You are on page 1of 4

Pengenalan

Sistem hidraulik banyak digunakan di dalam industri automobil seperti sistem stering kuasa ataupun
sistem brek, satelit dan sebagainya. Sistem ini menggunakan cecair sebagai media penghantaran kuasa.
Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak yang tidak boleh dimampatkan dan berfungsi sebagai
bahan pelicin. Sistem hidraulik adalah tahan lasak dan bertindak pantas.

Prinsip Hidraulik (Hydraulic Principle)


Prinsip hidraulik mengaplikasikan hukum pascal yang menyatakan tenaga boleh dipindahkan melalui
cecair.

Fungsi-Fungsi Bendalir Hidraulik


Selain bendalir ini dijadikan sebagai penghantar kuasa dalam sistem hidraulik. Ia juga memberikan
fungsi-fungsi seperti berikut:
i.

Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak.

ii.

Menyendal kelegaan antara bahagian-bahagian yang bertemu.

iii.

Melenyapkan haba

Sifat- sifat Bendalir Hidraulik


Fungsi utama bendalir hidraulik ialah untuk menghantar tenaga dari satu tempat ke tempat yang lain.
Bendalir yang digunakan dalam sistem hidraulik adalah dari jenis minyak galian dan bendalir ini adalah
tahan api dan tidak boleh mampat. Bagaimanapun kita perlu mengetahui sifat-sifat penting bendalir.
i.

Kelikatan dan indeks kelikatan.


Kelikatan adalah rintangan terhadap pengaliran disebabkan oleh bendalir. Kelikatan diukur
dengan menggunakan meter likat yang dapat mengukur masa yang diambil bagi suatu isipadu
bendalir yang mengalir mengikut piawai pada suhu tertentu.
Indeks kelikatan ialah ukuran bandingan perubahan kelikatan minyak terhadap perubahan suhu.
Minyak mempunyai indeks kelikatan rendah menunjukkan perubahan kelikatan apabila berlaku
perubahan suhu. Minyak yang mempunyai indeks kelikatan yang tinggi maka ia mempunyai
kelikatan yang tinggi. Perubahan suhu terhadap minyak tersebut tidak akan mengubah
kelikatannya.

ii.

Pelinciran
Mampu menghalang sentuhan logam ke logam antara bahagian yang bergerak. Pengurangan
pelinciran menghasilkan kerosakan terhadap permukaan semasa pergerakan berlaku. Ia mesti
tahan api (fire resistance), bersesuaian dengan bahan-bahan sistem dan juga mempunyai
keupayaan pemindahan haba yang baik.

iii.

Kestabilan kimia

iv.

Ketumpatan yang rendah.

v.

Tahan

vi.

Tidak beracun

vii.

Sukar menjadi wap.

viii.

Murah

Komponen Asas Sistem Hidraulik dan Simbol

Sistem hidraulik mempunyai kesamaan seperti sistem pneumatik. Perbezaannya sistem hidraulik
mempunyai sistem suapbalik cecair dan ia menggunakan pam. Rajah 3.1 menunjukkan komponen asas
bagi suatu sistem hidraulik.

Pam (Pump)
Pam hidraulik digunakan untuk memindahkan minyak hidraulik ke dalam sistem. Terdapat dua
kumpulan utama bagi iaitu pam anjakan positif (hidrostatic) dan pam dinamik(hidrodynamic).
i.

Pam anjakan tidak positif (hidrodynamic)


Contoh pam dari jenis ini adalah pam jenis jejari(radial) dan paksi(axial). Pamjenis ini
menghasilkan aliran berterusan yang sekata sementara aliranbendalir akan berkurangan apabila
rintangan litar bertambah.

ii.

Pam anjakan positif (hidrostatic)

Pam jenis ini menganjakkan kuantiti cecair yang telah ditetapkan pada setiap pusingan aci pam
sebagai keluarannya. Pam anjakan positif ini boleh dikelaskan mengikut pergerakan
dalamannya. Terdapat 3 jenis pam yang digunakan seperti berikut:
a. Pam Gear (Gear Pump)
b. Pam Bilah (Vane Pump)
c.

Pam Piston (Piston Pump)

Pam Gear (Gear Pump)


Kerap digunakan di dalam sistem hidraulik untuk mengepam bendalir kerana harga murah dan
binaannya mudah.
i. Pam Gear Jenis Luaran
Merujuk kepada rajah 3.3, minyak masuk melalui liang masukan dan terperangkap
antara gigi-gigi gear yang berputar dan perumah (housing) dan kemudian dibawa keluar
melalui liang keluaran. Semasa gear berputar ia akan memerangkap semula udara dan
akan membentuk kedap (seal). Kedap ini berfungsi sebagai penutup dan akan
menghalang minyak masuk semula ke liang masukan. Minyak hanya boleh keluar di
liang keluaran sahaja.

You might also like