You are on page 1of 16

EDU 3106 Bab 5: Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

PENSYARAH: Puan Anis Salwa binti Ahmed@Adnan

OLEH: Mohammad Faizal bin Abd Jalil Nor Amirah binti Ismail Siti Fatimah Binti Mohd Said AMBILAN JANUARI 2012/BM/PJ/ PM

SOALAN TUTORIAL

PENGENALAN LAKARAN PELAN LANTAI ASPEK FIZIKAL

SOSIO-EMOSI

KESIMPULAN

Buat satu lakaran pelan lantai dan bincang tentang persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, terutamanya dari aspek fizikal dan sosio-emosi.

Definisi bilik darjah ialah satu objek fizikal yang tidak bernyawa. Manakala Mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Maka, secara tidak langsung persekitaran bilik darjah bukan sekadar unsur fizikal yang dapat dilihat tetapi melibatkan unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Lambaert (1994) menyatakan bahawa aspek fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dan latar belakang llinguistik dan kebudayaan yang berbeza.

Menurut Woolfolk (200:437), pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif. Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam satu gerak kerja. Antaranya ialah:
Menrancang Mengelola Memimpin Mengarah mengawal

Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat diwujudkan.

Pengurusan Bilik Darjah Fizikal Pelan Lantai Kebersihan, pencahayaan, pengudaraan. Susunan kerusi dan meja murid Susunan perabot Hiasan bilik darjah Sudut dan ruang bacaan Ruang dan sudut multimedia Sosio-emosi

Memaksimumkan ruang bilik darjah. Antara perkara yang diambil kira ialah: Keluasan bilik darjah, susun atur perabot, dan peralatan lain. Susun atur ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai.

Memastikan kebersihan dalam kelas. Contohnya menyediakan bakul sampah dan penyapu. Bagi memastikan wujudkan mesra budaya, guru seharusnya menyediakan jadual bertugas yang melibatkan kepelbagaian kaum. Memastikan pencahayaan dan pengudaraan juga dalam keadaan baik. Guru seharusnya menggunakan langsir yang tidak menghalang pengudaraan dan pencahayaan masuk ke dalam kelas.

Pastikan susun atur meja dan kerusi tidak penghalang pandangan guru dan murid untuk berinteraksi. Penyusunan kerusi dan meja juga mempengaruhi tempat duduk pelajar. Pastikan pelajar tidak duduk dalam kelompok kaum yang sama sahaja bagi mewujudkan kesamarataan. Contohnya apabila aktiviti perbincangan diadakan. Kepelbagaian kaum boleh diwujudkan dalam satu kumpulan.

Susunan perabot mestilah tidak menyempitkan ruang kelas. Perabot atau peralatan yang digunakan tidak terlalu banyak. Contohnya, rak buku atau almari menyimpan buku. Buku pelajar tidak disusun mengikut jenis kaum.

Penggunakan kepelbagaian jenis hiasan yang terdapat dalam pelbagai jenis kaum. Contohnya, guru memilih tema perayaan. Melukis mural yang yang bertemakan perayaan atau kebudayaan. Hiasan ini dilakukan secara bersama bagi mewujudkan semangat kekitaan.

Mewujudkan sudut bacaan yang berbeza contohnya sudut budaya, sudut patriotik dan sudut sejarah. Sudut ini mendedahkan pelajar tentang kebudayaan, perpaduan dan semangat muhibah yang perlu dipupuk dalam diri mereka. Penyediaan bahan bacaan juga mestilah sesuai dengan tema sudut tersebut. Hiasan di sudut bacaan juga mestilah mampu menarik perhatian pelajar dan perkongsian ilmu berlaku. Antara caranya ialah, meminta setiap pelajar membawa buku kebudayaan masing-masing untuk diletakkan di sudut bacaan.

Ruang merupakan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti PdP. Ruang juga mampu mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong khususnya apabila aktiviti dijalankan. Contohnya lakonan, perbincangan, permainan dan simulasi. Sudut multimedia merujuk kepada bahan elektronik seperti audio, animasi, video dan bahan interaktif.

You might also like