You are on page 1of 2

Keperluan menyertai jamaah Islam Marilah kita mengetahui kisah-kisah yang telah

berlaku, disebut oleh al-Quran al-Karim supaya menjadi pengajaran khususnya


kepada umat Islam sehingga hari qiamat. Di antara kisah-kisah itu ialah firman Allah
Taala yang bermaksud: Dan ketika berkata Nabi Musa kepada kaumnya, wahai
kaumku, mengapakah kamu menyakiti aku sedangkan kamu tahu sesungguhnya aku
adalah Rasul yang diutuskan kepada kamu? Apabila mereka berpaling, maka Allah
memalingkan hati-hati mereka, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-
orang yang fasik. (Surah ash-Shaf ayat 5).

Allah Taala mengutuskan Nabi Musa kepada Bani Israel untuk meminpin mereka
dengan hukum-hukum Allah Taala dan menyelamatkan mereka daripada kezaliman
Firaun yang memerintah, kuasa besar pada masa itu. Allah Taala mengutuskan
kepada Nabi Musa daripada kalangan Bani Israel dengan cara yang menakjubkan
yang memang diketahui oleh Bani Israel. Ini kerana Nabi Musa berjaya menembusi
undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Firaun untuk menghalang lahirnya
seorang Rasul iaitu Nabi Musa dengan menyembelih anak-anak lelaki daripada
kalangan Bani Israel yang baru dilahirkan dan membiarkan anak-anak perempuan
mereka hidup.

Firaun tahu bahawa Nabi tersebut akan menyelamatkan Bani Isrel daripada
kekejamannya dan akan menjatuhkan kerajaan. Perancangan Firaun tidak berjaya
melawan kekuasaan Allah Taala. Tipu daya Firaun terlalu lemah untuk mengatasi
kehendak Allah Taala untuk tetap melahirkan Nabi Musa daripada ibu dan ayahnya,
bahkan menentukan Nabi Musa dipelihara dan dibesarkan di bawah mahligai dan di
istana Firaun sendiri. Kemudian Nabi Musa hidup di kalangan Bani Israel dengan
akhlak yang mulia, benar, amanah dan gagah berani. Allah Taala memperlihatkan
tanda-tanda kerasulan Nabi Musa kepada Bani Israel melalui mukjizat seperti
tongkat, cahaya yang keluar dari tangan dan lain-lain lagi. Nabi Musa akhirnya
membawa keluar Bani Israel daripada bumi Mesir dengan mukjizat apabila Laut
Merah menjadi lorong-lorong untuk dilalui oleh Bani Israel dan ianya juga
menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya.

Seterusnya Nabi Musa memimpin Bani Israel dengan Kitab Taurat yang dikurniakan
oleh Allah kepada Nabi Musa di Gunung Thur Sina untuk diajar kepada Bani Israel
ketika berada dalam musafir. Kemudian Bani Israel diperintah supaya berjihad
membebaskan bumi Palestin daripada kaum Jabbarin untuk dijadikan negara yang
mendaulatkan syariat Allah Taala. Namun begitu Bani Israel tidak mahu.....dan tidak
bersedia untuk membebaskan bumi Palestin dengan pengorbanan. Dari khasiat ini
menunjukkan perjuangan para Nabi dan Rasul a.s. yang diakhiri oleh Nabi
Muhammad s.a.w. mencapai kemuncaknya dengan didirikan negara yang akan
mendaulatkan syariat Allah Taala. Mereka tidak dapat mengalahkan kezaliman dan
menghapuskannya dari bumi ini bahkan umat Islam akan sentiasa menjadi mangsa
kezaliman sekiranya mereka tidak dapat menegakkan negara Islam. Itulah yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda tidak terus menerus berada di bumi Makkah
dan tidak bersama-sama negara Jahiliyyah Makkah dan tidak menghabiskan masa
dengan perkara-perkara yang sampingan.

Apabila ada peluang dengan adanya penduduk Madinah yang memeluk Islam dan
mereka sanggup berkorban diri, harta dan sanggup menyerahkan tanahair untuk
didirikan negara Islam maka Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah untuk tujuan
mendirikan negara Islam yang di dalamnya ditegakkan syariat Allah Taala di dalam
diri, keluarga, masyarakat, ekonomi dan bernegara. Itulah satu-satunya cara untuk
menegakkan keadilan Allah Taala bila tidak ada lagi pemimpin yang menganggap
dirinya berkuasa, boleh bertindak sesuka hati, merasa sombong dan tidak lagi dapat
mengadakan peraturan dan undang-undang mengikut hawa nafsu dan sesuka hati
mereka. Bagi mencapai ini semua mestilah dengan melalui negara Islam yang
menegakkan syariat Allah Taala.

Tidak mungkin umat Islam berjaya menegakkan negara Islam tanpa melalui acuan
yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasulullah s.a.w. dengan melalui
Hizbullah, golongan Allah sebagaimana terkandung di dalam al-Quran yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa murtad di kalangan
kamu daripada agama-Nya, nescaya Allah akan melahirkan satu gologan, Allah
mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka berjihad pada jalan Allah
dan tidak takut celaan orang-orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah yang
diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki, dan Allah Maha luas kurniaannya lagi
Maha Mengetahui. (Surah al-Maidah ayat 54).

Ini bermakna wajib ada puak yang mempunyai cita-cita Islam dan berjalan di atas
dasar dan acuan Allah Taala dan RasulNya sebagaimana Sabda Nabi s.a.w. yang
bermaksud: Akan tetap ada di kalangan umatku satu golongan yang tetap
menegakkan kebenaran, mereka tidak dapat dihalang oleh sesiapa yang menentang
mereka sehingga datang ketentuan Allah Taala. Di dalam Hadis lain, sabda Rasulullah
s.a.w. yang ertinya: Hendaklah kamu bersama-sama kumpulan Islam dan pemimpin
mereka. Apabila ada para sahabat bertanya, jika tidak ada jamaah Islam dan
pemimpin mereka, jawab Rasulullah s.a.w: Kamu hendaklah memisahkan diri kamu
daripada puak-puak itu semua walaupun terpaksa kamu memamah akar-akar kayu,
sehingga kamu mati dan kamu tetap berada di dalam keadaan tersebut. Hendaklah
ada satu golongan umat Islam, Hizbullah yang bangun memperjuangkan Islam.

Tidak mungkin seorang itu bangun memperjuangkan Islam secara seorang diri dan
berjaya di dalam perjuangannya. Dan tidak mungkin seorang itu berjuang Islam
tetapi melalui kumpulan yang menentang Islam. Jika ada pun yang sedemikian itu
hanya akan merosakkan peribadinya dan menjahanamkan dirinya sendiri. Firman
Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang yamg beriman, jadilah kamu penolong-
penolong agama Allah, sebagaimana berkata Isa bin Maryam kepada hawariyyun
(pengikut setianya) siapakah yang akan menolong aku menegakkan agama Allah?
Berkata hawariyyun "Kami adalah penolong-penolong agama Allah". Maka
sebahagian daripada Bani Israel beriman dan sebahagian yang lain kufur. Maka kami
membantu orang-orang yang beriman menghadapi musuh-musuh mereka. Maka
jadilah mereka golongan yang mencapai kemenangan. (Surah ash-Shaf ayat 14).

You might also like