You are on page 1of 25

DOKUMEN PERIBADI PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN NO.

MALAYSIA MATRIK
Sesi :

Lekatkan Gambar Anda Di Sini

PRAKTIKUM

ASRAMA

LDK

Nama Pelajar Kad Pengenalan Nombor Matrik Kursus No Telefon

: ................... : ................... : ......................................................... : ................... : .........................................................

STKM 99/3-Pin 1

PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1.0 SYARAT TAWARAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAWARAN INI TERTAKLUK KEPADA SYARAT BERIKUT: Pelajar bersetuju menerima tempat pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. a. Pelajar dikehendaki menjelaskan yuran yang dikenakan oleh institusi / kolej pengajian semasa pendaftaran. b. Pelajar diwajibkan tinggal di kolej kediaman seperti yang telah ditetapkan. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan. Tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan institusi / kolej pengajian. c. Pelajar wajib menghadiri kuliah, tutoran, amali, kokurikulum dan semua aktiviti rasmi. d. Pelajar dibenarkan memilih SATU sahaja tajaan semasa mengikuti Program Matrikulasi. e. Pelajar tidak dibenarkan berkahwin semasa mengikuti pengajian. Tawaran ini terbatal secara serta merta jika pelajar berkahwin sebelum atau semasa mengikuti pengajian. f. Pelajar tidak menghidap penyakit berjangkit atau berbahaya yang dapat menjejaskan pengajian. 2.0 TANGGUNGJAWAB a. Kelakuan - pelajar dikehendaki berkelakuan selayaknya sebagai seorang pelajar, bertanggungjawab dan mematuhi arahan atau peraturan yang berkuat kuasa di institusi / kolej pengajian. Tindakan tatatertib, tuntutan bayaran ganti rugi dan penamatan pengajian boleh diambil terhadap pelajar sekiranya berlaku sebarang pelanggaran peraturan semasa. b. Kegiatan Politik - Pelajar tidak boleh menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan pertubuhan, badan atau kumpulan yang tujuan atau kegiatan itu pada pendapat kerajaan boleh ditafsirkan bercorak politik. c. Kegagalan - Pelajar yang gagal dalam peperiksaan akan ditamatkan pengajiannya tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. d. Pertukaran Kursus - Pelajar dimestikan mengikuti kursus yang ditetapkan di institusi / kolej pengajian. e. Berhenti atau Menamatkan Pengajian - Pelajar hanya dibenarkan berhenti atau menamatkan pengajian sekiranya menerima tawaran belajar di luar negara dengan tajaan kerajaan atau agensi yang diluluskan oleh Bahagian Matrikulasi.

3.0

HAK KERAJAAN Walau apa pun perbekalan dalam memorandum ini, Kerajaan berhak meminda peraturan dan syarat tersebut di atas dan / atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan pelajar adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaaan juga berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberi sebarang sebab.

BMKPM/02

PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1. MAKLUMAT DIRI PELAJAR a. Tempat lahir b. No. Sijil lahir c. Kumpulan darah d. Bilangan adik beradik i. Lelaki ii. Perempuan iii. Anak ke berapa dalam keluarga. A, B, AB, O dan Lain-lain (Nyatakan)______________________ ____________ ____________ ____________

e. Alamat rumah sekarang f. Alamat surat menyurat (jika berlainan daripada di atas) 2. MAKLUMAT KELUARGA 2.1 MAKLUMAT IBUBAPA a. Nama b. No K/Pengenalan (Baru) c. Pekerjaan Bapa Ibu

d. Nombor Telefon e. Perhubungan ibu-bapa: f. Pelajar sekarang tinggal dengan :

2.2

PENJAGA / WARIS (jika berlainan daripada 2.1) a. Nama : b. K/Pengenalan Baru c. Hubungan dengan pelajar No : i) Saudara Mara / Waris ii) Keluarga Angkat

2.3 WARIS YANG BOLEH DIHUBUNGI JIKA BERLAKU KECEMASAN (senaraikan yang paling dekat dengan kolej) Nama a. b. Nombor telefon Hubungan dengan pelajar

3.0 MAKLUMAT BANK


a. b.

Nama Bank
Nombor Akaun Bank
3

BMKPM/02/01 Pin. 1

AKUAN PERSETUJUAN IBUBAPA/PENJAGA & KESIHATAN PELAJAR


Nama Penuh Ibu/Bapa/Penjaga* No. K.Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga* Nama Penuh Anak/anak jagaan(Pelajar)* No. Kad Pengenalan Pelajar No. Matrik Alamat Rumah (tetap) : ________________________________ : ________________________________ : ________________________________ : ________________________________ : ________________________________ : ________________________________ ________________________________ No. Telefon (rumah/pejabat) : ________________________________

Saya dengan ini mengakui dengan penuh kesedaran bahawa sepanjang pengetahuan saya: 1. Anak/anak jagaan* saya berstatus kesihatan baik dan tidak menghidap penyakit berjangkit/berbahaya yang lain seperti lelah (asma), sawan, jantung, diabetis, batuk kering dan lain-lain untuk membolehkannya belajar di kolej, tinggal di asrama dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti kolej di dalam atau di luar kampus seperti permainan, olahraga, kawat dan lain-lain. Anak/anak jagaan* saya akan menjaga dirinya dengan baik semasa mengikuti semua program yang dijalankan oleh kolej dan mengaku bahawa saya atau sesiapa juga yang berkepentingan terhadap anak/anak jagaan* saya tidak berhak menuntut sebarang ganti rugi/pampasan daripada pihak Kolej/Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Anak/jagaan* saya dibenarkan menyertai apa-apa juga aktiviti yang dianjurkan oleh Kolej/Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa selama pengajiannya dan tidak akan membuat sebarang tuntutan mahkamah terhadap Kolej/Kementerian Pelajaran atas kemalangan atau seumpamanya yang berlaku ke atas anak/jagaan saya. Saya faham bahawa kolej akan mengambil segala langkah keselamatan yang perlu dan sewajarnya. Keizinan diberi kepada anak / anak jagaan* saya untuk menjalani pembedahan / pembedahan gigi dan jika perlu pemberian bius umum atau pelali untuk tujuan rawatan yang keadaan dan tujuannya menurut nasihat/kata putus pihak Hospital Tempatan yang dipersetujui oleh Pengarah Kolej atau wakilnya. Saya faham tiada jaminan bagi saya bahawa pembedahan itu akan dijalankan oleh mana-mana Pegawai Perubatan yang tertentu ataupun perkhidmatan rawatan bius itu dijalankan oleh mana-mana Pegawai Bius yang tertentu.

2.

3.

4.

Tarikh : _______________________________
* Potong yang tidak berkenaan

Tandatangan : ___________________
(Ibu/Bapa/penjaga)*

BMKPM/02/02

PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENGAKUAN BEBAS PENYALAHGUNAAN DADAH


NAMA NO.KAD PENGENALAN KURSUS ALAMAT TETAP : _________________________________________ : _________________________________________ : _________________________________________ : _________________________________________ _________________________________________

ALAMAT ASRAMA

: _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________

Pengakuan Mengenai Dadah a)

Bahawasanya saya seperti nama di atas mengaku tidak terlibat dengan apa jua bentuk penyalahgunaan dadah. Dengan pengakuan ini, saya sedar sekiranya saya pernah terlibat dalam apa jua bentuk penyalahgunaan dadah, saya mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh menandatangani surat ini untuk membuat pengakuan tersebut kepada mana-mana Pegawai HEP. Saya difahamkan bahawa tindakan tatatertib tidak akan diambil sekiranya saya patuhi tempoh ini. Dengan pengakuan ini juga saya sedar bahawa sekiranya saya dikesan menyalahgunakan dadah selepas 14 hari dari tarikh pengakuan ini, taraf saya sebagai pelajar kolej ini dengan sendirinya terbatal. Di hadapan Ibu/Bapa/Penjaga

b)

c)

d)

Tandatangan Pelajar : ................................. Tarikh : .................................

.......................................................... Nama:................................................

BMKPM/02/03

Lampiran
a. Salinan sijil lahir pelajar

Sila lekatkan salinan sijil lahir anda pada petak yang disediakan.

b.

Salinan Kad Pengenalan Pelajar

Sila lekatkan salinan kad pengenalan anda pada petak-petak yang disediakan.

Depan

Belakang

c.

Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa

Sila lekatkan salinan kad pengenalan bapa dan ibu anda pada petak-petak yang disediakan.

Depan ( Bapa)

Belakang

Depan

Belakang

( Ibu)

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN PELAJAR (PPM/BM.1/99-Pin-2) PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SILA BACA ARAHAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MELENGKAPKAN BORANG PERJANJIAN: 1. 2. 3. Gunakan PEN BERDAKWAT HITAM / BIRU sahaja. Lengkapkan maklumat dengan menggunakan huruf besar. Sekiranya berlaku kesilapan, JANGAN DIPADAMKAN tetapi GARIS PADA PERKATAAN yang salah dan pelajar serta penjamin perlu MENURUNKAN TANDATANGAN ringkas di bahagian tepi (kiri borang) selari dengan kesilapan tersebut Urusan melekat dan mematikan setem hasil di borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi (PPM/BM.1/99-Pin-2) hanya akan dilakukan di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia . Bagi perkara 9 dalam surat perjanjian (halaman 6), iaitu no. rujukan surat tawaran, sila gunakan no. rujukan yang terdapat pada surat tawaran yang dicetak oleh pelajar melalui internet. Penjamin: a. Penjamin boleh terdiri daripada BAPA atau IBU atau PENJAGA tanpa mengira umur atau kedudukan kewangan. Penjamin perlu melengkapkan butiran pada halaman 7. b. Sekiranya penjamin BUKAN bapa atau ibu atau penjaga, penjamin mesti mempunyai purata pendapatannya tidak kurang daripada RM500.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun. c. Penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian TIDAK boleh menarik diri daripada menjadi penjamin kecuali jika hilang kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam surat perjanjian. d. Penjamin dan pelajar hendaklah menurunkan tandatangan ringkas pada setiap muka surat perjanjian iaitu di sebelah kanan bawah. Saksi a. Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani borang perjanjian pada halaman 6 dan 7 di hadapan saksi. b. Seorang saksi boleh menjadi saksi kepada pelajar dan penjamin. c. Saksi hendaklah melengkapkan butiran dirinya pada halaman 6 dan 7. d. Syarat-syarat untuk menjadi saksi ialah : i. Warganegara Malaysia. ii Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun iii. Mempunyai taraf atau memegang mana-mana satu jawatan berikut : Ahli Dewan Negara / Ahli Dewan Rakyat / Ahli Dewan Undangan Negeri / Jaksa Pendamai / Penghulu atau Penggawa / Ketua Kampung / Pegawai dan kakitangan kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional . Setiap saksi hendaklah menggunakan cap rasmi jawatan dan jabatannya. Penggunaan cap bagi pihak seperti b.p. Ketua Setiausaha, b.p. Ketua Pengarah, b.p. Pengetua dan sebagainya adalah dilarang. Kosongkan ruangan tarikh pada halaman 1. Kosongkan ruangan akhir perjanjian halaman 7 yang bermula dengan ayat .: Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh: (Semua ruangan ini dan seterusnya untuk diisi oleh Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia / Bahagian Matrikulasi sahaja).

4.

5.

6.

7.

8. 9.

Ruang lekatkan

setem hasil RM 10
(PPM/BM.1/99-Pin-2)

PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN PELAJAR MATRIKULASI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


PERJANJIAN ini dibuat pada . haribulan ....
(Kosongkan) (Kosongkan)

tahun . ( . ) ANTARA


(Kosongkan) (Kosongkan)

.. No. K/P


(Nama Pelajar Huruf Besar) (No. K/P Pelajar)

yang beralamat di .


(Alamat tetap pelajar)

.......................................................................................................................................... dan yang dilahirkan pada ( kemudian daripada ini dipanggil
(Tarikh lahir pelajar)

PELAJAR) sebagai pihak yang pertama DENGAN Kerajaan Malaysia diwakili oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia beralamat di Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 6-7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, (kemudian daripada ini dipanggil KERAJAAN) sebagai pihak yang kedua, DAN ... No.K/P....
(Nama Penjamin/Ibubapa) (No.K/P Penjamin/Ibubapa) (Alamat tetap Penjamin/Ibubapa)
..................................................................................................................................................................................................

yang beralamat di .......

dan dilahirkan pada (kemudian daripada ini dipanggil PENJAMIN,) sebagai pihak yang ketiga adalah MENYAKSIKAN seperti berikut: BAHAWASANYA Kerajaan telah bersetuju mengadakan suatu Program Matrikulasi (kemudian daripada ini dipanggil PROGRAM) bagi pelajar ini dan pelajar ini telah bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat. DAN BAHAWASANYA penjamin ini telah bersetuju menjamin penyempurnaan kewajipan-kewajipan pelajar ini. MAKA OLEH YANG DEMIKIAN 1. PELAJAR dengan kelulusan dan persetujuan PENJAMIN dengan ini bersetuju: akan memulai dan dengan sesungguhnya meneruskan Program Matrikulasi dan menduduki semua ujian dan peperiksaan yang disyaratkan dalam kursusnya di mana-mana kolej atau institut yang diluluskan oleh Kerajaan dan bahawa ia
10

hendaklah menyempurnakan kursus tersebut dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan. 2. Sebagai balasan bagi hal-hal yang tersebut di atas, maka KERAJAAN dengan ini bersetuju (a) membayar belanja pengajian dan penginapan/asrama sepanjang pengajian pelajar. Semua elaun / pembiayaan akan diuruskan oleh Bahagian/Institusi Pengajian berkenaan yang akan membuat pembayaran / pemotongan yang sewajarnya mengikut peraturan Institusi. akan membayar jumlah elaun wang saku sebanyak RM1250.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Dua Ratus Lima Puluh sahaja) satu semester atau sejumlah yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan bagi pelajar yang layak. (Sekiranya pelajar ini gagal menamatkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan di atas apa-apa sebab sekalipun, maka pelanjutan atau tambahan masa berkursus dan pembayaran elaun adalah bergantung kepada budi bicara dan kelulusan Kerajaan); akan membayar atau membayar balik atau dengan jalan lain menanggung belanja, sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan atau oleh wakilnya, akan tambang kapal terbang kelas ekonomi, sekali sahaja pada awal dan akhir pengajian iaitu dari lapangan terbang terdekat dengan Institusi Pengajian ke lapangan terbang terdekat dengan tempat tinggal dan sebaliknya, bagi pelajar dari Semenanjung yang mengikuti Program Matrikulasi di Sabah dan Sarawak, atau dari Sabah atau Sarawak yang mengikuti Program Matrikulasi di Semenanjung. Dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa jika sekiranya pada bila-bila masa dalam masa Perjanjian ini masih berkuat kuasa, PENJAMIN itu mati atau tidak lagi bermastautin di Malaysia ataupun berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan kalendar berturut-turut ataupun menjadi bangkrap atau menerima suatu perintah pentadbiran pemakan gaji, maka bagi tiap-tiap hal yang demikian itu, pelajar ini atau penjamin yang masih ada, hendaklah mendapatkan seorang mengikut mana yang berkenaan untuk menggantikan penjamin yang mula-mula tersebut itu; dan tiada seorang jua boleh menggantikan penjamin itu melainkan orang itu boleh diterima oleh Kerajaan dan ia bersetuju menjadi seorang penjamin mengikut syarat-syarat Perjanjian ini. Jika sekiranya tiadalah seorang jua seperti yang tersebut di atas didapati dapat menggantikan penjamin yang tersebut dalam perenggan kecil (a) maka Kerajaan boleh menurut pilihan, pada bila-bila masa, menamatkan Perjanjian ini dan kemudiannya pelajar ini tidaklah lagi mempunyai tuntutan-tuntutan atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.

(b)

(c)

3.

(a)

(b)

11

4.

Selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa semasa dalam tempoh kursusnya, PELAJAR: (a) hendaklah tertakluk dan menunjukkan dan mencapai kejayaan yang memuaskan dalam kursusnya; Pelajar yang gagal dalam peperiksaan atau tidak memperolehi syarat minimum yang ditetapkan akan diberhentikan daripada pengajian; hendaklah mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan/atau institut berkenaan, dalam mana-mana kegiatan kolej atau institut tersebut yang ia dikehendaki menghadirinya atau di tempat lain di bawah arahan kolej atau institut tersebut yang kursus itu mungkin dijalankan; hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan panduan peraturan tatatertib yang ditetapkan dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau sebarang yang menutup muka semasa menghadiri syarahan, kuliah, tutorial, latihan amali, gerak kerja kokurikulum dan sebagainya; tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa cara jua pun yang pada pendapat Kerajaan mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik Kerajaan; tidak boleh menduduki peperiksaan selain peperiksaan yang bersabit dengan kursusnya atau peperiksaan lain yang dipersetujui secara bertulis oleh Bahagian; tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan atau menjalankan sebarang pekerjaan sama ada yang berpendapatan atau tidak, kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan Kerajaan secara bertulis. hendaklah menjelaskan yuran (selain yuran pengajian dan yuran penginapan) yang dikenakan oleh Institusi Pengajian dan Kerajaan. (Pelajar yang gagal menjelaskan yuran sepenuhnya yang ditetapkan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan). hendaklah tinggal di asrama seperti yang telah ditetapkan. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian. Tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan. hendaklah menghadiri kuliah, tutoran, amali dan semua aktiviti rasmi. tidak boleh mengikuti sebarang tawaran pengajian atau kursus lain tanpa persetujuan bertulis daripada kerajaan.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

(i) (j)

12

5.

Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa pada bila-bila masa dalam masa Perjanjian ini berkuat kuasa, iaitu dalam tempoh kursusnya dan kemudian daripadanya sehingga tamat tempoh pengajiannya di bawah Fasal 1 Perjanjian ini PELAJAR TIDAK BOLEH: (a) mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat Kerajaan adalah memudaratkan kepentingan Kerajaan Malaysia atau sesuatu institut pendidikan; menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan suatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh pertubuhan, badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat kerajaan adalah memudaratkan kepentingan Kerajaan Malaysia atau sesuatu institut pendidikan; menyedia, mencetak, membahagi-bahagi atau mengedar atau mengambil dengan apa-apa bahan yang pada pendapat Kerajaan adalah memudaratkan kepentingan Kerajaan Malaysia atau sesuatu institut pendidikan; membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pendapat Kerajaan adalah memudaratkan kepentingan Kerajaan Malaysia atau sesuatu institut pendidikan. mengambil bahagian dalam kegiatan yang difikirkan oleh Kerajaan tidak selaras dengan kepentingan pelajar atau kepentingan Kerajaan Malaysia, dan apabila pelajar diberitahu oleh Kerajaan bahawa apa-apa kegiatan yang diceburi oleh pelajar tidak selaras dengan kepentingan pelajar atau kepentingan negara, maka pelajar hendaklah berhenti dengan sertamerta daripada mengambil bahagian selanjutnya; memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan dan Kerajaan, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu; menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan pertubuhan, badan atau kumpulan yang tujuan atau kegiatan itu pada pendapat kerajaan boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan, dan kerajaan mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu;

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

13

(h)

berkahwin semasa tempoh pengajiannya, (pelajar yang berkahwin sebelum mendaftar bagi kursus ini, secara automatik tidak layak mengikuti kursus ini dan akan diberhentikan). Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap mana-mana had atau syarat dalam Fasal 4 dan 5 Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengikut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak Kerajaan di bawah Perjanjian ini, PELAJAR tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini. Penamatan Perjanjian ini menurut perenggan (a) ini adalah muktamad.

6.

(a)

(b) 7.

Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PELAJAR (a) meninggalkan kursusnya sebelum sempurnanya persetujuan Kerajaan secara bertulis; atau kursus ini tanpa

(b)

menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan mengikut Fasal 3 Perjanjian ini; atau dibuang dari kolej atau institut oleh Kerajaan atas sebab kelakuan dan tatatertib, kegiatan atau enggan atau oleh kerana salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak sesuai meneruskan pengajian selama tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 1 Perjanjian ini, atau dibuang daripada kursus kerana salah laku, kecuaian atau tidak mengendahkan kewajipan-kewajipan dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 1 Perjanjian ini; atau pada bila-bila masa berkuatkuasanya Perjanjian ini didapati telah diterima mengikut kursus ini dengan memberi keterangan-keterangan yang salah, mengemukakan dokumen palsu, menyembunyikan hal-hal dan butir-butir keterangan atau dengan melakukan tipu daya dalam apa cara jua; atau menimbulkan masalah kes tatatertib di bawah Akta 174 atau yang melibatkan kes-kes mahkamah akan ditahan elaun wang saku mereka sehingga selesai proses perbicaraan. telah melanggar syarat-syarat perjanjian yang menyebabkan Perjanjian ini ditamatkan oleh Kerajaan di bawah Fasal 6 Perjanjian ini;

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, PELAJAR dan PENJAMIN hendaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, penerima-penerima serah hak mereka, membayar ganti rugi kepada Kerajaan, apabila diminta dalam tempoh enam puluh hari wang sejumlah RM1250.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Dua Ratus Lima Puluh Sahaja)
14

satu semester bagi jurusan sains dan jurusan perakaunan atau sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan. 8. Dengan ini dipersetujui dan diakui walau apapun syarat yang tersebut di atas, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada sebulan kepada pelajar ini dan kemudiannya segala faedah dan tanggungan PELAJAR dan PENJAMIN DI BAWAH Perjanjian ini adalah terhenti. Dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Surat Tawaran Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Rujukan Nombor KP (BM) ......................................... bertarikh ......................... dan Syarat Tawaran Program Matrikulasi hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. Sekiranya terdapat percanggahan antara Surat Tawaran dan Syarat Tawaran Program Matrikulasi dengan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini hendaklah terpakai. PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah MEMBACA DAN MEMAHAMI dengan menurunkan tandatangan serta meteri mereka pada haribulan yang mula-mula tertulis di atas. Ditandatangani .oleh
(Tandatangan Pelajar)

9.

. PELAJAR tersebut di hadapan


(Nama Penuh Pelajar dengan Huruf Besar)

Nama Saksi .


(Huruf Besar)

No. K/P Saksi .. Pekerjaan Saksi .. Alamat Tetap Saksi Tandatangan Saksi

Cap Jawatan & Jabatan:

15

PENJAMIN
Ditandatangani ..oleh
(Tandatangan Penjamin)

..PENJAMIN TERSEBUT di hadapan


(Nama Penjamin dengan Huruf Besar)

Nama Saksi .. No.K/P Saksi Pekerjaan Saksi ... Alamat Tetap Saksi . . Tandatangan Saksi Cap Jawatan & Jabatan
(Huruf Besar)

Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh: .Cap Jawatan & Jabatan:
(Tandatangan)

.
(Nama dengan Huruf Besar)

di hadapan Nama Saksi Kerajaan .


(Huruf Besar)

No. K/P .. Pekerjaan Saksi Kerajaan .. Alamat Saksi Kerajaan . Tandatangan Saksi Kerajaan

Cap Jawatan & Jabatan:

16

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012 / 2013
1.0 PENDAHULUAN Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2012/2013. Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan. 2.0 JAWAPAN KEPADA TAWARAN Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk ; 2.1 2.2 Menolak Tawaran - Abaikan tawaran yang diterima dan tidak perlu mendaftar. Menerima Tawaran - Saudara perlu mengambil tindakan berikut; a. Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan membayar kepada Pengarah Kolej Matrikulasi saudara ditempatkan. b. Membuka akaun untuk tujuan pembayaran elaun wang saku: i. Akaun GIRO dan membuat Kad ATM Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut: Kolej Matrikulasi Melaka / Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan / Kolej Matrikulasi Pulau Pinang / Kolej Matrikulasi Perlis / Kolej Matrikulasi Johor / Kolej Matrikulasi Perak / Kolej Matrikulasi Teknikal Johor ii. Akaun dan membuat Kad ATM Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut: Kolej Matrikulasi Kedah / Kolej Matrikulasi Labuan / Kolej Matrikulasi Teknikal / Kedah Kolej Matrikulasi Selangor/ Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang . iii. Akaun dan membuat Kad ATM Bank Islam, jika saudara ditempatkan di kolej berikut: Kolej Matrikulasi Pahang. Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan hanya ada satu penama sahaja. c. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1). d. Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Dokumen Peribadi Pelajar. e. Mendaftar pada 28 Mei 2012 di kolej yang ditetapkan.

3.0

YURAN 3.1 Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah, Jurusan Sains ( PST /PDT) /Teknikal Perakaunan Jumlah RM 550.00 RM 480.00

17

3.2

Pembayaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa bersama-sama salinan surat tawaran. Pembayaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.

4.0

PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada 21 Mei 2012 (Ahad) bagi Kolej Matrikulasi Labuan, 27 Mei 2012 (Ahad) bagi Kolej Matrikulasi Kedah dan 28 Mei 2012 (Isnin) bagi Kolej Matrikulasi di Semenanjung Malaysia. Sekiranya tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran ini. Sila bawa bersama-sama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:a. Salinan slip yuran pendaftaran yang telah dijelaskan di BSN. b. Surat tawaran yang dicetak melalui internet . c. Dokumen Peribadi Pelajar yang lengkap diisi (dicetak melalui internet). d. Borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar matrikulasi yang lengkap diisi dalam dua salinan (dicetak melalui internet). e. Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping). f. Gambar berwarna berukuran pasport (minimum 4 keping) g. Keperluan harian peribadi (SILA RUJUK LAMPIRAN 1 ). Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia wajib tinggal di kolej kediaman yang ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak akan dilayan.

4.2

4.3

5.0

PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN Penampilan kemas dan sopan sebagai pelajar kolej matrikulasi KPM.

6.0

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman.

7.0

PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI 7.1 Pelajar Lelaki a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm. lebarnya. b. Berkasut kulit / PVC. Pelajar Perempuan a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. b. Berkasut kulit / PVC bertutup.

7.2

8.0

PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 8.1 8.2 Calon yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan pelajar tidak dibenarkan berkahwin sepanjang tempoh mengikuti pengajian program matrikulasi. Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej.
18

9.0 BANTUAN KEWANGAN 9.1 9.2 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 atau sebanyak yang ditetapkan akan diberi kepada semua pelajar pada setiap semester.

10.0

URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN Saudara perlu mengurus sendiri kedatangan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan.

11.0

PENUTUP Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hubungi kolej dimana saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, bayaran yuran dan sebagainya. Lampiran 1 KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)

Pelajar Lelaki 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kemeja berlengan panjang Seluar panjang ( slack) berwarna gelap Tali leher Baju Melayu (Pelajar Islam) Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam) Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) Baju T berkolar Selimut Kasut kulit/ PVC 3 helai 3 helai 1 helai 1 pasang 1 buah 2 pasang 3 helai 1 helai 1 pasang 1 pasang 3 pasang 2 helai

10. Kasut sukan 11. Sarung kaki 12. Seluar trek 13. Keperluan peribadi yang lain 14. Sarung bantal dan cadar Pelajar Perempuan 1. 2. 3. Pakaian (sopan dan kemas). Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) Baju T berkolar dan berlengan panjang serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki

3 pasang 2 pasang 2 helai

19

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012 / 2013
1.0 PENDAHULUAN Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2012/2013. Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan. 2.0 JAWAPAN KEPADA TAWARAN Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk ; 2.1 Menolak Tawaran - Abaikan tawaran yang diterima dan tidak mendaftar semasa hari pendaftaran pelajar baru. Menerima Tawaran - Saudara perlu mengambil tindakan berikut, a. Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan membayar kepada Pengarah Kolej Matrikulasi saudara ditempatkan. b. Membuka akaun untuk tujuan pembayaran elaun wang saku: Akaun GIRO dan membuat Kad ATM Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut: i. Kolej Matrikulasi Melaka / Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan / Kolej Matrikulasi Pulau Pinang / Kolej Matrikulasi Johor / Kolej Matrikulasi Perak. ii. Akaun dan membuat Kad ATM Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut: Kolej Matrikulasi Kedah / Kolej Matrikulasi Labuan / Kolej Matrikulasi Selangor iii. Akaun dan membuat Kad ATM Bank Islam, jika saudara ditempatkan di kolej berikut: Kolej Matrikulasi Pahang. Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan hanya ada satu penama sahaja. c. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1). d. Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Dokumen Peribadi Pelajar. e. Mendaftar pada 28 Mei 2012(ISNIN)di kolej yang ditetapkan.

2.2

3.0

YURAN 3.1 Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah, Jurusan Sains (PDT) tahun Pertama (2012/2013) Sains (PDT) tahun Kedua (2013/2014) Jumlah RM 550.00 RM 290.00

20

3.2

Pembayaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa bersama-sama salinan surat tawaran. Pembayaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.

4.0

PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada 21 Mei 2012 (Ahad) bagi Kolej Matrikulasi Labuan, 27 Mei 2012 (Ahad) bagi Kolej Matrikulasi Kedah dan 28 Mei 2012 (Isnin) bagi Kolej Matrikulasi di Semenanjung Malaysia. Sekiranya tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran ini. Sila bawa bersama-sama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:4.2.1 Salinan slip yuran pendaftaran yang telah dijelaskan di BSN. 4.2.2 Surat tawaran yang dicetak melalui internet. 4.2.3 Dokumen Peribadi Pelajar yang lengkap diisi. ( dicetak melalui internet) 4.2.4 Borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar matrikulasi yang lengkap diisi dalam dua salinan (dicetak melalui internet). 4.2.5 Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping). 4.2.6 Gambar berwarna berukuran passport (minimum 4 keping) 4.2.5 Keperluan harian peribadi (SILA RUJUK LAMPIRAN 1 ). Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia wajib tinggal di kolej kediaman yang ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak akan dilayan.

4.2

4.3

5.0

PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN Penampilan kemas dan sopan sebagai pelajar kolej matrikulasi KPM.

6.0

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman.

7.0 PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI 7.1 Pelajar Lelaki a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm. lebarnya. b. Berkasut kulit / PVC. Pelajar Perempuan a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. b. Berkasut kulit / PVC bertutup.

7.2

8.0

PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 8.1 8.2 Calon yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan tidak dibenarkan berkahwin sepanjang tempoh mengikuti pengajian program matrikulasi. Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej.
21

9.0

BANTUAN KEWANGAN 9.1 9.2 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 atau sebanyak yang ditetapkan akan diberi kepada semua pelajar pada setiap semester.

10.0

URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN Saudara perlu mengurus sendiri kedatangan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan.

11.0

PENUTUP Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hubungi kolej dimana saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, bayaran yuran dan sebagainya. Lampiran 1 KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)

Pelajar Lelaki 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kemeja berlengan panjang Seluar panjang ( slack) berwarna gelap Tali leher Baju Melayu (Pelajar Islam) Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam) Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) Baju T berkolar Selimut Kasut kulit/ PVC 3 helai 3 helai 1 helai 1 pasang 1 buah 2 pasang 3 helai 1 helai 1 pasang 1 pasang 3 pasang 2 helai

10. Kasut sukan 11. Sarung kaki 12. Seluar trek 13. Keperluan peribadi yang lain 14. Sarung bantal dan cadar

Pelajar Perempuan 1. 2. 3. Pakaian (sopan dan kemas). Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) Baju T berkolar dan berlengan panjang serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki
22

3 pasang 2 pasang 2 helai

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012 / 2013 (KOLEJ MARA)
1.0 PENDAHULUAN Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2012/2013. Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej MARA sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan. 2.0 JAWAPAN KEPADA TAWARAN Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk ; 2.1 Menolak Tawaran - Abaikan tawaran yang diterima dan tidak perlu mendaftar. 2.2 Menerima Tawaran - Saudara perlu mengambil tindakan berikut, a. Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan membayar kepada Pengarah Kolej MARA saudara ditempatkan. b. Membuka akaun untuk tujuan pembayaran elaun wang saku: ( sila rujuk ke kolej MARA saudara ditempatkan untuk maklumat lanjut) c. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1). d. Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Dokumen Peribadi Pelajar. e. Mendaftar pada 28 Mei 2012 (ISNIN) di kolej yang ditetapkan. 3.0 YURAN 3.1 Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah, Jurusan Sains (Kolej MARA Kulim) Perakaunan (Kolej MARA Kuala Nerang) 3.2 Jumlah RM 500.00 RM 500.00

Pembayaran yuran adalah pada hari pendaftaran dengan menggunakan MONEY ORDER atau BANK DRAF atas nama PENGARAH KOLEJ MARA KUALA NERANG atau bayaran tunai untuk Kolej MARA KUALA NERANG. Untuk pembayaran yuran Kolej MARA KULIM hanya melalui Bank Draf yang dikeluarkan oleh mana-mana cawangan CIMB bank sahaja. Atas nama: Akaun Pungutan Kolej MARA Kulim (Wang pos/tunai tidak diterima). Sila rujuk kepada Kolej MARA yang saudara ditempatkan untuk maklumat lanjut.

3.3

23

4.0

PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada 27 Mei 2012 (Ahad). Sekiranya tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran ini. Sila bawa bersama-sama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:a. b. c. 4.3 Surat tawaran yang dicetak melalui internet sahaja. Dokumen Peribadi Pelajar yang lengkap diisi (dicetak melalui internet). Keperluan harian peribadi (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).

4.2

Semua pelajar wajib tinggal di kolej kediaman yang ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak akan dilayan.

5.0

PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN Penampilan kemas dan sopan sebagai pelajar kolej ( sila rujuk kolej saudara ditempatkan).

6.0

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB.

7.0

PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI 7.1 Pelajar Lelaki a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm. lebarnya. b. Berkasut kulit / PVC. 7.2 Pelajar Perempuan a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. b. Berkasut kulit / PVC bertutup.

8.0

PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 8.1 8.2 Calon yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan pelajar tidak dibenarkan berkahwin sepanjang tempoh mengikuti pengajian program matrikulasi. Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej.

9.0

BANTUAN KEWANGAN 9.1 9.2 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh MARA. Elaun Wang Saku (sila rujuk kepada kolej saudara ditempatkan).

10.0

URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN Saudara perlu mengurus sendiri kedatangan ke kolej MARA yang ditawarkan.

24

11.0

PENUTUP Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hubungi kolej dimana saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, bayaran yuran dan sebagainya. Lampiran 1 KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)

Pelajar Lelaki 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kemeja berlengan panjang Seluar panjang ( slack) berwarna gelap Tali leher Baju Melayu (Pelajar Islam) Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam) Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) Baju T berkolar Selimut Kasut kulit/ PVC 3 helai 3 helai 1 helai 1 pasang 1 buah 2 pasang 3 helai 1 helai 1 pasang 1 pasang 3 pasang 2 helai

10. Kasut sukan 11. Sarung kaki 12. Seluar trek 13. Keperluan peribadi yang lain 14. Sarung bantal dan cadar

Pelajar Perempuan 1. 2. 3. Pakaian (sopan dan kemas). Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) Baju T berkolar dan berlengan panjang serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki 3 pasang 2 pasang 2 helai

25

You might also like