You are on page 1of 56

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

MODUL TAMADUN ISLAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Oktober 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Oktober 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Oktober 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

iii

KATA ALU-ALUAN

Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Negara (GTP).

Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.

Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar Kursus Perguruan Lepas I jazah Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme global. serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada

(DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN) Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Oktober 2010
iv

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran secara bestari (pembelajaran arah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri). Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang corak dan gaya pembelajaran mereka. Adalah lebih berkesan jika pelajar menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian mereka. Modul ini ditulis mengikut susunan tajuk. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu pelajar mengingat semula apa yang telah pelajari atau membuatkan pelajar memikirkan tentang apa yang telah baca. Bagi latihan-latihan yang diberikan, adalah lebih membantu jika pelajar berbincang dengan rakan- rakan. Jumlah kandungan modul ini adalah untuk satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan interaksi dalam kelas dan untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran pengajian asas Pendidikan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Di dalam modul ini beberapa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran B menerangkan kepada pelajar makna-makna ikon tersebut. Semua latihan dan aktiviti di dalam senarai semak hendaklah disiapkan dan dihantar dalam satu folio pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Tip untuk membantu pelajar melalui kursus ini. 1. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran pelajar. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 2. Luangkan masa yang mencukupi untuk membaca dan menyiapkan tugasan serta latihan dalam modul. 3. Rujuk sumber lain yang relevan daripada apa yang telah diberikan kepada pelajar. Teliti maklumat yang diterima. 4. Sediakan folio pembelajaran untuk mengumpul semua tugasan dan latihan yang lengkap sebelum dihantar kepada pensyarah.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. 2. 3.

Kata-Alu-aluan Panduan Pelajar Pengenalan

ii v vii

4.

UNIT 1: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

5.

UNIT 2: PENCAPAIAN DAN HASIL TAMADUN ISLAM UNIT 3: TASAWUR ISLAM

15

30

Rujukan

45

Lamiran

47

Senarai Ahli Panel

49

vi

PENGENALAN
Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Tamadun Islam (Asas Dinamika Guru) bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Major Prasekolah. Ia ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu anda menambah pengalaman dan pengetahuan yang berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina dalam bentuk unit, di mana setiap unit dipecahkan kepada beberapa tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Tamadun Islam Asas Dinamika Guru KPLI SR Bagi setiap tajuk, nota ringkas untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata pelajaran Tamadun Islam. Terdapat beberapa tugasan, latihan dan aktiviti dalam modul ini yang perlu dilengkap dan dikumpulkan dalam folio pembelajaran pelajar untuk disemak oleh pensyarah.

Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan.

vii

UNIT 1

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

SINOPSIS Unit ini mengandungi lima tajuk: Tajuk 1.1: Pengertian Tamadun Islam . Tajuk 1.2: Ciri-ciri tamadun Islam Tajuk 1.3: Matlamat tamadun Islam Tajuk 1.4: Prinsip-prinsip tamadun Islam Tajuk 1.5 : Sumber-sumber tamadun Islam

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini peserta dapat: 1. Menerangkan tamadun barat. konsep tamadun Islam serta perbezaannya dengan

2. Menyatakan ciri-ciri tamadun Islam 3. Menerangkan Matlamat tamadun Islam. 4. Menyenaraikan prinsip-prinsip tamadun Islam. 5. Menjelaskan sumber tamadun Islam yang terdiri daripada wahyu dan akal.

Tajuk 1.1: Pengertian Tamadun Islam . Tamadun dari segi bahasa: Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, yamuddunu, madinatan Madani adalah sifat nama yang membawa yang membawa erti sifat pembangunaan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Lawan kepada sifat tersebut ialah Badw yang bererti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib. Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah, madaniyat, umran dan hadharah.

thaqafah

hadharah

Pengertian Tamadun

madaniyat

umran

Thaqafah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Kart Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization, iaitu ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Dan Arnold Toynbee menerusi bukunya, A Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Madaniyat dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota. Profesor Madya Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satusatu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina dan lain-lain lagi. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan. Ia juga bersumberkan wahyu. Abu Nasir al-Farabi ( abad 11M ) telah memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat yang membawa maksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Istilah ini juga digunakan oleh Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ). Dan juga digunakan oleh Syeikh Muhammad Abduh di dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-Ilmu wa al-Madaniyat dan Tafsir alMannar. Umran dalam Bahasa Arab bermaksud bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah ( abad 14M 19M ). Hadharah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun hadharah ialah sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya, Al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiah. M.A.J Beg dalam bukunya The Image of Islamic Civilization, menjelaskan bahawa hadharah dan umran mempunyai pengertian yang sama. Istilah umran lebih popular digunakan dalam abad 14M manakala hadharah dalam abad 20M. Menurut Dr. Lutfi Ibrahim, hadharah ialah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu. Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial , politik, beradaban dan dan lain-lain (Teauku Iskandar : 1994). Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf 2

perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi - peradaban. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus. Beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture, Reneissance, Urbanization, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu menyamai makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab? Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain. Culture, Urbanization dan Reneissance mempunyai makna yang sempit dan Civilization di anggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut

Takrif Tamadun Mengikut Sarjana Barat & Islam Sebelum takrif tamadun mengikut sarjana-sarjana Islam dapat dikemukakan, takriftakrif tamadun mengikut sarjana Barat perlu dikemukakan.

Tamadun Menurut Sarjana Barat a) Arnold Toynbee Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau menambah lagi tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata lain tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

b) A.S. Hornby dan E.C. Parnwell Menyatakan dalam bukunya The Progressive English Dictionary tamadun bermaksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya. c) J. R. Strayer Menerangkan dalam bukunya The Mainstream of civilization menjelaskan perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun Itu lahir di bandar. (Mustafa Haji Daud: Pengantar tamadun Islam d) J.K. Fiebleman Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

e) E.B. Taylor: Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. f) Oswarld Spengler Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan. g) Will Durat : Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian. Tamadun Menurut Sarjana Islam a) Ibnu Khaldun menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang. b) Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna. c) Muhammad Rasyid Redha Agama adalah asas tamadun, Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. d) Sayyid Qutb : Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat spert e)Said Hawa Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. 4

f) Umar Audah al-Khatib Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan. g) Muhammad al-Bahiy Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain. Kesimpulan Perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalah sama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain pula mengatakan kebudayan ada sedikit perbezaan dengan tamadun. Berdasar pendapat-pendapat yang diperkatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa tamadun ialah suatu perubahan atau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentuk fizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan juga pembangunan spiritual dari segi akhlak dan kemanusiaan. Ia berterusan dan tidak terikat dengan sesuatu melainkan syarak.Tamadun Islam mementingkan pencapaian kedua-dua aspek kehidupan namun pembangunan spritual adalah diutamakan.

Tajuk 1.2: Ciri-ciri tamadun Islam Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat diterangkan seperti berikut: 1. Sumber tamadun Islam daripada al-Quran dan hadis diterangkan dalam tajuk berikut) (Tajuk ini akan

2. Nilai-nilai tamadun Islam adalah tetap. Ini bermakna nilai baik dan buruk yang menjadi ukuran untuk sesuatu tujuan atau perbuatan adalah berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis bukan kepada hawa nafsu. Sebagai contoh dalam kebudayaan Islam tidak dibenarkan sama sekali minum arak kecuali dalam keadaan terpaksa (darurat) 1. Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Sifat ini bermaksud tamadun Islam menerima tamadun-tamadun asing yang telah mencapai kemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiah berbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalam bahasa Arab. Hasilnya tamadun Islam telah mencapai kegemilangan pada zaman itu. Walau bagaimanapun nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran al Quran dan Hadis ditolak. Di samping itu tamadun Islam memberi sumbangan kepada kemajuan tamadun lain umpamanya orang-orang Eropah telah mengambil khazanah ilmu dari kegemilangan tamadun islam di Sepanyol untuk menjayakan kemajuan di Eropah. 2. Tamadun Islam sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Semua nilai adalah bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat . NIlai-nilai tamadun Islam mendorong manusia untuk melakukan tugasnya sebagai 5

khalifah Allah. Tugas ini bermaksud menjalankan peranan sebagai pengurus, pemimpin dan perancang kepada kemajuan dunia ini.

3. Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Oleh itu tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu, di India, di Selatan Filipina dan sebagainya. 4. Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh itu tamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad (rasul) sehingga zaman kini. Dalam hal ini tidak tepat sekiranya tamadun Islam itu dikatakan hanya berlaku pada zaman Rasul atau zaman pertengahan. 5. Semua kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Islam dikira tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam. Sesuatu ciptaan yang dibuat oleh bukan Islam tetapi di arah oleh pemerintah Islam dikira sebagai tamadun Islam.

Terangkan perbezaan takrif tamadun mengikut sarjana Barat dan Islam.

Tajuk 1.3: Matlamat Tamadun Islam


Matlamat terbahagi kepada tiga bahagian Ianya untuk menyempurnakan perhubungan tiga dimensi seperti rajah di bawah.

Allah

Manusia

Alam

a) Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah) b) Huquq al-Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia) c) Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat) a) Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah)
Matlamat tamadun Islam tidak dapat dipisahkan dengan matlamat hidup manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadat hanya kepada Allah. Oleh itu sekiranya sesoerang itu melakukan sesuatu ciptaan

baru ia bermatlamat untuk mendapat keredaan Allah semata-mata bukan kerana hendak berbangga-bangga dengan perkara yang dihasilkan. Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar untuk memikirkan alam ini semata-mata. Ia menyuruh manusia berfikir lebih jauh dari itu, dengan menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung di alam ini. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa perhubungan dengan Penciptanya kerana Dialah (Allah SWT) yang memudahkan dan mengurniakan ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. Ini bermakna , tumpuan tidak hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakan atau mengeksploitasi segala sumber dalam alam ini. Hubungan manusia dengan Penciptanya, Allah SWT merupakan matlamat yang terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Inilah hubungan yang paling tinggi berbanding dengan hubungan lain seperti hubungan dengan keluarga, kaum dan bangsa, jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan lain ini merupakan makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya. Hakikatnya, hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akan kembali kepada hubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Maka itu, hubungan dengan Allah SWT adalah yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan suci murni. Hubungan dengan Allah SWT adalah setinggi-tinggi martabat yang melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci. Dalam konteks ini, Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa membatalkannya. Firman Allah SWT bermaksud: Katakanlah; Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (surah Al-Taubah, 9:24) Oleh sebab itu, hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah SWT adalah suatu bentuk hubungan yang unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandingkan dengan sebarang bentuk hubungan lain. Bentuk hubungan lain tidaklah sebegitu serta tidak dapat menyamai atau dibuat perbandingan. Umpamanya, hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka (sunnah), serta mematuhi ajaran yang dianjurkanoleh mereka, di samping mencintai sifat-sifat peribadi mereka yang begitu unggul, tetapi bukanlah hubungn perhambaan, kerana para rasul itu sendiri ialah hamba-hamba Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami kurniakan kepadanya nikmat (kenabian) dan kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel

b) Huquq al-Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia)


Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik, lebih berbentuk kesatuan ummah. Hubungan dengan masyarakat bukan Islam tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa, malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan individu, sebaliknya mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi dan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu usuran untuk mendapat tempat utama di sisi Khaliq. Iaitu ketakwaan dan ketaatan lepada-Nya, di samping berbuat baik lepada hamba-hamba-Nya. Firman Allah SWT bermaksud Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ahla yang paling takwa di antara kamu (surah Al-Hujuraat 49:13) Dalam konteks ini, Rasulullah SAW juga telah memberikan penegasan tentang umat dan berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud : Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang Ajam, kecuali kerana takwanya (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi, dan sebaliknya membuka pintunya kepada seluruh Amat manusia di atas bumi ini atas dasar persamaaan yang sempurna dan di atas landasan perikemanusiaan yang murni. Atas dasar ini, semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem sosialnya. Namur begitu, dalam Islam wujud peranan dan tanggungjawab yang berbeza antara orang Islam(muslim)dengan orang Islam yang lain dan antara orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat. Dengan itu, Islam mewajibkan lepada pemerintah-pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan bukan Islam dengan seadil-adilnya, di camping terhadap orang Islam sendiri. Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam ditolak dengan keras menurut ajaran Islam. Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalam ajaran Islam. Ini termasuklah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud Orang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Menurut sabda Rasulullah SAW lagi, yang bermaksud: Bandingan orang-orang Mukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan mereka dan timbang rasa mereka adalah laksana sebatang tubuh, jika satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turut merasai sakit tanpa tidur dan merasa demam(panas) (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan yang begitu erat dan kasih sayang yang kukuh, merupakan satu bentuk keharmonian dan disiplin yang t Inggi. Ini merupakan gambaran yang jelas bahawa tamadun Islam begit mementingkan hubungan sesama manusia.

Melalui tanggungjawab sebagai khalifah Allah manusia diberi ganjaran yang besar sekiranya ia berkorban masa dan waktu untuk mencipta sesuatu perkara baru yang memberi manfaat kepada manusia. Ciptaan perisian computer yang baru sudah tentu memudahkan ramai orang untuk menjalankan tugas-tugas mereka.

c) Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat)


Khalifah Allah bermaksud membangunkan alam, menguruskan alam dan mentadbir Alam. Menjadi tanggungjawab manusia menguruskan alam dengan sebaik-baiknya. Manusia dikehendaki membuat kebajikan kepada manusia Selain daripada memberi sumbangan kepada manusia, menjadi tugas setiap insan membangunkan dengan baik alam sekitar yang meliputi pokok-pokok, binatang cekerawala dan sebagainya. Tidak dibenarkan sama sekali merosakkan alam ini Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia..Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian daripada perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar. (al-Rum:41) Ayat ini menerangkan bahawa kerosakan yang berlaku pada alam ini disebabkan olen perbuatan manusia (seperti membuat pencemaran sungai dan udara). Akibatnya mereka menanggung kesusahan daripada perbuatan jahat tersebut. Manusia mesti ingat bahawa Allah menjadikan alam untuk kepentingan manusia sejagat. Perkara ini dijelaskan dalam al Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud: Allah yang menjadikan langit dan bumi dan ia menurunkan dari langit air, maka ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dan ia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuan daripadanya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malam dan siang dan ia mendatangkan untuk kamu segala sesuatu yang kamu bermohon daripadanya. (Ibrahim: 32-34) Kesimpulan Matlamat Tamadun adalah untuk menjaga tiga dimensi perhubungan manusia. hablum mina Allah iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t, hablum mina al-nas iaitu hubungan manusia dengan manusia dan huquq al alam iaitu hubungan manusia dengan alam. Islam adalah agama fitrah yang pada asalnya dipunyai dan dimiliki semua manusia dan bersumber daripada Allah SWT. Ia mempunyai tujuan dan matlamat yang telah ditetapkan oleh Pencipta-Nya sendiri, iaitu Allah SWT. Justeru, tamadun Islam juga turut mempunyaib tujuan dan matlamat, kerana sesuatu yang tidak mempunyai matlamat, tujuan atau objektif adalah sesuatu yang tidak bernilai dan bahkan sia-sia semata-mata. Matlamat tamadun Islam dapatlah diringkaskan seperti berikut:

Ia bermatlamat menyempurnakan manusia secara menyuluruh. Justeru, Islam secara Idealnya, menghendaki dan menetapkan sistem dan peraturan supaya manusia mencari, mencipta, membangun, memajukan diri dan mempergunakan segala-gala yang disediakan oleh Allah SWT dalam alam ini untuk kebaikan dan manfaat semua manusia. Secara realitinya, manusia hanya perlu melaksanakan sistem dan peraturan tersebut dalam pembinaan dan pembentukan tamadun mereka. Dengan pelaksanaan sistem ini, seluruh kebaikan dan manfaat dalam pencapaian dan kemajuan tamadun tersebut akan kembali kepada manusia semula secara menyeluruh. Hal ini kerana , matlamat tamadun Islam adalah segala-galanya daripada Allah SWT, kembali kepada Allah SWT dan untuk Allah SWT selamalamanya.

Huraikan matlamat sekitar

tamadun Islam yang berkaitan dengan alam

Tajuk 1.4: Prinsip-Prinsip Tamadun Islam

Prinsip tamadun Islam ialah memelihara keselamatan nyawa, akal, keturunan (maruah), harta dan kebebasan.

menjaga hak kebebasan

Memelihara nyawa

Memelihara harta benda

Prinsip-prinsip Tamadun Islam

Memelihara akal fikiran

Memelihara maruah

10

Prinsip 1 : Memelihara Keselamatan Nyawa

Tamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat paling utama. Membunuh adalah dilarang sama sekali. Dalam al-Quran menjelaskan : Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri . Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu (al-Nisa, 29) Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan: Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. (al-Maidah:32) Prinsip 2 : Memelihara Akal Keselamatan akal juga diutamakan dalam tamadun Islam kerana dengan akal manusia boleh menguruskan alam ini. Oleh itu Islam mengharamkan sesuatu perkara yang boleh merosakkan akal. Arak diharamkan kerana boleh merosakkan akal manusia. Perkara ini dijelaskan oleh al Quran seperti terjemahan berikut: Wahai orang yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan. (al-Maidah: 90) Prinsip 3 : Memelihara Maruah Keselamatan keturunan dan maruah dapat dipelihara dengan cara menjauhkan diri daripada melakukan zina, homosek dan lesbian. Perbuatan zina meosakkan keturunan kerana anak yang lahir ketiadaan bapa. Perbuatan lesbian dan homosek pula menjadikan pasangan itu tidak mempunyai anak dan merupakan perbuatan terkutuk. Umat nabi Lut yang mengamalkan perbuatan homosek telah dilaknat oleh Allah dengan cara menelingkupkan bumi tempat tinggal mereka. Akibat daripada sek tanpa kahwin melahirkan jenayah-jenayah yang lain seperti pengguguran bayi dan pembunuhan bayi. Dalam al-Quran Allah menerangkan: Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan perkara keji dan seburuk-buruk cara (Israk: 32) Hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah-pesalah zina. Pukulan dengan rotan sebanyak seratus kali dikenakan kepada teruna dan dara dan rejam sampai mati dikenakan kepada pesalah yang telah berkahwin.

Prinsip 4 : Memelihara Harta Benda Harta adalah perlu dijaga supaya tiidak hilang. Oleh itu orang yang memiliki harta disuruh supaya menjaganya dengan baik. Sesiapa yang mencuri akan dikenakan hukuman yang berat iaitu potong tangan. Firman Allah yang bermaksud: lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. (al-Maidah:38)

11

Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai oleh Allah. Semua peminat judi mengetahui bahawa amalan berjudi menghapuskan harta dan merupakan ajakan syaitan untuk memusnahkan harta yang dikumpul oleh manusia. Prinsip 5 : Menjaga Hak Kebebasan Tamadun Islam mementingkan kebabasan. Manusia diminta supaya bebas daripada beragama secara ikutan. Manusia dikehendaki beragama kerana betul-betul yakin bahawa agama yang dianuti itu adalah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah. Tidak dibenarkan beragama kerana mengikut ibu dan bapa. Manusia juga diminta supaya bebas daripada kesesatan. Akal manusia sahaja tidak dapat mengetaIsalhui perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka. Oleh itu akal manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkaraperkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal.

Umat Islam tidak boleh mamaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam. Cara yang baik ditunjukkan oleh alQuran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana. Walau bagaimanapun sekiranya orang-orang bukan Islam mengkhianati orang-orang Islam, perang jihad adalah dibenarkan.

Huraikan keselamatan nyawa, harta, maruah, akal dan kebebasan.

Tajuk 1.5: Sumber-Sumber Tamadun Islam

Dari mana tamadun Islam lahir? Jawapannya ialah tamadun Islam berasal daripada dua punca: Sumber wahyu dan akal. Wahyu bermaksud ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad bermula pada tahun 610M semasa Nabi Muhammad berada di Gua Hirak. Sejak peristiwa itu tamadun Islam terus berkembang. Wahyu atau Naqli dibahagikan kepada dua: al-Quran dan Hadis. AL-Quran Al-Quran ialah semua ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang berlaku selama 23 tahun. Muhmmad Abdul Jabar Beg memetik pendapat M. Ali yang mengatakan al-Quran merupakan pencetus revolusi kelahiran tamadun Islam Kandungan al-Quran secara ringkas mengandungi perkara yang berkaitan aqidah, syariat, akhlak, janji baik/jahat, cara-cara untuk mendapat kebahagiaan dan kisah orang yang menurut perintah Allah atau melanggar perintah Allah.

12

Hadis Hadis ialah kata-kata (selain Quran), perbuatan, dan perlakuan diam Nabi Muhammad. Peranan hadis ialah mentafsir dan menerangkan maksud al-Quran, mengulang dan menyokong kenyataan al-Quran, dan menjelaskan perkara-perkara yang tidak disebut dalam Quran. Sebagai contoh dalam al-Quran tidak menyebut bagaimana cara rukuk dan sujud, maka Nabi telah melakukan perbuatan tersebut. Contoh Hadis. Rasulullah bersabda yang bermaksud Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad ( Perkataan ) Sabda Rasululah, Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang ( Perbuatan ) Nabi berdiam diri ketika melihat tentera-tentera Islam memakan dhab ( Diam) Hasil daripada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh al-Quran dan Hadis lahirlah bentuk tamadun atau kebudayaan umat Islam umpamanya sistem perbankan tanpa faedah dan pakaian yang menutup aurat. Akal Akal boleh dijadikan sumber tamadun kerana akal memang merupakan suatu daya yang membolehkan manusia merancang dan bergerak. Akal boleh digunakan untuk membuat tafsiran dan bertindak. Walau bagaimanapun keputusan akal akan hanya dipakai jika tidak bertentangan dengan al-Quran. Akal digunakan dalam ijtimak ulamak dan kias iaitu dengan berijtihad menggunakan akal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan. Setelah berijtihat baharulah dikeluarkan pendapat yang merupakan ijmak ulamak Penemuan Baru dan Warisan Penemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh dijadikan sumber Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak melanggar prinsip-prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan diterima untuk tamadun Islam. Contonya bentuk-bentuk bangunan yang berunsur / lambang sesuatu bangsa. Boleh diterima dalam tamadun Islam setelah diubah sesuai dengan kehendak dan acuan Islam sendiri. Banyak ciptaan-ciptaan baru dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiah dan kerajaan Islam di Sepanyol. Sejarah membuktikan bahawa banyak bahan-bahan tamadun daripada Greek, Rom dan India telah diterima sebagai sumber tamadun Islam . Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan tamadun baru. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam diterima sebagai sumber tamadun.

Terangkan al Quran dan Hadis sebagai sumber tamadun Islam.

13

SOALAN-SOALAN TUTORIAL

1. Dengan menggunakan peta minda huraikan cirri-ciri tamadun Islam. 2. Huraikan keselamatan nyawa, keselamatan keturunan dan keselamatan kebebasan mengikut tamadun Islam. RUMUSAN

Pengertian tamadun mengikut sarjana Islam dan Barat tidak ada perbezaan. Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti bersumberkan al Quran dan Hadis, dan meliputi semua tempat dan masa. Tamadun Islam mengutamakan kesematan nyawa, harta, akal, maruah dan kebebasan. Sumber tamadun Islam ialah al-Quran, hadis dan akal. Matlamat tamadun Islam untuk mengabdikan kepada Allah, berbuat baik kepada manusia dan menggunakan alam sekitar untuk tujuan yang memberi manfaat.

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abd. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur:Pustaka Haji Abdul Majid. M. A. J. Beg. (1980) The Image of Islamic Civilization. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mustafa Haji Daud. (2002) Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Mustafa Haji Daud. (1985). Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Intelek sdn. Bhd. Penerbit Universiti Malaya.(2002) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur.

14

UNIT 2

PENCAPAIAN DAN HASIL TAMADUN ISLAM

SINOPSIS: Unit ini mengandungi empat tajuk kecil, iaitu Intelektual, Sumbangan Intelektual Islam Dalam Bidang Ilmu, Pengaruh Tamadun Islam terhadap Pertumbuhan Sains di Eropah dan Tokoh-tokoh Tamadun Islam. Perbahasan dikemukan secara singkat sebagai panduan pelajar mendalami lagi topik yang diketengahkan. Aspek-aspek yang dikemukakan hanyalah asas kepada perkembangan tamadun disamping memperkenalkan diantara tokoh yang telah menyumbang kepada kebangunan tamadun Islam melalui bidang-bidang yang berkaitan. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini peserta dapat: 1. memahami tentang pencapaian dan sumbangan Tamadun Islam 2. mengetahui bidang ilmu dalam Islam yang menjadi pengukur utama kebangunan tamadun Islam 3. mengenal dan mengetahui sumbangan intelektual Islam dalam bidang-bidang ilmu 4. memahami perkembangan pengaruh tamadun Islam terhadap pertumbuhan sains moden di Eropah 5. mengenal beberapa tokoh yang telah menyumbang dalam tamadun Islam.

Tajuk 2.1:

Intelektual

Islam menekankan dan menitik beratkan ilmu pengetahuan seperti yang di firmankan oleh Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Mengajak kepada membaca seperti yang disebutkan dalam ayat ini menunjukkan bahawa Islam menganjurkan pencarian ilmu pengetahuan, sekali gus menunjukkan betapa tingginya nilai ilmu. Ilmu pengetahuan membolehkan manusia mengenal diri dan Pencipta dan ciptaanNya

15

Allah SWT telah memberikan semua ilmu kepada Nabi Adam (as) seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Baqarah, ayat 31 dan 32.

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Definisi Ilmu Menurut Abd al-Jabbar, ilmu ditakrifkan sebagai kepercayaan yang memuaskan jiwa bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya mengikut reality yang berlaku.Ini bermakna, ketepatan maklumat selaras dengan reality itulah yang dikatakan ilmu. Menurut Prof. Abdullah Hasan,ilmu sebagai apa-apa sahaja yang bererti, bernilai dan berguna.Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan dan kepandaian (dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain). Manakala menurut Profesor Syed Muhammad Naqib al-Attas bahawa ilmu mempunyai pengertian yang amat luas dan sukar dimengertikan secara tepat dan muktamad. Beliau metakrifka ilmu adalah ketibaan sesuatu makna ke dalam jiwa seseorang hasil dari maklumat yang benar. Menurut beliau lagi bahawa ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia seperti wahyu, dan yang kedua ialah ilmu yang boleh diperolehi melaui pengalaman pemerhatian, penyelidikan dan rumusan. Pembahagian Ilmu Ilmu yang wajib dipelajari ialah ilmu yang berfaedah, terutama Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Para Ulama Islam pula membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.

ALLAH (SWT) Ilmu Ilmu Fardhu Kifayah Manusia Ilmu Fardhu Ain

Rajah 1: Pembahagian Ilmu Menurut Ulama

16

Ilmu Fardhu Ain Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang mesti dikuasai dan difahami oleh setiap individu seperti Asas Ilmu Tauhid, Fekah, Akhlak dan seumpamanya. Ilmu Fardhu Kifayah Ilmu Fardhu Kifayah ialah ilmu yang berfaedah untuk keperluan hidup diri sendiri dan masyarakat , seperti Ilmu Kedoktoran (perubatan),perniagaan, teknologi moden dan lain-lain seumpamanya. Kesepaduan Ilmu Jika dilihat dari sudut teologi ilmu agama amat tinggi nilai dan martabatnya jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang berdasarkan rasional yang bersumberkan pancainera dan akal sahaja, kerana ilmu agama bersumberkan wahyu. Walau bagaimana pun ilmu yang berdasarkan rasional tetap diakui sebagai sebahagian dari jenis-jenis ilmu yang penting dan harus dimiliki dan dipelajari. Sejarah awal Islam telah mencatatkan bahawa bidang ilmu pengetahuan adalah menjadi penyumbang utama dalam tamadun Islam. Tokoh-tokoh ilmuan yang lahir pada masa itu telah bekerja keras sehingga berbagai-bagai bidang ilmu tumbuh, dan dalam masa yang sama lahir ilmuan-ilmuan dan cerdik pandai. Para ilmuan dan cendikiawan dari berbagai-bagai bidang ilmu telah banyak menulis buku. Pada masa yang sama pakar-pakar bahasa juga banyak menterjemahkan buku-buku dari bahasa lain ke bahasa Arab.

1. Apakah yang anda faham mengenai konsep ilmu dalam Islam? 2. Budaya ilmu menurut Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Bincangkan dan berikan contohnya sekali.

Tajuk 2.2:

Sumbangan Intelektual Islam dalam Bidang Ilmu

Ilmu amat penting demi untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ilmu menjadi petunjuk dan panduan dalam kehidupan di dunia dan menentukan kesejahteraan di akhirat. Pencarian ilmu amat dituntut sekaligus menghayatinya sepanjang hidup. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang pencapaian keilmuan yang mendalam yang telah melahirkan tokoh ilmuan Islam dalam berbagai-bagai bidang. Al-Zuhri contohnya, beliau adalah seorang sejarawan Islam agong. Kajian ilmu sejarahnya bukan sahaja berkisar tentang teori sejarah mengikut Islam malah telah mengembangkannya dengan mencatat hadith-hadith untuk manfaat pengkaji yang lain.

17

Natijah kefahaman Islam yang tinggi telah membuktikan bahawa tokoh-tokoh keilmuan Islam ternama lain termasuk Ibnu Sina, al-Farabi dan yang lainnya menerokai bidang-bidang baharu yang belum diterokai oleh genarasi sebelumnya. Semua hasil dapatan dan kajian mereka amat dikagumi bukan sahaja orang yang sezaman dengannya malah menjadi sumber rujukan asas oleh genarasi sekarang baik di timur atau di barat. Usia mereka telah dipergunakan dengan sepenuhnya dan telah menghasilkan sesuatu yang amat menakjubkan. Ada dikalangan mereka yang telah menghasilkan ribuan judul buku dan setiap jodol ditulis sehingga berpuluh jilid. Banyak bidang ilmu yang telah diterokai oleh cendikiawan Islam samada bidang ilmu agama dan sains. Dalam bidang sains antaranya ilmu yang ditemui ialah ilmu matematik, ilmu kimia, fizik, biologi, falaq dan lain-lain lagi.

1. Sejauh mana intelektual Islam memberikan sumbangan mereka dalam tamadun Islam pada abad ini. 2. Sejauh mana tamadun Islam memberikan perhatian terhadap ilmuan Islam pada abad pertengahan. Bincangkan.

2.2.1

Bidang Sains dan Matematik

Al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan dan berkat rapat dengan bidang sains, oleh sebab itu Islam amat menekankan peri pentingnya ilmu pengetahuan sebagai asas tamadun manusia. Bidang sains biasanya dikaitkan dengan bidang kedoktoran. Ilmu-ilmu dalam bidang ini baisa disebutkan seperti matematik, fizik, kimia, biologi, astronomi dan lain-lain lagi. Bidang ini telah berkembang pesat pada zaman pemerintahan Islam di Eropah dan Timur Tengah. Kebanyakan pengkaji dan peneroka ilmu dalam bidang ini telah memperolehinya dengan melakukan usaha yang bersungguh-sungguh, walaubagaimana pun kefahaman agama mererka amat tinggi. Ramai tokoh ilmuan Islam yang meneroka bidang ini antarannya dalam ilmu matematik seperti Umar bin al-Farukhan, al-Khawarizmi (780-850), Thabit ibnu Qurra (836-910), al-Battani (858-929) dan lain-lain-lain lagi. Ilmu astronomi seperti Abdul Rahman as-Sufi (903-986), Abu al-Abbas Muhammad Ibnu Khathir, Al-Birruni (9731048) dan lain-lain lagi. Ilmu perubatan, Biologi, Kimia dan Fizik mereka terdiri dari Jabar Ibnu Hayan,(meninggal 778M), Hunayan bin Ishak (810-878), Al-Razi (865-935), Ishak Yuda (855-955) dan ramai lagi tokoh-tokoh lain yang telah melaksanakan kehendak dan keperluan ilmu sains seperti yang disarankan oleh Islam untuk keperluan kehidupan manusia. Nama yang diberikan kepada sains tulin adalah kembangan dari ilmu sains yang telah diasaskan oleh tokoh-tokoh saintis Islam. Dalam ilmu perubatan dan pembedahan mereka telah memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan pendekatan dan teknik tanpa kuman dengan menggunakan pembak aran dan alkohol. Begitu juga dalam bidang-bidang lain seperti perbidanan, pergigian, urologi dan bidang-bidang lain. 18

Dalam bidang astonomi mereka telah berjaya memperhalusi fenomena gerhana bulan dan maahari. Istilah-istilah yang digunakan adalah adalah istilah-istilah arab untuk bemberi nama-nama bintang dan lainnya. Bidang kimia pula menurut Hider Bammate (1962) sarjana Islam telah memperkenalkan proses penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, pengentalan, pengkupelan dan lain-lain lagi. Bahan-bahan yang berasaskan kimia digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian seperti kapur barus, air suling, plaster, minyak gosok dan lain-lain lagi. 2.2.2 Bidang Sains Sosial

Muqadimah yang ditulis oleh Ibnu Khaldun dianggap sebuah tulisan sebagai sumbangan agung dalam bidang sejarah. Tulsiannya membolehkan ahli sejarawan lain memahami pola dan perubahan pada organisasi dan masyarakat yang telah banyak dipakai untuk tujuan penyelidikan sosiologi. Selok belok dan latar belakang masyarakat serta sifat semula jadi manusia yang telah dimulakan oleh Ibnu Khaldun dalam kaedah kajian sisiologi telah banyak memberi faedah kepada para sosiologis masa kini. Al-Quran penuh dengan kesenian dan keindahan. Seni yang dicetuskan oleh alQuran adalah merapatkan mansuak dengan Islam yang serasi dengan kehendak dan keperluan manusia. Kesenian yang tidak berbentuk keIslaman adalah seni yang dicipta untuk tujuan takabur, riak dan untuk kepentingan nafsu yang boleh merosakkan aqidah, syarak dan akhlak. Hal ini dijelaskan oleh Rasullah (saw) dalam Hadith Baginda yang bermaksud: Tidak masuk syurga sesiapa yang hatinya mempunyai perasaan takabur dan tidak masuk neraka sesiapa yang hatinaya mempunyai sebesar atom iman. Bertanya seorang lelaki Sesunggunya saya suka pakaian saya yang cantik dan saya perindahkan apakah itu takabur?. Rasullah (saw) menjawab Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Indah, dan Dia suka kepada Keindahan, Takabur adalah so,bong tidak mahu menerima yang hak dan memandang hina kepda manusia. Bidang sains sosial seperti ekonomi, politik, pendidikan dan lain-lain lagi berkembang seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu yang lain. Dalam bidang ekonomi contohnya usaha pemerintah untuk menyatukan nilai matawang telah dibuat, walau bagaimanapun usaha ini memerlukan peruntukan wang banyak dan akhirnya hanya beberapa tempat sahaja dilaksanakan. Begitu juga dalam bidang pendidikan banyak kemudahan disediakan oleh pemerintahan Islam pada ketika itu seperti mendirikan perpustakaan dan institusi pendidikan untuk menyampaikan ilmu kepada rakyat. Bidang-bidang lain seperti pengurusan dalam pemerintahan telah ditingkatkan dengan menubuhkan jabatan dan kementerian bagi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan terurus dan lebih baik. Kemudahan infrastruktur turut diberi perhatian. Pembinaan kemudahan awam seperti jalan dan sistem perparitan untuk tujuan pertanian dan sebagainya.

19

Kota Baghdad menjadi bandar tumpuan dalam semua hal termasuk perdagangan, pendidikan dan tumpuan para cendiakawan. Faktur kemudahan yang disediakan oleh pemerintah menjadikan Kota Baghadad terkenal. 2.2.2 Bidang Seni

Drs. Sidi Gazalba menjelaskan dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelolpok manusia, kerana setiap kelompok memiliki seni semulajadi yang dianggap sebagai suatu yang menyenangkan hati, justru manusia dikatakan manusia adalah makhluk yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan hati. Bumi adalah satu tempat yang membolehkan manusia menikmati keindahan. Firman Allah SWT dalam surah as-Sajdah 32:7;

Yang

menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah Manusia memiliki naluri mencintai keindahan kerana dalam diri manusia itu dijadikan oleh Allah SWT penuh dengan keindahan dan kesenian, maka keindahan itu adalah suatu yang sebati dan diperlukan oleh manusia. Seni Islam adalah seni yang mementingkan niali-nilai aqidah, syarak dan akhlak. Segala sesuatu yang indah itu ialah penyempurnaan dan penghayatan aqidah, syarak dan akhlak. Lukisan yang boeh menaikkan nafsu syahawat contohnya dapat merosakkan syarak dan akhlak, justru ia dilarang oleh Islam.

Seni Bina Islam Seni Bina Islam adalah sebagai keindahan yang dicetuskan dalam kemahiran binaan dan pertukangan merangkumi segala rekabentuk yang berupa bangunann yang diperbuat dari kayu, batu, marma , kaca dan sebagainya. Senibina merupakan sebahagian dari bidang kesenian dan merupakan sebahagian dari kebudayaan dan ketamadunan yang dihasilkan oleh kelompok manusia. Manusia akan merasa takjub senang dan tenang dengan keindahan yang di cipta oleh manusia sebagai suatu hasil usaha dan kemajuan yang dicapai. Kehalusan seni bina tetap disanjung selagi ianya dapat diperalatkan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh. Masjid, rumah, istana dan sebagainya jika dibina dengan asas keimanan dan ketaqwaan adalah lambang kesenian Islam yang boleh dibanggakan. Kesenian Islam adalah inspirasi dari al-Quran dan Kesenian Kerajaan Rom dan Farsi. Bangunan-bangunan di zaman kegemilangan Islam dihiasai dengan archa, kaca, ukiran warna warni, khat, awan larat dan lain-lain. Masjid pertama dalam Islam adalah masjid Quba. Tiangnya dari batang tamar, atapnya pula dari daun tamar. Azan dilakukan dari atas bumbung rumah berdekatan. Rumah Rasuullah membina rumah baginda 100 hasta persegi. Tiangnya dari batang tamar dan dindingnya dibuat dari kepingan tanah. Rasulullah saw juga membina bangunan kaabah yang tewlah rosak dilanda banjir.

20

Seni Khat Islam Seni Khat Islam ialah salah satu mercu tanda kesenian Islam yang agung. Ia juga dikenali sebagai ilmu pengetahuan berkaitan Islam dan kebudayaan penganut agama Islam. Seni khat dipercayai mula dibangunkan menjadi elemen seni semasa zaman pemerintahan Saiyidina Ali bin Abi Talib, khalifah yang keempat dan menantu kepada Nabi Muhammad S.A.W Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang berjaya malahan juga adalah seorang penulis Khat yang unggul. Penganut Islam dilarang menyatakan sesuatu melalui ilustrasi yang melibatkan patung atau berhala jadi kebanyakan seni Islam adalah berbentuk tulisan Khat. Seni khat adalah unik dan ia berbeza dari seni-seni Islam yang lain. Hurufhuruf boleh ditulis di dalam bentuk-bentuk yang berbeza membuatkan ia sukar untuk dibaca. Tulisan khat Arab yang awal dikenali sebagai khat Kufi. Ia adalah bentuk tulisan yang biasa digunakan oleh orang Arab sehinggalah ia berkembang kepada bentuk-bentuk tulisan yang lain iaitu Thuluth, Naskhi dan Nastaliq

Seni Ukir Seni Ukir wujud apabila manusia mempunyai citarasa keindahan terhadap diri sendiri dan alam sekitar. Meniru keindahan alam sekitar pada alat-alat ciptaan mereka, alat keperluan hidup. Ada masyarakat melihat bunga sebagai sesuatu yang indah, ada yang lihat bentuk binatang, keindahan air ombak laut atau arakan awan. Terdapat juga yang menyukai garis-garis lurus menjalin dengan garis-garis lengkung untuk membentuk geometris. Para seniman Islam pada mulanya mempergunakan garis-garis geometris yang kemudiannya wujud bentuk-bentuk pelik tetapi artistik .Mereka hanya menjalin satu garis lengkung dgn garis lengkung yang lain atau garis lurus, antara garis lurus dengan yg membentuk empat segi dengan segi tiga atau segi lima dgn segi enam. Kaedah yg sama juga diaplikasikan pada tumbuhan dan motif alam yang mana mewujudkan gubahan yang berliku dan berbelit-belit yg merupakan ciri-ciri khas ukiran Islam. Perkembangan seni ukiran pada zaman Umayyah banyak dipengaruhi oleh gaya kombinasi Romawi, Persia dan Arab. Contoh:Masjid Damaskus yg dindingnya penuh dgn ukiran halus dan dihiasi dgn aneka warna-warni batuan yg sangat indah sehingga Walid bin Abdul Malik membawa 12,000 orang ahli bangunan Romawi untuk membangukan masjid ini. Selain itu, masjid Cordova, Sepanyol mempunyai menara dari batu marmar, pintu dari tembaga kuning yang mempunyai ukiran halus bahkan salah satu pintunya diperbuat daripada emas.

21

Terdapat beberapa jenis ukiran,diantaranya; 1-Ukiran kayu dan logam biasanya dilihat pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung dan topi besi perang. 2-Ukiran enamel ilah pengukir mengabdikan karya pada logam emas dan perak. 3-Seramik biasanya terdapat pada piring dan tembikar, seramik tunal adalah paling berkualiti dan terkenal, orang Acheh menggunakan seramik di kopiah mereka 4-Stopless sejenis ukiran di botol dan biasanya menggunakan warna semarak. Kalau diperhatikan ukiran pada masjid, istana dan bangunan, dapat dilihat bahawa banyak ayat Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan kata-kata hukuma ditulis dgn kaligrafi yg indah, dijalin dalam pelbagai ukiran. Seni Ukiran mampu menimbulkan beberapa faedah iaitu yg pertama ialah keindahan visual yang dapat dinikmati dgn rasa senang dan kagum. Faedah kedua ialah mendorong untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, cinta kepada kebaikan dan sebagainya.

1- Apakah bidang-bidang lain yang turut menjadi faktur kepada tamadun Islam pada abad pertengahan serta sumbangannya. Bincangkan?. 2- Apa yang dimaksudkan dengan Seni Suara dan Seni Sastera?

Tajuk 2.3: Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Pertumbuhan Sains Moden di Eropah 2.3.1 Kerajaan Islam di Sepanyol

Sebelum tiba zaman Renaissance, Eropah dilanda zaman kegelapan (Dark Age).Pada masa yang sama dunia Islam telah menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi. Dunia telah diperlihatkan tentang betapa hebatnya perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antara kurun ke 9 hingga ke 12. Kawasan Islam yang dekat dengan Eropah ialah Sepanyol. Di sini perkembangan intelek juga berlaku dengan pesat. Philip K Hitti dalam bukunya The Arabs: A Short History menukilkan seperti berikut: "Moslem Spain wrote one of the brightest chapters in the intellectual history of medieval Europe. Between the middle of the eighth and the beginning of the thirteenth centuries, the Arabic-speaking peoples were the main bearers of the torch of culture and civilization throughout the world, the medium through which ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted to make possible the renaissance of Western Europe." (h 174-175).

22

2.3.2

Penterjemahan buku-buku intelektual Islam

Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini, usaha terjemahan telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam. Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani. Charles Singer dalam bukunya A Short History of Scientific Ideas to 1900 menyenaraikan tujuh alas an mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab. (h 175-176): 1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur. 2. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga manuskripmanuskripnya.Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab. 3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah dan ilmu sains. 4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam Empayar Rom Timur. 5. Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani. 6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam menduduki Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat. 7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapi jarang sekali untuk bahasa Yunani. Antara Penterjemah Barat Adelard of Bath - menterjemah karya : > Al-khawarizmi arithmetic >Euclid Gerard of Cremona - menterjemah karya : > Ptolemy Almagest > Ibnu Sina Canon Fi al-Tibb Gundissalines - menterjemah karya: > Al-Farabi Kitab Ihsa al-Ulum > Ibnu Sina - Kitab al-Syifa > Al-Ghazali Maqasid al-Falsafah Robert dari Chester - menterjemah Al-Quran > Karya Al-Khawarizmi - Algebra

23

Bahan-bahan tersebut dipelajari oleh para sarjana dan pelajar-pelajar tempatan. Ketika Frederick II memerintah Itali, beliau telah mendirikan Universiti Naples dan di sini ilmu pengetahuan dari dunia Islam itu telah dipelajari. Banyak buku-buku terjemahan karyawan islam digunakan seperti Ibn. Rushd. Universiti Paris dibina pada tahun 1236, kemudian Universiti Bologna dan Oxford di London. Universtiuniversiti ini menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmi kepada masyarakat Eropah pada abad pertengahan. Selain dari itu, Universiti Sicily di Itali banyak menggunakan buku-buku teks hasil cendikiawan islam yang telah diterjemahkan. 2.3.3 Penubuhan Universiti di Eropah

Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang tidak asing dalam ketamadunan manusia. Hal ini berlaku kerana tamadun Islam sedia memahami dan menerima unsur-unsur tamadun lain untuk dibawa masuk ke dalam tamadun Islam pada manamana yang sesuai dan tidak bercanggah dengan aqidah dan syariat. Dalam sejarah manusia, pencapaian tamadun sering diukur sebagai satu alat pencapaian tinggi yang mampu dicapai oleh sesuatu bangsa. Tamadun Islam mampu menunjukkan situasi ini kerana dalam Tamadun Islam terdapat unsur yang segajat yang dijadikan alat sebagai pengukur. Walau bagaimana pun Tamadun Islam memiliki ciri tersendiri dengan menyimbangkan ciri khusus yang menekankanaspek non-material. Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan serjana sebagai kayu ukur untuk melihat kelahiran sebuah tamadun. Aspek urbanisasi atau pembangunan bandar menjadi aspek penting yang diberikan penekanan khusus dalam melihatkeseluruhan perkembangan Tamadun Islam. Ini membuktikan betapa eratnya hubungan Tamadun Islam dengan aspek perbandaran. Kemunculan Islam di Kota Makkah sebelum berkembang dan bertapak kukuh di Madinah membuktikan kenyataan bahawa Islam lahir dalam pesekitaran bandar, selain bandar menjadi tempat para pedagang menjalankan urusniaga dan pertukaran barang. Melalui penjajahan negara-negara Eropah Timur, Islam telah berjaya mendominasikan semua bidang ilmu yang dikuasi oleh mereka pada masa itu. Ini dapat dilihat dalam zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah. Masyarakat barat pada masa kini telah maju disebabkan kesedaran yang mendalam tentang pentingnya ilmu pengetahuan. Walaupun mereka tidak beriman namu mereka telah mengambil kefahaman tentang kelebihan menuntut ilmu adalah amat penting maka merka telah mendomnasikan keadaan. Jika dahulu Islam telah berjaya membangunkan ilmu dan seterusnya membangun pusat-pusat penyebaran ilmu.

Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah antara sebab penting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ketiga belas. Usahausaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang dibuat oleh orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang epistemologi, metafizik dan etika berasaskan pemikiran Al-Farabi,Ibnu Gabirol, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku. Senarai sumbangan Islam Sepanyol kepada Eropah adalah tidak terhingga. Tambahan kepada sumbangannya di dalam bidang matematik, ekonomi, perubatan, botani, geografi, sejarah dan falsafah, Andalusia juga telah membangunkan dan mengaplikasikan inovasi teknologi yang penting: kincir anfin dan teknik baru dalm pertukangan besi, tenunan dan pembinaan. 24

Kesan sumbangan ini masih dapat dilihat diseluruh dan ada antara masih digunakan kini. Terdapat juga inovasi yang dihasilkan dijadikan asas bagi pembangunan seterusnya teknologi sesuatu bidang.

Tajuk 2.4: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang Sosial

Definisi sosial Sistem sosial dalam Islam bermaksud sistem perhubungan sesuatu kelompok manusia dengan kelompok yang lain dan mereka ini diikat dengan beberapa nilai yang telah ditetapkan oleh Islam Di bawah sistem ini, terdapat unit sosial yang lebih kecil seperti sistem keluarga yang lazimnya terdiri daripada individu seperti suani, isteri, anakanak, ayah, ibu, datuk dan nenek. Asas sistem sosial Asas tersebut ialah: a) Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa dan hanya Dia layak yang disembah b) Allah SWT mencipta manusia daripada tanah c) Allah SWT mencipta manusia dan menjadikan mereka berkembang biak. d) Allah SWT mengatur institusi keluarga dan masyarakat berdasarkan kasih sayang. e) Allah SWT menjadikan bagi setiap kelompok manusia bahasa yang berlainan. f) Allah menjadikan manusia dengan pelbagai warna kulit

2.4.1 2.4.2 2.4.3

Hubungan Sosial Keluarga yang bahagia dan berkualiti Gaya hidup sehat

Tajuk 2.5: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang ekonomi 2.5.1 Prinsip ekonomi Islam

Islam adalah agama yang amat menitikberatkan kesejahteraan ummah dalam segenap perkara,termasuklah dalam pengurusan ekonomi. Ekonomi Islam adalah berprinsipkan; - Tiada riba - Mengamalkan aktiviti perniagaan yang beretika - Menggunakan konsep syariah seperti pembahagian untung rugi

25

2.5.2

Sistem perbankan secara Islam

Perbankan Islam sebagai Islamic Financial Intermediaries. Sistem Kewangan Islam adalah satu sistem kewangan yang bertujuan untuk melaksanakan agihan / peruntukan secara cekap bagi aset kewangan. Allocation daripada pihak yang mempunyai modal / lebihan modal kepada pihak yang memerlukan modal Perbezaan antara perbankan Islam dan Perbankan Konvensional: - Fungsi umum sama: perantara - Akta perbankan dan takaful yang berbeza: - Perbankan Islam menggunakan kaedah urusniaga yang berbeza dan memerlukan akta yang berbeza. Contohnya terlibat langsung dalam perniagaan 2.5.3 2.5.4 2.5.5 Takaful Ar-Rahnu Pasaran Saham yang halal.

26

Tajuk 2.6: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang politik Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha Tunku Abdul Rahman yang berjaya menggabungkan parti China, India Melayu di dalam gagasan Perikatan. Berdasarkan perikatan ini, pensyarikatan kuasa politik berlaku antara kaum yang berlainan tetapi golongan melayu muslim masih merupakan kuasa politik dominan. Pemimpin-pemimpinnya adalah dari golongan melayu muslim yang masih sensitif kepada Islam. Kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan tertentu. Institusi Islam diperingkat negeri dan pusat masih diberi kedudukan nya yang tersendiri.

Di Malaysia, perlembagaan negara tertulis agama Islam sebagai agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan. Menjelaskan bahawa politik di Malaysia pada masa kini masih lagi di kuasai oleh golongan melayu Islam tanpa menyisihkan kaum-kaum lain. 2.6.1 Syura

Kata Syura dari segi bahasa bermaksud mesyuarat. Dari segi istilah bermaksud pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal. Bermesyuarat dalam segala hal untuk kebajikan umat Islam adalah diwajibkan oleh Allah. Pada zaman Rasulullah, prinsip ini dijalankan dengan sahabatdalam urusan kepentingan umat dan negara spt dalam perang Badar dan Uhud. Pada zaman Abu Bakr,baginda bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang-orang murtad. Tugas dan tanggungjawab Majlis Syura meliputi segala hal yang tidak terdapat didalam Al-Quran dan Al-Sunnah,maka kelayakan yang tinggi diperlukan. Mereka yang layak ialah ulama yang paling alim bagi sesuatu masa, adil, bijaksana dan sebagainya. Mempunyai latar belakang pelbagai bidang dan dapat memberikan pandangan yang terbaik untuk menyempurnakan keperluan pelbagai bidang. Jumlah ahli adalah bergantung kepada keperluan semasa Semakin besar pemerintahan Islam, maka jumlah ahli majlis itu semakin besar.

2.6.2

Sifat-sifat pemimpin Bertangungjawab terhadap Allah Bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin Percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah Sentiasa berdisiplin Pandai bergaul dan tidak sombong Berpengetahuan dan berpengalaman luas Sihat jasmani, rohani, emosi dan intelek Berdayasaing, ada jati diri, inisiatif dan kreatif Jujur dan amanah Bersikap terbuka open mind Mudah dihubungi, mesra dan bersopan santun

27

2.6.3

Konsep Negara Islam

Menurut Dr Abd Halim El-Muhammadi, pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dan ia termasuk dalam Fardhu Kifayah. Syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dan kedaulatan politik. Istilah Al-Daulah Islamiyyah atau Al-Hukumah al-Islamiyyah tidak didapati penggunaannya didalam Al-Quran. Terdapat istilah-istilah didalam Al-Quran yang menjadi asas kepada persoalan ini seperti Khalifah,Khulafa atau khalaif. Ulu-al Amr merujuk kepada pemerintah atau penguasa, Istilah lain yang ada kaitan kepada persoalan ini ialah istilah umat yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang. Ia juga merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin.

Ayatullah Khomeini mentakrifkan negara islam bukanlah autokratik . Ketua tidak boleh membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang. Negara Islam ialah negara berperlembagaan. Kepimpinannya berasaskan undang-undang AlQuran. Pemerintahan Islam,adalah pemerintahan yang bersumberkan kepada al-Quran, AsSunah dan Ijmak Ulama. Bersumberkan Al-Quran Kalam Allah yang azali- merakamkan segala kehendak Allah dalam hal Aqidah, Syariah dan akhlak dan termasuk juga hal pemerintahan Menggariskan secara umum konsep. Prinsip, dasar, ciri pemerintahan Islam Dari perlembagaan negara Islam sampailah kepada hak dan tanggungjawab rakyat. Bersumberkan As-Sunnah Segala yang datang daripada Rasulullah samaada dalam bentuk kata-kata, pengakuan atau perbuatan Sumber pemerintahan Islam kedua Memperincikan dan mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam bentuk praktikal. Bersumberkan Ijmak Ulama Hasil ijtihad majoriti ulama didalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya samaada di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Ia diterima sebagai ijmak apabila ia dipersetujui oleh majoriti ulama. Sesebuah Negara Islam, mempunyai prinsip-prinsip tertentu, diantaranya ; Prinsip Keadilan,kebebasan dan persamaan. Prinsip Keadilan Keadilan mutlak yang mengatasi segala kepentingan peribadi, keluarga, kelompok sekalipun kepada musuh dan juga orang bukan Islam.

28

Prinsip Kebebasan Diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam samaada golongan Muslim dan juga bukan Muslim. Kebebasan beragama, memiliki harta, bercakap dan memberi pendapat. Prinsip Persamaan Setiap kaum adalah sama sebagai rakyat dalam hak, kebebasan dan tanggungjawab terhadap undang-undang Islam. Manusia tidak ada bezanya dalam penilaian Allah disegi keturunan, warna, kulit, bahasa, dan kebudayaan. Perbezaan itu terletak kepada ketakwaannya.

Soalan Tutorial; 1. Buat peta minda tentang kepentingan ilmu dari sudut tamadun Islam. 2. Buktikan sejauh mana bidang ilmu pengetahuan telah menyumbang dalam kebangunan Tamadun Islam pada abad pertengahan.

Rumusan: Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam Unit ini adalah: 1. Intelektual 2. Sumbangan intelektual Islam Dalam Bidang Ilmu iaitu Bidang Sain Tulin, Sains Sosial dan Seni 3. Pengarus Tamadun Islam Terhadap Pertumbuhan Sains Moden di Eropah.

Dapatkan maklumat tambahan dari Pusat Sumber

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

29

UNIT 3

TASAWUR ISLAM

SINOPSIS: Unit ini mengandungi tiga tajuk. Tajuk pertama berkaitan dengan pengertian tasawur islam dan aqidah, tugas manusia mencari kebenaran dan kepentingan manusia mencari kebenaran aqidah. Tajuk kedua tentang difinisi syariah, pembahagian syariah manakala tajuk ketiga berkaitan kepentingan akhlak dan pendidikan akhlak.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini peserta dapat: 1. Menerangkan maksud tasawur Islam. 2. Menerangkan aqidah mengikut pandangan Islam. 3. Menerangkan syariat mengikut pandangan Islam. 4. Menerangkan akhlak mengikut pandangan Islam.

Tajuk 3: Pengertian Tasawur Islam

Gambaran keseluruhan tentang Islam yang mencakupi aqidah, syariah dan akhlak

Perkataan Islam dari segi bahasa bermaksud perdamaian dan keamanan atau bersih dan suci, atau ketaatan dan kepatuhan. Dari segi istilah Islam bermaksud: 1 Mematuhi segala perkara yang disampaikan dan diterangkan Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w.) 2. Hukum-hukum yang ditetapkan oleh agama Islam dan keterangan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad (Rasulullah) 3. Agama yang di bawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad. (Muqaddimah Mastika Hadith) Dengan menggunakan peta minda huraikan pengertian Islam 30 tasawur oleh

3.1 : Konsep Aqidah

Pengertian Aqidah Menurut etimologi bahasa Arab, perkataan aqidah merupakan kata terbitan daripada perkataan aqada bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu. Menurut istilah (terminologis) 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang, iaitu keyakinan yang kukuh dalam hati terhadap kewujudan Allah, hari akhirat, kitab-kitab, rasul-rasul, malaikat-malaikat, serta qadak dan qadar

Tujuan Mempelajari Aqidah Memantapkan keyakinan di hati dengan kewujudan, keesaan dan kekuasaan Tuhan. Mengenali ajaran aqidah yang salah. Menjaga iman di dunia dan akhirat.

Kepentingan Aqidah dalam Islam ialah: Amalan-amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan orang yang beriman yang berasaskan aqidah. Aqidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama yang menjadi fitrah manusia yang memerlukan hidup beragama. Aqidah menanam keimanan dalam hati seseorang. Mereka yang tidak tertanam dalam hati adalah mereka yang terpedaya oleh kesenangan hidup di dunia. Beraqidah adalah suatu perkara yang terpenting untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Aqidah menjadi asas utama membentuk jati diri manusia agar membentuk manusia yang mempunyai sifat-sifat baik seperti sabar, tenang, bahagia dan lain-lainnya.

Mengenal dan percaya kepada Allah Percaya kepada Allah SWT: ini merupakan kepercayaan pokok. Kepercayaan kepada Allah SWT, iaitu percaya Allah SWT itu tuhan yang esa dan tiada tuhan selainnya. Percaya Allah SWT itu pencipta, pemilik, pentadbir seluruh alam. Percaya Allah SWT bukan makhluk dan maha sempurna, maha hebat dan maha menetukan segalanya, hanya Allah SWT yang layak disembah.

31

Allah tidak sama dengan makhluk, tidak dapat dilihat dan disentuh. Allah mempunyai sifat-sifat yang sempurna dan tidak ada sifat-sifat yang kurang. Allah menjadikan alam ini dan semua makhluk. Allah adalah satu sahaja, tidak mempunyai anak dan ibu bapa. Tugas Manusia Mencari Kebenaran Aqidah Manusia mencari kebenaran adalah bersama dengan manusia mencari Tuhan. Tuhan ialah maha pencipta yang mencipta manusia dan bumi ini. Tuhan menyusun agama agar manusia dapat menjadi sebagai panduan dan hidup mengikut kehendak Tuhan. Mengikut pandangan Islam setiap orang dikehendaki mencari aqidah yang benar, tidak boleh percaya kepada sesuatu agama secara membati buta, atau mengikut ibu bapa sahaja. Semasa kecil seseorang itu boleh disuruh mengikut ibu bapa tetapi apabila telah baligh ia dikehendaki menyelidik dan membuat keputusan bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Sekiranya ditanya kenapa kamu beragama Islam? Ia akan menjawab: Agama Islam adalah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah untuk semua manusia. Sesiapa yang beragama selain dari Islam, ia akan rugi di akhirat nanti. Sesorang muslim tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam menganut Islam begitu juga tidak boleh meroboh rumah-rumah ibadat mereka. Terserah kepada Allah untuk membalas terhadap kecuaian mereka sehingga gagal mencari agama yang sebenar. Beraqidah yang betul adalah penting kerana dapat membentuk seseorang menjadi insan yang jujur kepada diri sendiri dan orang lain, mengelakkan daripada berfikiran beku dan bersikap pak turut. Ia juga sentiasa berusaha untuk melakukan amalan yang benar sebagaimana dikehendaki oleh Pencipta (Allah) Hidup beragama menjadikan rakyat atau manusia akan mempunyai akhlak yang mulia seperti jujur, sabar, taat dan lain-lainnya. Kesimpulan Manusia dan kehidupan beragama tidak dapat dipisahkan. Hidup beragama atau hidup berakidah adalah suatu sifat naluri semula jadi manusia yang dicipta oleh Allah SWT. Akidah berperanan sebagai pendorong dan pemangkin kepada manusia supaya melakukan yang terbaik dan menghindari perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Terangkan bagaimanakah bentuk aqidah yang dikehendaki mengikut pandangan Islam apabila seseorang itu telah dewasa?

32

. Tajuk 3.2 : Syariat Syariah dari segi bahasa bermaksud jalan yang lurus Syariah dari segi istilah bererti hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah yang meliputi semua aspek kehidupan manusia. Ianya perlu diyakini dan dipatuhi supaya mereka beriman kepada Allah SWT dan membawa kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan hendaklah engkau menghukumkan antara mereka dengan apa yang Allah turunkan(kepadamu) dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka (Al-Maidah : 49)

Syariat terbahagi kepada ibadat, muamalat (ekonomi), munakahat, siasah dan jenayah.

Ibadat

Muamalat/ Ekonomi

Bidang Syariah
Jenayah Siasah Munakahat

a) IBADAH Ibadat bermaksud amalan atau ritual seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Amalan-amalan seperti ini dinamakan sebagai ibadat khusus. Sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti bekerja, beriadah, mekakukan aktiviti sosial dikira menjadi ibadat sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu niat yang betul, suasana tidak bercampur dengan perkara maksiat, melakukan dengan sempurna dan tidak meninggalkan amalan yang diwajibkan seperti sembahyang lima waktu. 33

SOLAT Satu ibadat yang menghubungkan hamba dengan Tuhannya, mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Sabda Nabi S.A.W bermaksud Amalan yang pertama yang dihisab (Allah) kepada seseorang hamba pada hari kiamat nanti ialah solat. Jika solat sesorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. (HR At-Tabrani) Syarat-syarat Sah Solat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Islam Berakal Suci dari hadas kecil dan besar Suci daripada najis pada badan, pakaian & tempat Yakin masuk waktu Mengada qiblat Menutup aurat Mengetahui fardhu dan sunat Tidak melakukan perkara yang membatalkan solat

Rukun-rukun Solat 1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Berdiri bagi yang mampu 4. Mambaca Fatihah 5. Rukun dengan Tamaninah 6. Iktidal dengan tamaninah 7. Sujud dua kali, dengan tamaninah 8. Duduk di antara dua sujud, dengan tamaninah 9. Membaca tasyahud akhir 10. Duduk tasyahhud akhir 11. Selawat kepada Nabi SAW dalam tasyahhud akhir 12. Membaca salam 13. Tertib

b) MUAMALAT / EKONOMI Merupakan tatacara/peraturan di dalam perhubungan sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing berlandaskan hokum syarak. Muamalat bermaksud urusan yang berkaitan dengan jual beli, perbankan, insuran, upah, sewa, gadaian dan sebagainya.

34

Ciri-ciri Muamalat Islam 1. 2. 3. 4. 5. Berasaskan ketakwaan kepada Allah Menggunakan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menggalakkan supaya menggunakan harta untuk melakukan amal kebajikan Melarang melakukan pembaziran Menegah memperolehi harta dengan cara yang boleh mengganggu kepentingan awam.

Kepentingan Muamalah secara Islam 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera Melahirkan masyarakat yang saling bantu membantu Islam mengatur muamalat secara adil dan betul Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat. Semua pengurusan ekonomi dapat dilakukan dengan cara yang halal Dapat melahirkan masyarakat Islam yang bersemangat tinggi. Nikmat yang dikurniakan Allah SWT dapat dinikmati oleh semua golongan.

Faedah Muamalat secara Islam 1. Dapat memudahkan urusan kehidupan manusia 2. Dapat mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman terhadap golongan yang lemah 3. Manusia akan hidup dalam keadaan aman dan damai. 4. Mewujudkan sifa tangungjawab. 5. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli masyarakat. 6. Dapat melaksanakan tuntutan agama Islam dan membangunkan ekonomi. Istilah-Istilah dalam Sistem Muamalat Islam 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Al-Mudharabah )( Al-Qardhul Hasan)( Al-Ijarah)( Al-Wadiah )( Al-Murabahah)( Baibithamin Ajil)( Musyarakah)( Al-Wakalah)( Ar-Rahnu)(

c) MUNAKAHAT

Munakahat adalah mengenai pertunangan, pernikahan, pemilihan jodoh, pemeliharaan anak, perceraian dan tanggungjawab suami/isteri. Pengertian Nikah An-nikah berasal dari perkataan Arab. Maksud an-nikah dari segi bahasa ialah : berkumpul atau berhimpun Menurut syarak ialah akad yang mengharuskan bersetubuh dengan perkataan nikah atau tazwij.

35

Dalil Al-Quran Firman Allah SWT bermaksud: Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. (An-Nisaa: ayat 3) Dalil Hadis 1. Sabda Rasulullah SAW bermaksud Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku. (Riwayat Ibnu Majah) 2.Sabda Rasulullah SAW bermaksud Wahai golongan pemuda barangsiapa daripada kamu ada mempunyai perbelanjaan hendaklah ia berkahwin, kerana ianya menutup mata dan mengawal kemaluan dan barang siapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa, sebab ianya melemahkan tekanan nafsu. Hukum Nikah 1. Harus Harus kepada mereka yang tidak ada perkara yang mendesak untuk berkahwin dan tidak ada pula yang mengharamkan ia berkahwin. 2.Sunat Sunat bagi orang yang berkeinginan untuk kahwin tetapi tidak takut terjerumus kepada penzinaan kerana berupaya mengawal hawa nafsu serta mampu memberi nafkah zahir dan batin 3. Wajib Wajib kepada mereka yang mampu memberi nafkah zahir dan batin, berkeinginan untuk kahwin dan takut tejerumus kepada penzinaan kerana tidak dapat mengawal hawa naf 4. Makruh Makruh terhadap orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin 5. Haram Haram bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah dari segi zahir dan batin serta orang yang berniat untuk menyakiti perempuan yang dikahwininya.

36

Hikmah Perkahwinan 1. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat 2. Supaya manusia hidup berpasangan 3. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi disisi Allah dengan ikatan dan pertalian yng kukuh. 4. Membangunkan masyarakat dari asas rumah tangga yang damai dan berdisiplin 5. Supaya umat manusia berkembang biak 6. Supaya dapat melahirkan keturunan manusia yang diakui sah serta kekal 7. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabah antara suami isteri 8. Membuka pintu rezeki 9. Memelihara agama, kesopanan dan kehormatan 10. Menyelamatkan manusia daripada pelbagai penyakit.

d) SIASA As-Siasah (Politik) bermakna kewajipan menangani sesuatu masalah yang mendatang dan menjadi asas di dalam pemerintahan sesebuah kerajaan.

Siasah adalah berkaitan dengan pemilihan pemimpin, syura (musyawarah), dan dasar-dasar pemerintahan .

Perlantikan Khalifah

Ciri-ciri Politik Islam

Majlis Syura

Baiah
Siasah menekankan kepentingan bahawa setiap orang Islam haruslah mentaati sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya serta mematuhi penguasa. Ulil Amri bermaksud mereka yang diberikan hak untuk berkuasa melaksanakan, memberikan keputusan dan menyelesaikan permasalahan. Kuasa tertinggi terletak hanya pada Allah. Manusia hanya dibenarkan meminjam kuasa daripadanya. Rakyat

37

wajib menghormati dan mentaati penguasa yang sedemikian, jika sebaliknya, maka tiadalah wajib bagi rakyat mentaatinya. Seseorang ketua haruslah mempraktikkan ajaran Islam. Jika dia tidak melaksanakan syariat Islam maka tidak layak diberi penghormatan

e) JENAYAH Jenayah pula berkaitan dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam alQuran dan Hadis terhadap kesalahan bunuh, zina, minum arak, curi, menuduh zina dan meninggalkan agama Islam setelah memeluk Islam. Perbuatan/perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja. Ibnu Rushd telah membuat pembahagian jenayah kepada 4 bahagian iaitu 1. Jenayah ke atas tubu badan dan nyawa seperti mencederakan manusia atau membunuhnya 2. Jenayah ke atas harta benda seperti mencuri, merompak dan sebagainya 3. Jenayah ke atas keturunan seperti zina 4. Jenayah terhadap marwah dan kehormatan seperti menuduh zina ke atas orang yang baik budi pekerti 4 jenis hukuman berdasarkan hukum Al-Quran & Sunnah:a) Hudud c) Diat b) Qisas d) Takzir

HUKUM HUDUD Hukuman yang telah ditentukan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran & AlHadith. Firman Allah dalam surah Baqarah :229 bermaksud: Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya, dan sesiapa yang mencabulihukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti, diubahsuai ataupun dipinda oleh sesiapa pun. Kesalahan yang wajib dikenakan hukum hudud:

Berzina - 100 kali sebatan Firman Allah dalam surah An-Nur 2 bermaksud: Penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah kamu sebat setiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan 38

Qazaf

- 80 kali sebatan

Firman Allah dalam surah An-Nur 4bermaksud: Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan

Minum arak - 40-80 kali sebatan Mencuri / Merompak Potong tangan Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 38 bermaksud: Orang yang mencuri lelaki atau perempuan hendaklah dipotong tangan mereka sebagai satu balasan atas perbuatan mereka juga sebagai satu hukuman pencegah dari Allah SWT dan (ingatlah) Allah maha Berkuasa lagi maha Bijaksana Firman Allah lagi dalam surah Al-Maidah : 33 bermaksud: Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi Allah, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka secara berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah satu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar Murtad Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Sesiapa (orang Islam) yang menukar agamanya maka bunuhlah ia HUKUM KISAS Hukuman dari Allah yang telah ditentukan melalui Al-Quran & Al-Hadith. Bermaksud kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Contoh : Membunuh orang dengan sengaja Hukuman : Dibalas bunuh. Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman Qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.

39

(Al-Baqarah : ayat 178) HUKUM DIAT Harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi di atas jenayah yang telah dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

Kesalahan wajib dikenakan Diat: a) Pembunuhan secara tidak sengaja. b) Pembunuhan yang sengaja tetapi dimaafkan oleh wali atau waris mangsa bunuh tersebut. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 178 bermaksud: Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." HUKUM TAKZIR Tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Hukuman dera ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di Mahkamah Syariah., Terpulang kepada kebijaksanaan Hakim untuk memilih & menentukan hukuman yang sesuai kerana ia bertujuan untuk menghalang penjenayah mengulangi kesalahan dan bukan untuk menyeksa penjenayah.

Faedah Undang-undang Jenayah 1. 2. 3. 4. Menegakkan keadilan Melaksanakan tuntutan Islam Mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat dan negara Menjamin kebebasan diri dan masyarakat

Keistimewaan Undang-undang Ciptaan Allah SWT 1. 2. 3. 4. 5. Lengkap dan sempurna meliputi segenap aspek hidup manusia Sesuai dengan semua tempat, masa dan keadaan Memberi persamaan taraf, hak dan tanggungjawab. Memberi pengajaran dalam kehidupan manusia Bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan.

40

KESIMPULAN Islam adalah agama yang indah kerana ia telah menetapkan segala bentuk syariat supaya manusia dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan menjaga keadilan sejagat. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 185 bermaksud: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Lakarkan pengurusan grafik yang menunjukkan pecahan-pecahan ibadat, muamalat, munakahat, siasah dan jenayah.

3.3 : Akhlak Pengertian Akhlak Akhlak berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tingkahlaku, budi pekerti, dan perangai. Banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang menerangkan akhlak antaranya firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah memerintah agar berlaku adil, berbuat baik dan memberi (nafkah) kepada keluarga yang terdekat dan Dia melarang berbuat kekejian (zina), kemungkaran dan kedurhakaan. (al-Nahl: 90) Akhlak mengikut pandangan Islam ialah tingkahlaku yang diamalkan mengikut ajaran yang digariskan oleh al-Quran dan Hadis. Akhlak berbeza dengan moral dari espek ketentuan nilai yang hendak diamalkan. Nilai-nilai dalam moral adalah berdasarkan kepada etika sesuatu kumpulan. Nilai-nilai dalam etika ditentukan berdasarkan pemikiran, pengalaman atau persetujuan sesuatu kaum manakala nilainilai akhlak ditentukan oleh ajaran al Quran dan hadis atau sesuatu pemikiran yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan Hadis. Sebelum kemunculan ajaran Islam beberapa tokoh pemikir telah memperkatakan tentang moral antaranya ialah Kong Fu Tze dan Gautama Budha. Mereka berdua memperkatakan tentang kenenaran, kebersihan pemikiran, kemurniaan hati, peraturan/sikap, sedia berkhidmat kepada manusia dan haiwan. Ahli falsafah Greek Pythagoras berpendapat pembersihan jiwa adalah perkara utama untuk membentuk etika dan moral yang terpuji. Mencari kesalahan diri sendiri lebih berguna dari mengeji orang lain. Aklhlak Islam membicarakan tentang sifat-sifat manusia yang dibahagikan kepada dua: Sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang keji. Sifat-sifat yang terpuji termasuklah taubat, murah hati, jujur, amanah, manakala sifat-sifat yang keji ialah marah, bakhil, dengki, khianat, bercakap bohong dan sebagainya.

41

Ajaran Islam menitikberatkan pembentukan akhlak. Imam al-Ghazali seorang pemikir Islam mengemukakan cara yang baik untuk mendidik akhlak. Ia mengatakan hati perlu disucikan daripada pencemaran kebendaan dan keduniaan, kemudian barulah diisi dengan cinta kepada Allah. Islam menitekberatkan pendidikan akhlak sejak dari kecil lagi umpamanya ibu bapa diiminta supaya menyuruh anak-anak melakukan sembahyang sejak dari tujuh tahun. Akhlak Islam menitikberatkan pendidikan hati/emosi untuk menjadikan seseorang itu mulia tingkahlakunya. Dalam hal ini dalam al-Quran menyebut emosi yang jahat sebagai nafsu ammarah. Untuk mengelakkan nafsu menjadi jahat beberapa langkah perlu diambil. Bagi orang-orang Islam mereka dikehendaki sentiasa sembahyang lima waktu, berdoa dan berzikir. Cara-cara yang lain ialah mengelakkan diri daripada menghampiri tempat-tempat maksiat atau mendengar lagu-lagu lucah atau melihat filem-filem lucah. Kepentingan Akhlak dalam kehidupan harian 1-Garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak 2-Akhlak adalah roh bagi Islam 3-Melahirkan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. 4-Ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ia adalah lambang kesempurnaan iman, ketinggian takwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal dan beriman. 5-Kekalnya sesuatu ummah kerana kukuh akhlaknyadan sebaliknya runtuh sesuatu ummah kerana lemah akhlaknya. 6-Manusia mengalami krisis dalaman dan luaran e.g krisis dalaman dan luaran seperti krisis diri,keruntuhan sistem kekeluargaan,masyarakat kucar-kacir,dan menyebabkan kehancuran sesebuah negara. 7-Berjaya membentuk tamadun Islam yang murni dan gemilang. Keistimewaan Akhlak Islamiah Al-Ilzam ditentukan dan dicipta oleh Allah SWT dan rasulnya.Akhlak ini bersifat mutlak. Al-Yusra bermaksud tingkah laku yang senang dan mudah untuk diikuti oleh manusia. Al-Subut wa al-Umum tetap dan umum adalah akhlak yang terdiri daripada prinsip-prinsip asas e.g ajaran Islam yang mewajibkan setiap anak mentaati ibu bapanya. Al-Syumul akhlak yang menyeluruh dan universal merangkumi semua aspek kehidupan.

42

Asas Akhlak Islam Akhlak Islam terbina daripada asas-asas berikut: -Hubungan manusia dengan Allah SWT -Hubungan manusia dengan manusia -Hubungan manusia dengan makhluk yang lain seperti alam. Ciri-ciri akhlak Islam 1-Umum dan mendalam Islam menyarankan umatnya mempraktikkan tingkah laku yang berteraskan akhlak Islam tanpa mengira kedudukan, masa, pangkat, kemuliaan dan sebagainya. 2-Sempurna Pengamalan dan penghayatan akhlak Islam bukan sahaja terletak kepada individu Muslim,tetapi ia adalah garis panduan untuk umat sejagat 3-Sejagat dan selari Akhlak Islam juga mempunyai konsep dan perlaksanaan yang selari dengan matlamat dan ia adalah demi kepentingan sejagat. 3-Berganjaran Dalam konteks akhlak Islam,setiap amalan yang dilakukan akan dihitung dan diberikan balasan ke atasnya. 4-Seimbang dan nyata Sistem Islam berbentuk seimbang dan praktikal diaplikasikan dalam kehidupan.

Nyatakan perbezaan di antara akhlak dan moral

SOALAN-SOALAN TUTORIAL

1. Buat peta minda yang menunjukkan perbezaan di antara aqidah, syariat dan akhlak. 2. Huraikan akhlak yang terpuji dan akhlak yang keji.

43

RUMUSAN

1. Tasawur Islam bermaksud gambaran keseluruhan tentang Islam. 2. Islam dari segi bahasa bermaksud kedamaian dan dari segi istilah bererti agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. 3. Allah adalah satu. 4. Setiap orang dikehendaki mencari aqidah yang benar. 5. Orang Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam menganut Islam. 6. Beraqidah yang betul dapat membentuk seseorang menjadi insan yang jujur. Syariat dapat dibahagikan kepada ibadat, muamalat, munakahat, siasah dan jenayah. Akhlak berbeza dengan moral dari aspek penentuan nilai. Nilai akhlak Islam berdasarkan ajaran al Quran dan hadis manakala moral berdasarkan etika yang ditentukan oleh kehendak masyarakat. Ramai pemikir-pemikir sebelum Islam membincangkan tentang moral.

7.

8.

9.

10. Pendidikan adalah penting untuk melahirkan seseorang yang berakhlak mulia.

Dapatkan maklumat tambahan dari Pusat Sumber

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

44

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abd. Halim El-Muhammady. (1994). Pendidikan Islam: Peranan Dalam Pembangunan Umah. Bangi: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah. Abd. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Haji Abd. Majid. Ahamd Muhammad Said. (1990) Budaya Ilmu dalam Mohd. Idris Jauzi (pyt). Faham Ilmu, Pertumbuhan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Baharuddin Yatim dan Sulaiman Nordin. (1996). Perkembangan Kesusteraan Dalam Islam Menurut Prespektif Islam. Bangi: Penerbitan UKM. Huntington, Samuel P. (1996). The Clash if Civilization And The Remaking of World Order. New York: Sinon & Schuster. Khailani Abdul Jalil dan Ishak Ali Shah. (1993). Pendidikan Islam Era 2020. Kajang: Tekno Edar. Mahayudin Hj. Yahya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam: Fajar Bakti. __________________ (1992). Sorotan Konsep Ilmu Mengikut Pendangan Srjana Muslim Zaman Silam: Teori dan Kaedah. Kasturi. __________________ (1990). Islam di Sepanyol dan Sicilly. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahyudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi. (1996). Sejaran Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. M.A.J. Ber. (1980). The Image of Islamic Civilizaition. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mustafa Haji Daud (1992). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Sulaiman Nordin. (1995). Islam, Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Mohd. Nor. (1990). Konsep Ilmu dan Implikasi Kepada Perkembangan Kurikulum. Dalam Mohd. Idris Jauzi (pyt). Faham Ilmu, Pertumbuhan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

45

Yusuf Al-Qardhawi Dr. (1999). Tamadun Islam, Hadarahtul Ghada. Terjemahan Hj. Juanda Hj. Jaya. Bangi: Maktabah al-Qardhawi. IPBA (2007),Malaysian Studies,Overseas Link Degree Programme,Kuala Lumpur, IPBA.

Sazelin Arif (2007), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Shah Alam, McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd, Zulkifli Mohamad (2006), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Selangor, Pusat Pengajian Umum,UKM.

46

LAMPIRAN A KETERANGAN MAKSUD PENGGUNAAN IKON

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft copy.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

47

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran. Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

48

Lampiran A
SENERAI AHLI-AHLI PANEL BIL. 1 NAMA-NAMA PENYELARAS PERINGKAT IPGKPM EN. OTHMAN BIN LOMAN Unit Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
othmalok@gmail.com

KELAYAKAN Kelulusan: Sarjana Muda (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah) UKM. Sijil Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI. Sijil Perguruan Asas MPI (PA & BM), MPI Pengalaman:
Penolong Pengarah PPA IPG KPM

Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra Perkhidmatan Sekolah Rendah) Pensyarah Institut Perguruan 4 tahun. Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun. Guru Sekolah Menengah 16 Tahun. Guru Sekolah Rendah 2 Tahun

HJ. MOHD ASRI BIN ABD.RAHMAN Pensyarah JAPIM IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Kementerian Pelajaran Malaysia Lembah Pantai, 59200 Kuala Lumpur mohdasriabdulrahman@yahoo.com

Kelulusan : Sarjana Pendidikan (MA) (Pendidikan Islam).UM Sarjana Muda (Hons)( Bahasa Arab), UIAM. Sijil Perguruan Khas ( Bahasa Arab) MPI Sijil Pergurauan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI Sijil Perguruan Asas ( PA & BM ), MPI Pengalaman : Pensyarah IPG Bahasa Antarabangsa 6 Tahun Ketua Unit Teknologi & Vokasional (ICT),PPD.Gombak. Guru Sekolah Menengah 5 Tahun Guru Sekolah Rendah 11 Tahun Kelulusan : Sarjana Pendidikan (MA) (Bahasa Arab).UM Sarjana Muda (Hons)( SyariahIslamiah), Al-Azhar. Diploma Pendidikan ( Pendidikan Islam) MPI Pengalaman : Pensyarah IPG Bahasa Melayu 4 Tahun Kolej Swasta (IPTS) 5 tahun Guru Sekolah Rendah 4 Tahun

ANUAR BIN MUHAMAD Pensyarah JAPIM IPG Kampus Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia Lembah Pantai, 59000 Kuala Lumpur anuaripgmkbm@gmail.com

49

You might also like