You are on page 1of 2

1/21/2014

Tujuan dan Matlamat

|Laman Utama | Sinopsis | Motto/ Visi/ Misi | Tujuan/ Matlamat | Keahlian | Rangka Program | Perhubungan | | Program 2006 | 2007| 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013| Galeri Video | Sumbangan derma disalurkan ke akaun BIMB (Bank Islam Malaysia Be rhad) No.Ak aun: 10016010054313 atas nam a: Yayasan Am al Malaysia C awangan Sabah Al-R ajhi No. Ak aun : 19200-1110830185 atas nam a: Yayasan Am al Malaysia (Am al)

TUJUAN & MATLAMAT Untuk melahirkan anggota-anggota yang akan menjadi rakyat yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Menggerak dan mendidik ahli-ahli sebagai agen-agen pembangun masyarakat dan kemanusiaan. Mengumpul ahli-ahli bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan rekreasi. Mewujudkan satu jalinan kerjasama di kalangan ahli-ahli bagi menjana satu formula ke arah mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan mereka kepada anggota dan masyarakat umum dalam mencapai kecemerlangan pendidikan yang berterusan, ketinggian akhlak serta kesepaduan ilmu, iman dan amal. Melaksanakan pelbagai aktiviti yang positif di dalam melahirkan ahli-ahli yang berketrampilan, mapan, berilmu, bertaqwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam masyarakat. Menggerakkan program sukarelawan masyarakat, seperti khidmat masyarakat, bantuan bencana alam, gotong royong dan bantuan kecemasan. Bersama kerajaan di dalam menangani masalah gejala social di kalangan masyarakat. Menjalankan aktiviti perekonomian, perniagaan, pelaburan berlandaskan syarak dan pertanian yang boleh memberikan keuntungan kepada yayasan ini dengan syarat semua wang keuntungan yang didapati akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan pelbagai ativiti bagi tujuan Yayasan ini. Mengutip derma daripada orang perseorangan dan mana-mana pihak untuk tujuan Yayasan dengan persetujuan Mesyuarat Agong serta ianya tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan. Untuk menerima dan memegang harta-harta seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa Yayasan sebagai membawa manfaat kepada ahli-ahli Yayasan. Bekerjasama dengan mana-mana yayasan, badan-badan bukan kerajaan atau badan-badan sukarela yang dibenarkan undang-undang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada Yayasan, ahli dan masyarakat.

http://www.sabah.org.my/amalsabah/Tujuan%20dan%20Matlamat.html

1/2

1/21/2014

Tujuan dan Matlamat

Jum lah Pe lawat:

Hakcipta terpelihara2007 Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sabah

http://www.sabah.org.my/amalsabah/Tujuan%20dan%20Matlamat.html

2/2

You might also like