You are on page 1of 22

Upload Log In Sign up

Browse Books BiographyBusinessCookbooks & FoodFiction & LiteratureHistoryHobbies, Crafts, & HomeKids & TeensMystery & DetectiveReligionRomanceScience Fiction Other Content Brochures & CatalogsCourt FilingsCreative WritingFormsHow-To Guides/ManualsMapsPostersPresentationsRecipes/MenusSchool Work My Library Recently Saved Loading... Go to My Library <iframe height="0" src="//www.googletagmanager.com/ns.html?id=GTM-ZWF6" style="display:none;visibility:hidden" width="0"></iframe> Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more Download Standard view Full view
1

of 25

Add note Save to My Library Sync to mobile Look up keyword Like this Share on social networks 1Activity There was a problem sending you an sms. Check your phone number or try again later. To get Scribd mobile enter your number and we'll send you a link to the Scribd app for iPhone & Android. We've sent a link to the Scribd app. If you didn't receive it, try again.
e5506e95279508

Text me

Submit Query

We'll never share your phone number. iTunes App Store | Google Play Store

Share to your social networks.


Tweet Embed
e5506e95279508 182719069 186915135

9w pRbNWETSgK 1384845141

0 of . Results for: No results containing your search query P. 1 HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.docx "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;">

HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.docx


Ratings: 0|Views: 60|Likes: 1 Published by kamaljqa3002 Seni Seni

More info:
categoriesTopics Published by: kamaljqa3002 on Nov 08, 2013 Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:
Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android. Free download as PDF, DOCX, TXT or read online for free from Scribd Flag for inappropriate content|Add to collection

See More See less scribd. scribd. scribd. scribd. scribd. scribd. scribd. scribd. scribd. scribd.

gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut.Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke 19.Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi.Objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi penggunaannya dengan karangan laut,figura haiwan,fiksyen,pensejarahan dan cerita rakyat.Tujuannya jelas,diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2D dan 3D dalam konteks diorama. 1.1 Definisi Diorama Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama .Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. 1.2

Penghasilan Diorama. Diorama dihasilkan melalui perancangan yang teliti dengan mengambilkira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama.Diorama yang hendak dihasilkan juga bergantung kepada pemilihan alat dan bahan,tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka.

"" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;">
HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 4 Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam penghasilan diorama iaitu : a) Menentukan Subjek dan Tema Subjek dan tema boleh dipilih berdasarkan : i) Alam semulajadi dan persekitaran. ii) Perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi pelukis. iii) Aliran dan tema sejagat. iv) Keperluan dan pengalaman hidup harian. b) Menentukan Alat dan Media. Pemilihan alatan dan bahan mengambilkira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin ditampilkan.Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak untuk digunakan bagi

menghasilkan diorama yang baik.Pemilihan objek yang sebenar dan cantik atau dikecilkan pada kadaran atau nisbah yang sesuai dengan latar belakang secara idealistik akan memenuhi konsep artistik bagi penghasilan diorama yang baik. Cara menentukan alat dan media berdasarkan subjek,tema dan tajuk. i) Subjek dan tema - Alam semulajadi dan persekitaran. Tajuk diorama - Hidupan di dasar laut Alat dan bahan Karangan laut,gam UHU,tulang ikan,dawai,tangsi,kad tebal,pasir laut,batu-batu laut. ii) Subjek dan tema - Perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi pelukis. Tajuk diorama - Kehidupan di sebuah planet asing. Alat dan bahan - Plastersin,polisterin,pasir,gam,model kapal angkasa,cat emulsi. iii) Subjek dan tema - Aliran dan tema sejagat. Tajuk diorama - Sabung ayam di kampung saya. Alat dan bahan - Model ayam jantan, model manusia, plastersin, tanah, pasir, batu-batu kecil dan kad bod. HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 5 iv) Subjek dan tema - Keperluan dan pengalaman hidup harian. Tajuk diorama - Memancing ikan di sebuah tasik yang permai. Alat dan bahan - Model orang memancing, kaca, plastersin, polisterin, gam, pasir, batu-batu kecil dan kad bod. c) Membuat Thumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil). Lakaran-lakaran kecil ini penting untuk mengeluarkan idea melalui konsep trial and error. Lakaran ini juga menunjukkan sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dihasilkan.Seterusnya sketsa-sketsa yang hebat akan dipilih untuk dijadikan diorama. d) Memilih salah satu lakaran yang terbaik Salah satu sketsa dipilih untuk pengembangan idea dan dijadikan diorama kerana sketsa tersebut mempunyai kaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketerampilan.Pemilihan sketsa juga bergantung kepada kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar. e) Memperinci lakaran Setelah memilih lakaran yang terbaik,kerja-kerja memperkemaskan lakaran hendaklah dilakukan.Ia juga mengambilkira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan. f) Membuat karya/diorama Buat kerangka dalam dan luar.Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan.Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu :

Bahan dan alatan

Kos pembinaan /buatan

Masa yang diperlukan

Kesesuaian latar belakang,hal subjek dan latar hadapan. "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 6 1.3 Contoh-contoh Diorama. Gambarajah 1.3.1 :Diorama menggunakan figura haiwan. Gambarajah 1.3.2 :Diorama menggunakan figura manusia HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 7 2.0 Diorama dan Perkembangan Kanak-Kanak. Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan.Ia adalah perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku menunjukkan sifat yang berlainan daripada peringkat permulaan.Melalui aktiviti membuat diorama ini,ia dapat membantu perkembangan kanak-kanak.Kanak-kanak diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai-bagai jenis bahan,cara dan teknik.Kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.Aktiviti seni ini dapat mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak.Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya yang tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.Kanak-kanak suka bermain dan bereksperimentasi dengan bahan dan persekitarannya dan secara tidak langsung kanak-kanak telah memperkembangkan jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosialnya.Kita dapat melihat perkembangan kanak-kanak dari segi : a) Kognitif. Matlamat guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,kesedaran dan arif terhadap pergerakan,bunyi,bentuk,tekstur dan irama.Contohnya, guru menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Haiwan.Semasa kanak -kanak menyanyi,mereka akan bergerak dan meniru bunyi haiwan.Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambargambar haiwan.Guru boleh memperkembangkan kognitif kanak-kanak dengan menghasilkan diorama daripada lakaran gambar-gambar haiwan yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak.Kanak-kanak dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa gembira dan seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru.Kanak-kanak akan meluahkan rasa hati dengan mencipta dan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk yang mencerminkan kreativiti mereka. "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 8 Kanak-kanak boleh menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya.Kekerapan guru melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah dan di rumah akan dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara.Guru boleh

memberi peluang kepada murid untuk menyiapkan dioramanya di rumah.Melalui penggabungjalinan beberapa aktiviti sebenarnya dapat meningkatkan pemahaman murid.Contohnya: i) Aktiviti pergerakan ketika aktiviti pergerakan haiwan dilakukan murid akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang,masa,imbangan dan daya atau aliran.Ini dapat membantu murid untuk membuat lakaran pergerakan haiwan untuk menghasilkan diorama. ii) Aktiviti bermain - ketika menghasilkan diorama dalam kumpulan,murid dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri,seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. iii) Lagu murid akan menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat.Murid akan membina keyakinan diri dan menjadi lebih kreatif dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.Ini dapat melatih murid untuk menyiapkan tugasan atau diorama yang diberikan. iv) Lakonan semasa berlakon murid akan dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi,di mana semasa berlakon murid akan cuba memahami sesuatu watak.Murid akan menjadi kreatif,inovatif,bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.Ini membantu murid membina watak dalam diorama yang akan dihasilkan. b) Afektif Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian sendiri,iaitu penerimaan atau penolakan dan penghargaan kendiri.Kanak-kanak dapat mencapai kesedaran kendiri melalui perkongsian kasih sayang dengan keluarga,kawan dan guru.Kanak-kanak akan merasai dirinya diterima dan dihargai oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya.Perasaan ini akan membawanya HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 9 menerima dan menghargai diri.Guru akan membantu murid mencapai kendiri yang positif dengan cara berikut: i) Guru memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada murid untuk menghasilkan diorama. ii) Guru memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menghasilkan diorama. iii) Guru akan mengajar mengikut cara kebolehan murid supaya murid sentiasa dapat mengikuti pengalaman belajar dengan jayanya supaya murid yakin dan meningkatkan penghargaan kendirinya. iv) Guru hendaklah menerima murid sebagai sebahagian dari dirinya. v) Guru menggalakkan interaksi positif dalam kalangan murid dan rakan sebayanya. vi) Guru memberikan peluang kepada murid untuk menunjukkan bakatnya dalam menghasilkan diorama. vii) Guru hendaklah memupuk nilai-nilai yang baik semasa murid belajar menghasilkan diorama. c) Sosial dan komunikasi. Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk sosial dan sahsiah kanakkanak.Guru juga berperanan membantu kanak-kanak untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai supaya murid dapat menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan

harian.Menurut teori pembelajaran Albert Bandura,bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi berdasarkan:

Melihat

Meniru

Memerhatikan tingkahlaku orang lain. "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 10 Murid akan belajar dengan cara melihat,meniru dan memerhatikan tingkahlaku orang lain.Guru hendaklah menggalakkan tingkahlaku yang positif semasa menjalankan aktiviti seni ini supaya murid memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.Contohnya,guru boleh menunjukkan contoh diorama terbaik yang dihasilkan oleh murid supaya murid lain dapat melihat,meniru dan memerhatikan tingkahlaku murid yang berjaya dalam menghasilkan diorama tersebut.Murid akan berkomunikasi antara satu sama lain,memberikan pendapat masingmasing dan belajar menghormati pendapat orang lain.Ini akan membantu murid membina sikap hormatmenghormati antara satu sama lain dan memperkembangkan tingkahlaku sosial yang baik dalam kalangan murid. d) Psikomotor Kanak-kanak mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot pada usia 0-2 tahun.Kanak-kanak mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan.Pendengaran dan penglihatan mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun.Melalui aktiviti seni kanak-kanak akan berinteraksi secara tidak langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka. Aspek perkembangan psikomotor yang mula diperolehi kanak-kanak ialah dengan sentuhan.Melalui aktiviti menghasilkan diorama ini kanak-kanak akan menggunakan jari untuk melukis gambar di atas kertas.Apabila guru memperdengarkan lagu Haiwan,kanak -kanak akan mendengar dan melukis berdasarkan apa yang mereka dengar.Kanak-kanak akan menggunakan penglihatan mata untuk memerhati dan membuat pengamatan tentang objek yang mereka lukis.Melalui penglihatan,kanak-kanak akan meneroka pelbagai jenis warna,bentuk,ruang dan jalinan.Pemahaman tentang warna membolehkan kanak-kanak mengetahui ciri-cirinya dan mengaplikasikannya dalam diorama.Begitu juga dengan deria rasa.Rasa merupakan gerak hati atau kata hati kanak-kanak.Kanak-kanak akan menggunakan deria rasa untuk membuat sesuatu persepsi dengan tepat.Ahli psikologi Gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi,manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 11 Kanak-kanak akan membuat persepsi mereka dan menterjemahkannya dalam bentuk tema yang sesuai untuk diorama yang akan dihasilkan.Guru hendaklah mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan pelajaran baru. Seterusnya kanak-kanak akan menggunakan deria hidu mereka.Hidu menekankan aspek penanggapan.Melalui aktiviti seni membuat diorama ini,sebenarnya guru telah merancang strategi pengajaran yang baik untuk membentuk penanggapan yang baik.Guru telah menggunakan Pendekatan Inkuiri Penemuan di mana kanak-kanak akan mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah.Kanak-kanak akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi iaitu bagaimana mereka hendak menghasilkan sebuah diorama yang baik.Guru akan bertindak sebagai pembimbing. Kesimpulannya,melalui aktiviti diorama ini guru telah melakukan perkembangan diri kanak-kanak dari segi kognitif,afektif,sosial,komunikasi dan psikomotor mereka.Kanak-kanak gembira untuk belajar dan menimba pengalaman baru dalam hidup mereka.

3.0 Kelebihan dan Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Diorama Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka.Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka.Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 12 Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.Berdasarkan kenyataan ini, guru telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran menghasilkan diorama bagi mencapai perkembangan kreativiti kanak-kanak.Guru mendapati melalui aktiviti seni diorama ini, terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan serta cabaran semasa menjalankan aktiviti ini. Antaranya adalah seperti berikut: a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni telah dapat menarik minat murid.Murid-murid telah mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru.Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Sebagai contoh, pengajaran yang pertama guru memperdengar kan lagu Pak Mamat Ada Kebun. Kanak-kanak akan menyanyi,mengajuk bunyi haiwan dan membuat pergerakan haiwan semasa menyanyi lagu tersebut.Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai-bagai gaya yang dipersembahkan oleh kanak-kanak.Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar haiwan-haiwan tadi.Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya. b) Diorama membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid.Aktiviti seni ini boleh dijadikan sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. Dengan adanya aktiviti seni menghasilkan diorama ini murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan muridmurid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 13 Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah.Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru. c) Diorama menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya.Dengan adanya aktiviti menghasilkan diorama ini, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guruguru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid.Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapaian murid-muridnya. d) Diorama menghubungkaitkan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka.Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar

murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar. "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 14 Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk Haiwan. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan.Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan.Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan.Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalansoalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, Di dalam kolam itu ada enam ekor itik, dua ekor telah keluar. Berapa ekor itikkah yang masih tinggal? Dengan adanya penghubungkaitan tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesediaan murid-murid sendiri. e) Guru dapat merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran dan cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji murid.Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktivitiaktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua murid tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka. HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 15 Guru juga dapat merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka.Bahan tersebut sudah semestinya menarik.Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya.Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya.Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar. f) Guru dapat bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid.Guru dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup.Guru dapat membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. g) Guru dapat melakukan pengurusan kelas dengan baik.Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya.Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah kelas atau bilik yang selesa,peredaran udara dan cahaya yang sesuai serta kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi. h) Peranan Murid Murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya.Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif,maka secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri.Muridmurid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran. "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;">

HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 16 4.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Catatan Kelas 4 Bijak Tarikh 12 Oktober 2013 Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Kemahiran Membuat Diorama Tajuk Haiwan Teknik Diorama Objektif Pada akhir pelajaran,murid berupaya : 1.Menghasilkan sebuah diorama secara berkumpulan. 2.Boleh mengenali bahan yang digunakan utuk membuat diorama. 3.Boleh menghasilkan diorama haiwan dengan menggunakan teknik yang betul. Pengetahuan sedia ada 1.Murid telahpun melihat gambar-gambar haiwan ternakan secara langsung dan tidak langsung. 2.Murid telahpun melukis gambar haiwan sebelum ini. Alat dan Bahan Kotak,alatulis,penselwarna,gunting,kad manila,gam,batu kecil dan kertas warna. HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 17 Fasa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan Aktiviti guru Aktiviti murid Set Induksi (5 minit) Guru menunjukkan contoh diorama Permulaan/ Mencungkil idea (5 minit) Penerangan oleh guru Penerangan oleh guru Guru menerangkan tentang diorama Guru menerangkan tentang bahan yang diperlukan untuk membuat Diorama Murid mendengar dan memahami penerangan guru. murid memastikan bahan-bahan yang disediakan mencukupi. Alatan -kotak besar -kertas warna -gunting -pisau -pembaris -tali -dawai -kertas pembalut hadiah -gam -double side tape -plastik pembalut Aplikasi idea (10 minit) Langkah 1 Cara memotong kotak Langkah 1 Guru menunjukkan cara memotong bahagian permukaan kotak Murid memotong bahagian kotak mengikut arahan guru dalam kumpulan masing-masing Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Nilai: bekerjasama Aplikasi idea (10 minit) Langkah 2 Cara memotong dan menampal kertas warna pada bahagian kotak Langkah 2 Guru menunjukan kepada murid cara-cara murid memotong kad manila mengikut arahan guru. Arahan kepada Murid perlu berhati-hati ketika memotong "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 18 memotong kad manila mengikut ukuran yang sesuai. Guru menunjukan kepada murid cara-cara menampal kad manila yang telah dipotong pada bahagian bingkai kotak. Murid menampal kad manila yang telah dipotong pada bahagian bingkai kotak. bahan. Aplikasi idea (10 minit) Langkah 3 Aplikasi idea (10 minit) Langkah 4 Melakar haiwan dan pokok Mendirikankan lakaran haiwan pokok dan meletakkan batu hiasan Langkah 3 Guru menunjukkan cara-cara melakarkan haiwan dan pokok serta hiaskannya dengan kertas warna. Guru menunjukkan cara-cara membentuk batu hiasan. Langkah 4 Guru mendirikankan lakaran haiwan, pokok pada bahagian dalam kotak dengan mengunakan kad tebal Guru meletakkan batu hiasan pada dasar kotak. Murid melakarkan haiwan dan pokok serta menghiaskannya dengan kertas warna. Murid membentuk batu hiasan Murid mendirikan lakaran haiwan pada bahagian dalam kotak dengan menggunakan kad tebal. Murid meneruskan aktiviti dengan meletakkan batu hiasan pada dasar kotak. Aktiviti kumpulan Nilai : Bekerjasama Nilai: Bekerjasama Kreatif HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 19 Refleksi/ Penutup (10 minit) Mempamerkan hasil kerja Guru mempamerkan hasil kerja yang telah siap. Guru menilai hasil kerja murid. Murid mempamerkan hasil kerja yang telah siap Murid berasa gembira menghasilkan diorama "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 20 5.0 Lakaran Idea HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 21 "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 22

HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 23 HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 24 6.0 Kesimpulan. Membentuk dan membuat binaan ini penting untuk mengembangkan persepsi pelajar tentang Seni Tiga Dimensi.Ini menambahkan lagi kefahaman pelajar dan seterusnya menggalakkan pelajar untuk terus berkarya.Melalui aktiviti membuat diorama ini, kreativiti diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka.Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Aktiviti yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi,intelek dan estetik dapat membantu dalam perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak dengan sihat dan secara tidak sedar.Kanak-kanak akan melakukan eksplorasi dan eksperimentasi dengan derianya secara berterusan.Kanak-kanak akan menggunakan deria sentuhan,pendengaran,penglihatan,rasa dan hidu bagi membolehkan mereka membentuk satu persepsi secara keseluruhan.Guru perlu melibatkan kepekaan deria kanak-kanak supaya pengajaran dan pembelajaran akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.Melalui aktiviti seni ini kanak-kanak akan menggunakan sepenuhnya kepekaan derianya bagi menghasilkan karya.Secara tidak langsung guru telah membantu kanak-kanak untuk memenuhi keinginan asas kanak-kanak bagi mencapai perkembangan mereka dari segi kognitif,afektif,sosial,komunikasi dan psikomotor. Aktiviti membuat diorama dilihat dapat memberi kebaikan kepada kanak-kanak.Proses Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan seronok.Perkembangan kanak-kanak dari segi intelek,sosial dan emosi kanak-kanak juga dapat dipenuhi. Kanak-kanak akan melibatkan diri secara aktif, maka secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. HBAE 2203 ZAITON NAYAN 690605025376001 25 RUJUKAN Hermann,N.(1991). The creative brain,Journal of creative behaviour .25(4):pp.275-295 Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 . Kuala Lumpur :PPK Modul OUM ,(2011). Membentuk Dan Membuat Binaan .Selangor : Meteor.Doc.Sdn.Bhd. Modul OUM,(2010). Seni Dalam Pendidikan. Selangor : Meteor.Doc.Sdn.Bhd. RUJUKAN INTERNET Cara membuat diorama (2013) dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://aditwoo.blogspot.com/2013/03/cara-membuat-diorama.html RPH PSV Tahun 4-Diorama dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://www.slideshare.net/sifatpgsr/rph-psv-t4-diorama Jom Belajar Seni Visual dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://jombelajarsenivisual.blogspot.com/2013_04_01_archive.html Apa itu diorama,dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/08/contoh-diorama-terbaik.html Definisi Diorama,dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisidiorama.html Activity (1) Filters Add to collectionReviewAdd noteLikeEmbed Showing

AllMost RecentReviewsAll NotesLikes


e5506e95279508 read

Rating 0/5

Post notePost reviewPost replyPost note and like

zupray liked this|2 days ago Load more More From This User PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

SPS Bahan Pembentangan.ppt kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

WEB 2.0_Eduwebtv.pptx kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Taklimat BTP Bahan Digital MBMMBI 2012.pptx kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Bengkel PKG Pengerang.pptx kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

How to make a computer faster.docx kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah kamaljqa3002

PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Proses Teknik 2005 kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Au Wasonlinux PDF uses of linux kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Perlaksanaan Program Inklusif Pendidikan Khas Bermasalah ... kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

E-portfolio Workshop Safety( Contoh) kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Al Silami PhD kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c kamaljqa3002 PURCHASE ONLY

SAMPLE NOT AVAILABLE

HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Program Persediaan Ahli Pasukan Sukan Gimnastik Ke Sukan SEA kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

prosedur_segak kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Dasar Awam 1

kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

WEB 2.0 Eduwebtv kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

PENGURUSAN PERUBAHAN-Ariff kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

1BestariNet-ashaari kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE

NOT AVAILABLE

Kemahiran Abad21 & Pedagogi Dalam Pendidikan_terkini kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

Buku-Panduan-untuk-GPM-2011 - Kekwa Jingga.docx kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

sastera1 kamaljqa3002 PURCHASE ONLY SAMPLE NOT AVAILABLE

sastera1 kamaljqa3002

Download and print this document Read and print without ads Download to keep your version Edit, email or read offline

Choose a format:

.PDF .DOCX .TXT Download "" style="border: 0px; vertical-align: bottom;"> "" style="border: 0px; vertical-align: bottom; visibility: hidden; display: none;"> You're Reading a Free Preview Download <div style="display:none;"> <img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-13DPpb-yg8ofc.gif" border="0" height="1" width="1" alt="Quantcast"> </div>

About About Scribd Team Blog Join our team! Contact Us

Subscriptions Subscribe today Your subscription

Advertise with us Support Help FAQ Press Purchase Help Get started AdChoices

Partners

Publishers

Developers / API

Legal

Terms Privacy Copyright

Get Scribd Mobile

Mobile Site

Copyright 2013 Scribd Inc. Language: English

You might also like