You are on page 1of 4

SEKOLAH SUKAN NEGERI SEMBILAN SEK. MEN. KEB.

ZABA, KUALA PILAH KERTAS KERJA PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK DOKUMEN DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2014 1. PENDAHULUAN

Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran di sekolah. Justeru, kemudahan, keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guruguru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan operasi peperiksaan dalaman, peperiksaan awam serta pentaksiran sekolah. 2.

OBJEKTIF

Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan pengurusan fail, dokumen sekolah dan pentaksiran sekolah. Menjadikan Bilik Dokumen dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai bilik yang cantik dan indah Memberikan keselesaan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik ini. 3. RASIONAL & MATLAMAT

Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan pengurusan fail kurikulum, kokurikulum sekolah dan pentaksiran sekolah. Memastikan Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan dengan peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, operasi peperiksaan dan penyimpanan eviden dengan lebih sistematik.

4.

LOKASI SASARAN

Bilik Dokumen dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 5. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan yang diperlukan untuk kemudahan pengendalian Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah :

BIL

PERKARA

KUANTITI

ANGGARAN HARGA

TUJUAN

Komputer Printer

1 Buah 1 buah

Key-in markah mencetak keputusan (stok sekolah, makmal Online SPPBS ict) -

Meja Guru

1 Buah

- Kegunaan guru PBS

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Dokumen dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah :

BIL PERKARA

KUANTITI

ANGGARAN HARGA

CATATAN

1. Polystrine colour

RM 20.00

2. Laminating Film

1 pack

RM 42.00

3. Kertas Dinding (papan kenyataan)

1 gulung

RM 16.00

4. Kertas warna

1 pek

RM 8.00

5. Bunga

3 set

RM 150.00

6. Alas Meja

5 x RM40

RM 200.00

7. Sarung Kusyen

1 set

RM 50.00

8. Penghawa Dingin

1 Unit

RM 1000.00

9. Langsir

4 set

RM 200.00 (termasuk upah)

10. Mangga Kunci

RM 5.00

Jumlah

RM 1691.00

6. PENUTUP Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat kepada guru untuk lebih bekerja secara produktif. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati . Disediakan oleh, _____________________________________ Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Sukan Negeri Sembilan, SMK Zaba 72000 Kuala Pilah Negeri Sembilan.

You might also like