You are on page 1of 1

Kepada yang berkenaan

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN (SPONSOR) UNTUK TUARAN KAAMATAN 4X4 CHALLENGE 2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dimaklumkan. 02. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan perayaan pesta kaamatan peringkat Daerah Tuaran yang mana Kiulu menjadi tuan rumah pada tahun ini. Ia merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah Tuaran, Tamparuli Adventist 4WD Club dan Kelab Permotoran 4X4 Kiulu. Acara ini akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 19 Mei 2013 Tempat: Pekan Kiulu Masa: 8.00 pagi 03. Sehubungan dengan itu pihak penganjur memohon sumbangan dalam bentuk wang tunai mahupun barangan sebagai hadiah iringan kepada para pemenang pertandingan ini nanti. Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan (No. tel pejabat daerah/En. Janih/En. Archilley). Oleh yang demikian, sumbangan tuan kami ucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang menjalankan tugas

You might also like