You are on page 1of 2

LAPORAN PROJEK PENUBUHAN KELAB KOMPANG SEKATE Pada minggu kedua internship, seramai empat orang guru pelatih

dari IPG Kampus Dato Razali Ismail telah bercadang untuk menambah satu lagi projek di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah. Setelah berbincang secara bersama kami bercadang ingin menubuhkan satu kelab kompang sekolah. Kelab ini bertujuan bagi menambahkan lagi variasi aktiviti persatuan dan kelab di sekolah ini. Kami telah berbincang dengan GPK Kokurikulum En Azman Bin Che Mokhtar dengan projek yang bakal dilaksanakan ini. Projek ini telah disambut baik oleh beliau dan kami diberi kebenaran untuk melaksanakan projek ini. Kemudiannya kami telah berbincang dengan Pn Zuraida Binti Mohamad untuk meminta beliau memegang jawatan sebagai guru penasihat bagi kelab kompang sekolah. Hasil perjumpaan tersebut, beliau juga bersetuju untuk dilantik menjadi guru penasihat bagi kelab kompang sekolah. Pada minggu ini juga, kami telah menyiapkan kertas kerja berkaitan penubuhan kelab kompang. Kelab kompang ini dinamakan Kelab Kompang Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah ataupun kelab kompang SEKATE. Kemudiannya kertas kerja ini dihantar kepada guru besar untuk meminta kelulusan. Berdasarkan perjumpaan dengan guru besar, beliau menyambut baik hasrat penubuhan kelab kompang ini berdasarkan kejayaan pasukan kompang sekolah sebelum ini yang menadapat tempat keduan dalam pertandingan kompang formasi peringkat daerah Kuala Terengganu. Akhirnya kertas kerja ini telah diluluskan oleh guru besar. Kelab ini secara rasminya telah ditubuhkan pada perjumpaan kali pertama kelab iaitu pada 11 Julai 2013. Hasil daripada perjumpaan tersebut, seramai 35 orang murid telah datang secara sukarela untuk belajar paluan kompang. Pada perancangan kami, latihan kompang ini akan berterusan sehinggalah kami habis minggu internship dan akan disambung sehingga kami tamat pengajian di IPG Kampus Dato Razali Ismail pada bulan November 2013 ini. Perjumpaan akan diadakan pada setiap hari khamis selepas waktu persekolahan pada pukul 2.00 petang.

Ahli kelab akan dilatih dengan pukulan asas kompang yang terdapat dalam jenis- jenis paluan kompang Ezhar. Impian dan hasrat kami terhadap projek penubuhan kelab kompang ini adalah bagi melahirkan satu pasukan kompang sekolah yang dapat mewarnai dan menambahkan seri majlis- majlis yang diadakan di sekolah ini disamping majlis- majlis yang terdapat di kawasan sekitar sekolah. Kami mengharapkan usaha dan gerak kerja kami ini mendapat perhatian warga SKKT tentang kewujudan kelab ini dan sama- sama menyokong penubuhan kelab ini demi kebaikan bersama dalam menjayakan penganjuran sesuatu program.

Disediakan oleh,

24 Julai 2013

(SHAIFULLAH BIN HASAN BASRI) Jurulatih Utama Kelab Kompang SEKATE, Guru Pelatih Sek. Keb. Kampong Tengah.

You might also like