You are on page 1of 14

MARINE DIESEL

ENGINE
Sistem Pelinciran
(Lubrication System)
Fungsi:
Digunakan bagi melancarkan pergerakan komponen enjin yang bergerak di dalam
enjin.
Ia juga sebagai agen penyejuk kepada enjin.

Tujuan:
Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap
komponen yang bergerak di dalam enjin.
Mengurangkan kadar kepanasan yang terjadi daripada pergeseran komponen-
komponen tersebut.
Contoh bahan pelincir yang digunakan ialah minyak enjin (engine oil), minyak gear
(gear oil) dan gris (grease).
MINYAK PELINCIR memberi satu lapisan nipis untuk memisahkan
bahagian-bahagian yang bergerak dalan enjin. Minyak pelincir ini yang
memainkan peranan dengan memisah antara dua permukaan
komponen yang bergerak maka geseran dan kehausan dapat
dikurangkan.
PENGENALAN
SISTEM PELINCIRAN merupakan salah satu daripada sistem yang terpenting di dalam
sesebuah enjin. Sekiranya sistem ini gagal berfungsi dengan baik, ia akan menyebabkan
sesebuah enjin mengalami kerosakan dan perlu dibaikpulih bagi menjamin keberkesanan
prestasi enjin tesebut.
ALIRAN MINYAK DALAM SISTEM PELINCIRAN
Pengetahuan terhadap ALIRAN MINYAK (Oil Flow) amat penting. Dengan mempunyai
pengetahuan terhadap aliran pergerakan minyak ini membolehkan seseorang juruteknik itu
menyelesaikan permasalah yang berlaku terhadap sistem pelinciran.
Penapis Minyak
(Strainer)
Laluan Minyak
(Oil Gallery)
Takung Minyak
(Oil Sump)
Injap Kawalan Tekanan
(Press. Check Valve)
Pam Minyak
(Oil Pump)
Penyejuk Minyak
(Oil Cooler)
Penyaring @ Penapis Minyak
(Oil Filter)
TEKAN DI SINI
untuk Animasi
SISTEM
PELINCIRAN
KOMPONEN SI STEM PELI NCI RAN
Pam ini sebagai satu alat
untuk menyedut minyak di
dalam tangki untuk
pelinciran enjin yang
digerakkan oleh
crankshaft.
Oil pan bekas tadahan
minyak sebelum disedut
oleh pam @ yang jatuh
selepas digunakan.
Strainer digunakan bagi
myekat kekotoran kasar
sebelum disedut oleh pam
minyak pelincir.
Oil filter digunakan bagi
menyaring kekotoran yang
terdapan di dalam minyak
pelincir.
Oil cooler ialah tempat
dimana minyak pelincir
disejukkan sebelum
dihantar ke oil gallery.
Oil gallery merupakan
laluan minyak di dalam
enjin.
1
2
3
4
5
6
Rod
Penyimbah
Jenis Simbahan Jenis suapan bertekanan
Sistem pelinciran ini menggunakan
rod penyimbah bagi menghantar
minyak ke bahagian komponen enjin.
Digunakan dalam enjin mesin kecil
seperti mesin rumput.
Sistem pelinciran yang bertekanan
atau suapan bertekanan (digerakkan
oleh pam). Digunakan bagi pada
kebanyakan enjin moden.
J ENI S SI STEM PELI NCI RAN
Pam
Minyak
Sistem pelinciran boleh dikelaskan mengikut jenis:

Sistempenghantaran minyak
Kedudukan tangki
oKedudukan tangki minyak pelincir
berada di luar enjin.
oMenggunakan pam untuk menyedut
minyak masuk kedalam enjin.
oKedudukan tangki minyak pelincir
berada di dalam enjin.
oMenggunakan pam @ rod penyimbah
untuk menghantar minyak masuk kepada
komponen enjin.
Jenis Tangki Luaran (Indirect) Jenis Tangki Dalaman (Direct)
J ENI S SI STEM PELI NCI RAN
Fungsi:
Meminimumkan kadar kehausan daripada geseran komponen enjin.
Menutup bahagian yang tidak rata
Sebagai penyerap hentak
Menyerap haba berlebihan dan membantu sistem penyejukan enjin.
Sebagai agen pembersih

Bagi enjin yang berkapasiti kecil (seperti motosikal 4 lejang), ia
bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam
mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.
MI NYAK PELI NCI R
Pergerakan di dalam enjin akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan
kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. MINYAK PELINCIR digunakan bagi
meminimumkan masalah kehausan ini.
Kelikatan
Indeks kelikatan
Nombor kelikatan
Minyak pelincir kelikatan berbilang
Rintangan pembentukan karbon dan pengoksidaan minyak
Menghalang berlaku pengaratan dan kakisan
Rintangan pembentukan pembuihan
Bahan penyerak pencuci
Rintangan tekanan tinggi
Pengelasan Minyak
CI RI -CI RI MI NYAK PELI NCI R
Minyak pelincir yang dihasilkan melalui penyelidikan perlu memenuhi ciri-ciri @ keperluan yang
diperlukan oleh sesebuah enjin. Berikut merupakan ciri-ciri minyak pelincir yang dikeluarkan oleh
pengilang terdapat di pasaran.
SAE (Society of Automotive Engineers)
Terdapat dua sistem pengelasan minyak pelincir iaitu menurut pengelasan API (American
Petroleum Institute) dan menurut kelikatan SAE (The Society of Automotive Engineers).
SAE (Society of Automotive Engineers)
Piawaian terhadap KELIKATAN minyak.
Cth: SAE 10W 30
Fully Synthetic Kelebihan
0W-30
0W-40
5W-40
Penjimatan kadar penggunaan bahan api
Meningkatkan prestasi dan kuasa enjin
Mengelakkan enjin daripada mengalami kehausan dan geseran
Memudahkan enjin dihidupkan pada waktu sejuk
Pergerakkan enjin lebih lancar
Semi-synthetic Kelebihan
5W-30
10W-40
15W-40
Perlindungan yang baik
Perlindungan yang baik selepas 10 minit enjin dihidupkan
3 kali ganda pelindungan enjin daripada mengalami kehausan
Jangka hayat yang lama (10,000km) berbanding dengan jenis mineral
Mineral Kelebihan
10W-40
15W-40
Perlindungan asas kepada pelbagai jenis enjin
Minyak pelincir perlu ditukar lebih kerap (5,000km)
Pengelasan yang bermula dengan S (Service) bagi enjin petrol dan diikuti dengan huruf A
hingga M menunjukkan pertambahan aras prestasi. Manakala bagi kelas yang bermula dengan
C (Commercial) untuk enjin diesel dan diikuti dengan huruf A hingga D. Contoh bagi enjin
petrol ditunjukkan di dalam jadual di bawah:
API (American Petroleum Institute)
Piawaian terhadap GRED minyak.
Cth: API SJ
Enjin Petrol
Kategori Penunjuk
SM Digunakan pada enjin masa kini. Diperkenalkan oleh API pada November 2004.
SL Digunakan pada enjin masa kini. Diperkenalkan oleh API pada November 1998.
SJ Digunakan pada enjin masa kini. Diperkenalkan oleh API pada November 1996.
SH Digunakan pada enjin tahun 1996 @ enjin tahun sebelumnya.
SG Digunakan pada enjin tahun 1993 @ enjin tahun sebelumnya.
SF Digunakan pada enjin tahun 1988 @ enjin tahun sebelumnya.
SE Digunakan pada enjin tahun 1979 @ enjin tahun sebelumnya.
SD Digunakan pada enjin tahun 1971 @ enjin tahun sebelumnya.
SC Digunakan pada enjin tahun 1967 @ enjin tahun sebelumnya.
SB Tidak sesuai digunakan pada enjin masa kini. Telah ditamatkan pengeluarannya.
SA
Tidak sesuai digunakan pada enjin masa kini. Biasanya digunakan pada enjin yang
tidak lasak. Telah ditamatkan pengeluarannya.
api (American Petroleum Institute)
Kegagalan sistem pelinciran
Berikut ditunjukkan kerosakan yang berlaku sekiranya sistem pelinciran gagal berfungsi dengan
sempurna.
Kekotoran dalam sistem
pelinciran
Kekotoran di bahagian
belakang crankshaf bearing
Pam gagal
berfungsi
Minyak pelincir tidak
mencukupi
Minyak pelincir tidak
diselenggara
MARINE DIESEL
ENGINE
Sistem Penyejukan
(Cooling System)
PENGENALAN
SISTEM PENYEJUKAN berfungsi untuk menyejukkan enjin agar dapat beroperasi
pada suhu yang sesuai. Hal yang demikian kerana, enjin yang terlalu panas akan
mengalami kerosakan manakala enjin terlalu sejuk pula tidak berupaya
menghasilkan kuasa optimum. Sistem penyejukan enjin terbahagi kepada dua, iaitu
sistem penyejukan udara dan sistem penyejukan air.
Sistem Penyejukan Udara Sistem Penyejukan Bendalir
Pembebasan haba daripada enjin

You might also like