You are on page 1of 2

Rendang Tok

Share : Resepi Ummi


BAHAN-BAHAN :
1kg daging batang pinang
8 sudu besar kerisik
8 cawan santan pekat - boleh tambah
5 biji bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 sudu besar gula melaka
BAHAN-BAHAN A :
1 sudu besar biji ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih*
* Bahan-bahan ni digoreng tanpa minyak sehingga wangi kemudian digisar halus , gunakan api
dapur yang kecil atau sederhana besar untuk goreng rempah-rempah ni .
BAHAN B DIKISAR HALUS :
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
8 tangkai cili kering- masak sekejap dalam air mendidih
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan daging kemudian digaul rata dengan semua bahan-bahan A dan B serta kulit kayu
manis , bunga lawang , buah pelaga dan bunga cengkih kemudian diperap selama 2 jam.
2. Selepas 2 jam masukkan daging perap tadi dalam kuali bersama santan dan kacau semua
bahan bagi rata . Bila kuah rendang mendidih serta semakin sikit boleh la dimasukkan kerisik ,
gula melaka serta garam dan digaul rata semua bahan . Selalu kacau rendang supaya bahagian
bawah tak jadi hangit dan gunakan api sederhana besar . Rasa garam jika tak cukup boleh la
ditambah lagi .
3. Biarkan kuah rendang daging mereneh sampai kuah menjadi kering dan daging menjadi
lembut dan empuk . Kacau semua bahan dan bila dan masak boleh la di tutup api .
Rendang tok yang masih dalam proses masak , proses nak masak rendang ni agak lama lebih
kurang dalam 2 - 3 jam dan boleh dimasak sampai kuah rendang jadi cukup kering .
Selamat mencuba !!
...

You might also like