You are on page 1of 3

Pengenalan ALGEBRASebagaimana yang kita sedia maklum, algebra ialah cabangmatematikyang berkaitan dengan kajian struktur, hubungan, dan

kuantiti. Asalnya, algebradapat dikesankan kepada orang Babylon, yang membangunkan sebuahsistemaritmetikmaju yang dapat membantu mereka membuat perkiraan dalam gayaalgebra. Dengan kegunaan sistem ini, mereka dapat mengunakan rumus danmengira penyelesaian untuk nilai yang tidak diketahui bagi kelas masalah yangdiselesaikan hari ini dengan menggunakanpersamaan linear. Berbanding dengan hanya menggunakan nombor-nombor, seseorang bolehmenggunakan unsur yang tidak diketahui yang terdiri daripada simbol, pembolehubah, atau unsur set. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am,dan definisi tepat untuk operasi-operasi ini menghasilkan struktur seperti kumpulan,gelanggang, dan medan. Bersama-sama dengan geometri dan analisis, algebramerupakan salah satu daripada tiga cabang utama matematik.Secara amnya, algebra boleh dibahagikan kepada kategori-kategori yangberikut. Algebra asas , iaitu mencatat sifat-sifat operasi padasistem nombor nyatasebagai "pemegang tempat" dengan simbol-simbol untukmewakilipemalar serta pemboleh ubah, dan petua-petua untukungkapanmatematikdanpersamaanyang melibatkan simbol-simbol tersebut dikaji(perhatikanlah bahawa ini sering merangkumi isi kandungan kursus yang digelarkansebagai "algebra pertengahan" dan "algebra kolej").Kategori yang seterusnya ialah algebra niskala yang juga dipanggil sebagai"algebra moden", yang mengkaji struktur -struktur algebraseperti kumpulan,gelanggang, dan medan yang diberikan definisi aksioman. Algebra linear mengkajisifat-sifat khusus untukruang vektor (termasukmatriks)manakala algebra semesta mengkaji sifat-sifat sepunya dalam semua struktur algebra. Sejarah Algebra

Perkataan Algebra berasal daripada perkataan aljabar iaitu tajuk sebuah buku yangditulis oleh al-Khwarizmi ( 780-850 )Al-Jabbr Wa Al-Muqabala. Cabang ilmu matematikyang penting ini diperkenalkan oleh sarjana matematik dan juga ulama terkemuka Islam iaitu al-Khwarizmi . Maksud aljabar ialah kembalikan. Dalam konteks matematik ia merujuk kepadamengembalikan imbangan pada persamaan dengan meletakkan di sebelah persamaansesuatu yang diambil daripada sebelah lain. Sebagai contoh:Jika kita ambil 4 daripada persamaan x-4 = 8, maka imbangan perlu dilakukandengan menulis seperti berikut: x = 8 + 4. Sarjana Islam telah membuat kemajuan yang penting dalam bidang algebra.Persamaan yang melibatkan kuasa dua dan kuasa tiga telah berjaya diselesaikansebelum pencapaian ahli matematik Renaisance. Penggunaan abjad dalam algebraseperti x, y, a, b dan sebagainya dipelopori oleh Abu al-Hassan Ali Ibn Muhammad al-Qasadi (1412-1487). Penerokaan bidang algebra oleh al-Khwarizmi merupakan sumbangan yang besar kepadadunia matematik. Algebra bukan sahaja memberi manfaat kepada dunia amnya tetapi jugakepada umat Islam sepertimana yang pernah dijelaskan dengan penuh tawadduk oleh al- Khwarizmi iaitu sebagai satu ibadah untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalamhukum syariah seperti faraid, perniagaan, pembahagian tanah dan sebagainya.Sesungguhnya penyelidikan matematik oleh sarjana Islam adalah berdasarkantanggungjwab (fardu kifayah) untuk membantu

masyarakat dan bersifat terarah manakalapenyelidikan sarjana Eropah lebih kepada minat individu dan kadangkala tidak membawasebarang manfaat kepada masyarakat

You might also like