You are on page 1of 2

Kempen Kebersihan dan Keceriaan

Sabtu, 29 Februari 2020

7.30 pagi - Ibu bapa dan murid-murid membanjiri perkarangan


sekolah dengan membawa pelbagai peralatan untuk aktiviti gotong-
royong sempena kempen kebersihan yang dianjurkan oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Guru .

8.00 pagi - Ucapan Tuan Guru Besar, Puan Normah Sahlan dan
perasmian kempen kebersihan dilakukan oleh Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Samsuri Badar. Dalam
ucapannya , beliau melahirkan rasa terharu terhadap sambutan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa untuk menjayakan kempen tersebut.

8.30 pagi - Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran


sekolah dimulakan . Ibu bapa dan guru-guru membersikan kawasan
persekitaran sekolah. Murid-murid pula membersihkan bilik darjah
masing-masing. Pihak bomba juga tidak ketinggalan , memencut
longkang-longkang di sekeliling kawasan sekolah.

10.30 pagi - Kerja-kerja pembersihan diberhentikan seketika untuk


membasahkan tekak, sambil menikmati pelbagai hidangan kuih-muih
yang disumbangkan oleh pengusaha kantin dan guru-guru. Sambil
berehat-rehat, mereka berbual-bual mengenai keceriaan sekolah.

11.00 pagi - Wakil Rakyat yang juga penaung PIBG, Yang Berhormat
Datuk Dasiman bin Lagiman sampai dan bersama-sama ibu bapa
menanam anak-anak pokok hiasan, sumbangan daripada beliau di
sekitar kawasan sekolah.

12.00 tengah hari - Gotong-royong berakhir . Semua hadirin dijemput


ke kantin sekolah untuk dijamu nasi minyak yang telah disumbangkan
oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru . Sebelum bersurai Yang
Berhormat Datuk Dasiman bin Lagiman , telah menyampaikan ucapan
ringkas menyeru ibu bapa meneruskan usaha mencerikan kawasan
sekolah .

You might also like