You are on page 1of 3

So, nie resepi Batil Berkepala atau Talam Pisang untuk sesapa yang tercari2 resepi @ nak cuba

buat kuih2 tradisional nih..

Bahan-bahan (*Lapisan bawah):


2 biji pisang besar dilenyek (xtau nama pisang tu tp sesapa kat jepun nie tau le rupa pisang tu..;-) . Resepi asal guna 8 biji pisang emas/awak) 1 1/2 cawan santan sederhana pekat (bole ganti dgn susu segar) 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar gula 1 sudu teh garam

Cara-caranya:
1. Panaskan pengukus hingga airnya mendidih. 2. Gaul semua bahan di atas hingga sebati. 3. Tuang ke dalam loyang pengukus & kukus selama 15 minit dengan api yg kuat.

Bahan-bahan (*Lapisan atas):


1 biji telur (resepi asal guna 2 biji telur) 1/2 cawan air gula merah/gula melaka 1 cawan santan sederhana pekat (bole ganti dgn susu segar) 1/2 cawan tepung beras 3 sudu besar tepung gandum 3-4 sudu gula perang (resepi asal guna gula putih)

Cara-caranya:
1. Campur semua bahan & masukkan dalam blender. Kisar sampai sebati. 2. Setelah lapisan bawah tadi dikukus selama 15 minit, bole tuang adunan lapisan atas nie ke dalam loyang pengukus tadi. 3. Kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak.

Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang) Lapisan bawah: 8 biji pisang awak/ emas masak dikupas kulit dan dilecek halus 1 1/2 cawan santan -sederhana pekat 1/2 cawan tepung beras 1 sudu teh garam

1 sudu besar gula Caranya: 1. Campurkan semua bahan hingga sebati di dalam mangkuk. Panaskan pengukus hingga air mendidih. 2. Tuang adunan ke dalam loyang bulat berdiameter 20 sm. Ratakan. Kukus selama 15 minit dengan api kuat. Lapisan atas: (sementara bahagian bawah dikukus, sediakan lapisan atas) Bahan-bahan: 2 biji telur 1/2 cawan air gula melaka/ gula merah 1 cawan santan sederhana pekat 1/2 cawan tepung beras 3 sudu besar tepung gandum 3-4 sudu besar gula putih Cara membuat: 1. Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisar hingga sebati lebih kurang 2 minit. Selepas 15 minit bahagian bawah dikukus, tuangkan adunan lapisan atas dan kukus 20 minit atau sehingga masak. Tutup api dan keluarkan loyang daripada kukusan. Sejukkan sebelum dipotong. Jika nak cepat sejuk, masukkan loyang kuih ke dalam talam atau dulang berisi ais/ air sejuk. ***kuih ini boleh juga dibuat waktu malam dan dihidang pagi keesokannya.

You might also like