You are on page 1of 7

ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

- Ibu pejabat – satu lingkungan kawasan di mana seseorang pegawai itu melaporkan diri untuk
bertugas
o 25 km jika dihubungi oleh jalan raya
o 16 km jika dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor
o 8 km jika dihubungi oleh basikal atau sungai

- Pegawai – bermaksud pegawai dalam perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri termasuk secara sementara
- Keluarga pegawai :
o Pegawai perempuan – suami dan anak ( bawah 21 tahun, jika anak cacat dari segi mental
atau fizikal boleh melebihi 21 tahun)
o Pegawai lelaki – isteri dan anak ( bawah 21 tahun, jika anak cacat dari segi mental atau
fizikal boleh melebihi 21 tahun)

Elaun-elaun semasa bertugas

- Bertugas di luar ibu pejabat dan terpaksa bermalam, layak menuntu elaun berikut :
o elaun makan
o elaun lojing drebar
o sewa hotel / elaun lojing

KADAR BAYARAN SEWA HOTEL & LOJING


(SABAH, LABUAN DAN SARAWAK)

Gred Sewa hotel (RM) Elaun lojing (RM)


Utama / Khas A dan ke atas Sebenar (std suite) 85.00
Utama / Khas B dan C Sebenar (bilik superior) 80.00
53 dan 54 Sebenar (bilik biasa) 75.00
45 hingga 52 200.00 70.00
41 hingga 44 170.00 60.00
17 hingga 40 120.00 40.00
1 hingga 16 100.00 35.00

KADAR BAYARAN SEWA HOTEL & LOJING


(SEMENANJUNG MALAYSIA)

Gred Sewa hotel (RM) Elaun lojing (RM)


Utama / Khas A dan ke atas Sebenar (std suite) 85.00
Utama / Khas B dan C Sebenar (bilik superior) 75.00
53 dan 54 Sebenar (bilik biasa) 70.00
45 hingga 52 180.00 60.00
41 hingga 44 160.00 55.00
17 hingga 40 100.00 35.00
1 hingga 16 80.00 30.00
- jika bertugas melebihi 3 bulan berturut-turut, bayaran sewa hotel tidak boleh dituntut
- jika tempat penginapan telah disediakan oleh penganjur, pegawai tidak boleh menuntut bayaran
sewa hotel

Elaun makan

Gred Semenanjung Malaysia Sabah, Sarawak


Gred Utama / Khas A ke atas 115.00 165.00
Kategori I bergaji RM 3872 hingga gred 85.00 115.00
utama/Khas B
Kategori III bergaji 3138 hingga kategori I 60.00 80.00
bergaji RM 3871
Kategori III bergaji RM 2456 hingga RM 45.00 65.00
3137 dan kategori IV bergaji RM 2404 ke
atas
Kategori III bergaji RM 2455 ke bawah dan 40.00 50.00
kategori IV bergaji RM 2403 ke bawah
Kategori V dan IV 35.00 46.00
Kategori VII 32.00 43.00
Kategori VIII 30.00 40.00
Kategori IX 26.00 36.00
Kategori X 23.00 33.00
Kategori XI 20.00 30.00

- tidak boleh dituntut jika elaun makan telah disediakan oleh penganjur
- jika bertugas melebihi 3 bulan berturut-turut, elaun makan ini tidak boleh dituntut
- jika makan yang disediakan oleh penganjur hanya sebahagian sahaja, elaun makan yang boleh
dituntut adalah :
o 20 % daripada elaun makan – sarapan pagi
o 40 % daripada elaun makan – makan tengah hari
o 40 % daripada elaun makan - makan malam
Elaun perjalanan kenderaan

Menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi samada di dalam atau di luar ibu
pejabatnya ~
Kelas

A B C D E
(Gaji tidak kurang (Gaji tidak kurang (Gaji tidak (Gaji kurang (Gaji kurang
RM2323.41 RM2064.60 sebulan kurang RM1611.28 RM1611.28
Jarak Perjalanan sebulan & & kenderaan 1000 RM1611.28 sebulan & sebulan &
Bertugas Rasmi Bagi kenderaan 1400 s.s s.s & ke atas) sebulan & kenderaan tidak kenderaan
Tiap-Tiap Satu Bulan & ke atas) kenderaan kurang 175 s.s) dibawah 175 s.s)
dibawah 1000
s.s)

(sen / km)

500 km pertama 70 60 50 45 40

501 –
65 55 45 45 35
1000 km

1001 –
55 50 40 35 30
1700 km

1701 km &
50 45 35 30 25
seterusnya

Sebarang kerosakan atau kehilangan kenderaan tidak akan ditanggung oleh kerajaan

Elaun harian
- Elaun harian boleh dituntut jika menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat melebihi 8 jam
tetapi kurang 24 jam.
- Elaun harian adalah separuh daripada kelayakan elaun makannya
- Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan ke atas sewa hotel boleh dituntut oleh pegawai

Elaun basikal
- menggunakan basikal lebih daripada 10 hari sebulan, elaunnya adalah
- 20 sen / km
- RM 70 sebulan
mengikut mana yang tertinggi
- Jika gunakan basikal untuk tempoh kurang atau sama dengan 10 hari selama sebulan
maka elaunnya adalah 20 sen/km

Elaun perjalanan motobot

- jika menjalankan tugas rasmi di luar atau di dalam ibu pejabat


- jika mengunakan motobot yang disediakan kerajaan atau penganjur, tidak layak menuntut elaun
- kadar tuntutan :
o 10 kuasa kuda dan ke bawah – 50 sen / km
o Lebih 10 kuasa kuda hingga 25 kuasa kuda – 75 sen / km
o Lebih 26 kuasa kuda – 95 sen / km

Bayaran bertukar atau berpindah rumah dalam negeri

- perpindahan samada
rumah sendiri / rumah sewa /rumah kerajaan  rumah kerajaan / rumah sewa
rumah sendiri / rumah sewa / rumah kerajaan  rumah yang dibeli

- tuntutan adalah secara lump sum

- tuntutan yang dibayar secara lump sum :

o tuntutan hitungan perbatuan


o elaun berpindah rumah
o tambang pegawai dan keluarga
o elaun makan
o pengangkutan barang-barang
o tambang orang gaji
o bayaran sewa hotel

- perpindahan berlaku di dalam stesen ( lingkungan 33 km dari rumah lama ke rumah baru ) atau
di luar stesen

- pembayaran tuntutan boleh dibuat oleh jabatan tempat ia berpindah atau tempat asalnya

- tidak memerlukan resit, kecuali pengangkutan melalui laut dengan syarikat berdaftar dengan
kementerian kewangan

- pengangkutan kenderaan sendiri ke tempat baru yang tidak boleh dilalui dengan kereta boleh
menuntut perbelanjaan. Perlu disertakan dengan resit

- Jika kedua-dua suami dan isteri adalah kakitangan kerajaan, hanya seorang sahaja yang layak
menuntut perbelanjaan

- Perpindahan melibatkan antara blok atau kompleks yang sama, tuntutan adalah 50 % daripada
bayaran penuh

- Perpindahan antara dua negeri tetapi di dalam stesen, tuntutan adalah mengikut kadar dalam
stesen sahaja

- Pindah rumah tetapi dalam bangunan yang sama, tidak layak menuntut bayaran
Jenis cuti perkhidmatan
1. cuti separuh gaji
2. cuti tanpa gaji
3. cuti rehat

Cuti rehat
boleh diambil bila-bila masa
kadar cuti rehat – mengikut tangga gaji dan tempoh perkhidmatan

Cuti hari minggu


cuti kelepasan mingguan dan cuti am tidak diambil kira sebagai cuti rehat

Membawa cuti ke tahun hadapan


boleh bawa cuti 2 tahun perkhidmatan ke tahun ketiga
cuti tahun pertama yang tidak diambil akan luput pada akhir tahun ke 3

Pegawai yang akan bersara


dibenar ambil semua cuti rehat yang ia layak sebelum bersara
cuti diberi tidak lebih jumlah cuti yang boleh dikumpul bagi tempoh khidmat selama 24 bulan
sebelum bersara

Cuti separuh gaji


bersalin
o tidak boleh diberi cuti separuh gaji

disebabkan masalah kesihatan sahaja


o untuk sanak saudara yang rapat sahaja

kadar cuti
o 30 hari untuk setiap genap tahun perkhidmatan
o Tidak boleh lebih 180 hari

Cuti tanpa gaji


sebab persendirian yang mustahak

cuti kerana urusan sendiri di luar negara


o perkhidmatan terus menerus tidak kurang 6 bulan
o telah mengmbl semua cuti rehat
o boleh diambil semula selepas 4 tahun
o layak ambil baki cuti tanpa gaji selagi tak capai had maksimum

cuti kerana urusan sendiri di dalam negara


o dilulus setiausaha kerajaan negeri bila pegawai telah berkhidmat tidak kurang 6 bulan
o dengan syarat telah mengambil semua cuti rehat
Tidak lebih 360 hari
syarat minimum – telah 6 bulan berkhidmat
30 hari bagi genap setiap tahun perkhidmatan
jika tidak menggunakan semua cuti, maka baki cuti tanpa gaji yang belum diambil boleh
digunakan jika belum mencapai had maksimum
dicatatkan dalam kenyataan perkhidmatan

Komunikasi dalam kehidupan seharian

• Jenis komunikasi :
1. Komunikasi bukan lisan – maklumat dipindahkan secara isyarat samada menggunakan
tangan atau lain-lain anggota badan
2. Komunikasi lisan – maklumat disampaikan secara lisan antara individu atau kumpulan

• Jenis komunikasi dalam organisasi


◦ Komunikasi ke atas
▪ merupakan komunikasi sehala
▪ Pegawai bawahan memberi maklum balas kepada pegawai atasan

◦ Komunikasi ke bawah
▪ merupakan komunikasi jenis sehala
▪ Pegawai atasan memberi arahan kepada pegawai di bawahnya

◦ Komunikasi mendatar
▪ merupakan hubungan jenis dua hala
▪ arahan dan maklum balas yang berlaku pada peringkat yang sama

• Bentuk komunikasi :
◦ komunikasi sehala – maklumat disampaikan dalam satu arah
◦ komunikasi dua hala – maklumat disampaikan oleh penghantar dan
mendapat maklum balas dari penerima

• Komunikasi berkesan
◦ maklumat yang disampaikan oleh individu adalah sama dengan yang diterima oleh individu
lain

• kemahiran berkomunikasi
◦ merupakan kemahiran untuk bercakap, memahami dan mendengar

Etika yang dipraktikkan dalam Perkhidmatan Awam

• bermaksud suatu kawalan atau prinsip-prinsip moral yang dapat memastikan pekerja-pekerja
mempunyai perlakuan yang baik atau menepati sistem sesebuah organisasi
• Prinsip etika kerja perkhidmatan awam
◦ Adil
◦ Mesyuarat dan muafakat
◦ Menepati masa
◦ manifestasi keyakinan
◦ ikhlas
◦ berasaskan keyakinan
◦ Memelihara prinsip kesepaduan
◦ Menghayati martabat kerja
◦ Menepati larangan dan suruhan
◦ Memelihara martabat pekerja
◦ Ukuran kecemerlangan

Teras perkhidmatan awam


• tetap berpegang teguh kepada ajaran agama
• bertanggungjawab terhadap kerja
• bekerjasama menghapuskan musuh negara dan mengatasi kelemahan
• mempunyai sifat kemesraan
• tidak mementingkan diri
• mempunyai keazaman untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
• bekerja untuk meningkatkan pembangunan dan pemikiran rakyat

Etika kerja yang dipraktikkan kementerian Pelajaran Malaysia


• perlakuan yang baik
• Pergerakan ke arah kebaikan
• berdisplin dan beradab
• menghargai dan bertanggungjawab terhadap usaha organisasi
• niat yang betul
• memperkotakan ke arah kebaikan

Dapatkan ebook PTK UMUM yang lengkap untuk guru-guru


dengan mudah dan cepat, penghantaran dalam masa 24 jam.
Hubungi email azszah@gmail.com

You might also like