You are on page 1of 14

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI PINGGIR LAUT MALYSIA

PANTAI BERPASIR
Kawasan pelancongan dan perkelahan Kawasan pnanaman kelapa Contoh: Port Dickson, Pantai Batu Ferringhi, Pantai Cahaya Bulan

PANTAI BERLUMPUR
Membekalkan sumber kayu bakau Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan Contoh: sekitar muara Sungai Perak, muara Sungai Rajang

PULAU
Kawasan pelancongan Pelabuhan perikanan Pelabuhan antarabangsa Contoh: Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Gaya

TANJUNG
Kawasan rekreasi dan pelancongan Contoh: Tanjung Bidara, Tanjung Dawai, Tanjung Datu

TELUK
Petempatan nelayan Tapak pelabuhan Kawasan perikanan Kawasan perkelahan Contoh: Teluk Kemang, Teluk Ramunia, Teluk Kimanis, Teluk Darvel, TelukMahkota

TEBING TINGGI
Kawasan rekreasi dan pelancongan Tapak rumah api Contoh: Tebing Tinggi Kudat, Tanjung Bungah

PENTAS BENUA
Kawasan perikanan Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli Contoh: Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, merangkumi Laut China Selatan

Saliran dan Kepentingannya


Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut

Sumber Pengairan dan Perikanan Petani dapat menanam padi apabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, Sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.

Ada sungai dan tasik yang dijadikan kawasan ternakan ikan. Contohnya, penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Pahang. Tasik juga dijadikan kawasan ternakan seperti di Tasik Timah Tasoh, Perlis.

Sumber air Air sungai diempang dan disalurkan ke loji rawatan untuk dibersihkan. Contohnya, air Sungai Kelang diempang dan dibersihkan di Empangan Klang Gate. Selepas itu, air dibekalkan untuk pelbagai kegunaan penduduk di Lembah Kelang.

Jalan Perhubungan Sungai Rajang di Sarawak menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan. Sungai Kinabatangan di Sabah digunakan untuk menghanyutkan kayu balak ke kilang untuk diproses. Sungai Tembeling di Pahang pula menjadi laluan masuk pelancong ke Taman Negara di Pahang.

You might also like