You are on page 1of 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KEROHANIAN DAN DISIPLIN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4 PISMP TESL 2, TESL 3 DAN

PENGAJIAN AGAMA 1 AMBILAN JANUARI 2012

Pada 3-5 Oktober, 2013, seramai 72 orang guru pelatih unit PISMP Tesl 2, Tesl 3, dan Pengajian Agama Islam 1 bersama pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan guru Kampus Dato Razali Ismail telah menyertai dan menghadiri aktiviti Program Anak Angkat di Kampung Kayu Kelat, Jerteh, Besut Terengganu dibawah Program Bina Insan Guru Fasa 4 Tahun 2013 anjuran bersama IPG Kampus Dato Razali Ismail dan JKKK Kampung Kayu Kelat. Saya, Gabrial Lucas Lee dan saudara Muhammad Shafiq bin Abdul Hamid telah ditugaskan untuk mengetuai ahli jawatan kuasa untuk bahagian kerohanian dan disiplin dimana urusan kami juga tertakluk diwahan arahan pensyarah ahli jawatan kuasa kerohanian dan kebajikan iaitu Encik Azlan Bin Jaafar. Malangnya aktiviti kerohanian slot moral telah dibatalkan pada petang hari pertama atas keadaan cuaca yang tidak mengizinkan pergerakkan kami. Akan tetapi, aktiviti solat berjemaah di surau masih dapat dijalankan bertemankan guru pelatih dari rumah angkat mereka yang jaraknya dekat dengan loksi surau Kampung Kayu Kelat. Bagi pelajar bukan muslim, arahan telah diberi untuk meneruskan aktiviti dengan keluarga angkat masing-masing. Hari kedua Jumaat, kelihatan semua aktiviti kerohanian berjalan lancar di Surau bermula dengan solat subuh, begitu juga dengan solat asar dan solat maghrib. Guru pelatih bukan muslim juga diarahkan untuk meneruskan aktiviti dengan keluarga angkat masing-masing. Manakala aktiviti kerohanian untuk hari ke-tiga pula telah diuruskan oleh guru-guru pelatih sewaktu sesi urus diri.

Disediakan oleh,

.. (GABRIEL LUCAS LEE) Ketua AJK Kerohanian dan Disiplin, Program Bina Insan Guru Fasa 4, IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu.

You might also like