You are on page 1of 10

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

Topik Tujuan

: Bahan api : Untuk menentukan nilai bahan api bagi minyak tanah, metanol dan etanol.

Penyelesaian masalah

: Bagaimanakah menentukan nilai bahan api bagi minyak tanah, metanol dan etanol.

Teori

: Tindak balas antara kimia telah dirujukkan sebagai perubahan tenaga.

Tenaga yang diperlukan atau dibebaskan adalah dalam bentuk haba. Haba didefinisikan sebagai pemindahan tenaga yang berlaku di antara dua jasad yang

berada pada suhu yang berlainan. Haba akan berpindah daripada suhu tinggi kepada suhu rendah. Terdapat dua bentuk tindak balas dalam tindak balas larutan iaitu, tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik. Tindak balas eksotermik merupakan tindak balas yang membebaskan tenaga dalam bentuk haba ke sekeliling. Kesannya, oleh sebab pembebasan haba ke sekeliling semasa kelangsungan tindak balas, suhu persekitaran akan meningkat dan campuran tindak balas akan terasa panas. Manakala, tindak balas endotermik pula tenaga tindak balas yang memerlukan haba dalam bentuk haba daripada sekeliling. Penyerapan haba oleh tindak balas akan mengurangkan suhu sekeliling dan campuran tindak balas terasa sejuk.

Rajah 1 : Tindak balas Eksotermik

Rajah 2 :Tindak balas Endotermik

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

Haba pembakaran ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol bahan terbakar dengan lengkap dalam oksigen, O2 yang berlebihan. Maka, haba pembakaran alkohol bertambah dengan jisim molarnya. Peningkatan satu atom karbon dan dua atom hidrogen apabila menuruni siri homolog alkohol menyebabkan peningkatan jisim molar sebanyak 14g. Hal ini menghasilkan peningkatan yang sekata dalam haba pembakaran alkohal. Kandungan tenaga bahan api ditakrifkan sebagai haba pembakaran. Istilah nilai bahan api digunakan bagi haba pembakaran bahan api. Nilai pembakaran ataupun nilai kalori bagi sesuatu bahan adalah kebiasaanya jumlah haba yang dibebaskan oleh bahan tersebut semasa pembakaran jumlah bahan yang tertentu. Ia diukur dalam unit tenaga bagi ( energy per unit of the substance), iaitu, Kcal/kg, J/mol, Btu.m2. nilai pembakaran akan dtentukan dengan menggunakan bomb colorimeter. Antara contoh sumber tenaga ialah bahan api fosil, tenaga suria, bahan api sintetik, tenaga nuklear, tenaga geoterma, tenaga angin, tenaga biojisim, dan tenaga hidroelektrik.

Radas

: Tin kuprum, termometer (0-100)OC, 100cm3 silinder penyukat, neraca elektronik, neraca timbang tiga alur, tungku kaki tiga, pelita, bongkah kayu, dan pengadang angin.

Bahan-bahan Prosedur

: Air, minyak tanah, ethanol dan metanol. :

1. 200cm3 air telah dimasukkan ke dalam tin kuprum dengan bantuan silinder penyukat. 2. Tin kuprum tersebut telah diletakkan di atas kaki tripod. 3. Suhu awal air telah dikira dan direkodkan. 4. Pengadang angin telah diletakkan seperti rajah 1 di bawah.
2

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

5. 50cm3 minyak tanah telah dimasukkan ke dalam pelita. Jisim pelita dan kandungannya telah direkodkan. 6. Pelita tersebut telah diletakkan di bawah tin kuprum seperti ditunjukkan dalam rajah 1 dan sumbu lampu telah dinyalakan. 7. Air di dalam tin kuprum telah dikacau sepanjang eksperimen ini. 8. Nyalaan lampu telah dimatikan setelah air meningkat suhu 30 OC. Suhu tinggi yang dicapai telah direkodkan. 9. Setelah lampu pelita dimatikan, jisim pelita dan kandungannya telah ditimbang dan direkod. 10. Langkah 1 hingga 9 telah diulang dengan menggunakan metanol. 11. Langkah 1 hingga 9 telah diulang dengan etanol.

Rajah 1 : Susunan radas

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

Keputusan Bahan api

: Minyak Tanah 200 30 60 30 280.0 279.0 1.0 Metanol 200 31 61 30 300.0 284.9 15.1 Etanol 200 31 61 30 303.0 287.9 12.1

Isipadu air dalam bekas (cm3) Suhu awal air (oC) Suhu tertinggi air (oC) Peningkatan suhu air (oC) Jisim pelita sebelum pembakaran (g) Jisim pelita selepas pembakaran (g) Jisim bahan api yang telah dibakar (g)

Jadual 1 : Keputusan

Penggiraan

: = suhu tertinggi air suhu awal air

Peningkatan suhu air

Peningkatan suhu air sama bagi setiap ketiga-tiga cecair bahan api ini iaitu 30oC.

Jisim bahan api yang telah dibakar = Jisim pelita sebelum pembakaran- Jisim pelita selepas pembakaran Muatan haba tentu, c = 4.2 J g-1oC-1 Ketumpatan air = 1.0 g cm-3 Haba yang dibebaskan semasa pembakaran cecair bahan api dalam eksperimen ini adalah seperti berikut: Jumlah haba yang dibebaskan, q =mc Jisim air dalambekas kuprum (m) x Muatan haba tentu (c) x Peningkatan suhu () Mengira nilai bahan api : H= q / jisim bahan api yang telah dibakar, m
4

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

I.

Minyak Tanah q = -mc jisim, m = isipadu ketumpatan air m = 200cm3 1.0 g cm-3 m = 200g q = - (200g x 4.2J g-1 oC-1 x 30oC) q = - 25200 J q = - 25.2 kJ

Nilai bahan api H= q / jisim bahan api yang telah dibakar, m H = q / m = -25.2 kJ / 1.0 g = -25.2 kJ g-1

II.

Metanol q = -mc jisim, m = isipadu ketumpatan air m = 200cm3 1.0 g cm-3 m = 200g q = - (200g x 4.2J g-1 oC-1 x 30oC) q = - 25200 J q = - 25.2 kJ

Nilai bahan api H= q / jisim bahan api yang telah dibakar, m H = q / m


5

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

= -25.2 kJ / 15.1 g = -1.67 kJ g-1

III.

Etanol q = -mc jisim, m = isipadu ketumpatan air m = 200cm3 1.0 g cm-3 m = 200g q = - (200g x 4.2J g-1 oC-1 x 30oC) q = - 25200 J q = - 25.2 kJ

Nilai bahan api H= q / jisim bahan api yang telah dibakar, m H = q / m = -25.2 kJ / 12.1 g = -2.08 kJ g-1

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

Perbincangan Soalan Kesimpulan

: : :

Setiap bahan api mempunyai nilai bahan api yang tersendiri. Jumlah nilai bahan api biasanya mencegah oleh jumlah karbon bahawa bahan-bahan tertentu.

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

Refleksi Eksperimen menentukan nilai minyak tanah, etanol dan metanol ini telah dibuat dalam kumpulan. Sebelum menjalankan eksperimen ini, pensyarah kami telah menerangkan beberapa langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan

eksperimen ini. Kami juga telah membaca dan memahami kehendak eksperimen ini dengan teliti. Saya dan rakan-rakan saya telah mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk eksperimen ini di internet dan juga di buku rujukan. Dengan eksperimen ini, saya mendapat tahu ketepatan dalam mengira jisim sesuatu nilai amat penting bagi menjayakan atau mendapatkan keputusan dengan tepat. Sebelum dan selepas menjalankan esperimen ini jisim minyak tanah, etanol dan metanol telah dikira dan direkod dalam jadual keputusan. Hal ini kerana nilai jisim inilah yang memainkan peranan penting dalam keputusan eksperimen ini. Kami telah mengikut beberapa langkah keselamatan ketika mengendalikan esperimen ini. Selain itu, kami juga memastikan tidak mempunyai gangguan luar seperti angin dari kipas ketika mengira jisim bahan minyak tanah dengan bantuan neraca timbang tiga alur dan juga necara elektronik. Hal ini kerana gangguan luar ini akan menyebabkan untuk mendapat nilai jisim bahan yang kurang tepat. Jadi, perkara begini akan menjejaskan untuk mendapat keputusan yang amat tepat. Aktiviti eksperimen ini telah dibuat dalam kumpulan. Dengan perkara ini, nilai kerjasama dan toleransi dapat ditingkatkan dengan baik. Kami juga dapat menjalankan aktiviti ekspeimen ini dengan semangat kumpulan. Setiap ahli kumpulan telah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjayakan eksperimen ini. Sebagai
8

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

pencatat keputusan eksperimen dan juga pengira jisim bahan eksperimen ini, saya telah menjalankan tugas saya dengan sempurna. Aktiviti pratikal ini membantu saya untuk menjadi seorang yang peka ketika menjalankan sesuatu perkara. Di samping itu, saya juga telah pelajari untuk mengira nilai minyak tanah, etanol dan juga metanol. Bahagian soalan ini juga membantu saya untuk menyelesaian beberapa pengiraan. Saya juga dapat mempelajari topik ini dengan baik. Sebelum ini, saya kurang mahir menggunakan neraca timbang tiga alur. Tetapi eksperimen ini telah membantu saya untuk mempelajari cara pengunaannya dengan betul dan juga tepat. Akhirnya, saya dapat menggunakan alat tersebut untuk mengira jisim bahan tersebut. Jadi, eksperimen ini amat membantu saya bagi mempelajari beberapa input atau maklumat yang berkaitan dengan topik ini dengan baik. Saya berpendapat aktiviti pratikal begini amat membantu guru pelatih untuk menjadi seorang yang peka ketika menjalankan sesuatu perkara dengan baik. Jadi, saya berharap pihak maktap ini akan meneruskan eksperimen begini bagi guru pelatih berkursus sains. Akhirnya, saya dan rakan-rakan saya telah dapat menyiapkan laporan eksperimen ini dengan sempurna.

[PRATIKAL 3 : BAHAN API]

SCE 3109

Rujukan Laman web

: :

http://en.wikipedia.org/wiki/Kerosene http://www.human.cornell.edu/dea/outreach/loader.cfm?csmodule=security/getfile&page id=47808

Buku rujukan

10

You might also like