You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST PATRICK TAIPING, PERAK.

LAPORAN LAWATAN KE KILANG DI SEKITAR KOTA BHARU TARIKH MASA TEMPAT : 25 September 2012 ( Selasa ) : 6.00 pagi 7.00 petang : Kota Bharu

1.0 PENGENALAN Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan ke beberapa buah kilang di sekitar Kota Bharu. Lawatan ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman murid murid yang terbabit. Sebelum bertolak, murid- murid diberi taklimat ringkas oleh guru pengiring, Cikgu Tan. Dalam taklimat itu, beliau memberitahu nama- nama kilang yang akan dilawati dan perkara perkara yang perlu dipatuhi oleh para peserta. Perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan St Patrick ke Kota Bharu mengambil masa kira- kira 6 jam iaitu bermula pada jam 6 pagi. 2.0 KEHADIRAN Pada mulanya 60 orang ahli mendaftar bagi menyertai lawatan itu, namun bilangan sebenar yang menyertai lawatan itu hanya 41 orang. Tiga orang guru terlibat termasuk Cikgu Tan, Cikgu Leong dan Puan Nor Ashimah. Mereka pergi dengan seorang guru mengiringi murid-murid yang pergi dengan menaiki sebuah bas sekolah. 3.0 PERJALANAN LAWATAN Rombongan ini tiba di Kota Bharu pada pukul 12 tengah hari. Pada mulanya, kami makan tengah hari di pusat bandar Kota Bharu sebelum melawat ke kilang pertama. Seterusnya, perjalanan diteruskan dengan lawatan ke kilang elektronik. Kami dibawa melawat seluruh kawasan kilang. Terdapat dua bahagian utama di kilang itu iaitu pembuatan cip dan pemasangan alat- alat elektrik. Kami mendapati kerja-kerja pemasangan barangan elektronik dibuat dengan menggunakan robot. Para pekerja cuma menyelia kerja-kerja yang dilakukan oleh mesin yang tidak bernyawa. Selepas itu, kilang kedua yang kami lawati ialah sebuah kilang songket. Pengurus kilang itu ialah Encik Abdullah Shamsuddin. Kami dapati kebanyakan pekerja di kilang itu ialah

kaum wanita. Mereka begitu cekap menenun songket bertekatkan benang emas. Kain songket itu bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Lawatan terakhir ialah sebuah kilang biskut. Puan Khatijah, pengurus kilang memberitahu tentang keluaran kilang itu ialah untuk pasaran tempatan dan luar negeri. Sebelum beredar, beliau menjamu kami dengan biskut keluaran kilangnya. Lawatan ini berakhir pada 7 petang selepas makan malam. Lawatan ke 3 buah kilang itu amat berfaedah kepada kami. Kami pulang dengan rasa puas dan gembira serta berharap diberi peluang melawat ke kilang-kilang lain pada masa akan datang.

Dilaporkan oleh,

christine
( CHRISTINE ) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan ST Patrick 27 SEPTEMBER 2012

You might also like