You are on page 1of 22

Kemahiran PJK Tingkatan 4

UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI PERATURAN 1. 2. 3. 4. 5. 6.


Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya. Dilarang bermain bola menggunakan tangan atau kaki Bola mestilah tidak terkena kaki. Antara faul yang biasa dilakukan adalah seperti berikut : Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola. Memainkan bola melebihi paras bahu. Menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola. Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian dengan tujuan mengganggu atau mencederakannya. 7. Hukuman terhadap faul Faul dilakukan di luar kawasan D Pasukan penyerang mendapat pukulan percuma. Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan dengan sengaja membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25ela(22.9cm) Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D

Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan faul. Pasukan penyerang mendapat sudu penalti jika pasukan bertahanmelakukan faul. Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul dengan sengaja.

KEMAHIRAN ASAS SEPAK TAKRAW KEMAHIRAN TIMANGAN BOLA Kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola yang berada jauh daripada jangkauan untuk kawalan bahagian dalam kaki. Apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan bola. Teknik ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan kerana kekuatan yang kuat akan menyebabkan bola cenderung untuk hilang kawalan.

KEMAHIRAN SEPAK Memaha Kemahiran ini merupakan satu teknik menampan atau menahan bola yang dihantar daripada pihak lawan. Memaha ini biasanya akan disusuli oleh kemahiran sepak untuk menghantar atau melambung bola.

KEMAHIRAN SERVIS 1. Servis Kuda - Kemahiran ini telah diperkenalkan oleh negara Thailand. Pada mulanya kemahiran servis ini mendapat tentangan khususnya daripada Malaysia kerana dengan adanya servis kuda

ini telah menyebabkan sebahagian seni permainan takraw telah hilang. Akhirnya, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) telah menerima pakai kemahiran servis kuda ini.

2. -

Servis Semi Lob Merupakan servis asas. Servis dilakukan dengan tujuan untuk menghantar bola ke bahagian belakang gelanggang. Membaling Bola Servis Apit kiri atau apit kanan ditugaskan untuk membaling bola servis. Apit perlu mendengar arahan daripada pengadil kejohanan. Apabila selesai sahaja pengadil membuat arahan, apit hendaklah mengambil posisi yang betul dalam suku bulatan. Bola perlu dipegang dengan kemas dan tumpuan hendaklah diberikan kepada ketinggian yang diminta oleh tekong. Apit juga perlu memastikan bola akan sampai daripada jarak balingan yang dibuat.

3.

KEMAHIRAN REJAMAN Rejaman dilakukan untuk mematikan bola ke dalam gelanggang pihak lawan. Berbagai cara rejaman yang boleh dilakukan dan antaranya ialah: kilas lipatan gunting gulung

Menanduk Rejaman menggunakan kemahiran menanduk amat sesuai diguna pakai ketika bola berada di tengah-tengah jarring atau hampir dengan jaring. Tandukan dibuat dengan menggunakan bahagian hadapan dahi atau tandukan sisi kiri atau sisi kanan. Rejaman Gunting Kebiasaannya, teknik rejaman ini digunakan apabila bola lambungan berada berhampiran dengan jaring. KEMAHIRAN MENGHADANG Sejenis kemahiran tinggi yang diperlukan oleh setiap orang pemain. Teknik ini bertujuan untuk mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke dalam gelanggang. Menghadang boleh dilakukan dengan menggunakan kaki, paha, tapak kaki, bahagian badan dan kepala.

KEMAHIRAN MENANDUK Merupakan salah satu daripada kemahiran sepak takraw yang penting. Kemahiran ini digunakan untuk menyerap servis daripada pihak lawan dan kadangkala digunakan untuk menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan mematikan servis. Kemahiran menanduk dilakukan di bahagian dahi, belakang, sisi kiri dan sisi kanan.

SEJARAH SEPAK TAKRAW Permainan sepak takraw pada awalnya dikenali sebagai sepak raga. Permainan sepak raga ini telah wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat jelata amat meggemari permainan ini selain golongan bangsawan. Dalam sejarah Melayu ada menjelaskan tentang Raja Muhammad, putera kepada Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjak yang dipakainya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Kini, bola sepak takraw telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.

Di Malaysia, permainan ini dikenali sebagai sepak raga. Manakala di Filipina, ianya lebih dikenali sebagai sipa, di Burma dikenali sebagai chinlone, di Laos dikenali sebagai kator dan di Thailand dikenali sebagai takraw. Permainan sepak takraw yang ada sekarang ini merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an,

permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Pada 15 April 1960, undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah pun digubal dan disusun secara bertulis.

Pada tahun 1965, di Sukan SEAP, permainan sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP Malaysia menerima sukan ini, perbincangan telah dijalankan di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari negara Thailand dan Burma untuk memutuskan nama bagi permainan ini. Akhirnya, kata sepakat dapat dicapai dan permainan sepak raga ini diberi nama baru iaitu SEPAK TAKRAW. SEJARAH TENIS Tenis ternyata merupakan olahraga yang sudah sangat tua. Terekam pada pahatan yang dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masehi di dinding sebuah kuil di mesir yang menunjukan representasi dari permainan bola tenis dan dimainkan pada saat upacara keagamaan. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh daratan eropa pada abad ke-8. Pada awal perkembangannya tenis dimainkan dengan memakai tangan atau sebuah tongkat yang dipukulkan bergantian menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat. Permainan ini kemudian berkembang lagi menjadi permainan bola dengan dipukulkan melintasi sebuah dinding penghalang,kerana pada saat itu dirasakan bahawa kawal bola lebih terasa menggunakan tangan, maka media yang berkembang pada waktu itu adalah dengan menggunakan sarung tangan kulit yang kemudian berevolusi kembali dengan menambahkan gagang. Inilah cikal bakal lahirnya sebuah raket tenis. Bola pun berevolusi dari sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi oleh dedak kulit padi. Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

KEMAHIRAN ASAS HOKI Terdapat tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu : Kemahiran Menolak Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini bergunauntuk membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Iaboleh dilakukan dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupuntolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh

digunakan. Kemahiran ini juga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut penalti. Kemahiran Menahan atau menyerkap bola Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikanbola yang bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan. Kemahiran Memukul Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiranini bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika bermain. Kemahiran Menguis Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.

Kemahiran Mencedok Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudutkecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara.

Kemahiran Menggelecek Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan. Terdapat tiga kemahiran iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara India. i. Menggelecek Longgar Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

ii. Menggelecek Rapat Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

iii. Menggelecek Indian Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN TENIS Tempoh permainan Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita. Cara mendapatkan mata Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurangkurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Memulakan permainan Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan. Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING JENIS-JENIS PERGERAKAN 1. HANTARAN Terdapat berbagai-bagai cara menghantar atau melontar bola. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti jarak antara pemain, kedudukan penghalang dan kecekapan pemain. Bola boleh dihantar dalam keadaan bergerak atau berdiri dengan menggunakan sebelah atau dua belah tangan. Hantaran bola boleh dilakukan secara menolak, melontar, meleret atau melalui kepala. Apabila menghantar bola, mestilah wujud persefahaman di antara yang menghantar dan yang menerima lontaran. Jika bola yang dihantar tidak dapat ditangkap, bererti lontaran tersebut adalah kurang baik.

1.1 Hantaran Aras Bahu Hantaran ini sering dilakukan kerana bola hantaran paras bahu ini dapat dilontar dengan lebih jauh dan tinggi. Bola yang dihantar dengan cara ini sukar untuk dipintas atau direbut dengan mudah oleh pihak lawan. Hantaran ini, jika dilakukan dengan teknik yang betul, akan menjadi lebih kuat, cepat dan tepat.Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan penerima. Perhatikan teknik-teknik hantaran yang betul sebelum anda mahir dalam permainan ini. Teknik hantaran pada aras bahu (a) Pegang bola di atas tapak tangan kanan (b) Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi kepada pergerakan kaki kanan (c) Berat badan berada di atas kaki kanan (d) Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan (e) Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran (f) Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick (g) Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar (h) Bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerakan whip pergelangan tangan dan jari

1.2 Hantaran Aras Dada Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidka begitu jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera. Teknik hantaran aras dada (a) Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola. (b) Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan seimbang (c) Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri ke hadapan. (d) Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran. (e) Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola. 1.3 Hantaran Sisi / Bawah Bahu Hantaran ini boleh dibuat rendah ke bawah jika penghalang meluruskan tangannya ke hadapan untuk menghalang. Hantaran ini boleh dibuat dengan menggunakan satu atau dua tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara melontar bola baling. Bagaimanapun hantaran ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan kadang-kadang sukar menerimanya.

Teknik hantaran sisi / bawah bahu (a) Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu (b) Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras pinggang. (c) Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

1.4 Hantaran Atas Kepala (Lob) Hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang dilakukan dalam sukan bola sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar dalam lontaran bola jaring. Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat dihadang atau dihalang oleh pemain lawan. Untuk membuat hantaran lob, pemain yang ingin membuat hantaran perlulah melontarkan bola setinggi yang boleh ke arah ahli pasukannya yang lain. Teknik hantaran bola lob (a) Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras bahu. (b) Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan. (c) Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas kepala. (d) Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya berada di hadapan mengikut keselesaan pemain. 1.5 Hantaran Lantun Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu-satu kawasan gelanggang, terutamanya apabila hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan tetapi selalunya dengan menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat dan tepat. Teknik hantaran lantun (a) Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada (b) Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun semula dan dapat disambut oleh ahli pasukannya.

(c) Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut. Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.

2.

GERAKAN KAKI Dalam permainan bola jaring, gerakan kaki merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada bagi semua pemain. Untuk meningkatkan kemahiran ini, seseorang pemain mestilah boleh berlari dengan laju dan pada jarak yang berbeza. Dia perlulah mempunyai ketangkasan untuk menukar haluan secara serta-merta sambil memecut. Terdapat beberapa cara di mana gerakan kaki boleh digunakan dalam permainan bola jaring. Kemahiran gerakan kaki juga selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan kaki di sini bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerima bola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaring bola. Pemain-pemain yang dapat menguasai kemahiran ini akan mempunyai kelebihan di mana mereka dengan mudah dapat mengelakkan diri daripada dikawal oleh pemain lain sama ada semasa membuat hantaran, menerima bola ataupun membuat jaringan. Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menerima bola sama ada daripada hantaran rakannya atau hasil daripada hantaran pemain lawan. Pertama, mendarat dengan menggunakan sebelah kaki dan kedua, mendarat menggunakan kedua belah kaki.

2.1 Mendarat Atas Sebelah Kaki (a) Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula. (b) Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.

2.2 Mendarat Atas Dua Belah Kaki Selepas menerima bola, pemain boleh: (a) Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki serta membaling bola.

(b) Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola mestilah dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat semula. (c) Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang sedang memegang bola mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya bola akan dihantar.

3. KAWALAN Semua pemain perlulah mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai pertahanan. Biasanya, pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang sementara pasukan lawannya dianggap pasukan pertahanan. Maka, setiap pemain perlu mahir menangkap dan melontar bola. Apabila menyerang, pemain mestilah pantas mengatasi lawannya dan bergerak mencari ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh mengelakkan atau melepaskan diri daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklahdilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran pula juga hendaklah pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada dihalang oleh lawan. Ketika bertahan, pemain hendaklah menghalang pasukan lawan daripada membuat hantaran atau jaringan. Sebagai pasukan yang membuat pertahanan, setiap pemain akan mengawal lawan masing-masing dan seboleh-bolehnya cuba untuk merampas semula penguasaan bola. Lazimnya, kawalan dilakukan secara satu lawan satu di mana setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan. Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah menjangkakan arah atau haluan bola yang akan dilontar. Ini termasuklah juga menjangkakan kepada siapa dalam pasukan lawan bola tersebut akan dihantar. 3.1 Cara Mengawal Teknik mengawal juga penting dalam permainan ini: (a) Pemain yang mengawal atau bertahan hendaklah berdiri berhadapan dengan pemain yang menyerang. Jarak kedua-dua pemain ialah 1.3 meter diletakkan di belakang atau rapat dengan badan. (b) Pemain hendaklah menoleh ke belakang sekali-sekala bagi memerhatikan di mana bola berada di samping terus mengawal pemain lawan masing-masing.

(c) Pemain dibolehkan menghulurkan tangan untuk cuba menghalang bola sambil bergerak ke arahnya, dengan syarat jarak antara pemain pertahanan dengan pemain penyerang adalah pada jarak yang dibenarkan. (d) Dalam apa jua cara mengawal, pemain tidak dibenarkan menyentuh pihak lawan.

Untuk mengawal pemain yang mempunyai bola, pemain penghalang boleh menggunakan sebelah atau dua belah tanganya yang dihulurkan ke arah tangan pemain lawan (Rajah 3.1) supaya ia berada di antara jarak balingan dan arah jarak balingan itu. Undang-undang gerak kaki mesti dipatuhi dalam cara kawalan ini. 3.2 Mengawal Zon

Tujuan mengawal cara begini ialah untuk mengawal sesuatu kawasan bermain bagi mengelirukan pihak lawan dan dalam pada masa yang sama mengucar-ngacirkan strategi pasukan penyerang. Cara ini akan membantu pasukan pertahanan merampas bola daripada pihak lawan. Kawalan cara ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian gelanggang tetapi biasanya dilakukan di bahagian tengah dan pertahanan dalam bulatan jaringan.

4. MENJARING Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalam sukan ini. Setiap pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun hanya terdapat dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan iaitu GA dan GS, namun pemain-pemain lain juga perlu mempunyai kemahiran ini. Ini kerana, adakalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik dan dia perlu diganti dengan pemain yang lain. Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana-mana tempat di dalam bulatan jaringan. Yang penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola, kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghalang. Kemahiran membuat jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring. Kawasan jaringan hanya boleh diduduki oleh pemain-pemain GS, GA, GK, dan GD sahaja. Tetapi hanya GS dan GA yang boleh membuat jaringan, sementara yang dua lagi bertindak sebagai penghalang daripada pasukan lawan. Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi penjaring yang baik, seseorang pemain mestilah pantas, cekap dan berhati-hati. Penjaring haruslah pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang dihantar kepadanya. Terdapat beberapa cara jaringan boleh dibuat. Antaranya ialah jaringan statik sebelah tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari.

5. JARINGAN STATIK SEBELAH TANGAN (a) Dengan cara ini, pemain berdiri seimbang dengan berat badannya di atas kedua belah kaki sementara tangan yang membuat jaringan berada di hadapan sedikit. (b) Tangan yang menjaring diluruskan dan tapak tangan terhulur ke atas dengan jari dibuka dan bola berada di atas jari dan ibu jari (bukan di tapak tangan). (c) Tangan pemain dihulurkan ke atas supaya boleh berada sama tinggi dengan paras kepala (atau lebih) dan menumpukan perhatian ke satu arah di bulatan jaringan. (d) Dari kedudukan ini, bengkokkan siku dan bawa bola ke paras muka, dan serentak dengan ini, bengkokkan lutut. (e) Kemudian luruskan lutut dan tolak bola dengan tangan ke arah jaringan. 5.1 Menjaring Sambil Melompat Cara ini sama juga dengan cara menjaring berdiri statik.Cuma bezanya ialah apabila hendak membuat jaringan, penjaring akan melompat dan melepaskan bola ke jaring. Kedudukan badan, kaki dan tangan adalah sama seperti membuat jaringan statik. Kelebihan jaringan cara ini ialah memberi peluang kepada penjaring merapatkan diri dengan gol menerusi lompatannya.

5.2 Menjaring Sambil Berlari Untuk membuat jaringan sambil berlari, undang-undang gerak kaki mestilah dipatuhi. Apabila membuat jaringan, pemain mestilah memastikan laluan ke arah tiang gol lapang dan tidak dihalang oleh pihak musuh supaya memudahkannya menuju ke arah tiang gol. Caranya ialah pemain melompat dengan kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola dan melepaskan bola sambil melompat. Gerakan ini penting dalam kemahiran menjaring cara ini. Kelebihan menjaring cara ini ialah jaringan dapat dibuat dengan pantas dan menyukarkan pemain lawan membuat halangan. Namun menjaring dengan teknik ini memerlukan gabungan kepantasan dan ketepatan yang betul-betul tinggi. Ini dapat dicapai dengan latihan yang berulang-ulang. 6. LOMPATAN (LONJAKAN) Kemahiran melompat atau melonjak mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana sering terdapat pemain yang tidak dapat melompat dengan betul. Melompat merupakan unsur penting dalam sukan ini lebih-lebih lagi apabila pemain berhadapan dengan pihak lawan yang lebih tinggi. Teknik lompatan

(a) Kelajuan berlari hendaklah ditingkatkan supaya dapat mencapai ketinggian lompatan yang maksimum. (b) Semasa melompat, kepala mesti lurus ke atas dan tangan dihulurkan ke atas untuk menangkap.

7. LONTARAN KE DALAM Lontaran atau hantaran ke dalam dibuat apabila bola terkeluar dari kawasan gelanggang. Apabila bola terkeluar, pasukan yang tidak menyentuh bola semasa ia keluar gelanggang akan membuat lontaran ke dalam. Tujuannya ialah untuk meneruskan semula permainan yang terhenti itu. Berikut adalah beberapa peraturan dalam membuat lontaran ke dalam: (a) Pemain yang akan membuat lontaran berdiri di luar gelanggang dengan meletakkan sebelah kakinya berhampiran dengan garisan (jangan berdiri di atas garisan atau memijaknya). (b)Tunggu isyarat daripada pengadil. Pada masa yang sama, perhatian hendaklah ditumpukan kepada pemain yang bakal menerima bola. (c)Apabila pengadil meniupkan wisel, pemain berkenaan dibenarkan membuat lontaran dalam tempoh tiga saat. (d)Pemain tidak dibenarkan memasuki gelanggang sebelum lontarannya terlepas daripada pegangannya. (e)Pasukan lawan dibenarkan membuat halangan kepada pemain yang sedang bersedia untuk melontarkan bola masuk ke dalam gelanggang dengan syarat dia memenuhi peraturan jarak ketika membuat halangan. 8. STRATEGI PERMAINAN Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

8.1 Strategi Untuk Hantaran Tengah Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel.WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol. Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih pantas. 8.2 Strategi Hantaran ke Dalam Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??) Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang. 8.3 Strategi Pertahanan Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 10:55:00 PM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEPAK TAKRAW (1) Gelanggang


Luas gelanggang 13.4 m x 6.1 m, bebas daripada sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi daripada permukaan lantai gelanggang. Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m diukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang diukur 3 m daripada tepi gelanggang dan bebas daripada sebarang rintangan. Garisan tengah - selebar 0.02 m membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.

Garisan suku bulatan - digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m keluar dari tepi suku bulatan itu. Bulatan sepak mula - berjejari 0.3 m digariskan di tengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi. Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.

(2) Tiang

Ketinggian 1.55 m (1.45 m untuk wanita) diukur dari permukaan gelanggang. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m. Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

(3) Jaring

Diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m. Lebarnya 0.7 m dan panjangnya tidak kurang dari 6.1 m selari dengan garisan tengah gelanggang. Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi. Di bahagian atas dan bawah jaring dilapik dengan pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.

Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m (1.42 m untuk wanita) dari pemukaan gelanggang.

(4) Bola Takraw

Bola takraw mesti mempunyai ciri-ciri berikut: 1) Mempunyai 12 lubang. 2) Mempunyai 20 pertemuan silang. 3) Ukuran garis lilit mestilah di antara 0.41m hingga 0.43m(lelaki) dan 0.42m hingga 0.44m (perempuan). 4) Berat bola sebelum dimainkan di antara 170g hingga 180g (lelaki) dan 150g hingga 160g (perempuan). Warna yang digunakan untuk bola takraw ialah warna yang tidak akan menganggu prestasi pemain.

(5) Pemain-pemain

Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain. Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan "Tekong" (server). Dua orang lagi hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri ("Apit Kiri") dan seorang lagi di sebelah kanan ("Apit Kanan").

(6) Peralatan / Pakaian Pemain

Pemain hendaklah memakai jersi / t-shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit.

Jersi / t-shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai 'track-suits'. Ketua regu hendaklah memakai 'Arm Band' di lengan kiri.

(7) Gantian Pemain


Dalam acara regu, setiap regu boleh menamakan maksimum 2 orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap regu dibenarkan membuat maksimum 2 kali pertukaran bagi setiap set. Dalam acara berpasukan, setiap regu boleh menamakan maksimum seorang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping pemain yang sedia ada. Setiap regu dibenarkan membuat maksimum 2 kali pertukaran bagi setiap set. Semua pertukaran hendaklah mendapat kebenaran Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Jika pemain diperintah keluar gelanggang (kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

(8) Kedudukan Pemain Semasa Sepak Mula


Semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia. Sebelah kaki Tekong berada dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mesti berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola. Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mesti berada di dalam suku bulatan masing-masing. Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan di dalam petak gelanggangnya.

(9) Permulaan Permainan dan Sepak Mula

Perlawanan dikendalikan oleh seorang Pengadil (berada di salah satu hujung jaring), seorang Pembantu Pengadil (berada bertentangan dengan Pengadil), seorang Pengadil Rasmi (berada di belakang Pengadil), seorang Pengadil Garisan (di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil). Pengadil dibantu Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan di luar gelanggang. Regu melakukan sepak mula (servis) akan melakukan 3 kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan 3 sepakan berturut-turut.

Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas 3 mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing. Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.

(10) Perkara-perkara Yang Menyebabkan Permainan Batal 1. Pihak Sepak Mula Mana-mana apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis. Tekong tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya. Bola tidak melepasi gelanggang lawan. Pemain menggunakan tangan atau lain-lain bahagian tangan semasa melakukansepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh objek lain bagimembantu melakukannya. Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkanmata buat kali kedua. 2. Pihak Sepak Mula dan Penerima Sepak Mula Melakukan tingkah laku yang menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.

(11) Hukuman

Kad Kuning - Memaki atau mengeluarkan kata-kata kesat. - Berulang kali melanggar Undang-undang Permainan dan Peraturan pertandingan. - Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil. - Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil. Kad Merah - Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh Pengadil. - Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan. - Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton. - Menerima kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama. Kesalahan Kad Kuning Pertama : Amaran biasa. Kesalahan Kad Kuning Kedua : Digantung satu perlawanan. Kesalahan Kad Kuning Ketiga : Digantung dua perlawanan. Kesalahan Kad Kuning Keempat: Digantung serta-merta daripada bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.

Kesalahan Menerima Kad Merah: Digantung serta-merta daripada bermain dalam mana-mana perlawanan sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.

You might also like