You are on page 1of 1

Bahagian C (25 Markah)

Soalan 1

Pada minggu yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke kilang coklat yang dianjurkan oleh Persatuan
Inggeris.

Tulis catatan kamu tentang lawatan tersebut.

Lawatan ke Kilang Coklat

Sabtu, 13 September 2020.

7.30 pagi

Murid-murid berkumpul di kantin. Selepas itu, kami mendengar taklimat daripada Cikgu Tan. Seramai 40
orang pelajar dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.

8.00 pagi

Bas mula bertolak. Sepanjang perjalanan ke kilang coklat, kami dapat melihat pemandangan yang cantik di
tepi jalan.

9.30 pagi

Kami tiba di kilang coklat. Kedatangan kami disambut oleh Encik Jia Wen iaitu pengurus kilang. Beliau
memberi penerangan tentang proses membuat coklat. Kami dikehendaki memakai pakaian khas untuk
menjaga keselamatan. Kami juga berpeluang membuat coklat di situ.

12.30 tengah hari

Kami menikmati jamuan ringan di kilang kantin. Setiap peserta diberikan cenderamata sebagai kenangan.

2.30 petang

Kami bertolak pulang. Banyak pengetahuan telah diperoleh oleh setiap peserta.

3.30 petang

Kami sampai di sekolah dengan selamat. Ibu bapa telah menunggu saya di sekolah untuk membawa saya
pulang.

You might also like