan produk yang boleh digunakan atau dikormesilkan dengan
menggunakan idea dan kreativiti pelajar berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang
telah diperolehi semasa PdP (pembelajaran dan pengajaran)
Lanjutan dari itu, bagi menghargai dan memberi galakkan pelajar mengenegahkan bakat
dan kemahiran mereka dalam menghasilkan rekaan atau produk berasaskan bidang pertanian,
Unit Agroindustri Tanaman menjayakannya dalam bentuk pertandingan PBE (production base
education). Usaha ini diharap dapat menjadikan bidang pertanian sesuatu yang menarik untuk
dipelajari atau diceburi oleh golongan muda.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


2.1 Melatih kreativiti , keupayaan dan kemahiran murid dalam menghasilkan ciptaan
atau hasil kerja yang menarik dan berkualiti.
2.2 Menanam semangat bersaing secara sihat di kalangan pelajar dan guru.
2.3 Mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari semasa P & P dengan
menghasikan produk kerja yang berkualiti dan menarik.
2.4 Membolehkan pelajar memasarkan produk ciptaan mereka untuk kegunaan
domestik.

3.0 CADANGAN PERTANDINGAN


3.1 Pembelajaran berasaskan produk adalah merupakan sebahagian daripada silibus
pelajar DVM. Pelajar diberi kebebasan untuk menghasilkan produk yang boleh
digunakan atau dikormesilkan dengan menggunakan idea dan kreativiti pelajar
berdasarkan dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi
semasa PdP (pembelajaran dan pengajaran.
3.2 Pertandingan ini bertemakan Agro Teknologi Domestik di mana pelajar dikehendaki
membuat satu produk bagi kegunaan di rumah dalam bidang pertanian dan
dilaksanakan semasa semester pendik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Melibatkan pelajar Agroindustri Tanaman Tahun 1 DVM.

5.0 TARIKH ,TEMPAT DAN MASA PELAKSANAAN


TARIKH

11 -27 Mei 2015

TEMPAT

Unit Agroindustri Tanaman Dato Lela Maharaja Rembau

MASA

Sepanjang semester pendik Semester 1.

6.0 HAKIM PERTANDINGAN


Hakim pertandingan terdiri dari pensyarah jemputan di luar Unit Agroindustri Tanaman.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Peruntukan PCG

Hadiah (Hamper)
- Johan
- Naib Johan
- Tempat Ketiga
- Saguhati (RM 30 x 2 kumpulan)
JUMLAH
285.00

RM 100.00
RM 75.00
RM 50.00
RM 60.00
RM

Bahan Projek

5 kumpulan x RM 100 (Anggaran Tertakluk pesanan LO)

RM 500.00

JUMLAH

RM 785.00

8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH

ATURCARA

11 Mei 2015

Taklimat mengenai PBE dan kriteria penilaian.

14 Mei 2015

Persembahan kertas cadangan projek.

15 26 Mei 2015

Pelaksanaan projek

27 Mei 2015

Persembahan projek dalam power point dan hasil projek.


Penyerahan laporan akhir
Penyampaian hadiah

9.0 PENUTUP
Program ini diharap akan dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama
sepenuhnya daripada semua pensyarah dan peserta. Dengan adanya pertandingan seperti ini,
para pelajar akan dapat menyemai minat dalam bidang Agroindustri Tanaman dengan lebih
mendalam dan dapat mencungkil kreativiti pelajar.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Md. Nasir bin Md. Dewa


Ketua Jabatan Teknologi Tanaman,
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja,
Rembau, Negeri Sembilan.

Tn. Haji Alwi bin Haji Yunus


Pengarah,
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja,
Rembau, Negeri Sembilan.

You might also like