You are on page 1of 1

DADU GERGASI CARA BERMAIN: 1. Lambung dadu gergasi melepasi aras kepala. 2.

Jika pergerakan kumpulan maju, peserta di belakang bergerak ke hadapan mengikut nilai angka pada dadu. 3. Jika pergerakan kumpulan mengundur, peserta di depan bergerak ke belakang semula mengikut nilai angka pada dadu.

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN LAMBUNG DADU GERGASI: 1. Permainan ini mempunyai titik permulaan dan titik penamat. 2. Setiap pemain dari setiap kumpulan mesti melambung dadu gergasi. 3. Dadu gergasi mesti dilambung melepasi aras kepala. 4. Pergerakan kumpulan ke garisan penamat adalah mengikut nilai angka melalui lambungan dadu tersebut. 5. Pasukan yang melangkah ke garisan penamat terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. 6. Jika lambungan dadu gergasi menunjukkan nilai angka 1 dan 3, kumpulan tersebut mesti mengundur mengikut nilai angka dadu gergasi yang dilambung.

KESALAHAN YANG MENYEBABKAN PENYERTAAN PASUKAN DIBATALKAN: 1. Pasukan tidak melambung dadu melebihi paras kepala. 2. Peserta yang berada di belakang tidak mengangkat tangan ke belakang rakannya yang berada di hadapan untuk mengukur jarak semasa melangkah ke hadapan atau mengundur ke belakang. 3. Melangkah ke hadapan melebihi angka yang ditunjukkan pada dadu. 4. Mengundur kurang daripada angka yang ditunjukkan pada dadu. 5. Tidak mengikuti laluan yang telah ditetapkan.

You might also like