You are on page 1of 16

http://www.redcrescent.org.

my

Terjemahan Buku

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

BILA-BILA MASA, DI MANA-MANA JUA.

2005 - 2009

Strategi 5 tahun bagi memperkukuhkan keupayaan dan keprihatinan kami terhadap penjagaan Masyarakat kami dan kepada mereka yang memerlukan

Diterima pakai oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan ke 108 2004.

http://www.redcrescent.org.my

KANDUNGAN

INDEKS A. B. C. D. E. F. Tahun-tahun Silam Situasi semasa Objektif-objektif Perlembagaan Analisa Situasi semasa Mara kehadapan Pelan Strategik 1. Promosi Prinsip-Prinsip dan Nilai-Nilai Kemanusiaan. 2. Pengurusan Bencana 3. Kesihatan dan Kesejahteraan Masyarakat 4. G. Pembangunan Organisasi

MUKA SURAT 2 4 5 6 8 10 11

12 15 17 20 21

Hasil-hasil yang dijangkakan

H. Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan.

http://www.redcrescent.org.my

3. A. TAHUN-TAHUN SILAM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah bermula dalam Tahun 1948 sebagai sebuah Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Kemudiannya, banyak lagi Cawangan-Cawangan telah diwujudkan dilain-lain pelusuk Malaysia bermula dengan Pulau Pinang dalam tahun 1950.

Setelah merdeka 1957, Cawangan-cawangan didalam Semenanjung Tanah Melayu telah bersatu menjadi satu organisasi yang dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu, yang mana Kemudiannya telah diperbadankan dengan nama Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.

PBSMM telah mendapat pengiktirafan sebagai Persatuan Kebangsaan yang bebas daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada 4hb Julai,1963 dan telah diterima keanggotaan nya didalam Persekutuan Antarabangsa PersatuanPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah pada 24hb Ogos, 1963. 4. Setelah tertubuhnya Malaysia pada bulan September, 1963, suatu Akta bagi memperbadankan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu dan Cawangan-Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawak, dan Singapura

http://www.redcrescent.org.my

dibawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen dibawah Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) , 1965 (Akta 540).

Pada tahun 1975Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama), dimana pertukaran nama PPMM kepada nama terkini, iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada masa ini, PBSMM adalah salah sebuah Persatuan Kebangsaan dikalangan 181 buah Persatuan Persatuan Kebangsaan Sedunia yang menganggotai Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.(Persekutuan). PBSMM menjalankan program-program dan aktiviti selaras dengan semangat dan kehendak Akta Perbadanan dan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

B. SITUASI SEMASA

Organisasi PBSMM terdiri daripada Majlis Kebangsaan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Cawangan-Cawangan, Cabang-Cabang dan Unit-Unit Subsidairi, yang dinamakan Unit Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah didalam Sekolah Rendah,Belia Bulan Sabit Merah didalam Sekolah-sekolah Menengah dan Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) bagi ahli-ahli yang berumur 18 tahun keatas. Belia Bulan Sabit Merah merangkumi ahli-ahli Bulan Sabit Merah Kanak-Kanak, Belia Bulan Sabit merah dan Pasukan Bantuan Sukarela yang menjangkau umur

http://www.redcrescent.org.my

25 tahun.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan didalam Mesyuarat ke 220 nya pada 3hb Ogos, 2002 telah mewujudkan 14 Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan mengandungi portfolio Perkhidmatan Ambulans, Pentadbiran dan Perjawatan, Anugerah, Program Darah, Bangunan, Pengurusan Bencana, Kewangan, Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat, Informasi da Kutipan Derma, Undang-Undang Kemanusia Antarabangsa dan Hal Ehwal Undang-Undang, Perhubungan Antarabangsa, Tender, Latihan dan Belia. Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti masing-masing melalui sokongan daripada 15 Cawangan-Cawangan dan 148 Cabang-Cabangnya. Setakat 8hb Mei, 2004

PBSMM mempunyai seramai 290,832 ahli-ahli yang berdaftar.

C. OBJEKTIF-OBJEKTIF PERLEMBAGAAN

Dibawah Peruntukan Akta Perbadanan, Objektif-Objektif PBSMM termasuklah Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samaada dari angkapan tentera atau pihak yang tidak berperang , kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan keatas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepaada Konvensyen Geneva. D. ANALISA SITUASI SEMASA

http://www.redcrescent.org.my

Dalam tempoh 2001 - 2003, PBSMM telah menjalankan program-program dalam skop dan sumber-sumber kewangan yang diperolehi daripada derma yang diperolehi melalui orang ramai dan daripada Geran Kerajaan.

PBSMM meneruskan peranan nya dengan berkesan didalam arena persediaan bencana dan respons bencana, menyahut 211,768 panggilan kecemasan sepanjang 2001-2003 dengan peratus 605 panggilan pada setiap bulan. Dalam tempoh masa yang sama, lebih kurang 17,954 mangsa akibat kejadian banjir, kebakaran dan tanah runtuh telah diberikan bantuan dan perlindungan melalui rangkaian perkhidmatan serta kerjasama daripada lain-ain agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan. PBSMM juga telah memberikan perkhidmatan kepada 2,399 tugas-tugas tunggu Sedia dalam tempoh tiga tahun, yang mencerminkan bahawa keperluan perkhidmatan tersebut sangat diperlukan dimasa-masa akan datang.

Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, PBSMM mengambil bahagian yang aktif didalam mempromosi Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-nilai Kemanusiaan. Dalam tempoh 2001-2003, pandanganpandangan berhubung dengan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Konfliks Bersenjata, sama ada melalui kursuskursus, bengkel-bengkel,dan mesyuarat telah diadakan melibatkan lebih kurang 200 peserta daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

PBSMM juga terlibat secara aktif didalam program-program masyarakat dan kesihatan. Aktiviti-aktiviti termasuklah pendaftaran penderma darah, Program Seorang Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah, pembangunan belia dan pertolongan cemas kepada semua

http://www.redcrescent.org.my

kelompok masyarakat, terutamanya kepada kawasan-kawasan luar bandar yang miskin dan maysarakat diluar bandar dengan mengadakan kem-kem perubatan dan program penjagaan keluarga. E. MARA KEHADAPAN Dengan itu,

Mengenalpasti keperluan untuk menggalakkan dan mengamalkan terus semangat dan elemen-elemen Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan diseluruh negara;

Menerima pakai dan melaksanakan objektif-objektif dan peruntukanperuntukan yang terkandung didalam Undang-Undang & Peraturan Perbadanan PBSMM yang diperbadankan dibawah Akta 1965;

Menghurmati pelbagai peringkat Pergerakan didalam makanisma kerjasama dan hubungan keraja sepertimana yang dipersetujui didalam Perjanjian Seville 1997;

Mengambil ingatan sasaran dan objektif Plan Tindakan Manila 2002;

Menegaskan komitmen dan menyokong didalam memenuhi kehendak Strategi Pergerakan 2010;

Menyokong Wawasan Malaysia 2020 dan Dasar Sosial Negara.

Rancangan Tindakan Lima Tahun PBSMM mengandungi perkaraperkara berikut:-

http://www.redcrescent.org.my

Visi Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, diperingkat kebangsaan dan antarabangsa

Misi.

Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan

MOTTO Inter arma carita (didalam peperangan ada kebajikan) dan Per Humanitatem ad pacem (melalui kemanusiaan menuju keamanan)

F. PELAN STRATEGIK

Pelan Strategik adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti Teras Pergerakan iaitu:

1. Promosi Prinsip_Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan.

2. Pengurusan Bencana

3. Kesihatan dan Penjagaan didalam Masyarakat

4. Pembangunan Organisasi. 1. Mempromosikan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan.

Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan didalam menyebarkan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan Prinsip_prinsip Asas, objektif-objektif strategic berikut telah ditentukan:

http://www.redcrescent.org.my

i)

memainkan peranan yang utama dan diiktiraf didalam mempromosikan UUKA didalam negara ini.

ii)

mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan berkesan dengan JKPM (ICRC), dengan lain-lain komponan Pergerakan sepertimana yang termaktub didalam Perjanjian Seville l997, dan dengan Kementerian Kementerian Kerajaan dan lain-lain agensi.

iii)

Bekerjasama degan pakar-pakar teknikal tempatan dan antarabangsa didalam membangunkan garispanduan makanisma penilaian didalam mempromosi UUKA diseluruh Negara.

iv)

Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA dikalangan ahli-ahli Persatuan dan masyarakat umum.

2.

Pengurusan Bencana Pengurusan Bencana adalah merupakan aktiviti-aktiviti terkehadapan PBSMM. Ia adalah sebagai penanda aras kepada kebolehan dan imej kepada Persatuan. Bagi terus memperkukuhkan kecekapan dan untuk memberikan perkhidmatan segera, objektif-objektif berikut harus diwujudkan:

i)

Bagi memperkukuhkan dan menyusun semula stukturPengurusan Bencana masa kini kepada respon yang lebih baik didalam mengendalikan tindakan bantuan kemanusiaan, bagi kedua-duanya diperingkat tempatan dan antarabangsa.

ii)

Memperbaiki kridibiliti dan kemampuan sukarelawan dan kakitangan sebagai professional yang berkesan entitinya berbekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang canggih. Untuk mengwujudkan dan mengekalkan pasukan

iii)

http://www.redcrescent.org.my

bantuan diperingakt Cawangan dan peringkat kebangsaan, respons terhadap bencana diperingkat tempatan dan antarabangsa. iv) Sama-sama bekerja dengan rakan kongsi lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan, sebagai Pusat Krisis Pengurusan Bencana Serantau dibekalkan lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

2(A). Perkhidmatan Ambulans Perkhidmatan Ambula adalah satu perkhidmatan yang tersangat mustahak dan perkhidmatan langsung disediakan oleh PBSMM. Sejak tahun 1960n lagi, perkhimatan asas yang disediakan oleh peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan.

Untuk memperkembangkan perkhidmatan yang sama keseluruh negara, secara strategiknya perkara-perkara berikut telah dikenalpasti:

i)

Untuk meneruskan khidmat yang berdaya tahan dan mengembangkan perkhidmatan keseluruh Negara untuk orang awam dengan percuma dan mempunyai sukarelawan dan kakitangan yang terlatih dengan lebih efisyen dan professional.

ii)

Mempastikan agar kelengkapan dan peralatan sentiasa dipertingkatkan selaras dengan kehendak-kehendak peraturan perundangan, bertujuan mempertingkatkan Status Perkhidmatan Ambulan dari Kelas B kepada Perkhidmatan Ambulan Kelas A diseluruh negara.

http://www.redcrescent.org.my

3. Kesihatan dan Penjagaan Masyarakat

Pentingnya gaya hidup sihat dan kehidupan masyarakat yang berkualiti telah begitu kuat difahami oleh semua orang. Ini adalah selaras dengan tujuan Pergerakan ini dimana memberi perlindungan kepada maruah manusia dan kepada mereka yang memerlukan kesan daripada tindak tanduk kemanusiaan diseluruh dunia. Berikut adalah objektifobjektif Strategik yang digariskan:

i)

Mewujudkan program kesihatan masyarakat yang berdaya tahan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mereka penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah dan miskin didalam bandar dan diluar bandar.

ii)

Menjengkau sampai kepada mereka yang memerlukan terutamanya dikawasan yang dilanda bencana, khususnya didalam Program-Program Pemulihan Kesihatan dan pelbagai Kecemasan dan Program penstrukturan semula .

iii)

Untuk meraih derma dan pakar-pakar daripada agensi-agensi Kerajaan, Badan-Badan Korporat dan didalam Pergerakan bagi Projek-Projek Penjagaan Kesihatan dan berteraskan Masyarakat. 3 (A). Program Darah Peruntukan mendapatkan darah secara percuma kepada mereka yang memerlukan adakan merupakan satu aktiviti yang tidak kurang pentingnya kepada Pergerakan ini. Pusat Darah Negara (PDN) merupakan badan untuk mengagihkan darah, sementara itu PBSMM masih

http://www.redcrescent.org.my

bertahan sebagai Sebuah Organisasi yang menrekrut dan memberikan Perkhidmatan kepada penderma-penderma darah. Hingga ke saat ini objektif strategik Persatuan adalah seperti berikut:-

i)

menjadi sebuah pertubuhan yang unggul didalam mendaftarkan dan mepromosi tentang darah yang selamat.

ii)

mempastikan bekalan darah yang selamat sentiasa dikoordinasikan dengan baik dan berterusan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

3 (B) Latihan Pertolongan Cemas PBSMM menjalankan pelbagai kategori Kursus Pertolongan Cemas daripada Asas kepada Peringkat Lanjutan, termasuklah Kursus Kaedah Pemulihan

Jantung Dan Paru-Paru (Cardio-Pulmonary Resuscitation) Atau CPR.

Keutamaan untuk mempromosi Program Seorang Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah untuk melahirkan Penolong Cemas yang terlatih didalam setiap keluarga diMalaysia menjelang tahun 2010, dan menumpukan program Pertolongan Cemas kepada pekerja-pekerja Industri adalah sejajar dengan kehendak Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja

http://www.redcrescent.org.my

atau the Occupational Safety and Health Act (OSHA).

4. Pembangunan Organisasi Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan untuk memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan PBSMM untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaannya. Ini melibatkan obilisasi sumber-sumber kewangan dan modal insan untuk perkara yang memberikan faedah yang berkesan. Strategik objektif-objektif adalah adalah seperti berikut:i) ii) mencapai kebebasan daripada cengkaman kewangan mencapai ISO Standards disemua peringkat pengurusan, menyatupadukan sistem-sistem pencapaian berindikator dan memantau pemberian perkhidmatan serta tujuan-tujuan Persatuan. iii) membangun dan mengekalkan sumber-sumber kecekapan dan berdaya saing dengan sukaralawan-sukarelawan dan kakitangan PBSMM untuk melahirkan perkhidmatan yang lebih baik.

iv)

menyumbang didalam memperkukuhkan Pergerakan dengan bekerjasama dengan lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan juga dengan Persekutuan dan JPMA. 4 (A) Kewangan Bagi mempastikan bebas daripada cengkaman kewangan, PBSMM akan melancarkan strategi-strategi berikut: i) Membangunkan Tabungan Induk.

http://www.redcrescent.org.my

ii)

Melahirkan sistem pengurusan kewangan yang lebih baik

4 (B)

Institut PBSMM Keperluan melatih modal insan yang terlatih dan berkualiti adalah merupakan satu proses yang berterusan bagi melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti PBSMM. Berikut adalah objektifobjektif strategik: i) Program-program latihan akan diinstitusikan dengan mewujudkan Institut Latihan PBSMM dan diakreditasikan sepenuhnya oleh LAN (Lembaga Ekreditasi Negara). ii) Bekerjasama dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dan Agensi-Agensi kerajaan didalam menyediakan kursus-kursus yang berkredibiliti. iii) Menyediakan focal point didalam pembangunan kecekapan dan Pusat Penyelidikan didalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan.

4(C). Belia Sukarelawan muda Palang Merah dan Bulan Sabit Merah disepadukan kedalam kerja-kerja didalam setiap Persatuan Kebangsaan bagi mempromosi nilai-nilai kemanusiaan. Kesihatan, perkhidmatan masyarakat dan persahabatan

http://www.redcrescent.org.my

antarabangsa. Objektif strategic adalah seperti berikut: i) Memperkukuhkan Faktor Belia PBSMM dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kecekapan-kecekapan. ii) Menggerakan kuasa kemanusiaan dikalangan belia bagi perkhidmatan berkesan dan mengambil bahagian didalam projek-projek berteraskan masyarakat bagi faedah mereka yang memerlukan. G. KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG DIJANGKAKAN. PBSMM seharusnya menjadi Persatuan Kebangsaan yang berfungsi dengan baik, dikenali dan dihormati oleh segenap warganegara Malaysia, bekerja dengan cekap bersama JPMA, Persekutuan Antarabangsa dan lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan diseluruh dunia. Ditambah pula PBSMM mempunyai sumber bantuan kemanusiaa dengan Agensiagensi Kerajaan di Malaysia. Persediaan bencana dan keupayaan untuk menyahut kepada situasisituasi bencana , diperingkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa melalui aktiviti-aktiviti terasnya akan diwujudkan melalui struktur yang teratur. Keupayaan dan status Perkhidmatan Ambulan dengan respons masa lebih professional akan dipertingkatkan dan diperkukuhkan.

http://www.redcrescent.org.my

Melalui Program Darah, kesedaran awam betapa pentingnya menderama darah akan di giatkan. Barisan ahli-ahli yang terlatih dan cekap, sukarelawan dan kakitangan akan sentiasa siap sedia. Keupayaan Belia dan sokongan didalam projek-projek berteraskan masyarakat dan kecemasan akan diperkukuhkan/pertingkatkan.

H. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA.

KEMANUSIAAN .. .. KESAKSAMAAN ......................... . KEBERKECUALIAN . . KEBEBASAN . ...... PERKHIDMATAN SUKARELA ................ KETUNGGALAN KESEJAGATAN . ..

You might also like