You are on page 1of 2

Bahaya Seragam Doa

Renungilah maksud surah al-Kafiruun :

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!


[2] Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

Menurut ulama' tafsir bahawa surah ini diturunkan apabila kaum kafir Quraisy yang
tidak mampu melawan hujah kebenaran wahyu yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w
lalu mereka mahu membuat satu perjanjian dengan nabi iaitu mereka sanggup melakukan
ibadat dalam menyembah Allah sebagaimana yang dilakukan oleh nabi dengan syarat
nabi pun mesti beribadat pula dengan cara mereka menyembah berhala.Selepas itu
turunlah surah ini bagi menyatakan bahawa Islam tidak boleh berpakat dalam masalah
aqidah dan ibadat.

Pada hari ini pula kita dikejutkan dengan cadangan untuk seragamkan doa di sekolah
kebangsaan lantaran daripada bantahan ibubapa bukan Islam yang tidak berpuas hati
apabila anak mereka terpaksa mengaminkan doa yang dibaca mengikut ajaran
Islam.Masalah ini nampak kecil dan remeh tetapi melibatkan masalah aqidah yang mesti
dipertahankan dan dalam masa yang sama perlu diselesaikan dengan cara hikmah dengan
orang bukan Islam. Apa yang paling baik dibuat ialah agar doa asal dikekalkan dengan
diberi pengecualian kepada pelajar atau guru yang bukan Islam. Di samping itu mestilah
dibuat penjelasan terbaik mengenai perkara ini kepada orang bukan Islam dan sebaiknya
lagi dipanggil para ulama' Islam dengan ahli agama bukan Islam untuk duduk semeja
bagi mengambil kata putus terbaik mengenai masalah ini dan beberapa masalah yang
lain. Ketegasan umat Islam banyak keadaan merupakan antara cabang dakwah yang
boleh membuka hati bukan Islam untuk bertanya tentang mengapakah ada perkara dalam
Islam yang tidak boleh disepakatkan dan ada pula yang boleh. Jika umat Islam terus
tunduk pada tempat yang tidak sepatutnya begitu akan menyebabkan aqidah dan kesucian
umat Islam akan dicemari dan tergugat.

Dalam ceramahnya pada malam 12 Julai di Ampangan, Seremban, Yg. Bhg Dato Dr Hj
Harussani bin Hj Zakaria(Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan)menjelaskan
bahawa beliau telah memberikan ulasan beliau kepada pihak akhbar mengenai kenyataan
arahan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan menyeragamkan doa di sekolah
agar sesuai untuk semua agama. Namun kenyataan beliau hingga ke semalam belum
dikeluarkan lagi. Beliau menyatakan sekiranya doa tadi tidak menyebut nama Allah
hanya disebut Tuhan, maka Tuhan bagi penganut Hindu ialah Tuhan mereka (Brahma
atau apa-apa), maka sekiranya guru dan pelajar Islam mengaminkannya maka boleh
membawa kepada syirik dan seterusnya murtad.
Banyak perkara sekarang ini dianggap kecil tetapi besar padahnya. Pernah seorang
sami Hindu mengadu pada Mufti Perak mengapa acara Thaipusam begitu dibesar-
besarkan hingga dijadikan tarikan pelancong. Menurut sami Hindu tadi Thaipusam dalam
arti sebenar bukan begitu hanya sekadar bayar nazar dan cucuk sedikit lidah, bukannya
menyiksa diri, Thaipusam yang ada tadi menurut sami tadi membawa riak. Mufti Perak
juga menasihatkan agar orang Islam tidak melawat dan menyaksiakan Thaipusam kerana
boleh juga membawa syirik dan murtad.

You might also like