You are on page 1of 2

Resepi Kek Span Gebu Sedap Dan Senang!

BAHAN-BAHAN :
BAHAN A :
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 cawan gula.(ni manis2 buah je..kalau nk manis lagi lebihkan gula.)
- 1 sudu besar ovallete.
- 1 sudu kecil baking powder.
- 5 biji telur gred A.
BAHAN B:
- 1/2 cawan air (kalau nk buat yg pandan, gantikan dgn air pandan)
- perisa/pes (ikut suka nak pandan ke, keladi ke..or ape2 aje...)
- pewarna.
BAHAN C:
- 1/2 cawan minyak jagung.

CARA-CARANYA:

1. masukkan bahan A ke dalam bekas adunan. putar laju selama 5 minit sehingga gebu
dan sebati. (jangan lebih-lebih..nt terlalu kembang)
2. Perlahankan pemutar,masukkan bahan B. putar lagi selama 5 minit sehingga sebati.
3. hentikan pemutar, masukkan bahan C dan gaul menggunakan kaedah kaup
balik menggunakan sudip / senduk sehingga sebati.
4. panaskan oven selama 10 minit, api atas bawah. griskan loyang dengan mentega
dan tuangkan adunan tadi. kek akan sangat naik, jadi tuang lebih
kurang separuh ataupun 3/4 loyang sahaja.
5. kemudian bakar sehingga masak.lebih kurang 45 minit.bergantung kepada
oven.cucuk lidi kalau nak tahu masak sepenuhnya atau tak..

PERINGATAN!: Sentiasa membuat pemerhatian terhadap kek anda, jika terlalu tinggi
naiknya sehingga nak mencecah atap oven, sila guna api bawah sahaja selepas itu,
jika tidak, kehangitan akan berlaku..

You might also like