You are on page 1of 26

http://asnizamusa.tripod.com/ge6663tug3.

html

1.0 PENGENALAN
Penilaian merupakan suatu aktiviti yang berlaku secara berterusan sepanjang proses pembangunan
sesebuah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Setiap perisian PPBK
yang dibina harus dinilai terlebih dahulu untuk memastikan penggunaannya berkesan dan menepati
objektif penghasilannya. Penilaian melibatkan pengumpulan maklumat bagi mendapatkan keputusan
yang lebih tepat mengenai sesebuah perisian PPBK yang dibangunkan. Proses penilaian akan
membentuk pengadilan mengenai kualiti sesuatu aspek yang dinilai berasaskan kepada kriteria-kriteria
tertentu. Ia juga merupakan pelengkap kepada pendidikan dan syarat kepada rekabentuk pembangunan
dan pembinaan perisian PPBK yang berkualiti.
atas

2.0 RANCANGAN PENILAIAN
Aktiviti penilaian perisian PPBK Mahir MS Access dilaksanakan menggunakan dua bentuk penilaian iaitu
penilaian formatif dan penilaian sumatif. Ini adalah bersesuaian dengan saranan Tom Boyle (1997)
berkenaan dengan penilaian bahan multimedia. Penilaian formatif merupakan proses penilaian yang
dilaksanakan sepanjang proses pembangunan perisian PPBK ini. Penilaian ini dijalankan dengan tujuan
menjamin pembangunan perisian PPBK ini memenuhi citarasa pengguna serta memenuhi objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan. Menurut Flagg (1990), penilaian formatif ialah koleksi maklumat
yang sistematik dengan tujuan membuat keputusan bagi merekabentuk dan memperbaiki sesuatu
produk. Maklumat yang diperolehi melalui penilaian formatif merupakan maklum balas yang
mempengaruhi proses pembangunan seterusnya. Penilaian sumatif pula dikendalikan pada penghujung
proses pembangunan perisian PPBK bagi menentukan sama ada perisian PPBK yang dibangunkan
berjaya menepati keperluan dan matlamat yang telah ditetapkan. Kedua-dua bentuk penilaian ini saling
berkaitan dan bertujuan, khususnya untuk menilai keberkesanan dan kebolehgunaan perisian PPBK
Mahir MS Access yang dibangunkan. Keberkesanan perisian PPBK ini bergantung sama ada ia
mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Kebolehgunaan pula merujuk kepada keselesaan
pembelajaran dan keselesaan penggunaannya.
Dalam melaksanakan proses penilaian formatif dan penilaian sumatif terhadap pembangunan
perisian PPBK Mahir MS Access, pemilihan kaedah bagi tujuan penilaian dibuat dengan
mempertimbangkan perkara-perkara berikut :-
i. perisian PPBK Mahir MS Access dibangunkan adalah untuk tujuan pembelajaran;
ii. peringkat dalam pembangunan perisian yang akan dilakukan penilaian;
iii. faedah kos dari segi masa, sumber-sumber yang digunakan untuk penilaian;
iv. kesesuaian pergabungan pelbagai kaedah.
Kaedah penilaian yang diperlukan adalah berbeza mengikut fasa-fasa pembangunan sesebuah perisian
PPBK. Penilaian formatif pembangunan perisian PPBK Mahir MS Access ini akan dijalankan pada
menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Menurut Tom Boyle (1997), maklumat lebih berkesan
diperolehi apabila kaedah pemerhatian dilaksanakan dan disusuli dengan temubual. Instrumen bagi
kedua-dua kaedah ini berbentuk senarai semak. Senarai semak ini juga berfungsi sebagai garis
panduan sepanjang proses pembangunan perisian kelak. Penilaian sumatif pula dikendalikan
menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen berbentuk soal selidik. Soal selidik yang
dibina menggunakan skala jawapan "ya" atau "tidak" di samping ruangan "catatan" untuk penjelasan bagi
mana-mana item yang berkaitan.
atas

3.0 PENILAIAN FORMATIF
Sebagaimana yang telah dimaklumkan, penilaian formatif dilakukan sepanjang proses pembangunan
perisian PPBK ini. Penilaian formatif merujuk kepada pelbagai aktiviti termasuklah menilai halangan
yang tidak dijangkakan semasa proses pembangunan, perubahan kehendak pengguna, masalah yang
dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan perisian dan sebagainya. Semua aktiviti ini dijalankan
menggunakan rekabentuk yang tertentu.
Penekanan yang diberikan dalam penilaian formatif perisian PPBK ini ialah terhadap pengumpulan
dan penganalisaan data serta kajian semula. Terdapat tiga fasa yang akan dilaksanakan dalam penilaian
formatif iaitu:-
i. Penilaian individu (seorang dengan seorang)
ii. Penilaian lapangan
iii. Penilaian pakar
atas

3.1 Penilaian Individu dalam Penilaian Formatif
Penilaian secara individu dilaksanakan dengan tujuan untuk mandapatkan maklumat berkenaan dengan
kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Teknologi Maklumat
KBSM dalam aspek Sistem Pengurusan Pangkalan Data (Database Management System -DBMS) pada
masa sekarang. Sebarang kelemahan yang wujud bermakna perlu melalui proses pembaikpulih.
Penilaian pada peringkat ini melibatkan seramai tiga orang pelajar yang mewakili tiga aras pencapaian
iaitu baik, sederhana dan lemah. Setiap pelajar akan ditemubual berdasarkan kepada senarai semak
yang mengandungi item-item berikut :-
i. kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekarang.
ii. persepsi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekarang.
iii. jenis bahan bantu mengajar yang digunakan guru.
iv. persepsi terhadap kesesuaian bahan bantu mengajar yang digunakan guru.
v. perkaitan kemahiran baru dengan kemahiran sedia ada.
vi. persediaan kemahiran untuk melaksanakan projek.
vii. kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa untuk belajar pada masa sekarang.
viii. proses penilaian yang digunakan sekarang.
Segala maklum balas yang diberikan dikumpulkan dan direkodkan.
atas

3.2 Penilaian Lapangan dalam Penilaian Formatif
Penilaian lapangan adalah berkaitan dengan kontek pembelajaran. Penilaian lapangan melibatkan satu
sesi pembelajaran yang terdiri dari satu kelas pelajar iaitu seramai 30 orang. Pemerhatian dibuat
terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran aspek DBMS menggunakan perisian MS Access.
Kriteria yang diberi tumpuan semasa pemerhatian disenaraikan dalam bentuk senarai semak. Maklumat
yang diperolehi melalui pemerhatian direkodkan pada senarai semak ini. Item-item senarai semak untuk
tujuan pemerhatian ini adalah seperti berikut :-
i. tindak balas pelajar semasa proses pembelajaran berlangsung.
ii. cara guru menarik perhatian pelajar.
iii. ciri-ciri pengajaran guru yang menyukarkan pelajar memahami proses kerja.
iv. kaedah guru mengendalikan bahan bantu mengajar.
v. cara guru menilai kefahaman pelajar.
vi. reaksi pelajar terhadap contoh aplikasi kemahiran yang dipelajari.
vii. sifat kerjasama sesama pelajar semasa menyelesaikan tugas yang diberi.
viii. kesan strategi pengajaran yang digunakan.
atas

3.3 Penilaian Pakar dalam Penilaian Formatif
Penilaian pakar akan melibatkan penilaian ke atas kandungan mata pelajaran, rekabentuk pengajaran
dan pembelajaran serta kebolehlaksanaan sistem sekarang. Jadi, penilaian pakar melibatkan guru mata
pelajaran atau pakar mata pelajaran dan pakar pengaturcaraan. Pakar-pakar ini meramalkan masalah
yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang. Hasil dari temubual yang
dijalankan direkodkan pada senarai semak yang disediakan. Item-item senarai semak adalah berbeza
antara setiap pakar.
Item senarai semak guru mata pelajaran adalah seperti berikut :-
i. kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang.
ii. bahan bantu mengajar yang digunakan.
iii. tugasan yang diberikan kepada pelajar.
iv. penilaian kefahaman dan kemahiran pelajar.
v. pemantauan projek pelajar.
vi. kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa belajar pada masa sekarang.
vii. motivasi di kalangan pelajar berkenaan.

Item senarai semak pakar pengaturcaraan :-
i. perisian komputer untuk memanipulasikan grafik dan imej.
ii. perisian komputer untuk penyuntingan audio dan video.
iii. rekabentuk persembahan yang sesuai untuk pembelajaran.
iv. rekabentuk interaksi yang sesuai pembelajaran.
v. spesifikasi perkakasan komputer.
vi. spesifikasi perisian komputer.
atas

3.4 Penilaian Formatif dalam Fasa Rekabentuk
Dalam fasa rekabentuk perisian PPBK, beberapa langkah kerja perlu dilaksanakan. Penilaian formatif
yang dijalankan pada fasa rekabentuk adalah bertujuan untuk memastikan setiap langkah yang
dilaksanakan adalah memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Senarai semak digunakan
sebagai panduan kepada pengkaji semasa proses rekabentuk. Senarai semak yang yang akan
digunakan semasa proses rekabentuk adalah seperti berikut :
i. Matlamat dan objektif kajian
Perisian PPBK yang dibina dapat membantu pelajar mengendalikan perisian MS Access sebagai perisian
Sistem Pengurusan Pangkalan Data secara berkesan dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM.
Objektif Kajian :-
y Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina boleh menarik minat pelajar.
y Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina mengandungi arahan yang mudah difahami serta
ringkas.
y Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan.
y Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina memenuhi kehendak unsur kemahiran
mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum TM KBSM.

ii. Kelebihan menggunakan komputer dan pelaksanaan perisian PPBK
y Terdapat elemen-elemen multimedia yang terdiri dari teks, grafik, audio, video dan animasi.
y Penggunaan hyperteks bagi tujuan penerokaan interaktiviti.
y Menjimatkan masa pembelajaran dan kos sumber.
iii. Strategi penggunaan perisian
y Perisian PPBK digunakan sebagai bahan bantu mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat
KBSM.
y Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar boleh belajar MS Access bantuan guru yang
minimum.
y Pembelajaran mengikut kemajuan pelajar iaitu pada kadar kendiri dan terarah kendiri.
iv. Sumber sokongan perisian
y Panduan pengguna yang mudah diikuti disediakan dalam perisian PPBK.
y Perisian dalam bentuk fail pelaksana, boleh dilaksanakan tanpa fail sumber.
y Panduan untuk melakukan proses installasi lengkap dan mudah diikuti.
v. Kandungan perisian
y Kandungan berlandaskan kepada Sukatan Pelajaran TM KBSM.
y Kandungan disepadukan dengan mata pelajaran lain.
y Kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar.
y Menggunakan Bahasa Melayu.
y Istilah komputer dikekalkan tetapi disertakan dengan terjemahan untuk mengelakkan kekeliruan.
y Bebas dari kesilapan ejaan.
y Mengandungi contoh yang realistik.
vi. Aspek pendidikan dalam perisian
y Matlamat perisian PPBK selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran TM KBSM.
y Membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran TM KBSM.
y Mengandungi unsur kemahiran mengendalikan perisian sistem pengurusan pangkalan data yang
betul.
y Mengandungi unsur penerapan nilai murni menghargai sumbangan dan bekerjasama.
y Mengandungi unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
y Mengandungi unsur-unsur motivasi.
y Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar tentang komputer".
y Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar dengan komputer".
y Mengandungi penilaian yang berkesan.
vii. Gaya persembahan
y Rekabentuk skrin menarik dan konsisten.
y Teks jelas dan boleh dibaca dengan mudah.
y Grafik kelihatan dengan jelas.
y Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah menarik dan berkesan.
y Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah bersesuaian.
y Grafik, animasi, audio dan video membantu pembelajaran.
y Panduan yang diberikan adalah jelas.
y Panduan (help) boleh dilihat bila-bila masa dan boleh dihindarkan jika tak perlu.
viii. Pendekatan navigasi dan arahan
y Struktur navigasi mudah diikuti.
y Arahan navigasi jelas dan mudah difahami.
y Ikon mudah difahami dan konsisten.
y Boleh keluar program bila-bila masa.
y Boleh mula semula ditempat berhenti.
y Membenarkan penerokaan keseluruh perisian.
atas


4.0 PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif dijalankan bagi memastikan perisian PPBK Mahir MS Access yang dibangunkan
berjaya menepati matlamat dan keperluan yang telah ditetapkan. Terdapat dua fasa dalam penilaian
sumatif iaitu :-
i. fasa penilaian pakar
ii. fasa penilaian lapangan
Fasa penilaian pakar adalah untuk menentukan sama ada perisian PPBK ini memenuhi potensi
keperluan pengajaran atau tidak. Fasa penilaian lapangan pula untuk menentukan sama ada
penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya.
atas

4.1 Fasa Penilaian Pakar dalam Penilaian Sumatif
Sesuai dengan tujuan fasa penilaian pakar untuk mengesahkan potensi perisian PPBK Mahir MS Access
ini memenuhi keperluan pengajaran yang telah ditentukan iaitu penerapan unsur kemahiran
mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum TM KBSM, maka aktiviti yang akan dijalankan ialah :-
i. menilai secara khusus di antara kehendak pengajaran guru dengan perisian PPBK;
ii. menilai kesempurnaan dan ketepatan perisian PPBK;
iii. menilai pendekatan pengajaran dalam perisian PPBK;
iv. menilai kebolehgunaan perisian PPBK;
v. menentukan sama ada pengguna sasaran berpuashati dengan perisian PPBK.

Penilaian pakar ini melibatkan empat peringkat analisa iaitu :-
i. Analisa kongruen yang melibatkan perbandingan penerapan unsur-unsur kemahiran ini dalam
pengajaran biasa dengan potensi perisian PPBK yang dibangunkan. Analisa ini dilaksanakan
oleh pakar mata pelajaran
ii. Analisa kandungan untuk meninjau sama ada kandungan perisian yang dibangunkan menepati
matlamat dan kemahiran yang ditetapkan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran.
iii. Analisa rekabentuk untuk menentukan sama ada rekabentuk yang yang digunakan menepati prinsip
pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Ini termasuklah strategi pengajaran, penerokaan
dan interaktiviti serta antara muka yang digunakan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar grafik.
iv. Analisa kebolehlaksanaan untuk mendapatkan hubungan perisian PPBK dengan situasi
penggunaannya.
Analisa ini dilaksanakan oleh guru mata pelajaran itu sendiri.
Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penganalisaan, borang soal selidik
diedarkan kepada pakar-pakar yang telah dikenalpasti.
atas

4.2 Fasa Penilaian Lapangan dalam Penilaian Sumatif
Fasa penilaian lapangan melibatkan perlaksanaan perisian PPBK mengikut perancangannya yang
sebenar. Tujuannya ialah untuk mengesan kebaikan dan kelemahan perisian, menentukan sebab-sebab
kebaikan dan kelemahan serta merekodkan setiap kebaikan dan masalah yang wujud. Fasa ini
dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu :
i Analisa hasil
ii. Analisa pengurusan
Analisa hasil ialah analisa yang berkaitan dengan pengaruh perisian PPBK ke atas pencapaian
kemahiran dan sikap pelajar. Fasa penilaian lapangan dalam penilaian sumatif ini melibatkan seramai 30
orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM. Pengukuran pencapaian
kemahiran dan sikap pelajar dilakukan dalam bentuk soal selidik. Analisa pengurusan adalah untuk
menentukan sama ada arahan telah dilaksanakan sepertimana yang telah dirancang dan perlaksanaan
serta pengurusan adalah memuaskan dari berbagai perspektif. Ia dilakukan dengan cara
y mengesahkan tahap perubahan tingkah laku pelajar;
y mengesahkan kemahiran dan pengalaman guru;
y mengesahkan waktu mula, waktu arahan dan waktu selesai;
y menentukan sesi penilaian dijalankan serta proses pemantauan dilaksanakan;
y bertanya secara langsung kepada pelajar.
atas

4.3 Borang Soal Selidik Penilaian Sumatif
4.3.1 Penilaian Pakar
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN


Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Mahir MS Access
Penilaian Pakar

Bahagian A
Arahan : Lengkapkan maklumat di bawah.
Nama Penilai : ______________________________________________ Tarikh :
_______________________
Jawatan : ___________________________________ E-Mail :
______________________
Alamat :
____________________________________________________________________________________
____

____________________________________________________________________________________
___
Jenis PPBK : __________________________________________

Bahagian B
Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.

SOALAN

CATATAN
Isi Kandungan

1. Isi kandungan sesuai dengan sukatan
pelajaran TM KBSM
Ya Tidak _____________________
2. Isi kandungan yang disampaikan adalah tepat Ya Tidak _____________________
3. Isi kandungan disepadukan dengan mata
pelajaran lain
Ya Tidak _____________________
4. Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan
sedia pelajar
Ya Tidak _____________________
5. Isi kandungan disusun dengan teratur Ya Tidak _____________________
6. Contoh yang diberi adalah realistik Ya Tidak _____________________
7. Bahasa penyampaian menggunakan Bahasa
Melayu
Ya Tidak _____________________
8. Bahasa penyampaian adalah mudah Ya Tidak _____________________
9. Terjemahan istilah adalah tepat Ya Tidak _____________________
10. Tiada kesilapan ejaan Ya Tidak _____________________
Strategi Pengajaran

1. Rangka isi kandungan adalah jelas Ya Tidak _____________________
2. Objektif pengajaran ditulis dengan jelas Ya Tidak _____________________
3. Objektif pengajaran boleh dicapai Ya Tidak _____________________
4. Objektif pengajaran tercapai Ya Tidak _____________________
5. Kaedah mengajar adalah sesuai dengan tajuk Ya Tidak _____________________
6. Penyampaian isi pelajaran teratur dan senang
diikuti
Ya Tidak _____________________
7. Penyampaian isi pelajaran sesuai dengan gaya
pembelajaran kebanyakkan pelajar
Ya Tidak _____________________
8. Penyampaian menarik minat pelajar Ya Tidak _____________________
9. Perisian ini memudahkan pelajar untuk belajar
mengendalikan perisian MS Access
Ya Tidak _____________________
10. Perisian ini menggalakkan pelajar berfikir
secara kritis dan
kreatif
Ya Tidak _____________________
11. Terdapat unsur-unsur nilai murni menghargai
dan
bekerjasama
Ya Tidak _____________________
12. Pengguna diberi peluang menguji kemahiran Ya Tidak _____________________
Rekabentuk Persembahan

1. Rekabentuk skrin perisian menarik dan
konsisten
Ya Tidak _____________________
2. Teks jelas dan mudah dibaca Ya Tidak _____________________
3. Grafik dan imej menarik dan berkesan Ya Tidak _____________________
3. Warna yang digunakan dalam perisian ini
sesuai dan
berkesan.
Ya Tidak _____________________
4. Audio yang digunakan berpatutan dan tidak
mengganggu
tumpuan pelajar terhadap isi pelajaran.
Ya Tidak _____________________
6. Animasi yang digunakan membantu
pembelajaran
Ya Tidak _____________________
7. Masa tindak balas sesuai Ya Tidak _____________________
8. Kedudukan teks, grafik dan animasi adalah
konsisten
Ya Tidak _____________________
9. Perisian ini lengkap dengan arahan dan
panduan
bagaimana menggunakannya
Ya Tidak _____________________
10. Ikon yang digunakan dalam perisian ini mudah
dikenalpasti
fungsinya
Ya Tidak _____________________
11. Tiada gangguan teknikal berlaku semasa
persembahan
Ya Tidak _____________________
Rekabentuk Interaksi

1. Pelajar boleh mengawal kelajuan persembahan
isi
kandungan dalam perisian ini.
Ya Tidak _____________________
2. Persembahan isi pelajaran tidak berturutan Ya Tidak _____________________
3. Perisian ini banyak bercabang ke bahagian lain Ya Tidak _____________________
4. Pelajar tidak sesat semasa meneroka perisian Ya Tidak _____________________
5. Perjalanan persembahan isi kandungan mudah Ya Tidak _____________________
diikuti
6. Pelajar mudah untuk mencapai maklumat yang
diperlukan
Ya Tidak _____________________
7. Pelajar boleh keluar dari perisian bila-bila masa Ya Tidak _____________________
8. Perisian ini banyak meminta maklum balas dari
pelajar
Ya Tidak _____________________
9. Maklum balas yang diminta dalam pelbagai
bentuk (menaip
jawapan, memadan rajah dan mengklik pilihan)
Ya Tidak _____________________
Bahagian C
Komen lain berkenaan perisian ini :
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini

atas















4.3.2 Penilaian Pelajar
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN


Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Mahir MS Access
Penilaian Pelajar

Bahagian A
Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.

SOALAN

CATATAN
Keselesaan dan Kesenangan Penggunaan

1. Perisian ini senang digunakan. Ya Tidak _____________________
2. Saya tidak menghadapi masalah seperti
kesesatan
semasa meneroka perisian ini.
Ya Tidak _____________________
3. Saya boleh keluar dari perisian ini pada bila-
bila masa saya
kehendaki.
Ya Tidak _____________________
4. Saya mudah untuk memahami maksud arahan
yang
diberikan oleh perisian.
Ya Tidak _____________________
5. Bahasa Melayu yang digunakan dalam perisian
ini mudah
difahami
Ya Tidak _____________________
6. Tiada kesilapan ejaan dalam perisian ini. Ya Tidak _____________________
Membantu Mempelajari MS Access

1. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari
cara
membina jadual.
Ya Tidak _____________________
2. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari
cara
membuat borang.
Ya Tidak _____________________
3. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari
cara
menghubungkan jadual-jadual.
Ya Tidak _____________________
4. Perisian ini membenarkan saya mempelajari
MS Access
mengikut aturan pilihan saya sendiri.
Ya Tidak _____________________
5. Contoh-contoh yang terdapat dalam perisian
adalah
berkaitan dengan persekitaran saya.
Ya Tidak _____________________
6. Pengetahuan sedia ada saya digunakan Ya Tidak _____________________
semasa
mempelajari MS Access melalui perisian ini,
7. Saya lebih cepat faham apabila mengunakan
perisian ini.
Ya Tidak _____________________
Kesesuaian Rekabentuk Antaramuka

1. Warna latar belakang dalam perisian ini adalah
sesuai.
Ya Tidak _____________________
2. Tulisan yang terdapat di dalam perisian ini jelas
dan mudah
untuk dibaca.
Ya Tidak _____________________
3. Saya suka muzik latar dalam perisian ini. Ya Tidak _____________________
4. Saya suka animasi kartun yang digunakan
dalam perisian
ini.
Ya Tidak _____________________
Kesesuaian Rekabentuk Interaksi

1. Penyampaian isi pelajaran dalam perisian ini
teratur dan
senang diikuti.
Ya Tidak _____________________
2. Perisian ini sering memberi panduan cara
menggunakannya dengan betul.
Ya Tidak ____________________
3. Ikon yang terdapat dalam perisian
menggambarkan
fungsinya.
Ya Tidak _____________________
Motivasi

1. Saya seronok menggunakan perisian ini. Ya Tidak _____________________
2. Perisian ini sering memberikan kata-kata
semangat kepada
saya untuk terus belajar.
Ya Tidak _____________________
3. Aktiviti pembelajaran dalam perisian ini
menarik minat
saya.
Ya Tidak _____________________
4. Saya ingin menggunakan perisian ini pada
masa-masa lain
sekiranya diberi peluang.
Ya Tidak _____________________
Bahagian B
Arahan : Sila tuliskan pendapat anda berkenaan dengan perisian ini dalam ruangan yang disediakan.
1. Nyatakan bahagian yang paling anda minati mengenai perisian PPBK ini. Jelaskan.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
2. Nyatakan bahagian yang paling anda tidak gemari mengenai perisian PPBK ini. Jelaskan.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
3. Berapa lamakah anda menggunakan perisian PPBK ini dari mula hingga selesai.
_________________________________________________________________________
4. Komen lain berkenaan perisian ini :
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini

atas



















5.0 RINGKASAN PROSES PENILAIAN PERISIAN PPBK

PENILAIAN FASA PENILAIAN KAEDAH INSTRUMEN CARA MENTADBIR
Penilaian
Formatif
Penilaian individu
(Pelajar TM)
Temubual Senarai semak
Tiga orang pelajar yang
mewakili tiga aras pencapaian
iaitu baik, sederhana dan
lemah dipilih untuk ditemubual.
Penilaian
Formatif
Penilaian lapangan
(Sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam
kelas)
Pemerhatian Senarai semak
Pemerhatian dibuat ke atas
satu sesi pembelajaran yang
terdiri dari satu kelas pelajar
iaitu seramai 30 orang.
Pemerhatian dibuat terhadap
pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran aspek DBMS
menggunakan perisian MS
Access untuk mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan
sistem sekarang
Penilaian
Formatif
Penilaian Pakar
i. Guru Mata
Pelajaran
ii. Pakar
pengaturcaraan
Temu bual Senarai semak
Guru mata pelajaran atau
pakar mata pelajaran
ditemubual untuk mendapatkan
maklumat berkenaan masalah
yang dihadapi oleh pelajar
berdasarkan sistem P&P yang
diamalkan sekarang. Pakar
pengaturcaraan pula
ditemubual untuk mendapatkan
maklumat berkenaan
spesifikasi perisian dan
perkakasan pada masa kini
yang menyokong pembelajaran
pelajar. Item-item senarai
semak adalah berbeza antara
setiap pakar.
Penilaian
Sumatif
Penilaian Lapangan
(Satu kelas pelajar)
Tinjauan Soal selidik
30 orang pelajar yang
mengambil mata pelajaran
Teknologi Maklumat KBSM
menjawab soal selidik bagi
mengukur kebolehgunaan dan
kebolehlaksanaan perisian
PPBK
Penilaian
Sumatif
Penilaian Pakar Mata
pelajaran / Guru mata
pelajaran
Tinjauan Soal selidik
Dua orang guru mata pelajaran
Teknologi Maklumat menjawab
soal selidik bagi tujuan menilai
aspek isi kandungan dan
strategi pengajaran dalam
perisian PPBK
Penilaian
Sumatif
Penilaian Pakar
Rekabentuk
Tinjauan Soal selidik
Seorang pakar rekabentuk
perisian menjawab soal selidik
bagi tujuan menilai aspek
rekabentuk persembahan dan
rekabentuk interaksi dalam
perisian PPBK.
atas

RUJUKAN
Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International.
Flagg, B.N. 1990. Formative Evaluation for Educational Technologies. Hillsdale, NJ:Lawrence Erlbaum.
Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan Perisian Multimedia Satu
Pendekatan Sistematik.
Kuala Lumpur : Venton Publishing.
Rozinah Jamaludin. 2000. Asas-asas Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu
komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.








http://asnizamusa.tripod.com/ge6663tug1.html
4.0 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
Seseorang guru mungkin menggunakan komputer untuk mempersembahkan pengajaran secara
terus kepada pelajar. Dalam mod ini, komputer dilibatkan dalam aktiviti secara tradisinya berhubung
dengan guru atau tutor. Ia mempersembahkan pengajaran , membekalkan aktiviti atau situasi
pengajaran, kuiz atau dalam hal lain memerlukan interaksi dari pelajar, memberi maklum balas dan
menentukan aktiviti penerusan.

4.1 Definisi
Menurut Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehman dan James D. Russell (2000),
aplikasi yang menggunakan komputer untuk pengajaran selalunya dilabel sebagai computer-based
instruction (CBI), computer-assisted instruction (CAI) atau computer-assisted learning (CAL).
Menurut Harold F. O'Neil, JR dan Judith Paris (1981), kosakata "computer-based" adalah
mencakupi makna yang luas bagi mewakili pelbagai guna contohnya, seperti computer-managed
instruction (CMI) dan computer-assisted instruction (CAI) manakala kosakata "instruction" adalah
merujuk kepada arahan sama ada dari sudut pendidikan atau latihan.
Selain dari akronim CBI, CAI dan CAL terdapat beberapa akronim lain yang juga menggambarkan
penggunaan komputer dalam pembelajaran pelajar. Antaranya termasuklah :
(i) Computer-Aided Instruction (CaI)
(ii) Computer-Aided Learning (CaL)
(iii) Computer-Based Learning (CBL)
Alessi & Trollip (1985) mendefinasikan CAI sebagai penggunaan komputer untuk menyampaikan
maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar.
Faharol Razi Hj. Shaari (1998) menyatakan bahawa istilah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) adalah diambil dari istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based
Instruction (CBI) yang membawa maksud pengajaran terancang berasaskan komputer.

4.2 Objektif PPBK
Projek PPBK mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun1994 di
bawah Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) sebagai projek perintis yang melibatkan 15 buah
sekolah rendah di negeri Selangor. Projek ini dilaksanakan dengan objektif :

(i)

(ii)

(iii)
Untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar melalui penggunaan
komputer dalam pembelajaran dan pengajaran;
Untuk mempelbagaikan teknik pembelajaran dan pengajaran bagi
meningkatkan mutu pendidikan;
Mendedahkan pelajar kepada penggunaan komputer.
4.3 Kesesuaian Komputer Sebagai Media PPBK
Komputer merupakan satu media pengajaran berbentuk multimedia yang menggabungkan pelbagai
media yang ada. Keupayaan komputer dalam pendidikan adalah disebabkan oleh kecekapannya sama
ada sebagai satu pengeluaran atau satu alat persembahan. Keupayaan ini menetapkan satu pemisahan
komputer daripada format media yang lain. Media pengajaran berkomputer bagi guru dan pelajar boleh
digunakan untuk :
(i) meningkatkan kualiti bahan pengajaran menggunakan keupayaan elektronik
komputer;
(ii) mengurangkan masa yang diperlukan untuk merekabentuk, menghasilkan dan
menghasilkan semula bahan pengajaran;
(iii) meningkatkan keberkesanan keseluruhan bahan pengajaran melalui peningkatan
persembahannya;
(iv) mengintegrasikan bentuk media grafik, video, audio dan teks kepada media tunggal;
(v) menyimpan dan mencapai dengan cepat sejumlah besar data dan maklumat;
(vi) boleh berkomunikasi antara satu sama lain sama ada pada jarak yang dekat atau
jauh;
(vii) berfungsi sebagai pelajar di mana pelajar memprogramkan komputer untuk
melengkapkan tugas atau menyelesaikan masalah;
(viii) berfungsi sebagai pakar pengajaran di mana komputer membuat keputusan
berkenaan tahap pelajar, mencadangkan media dan cara belajar kepada pelajar dan
kemudian memilihnya.
Pendek kata, komputer dapat menghasilkan pembelajaran yang memanfaatkan kesemua
pancaindera kita. Satu lagi kelebihan komputer ialah tidak mempunyai emosi; komputer tidak pernah
bosan dan tidak tahu marah. Walaubagaimanapun, komputer boleh menjadi seperti manusia yang boleh
berfikir, mengingat, bersuara, melukis, mewarna, mengira, membuat keputusan, mengetahui masa dan
lain-lain lagi. Berdasarkan kepada keupayaan dan potensi yang ditawarkan oleh komputer ini, manusia
perlulah pandai menyediakan bahan yang sesuai dan berkesan untuk disampaikan oleh komputer. Oleh
itu potensi komputer sebenarnya bergantung pada mutu bahan yang disediakan.

4.4 Kategori PPBK
Kaedah pengajaran secara tradisional dapat diperjelaskan sebagai format persembahan
sepertimana kuliah dan perbincangan sahaja.
Terdapat banyak bentuk PPBK dan banyak cara untuk meninjau peranan komputer dalam
pendidikan. Dengan perisian dan pengetahuan kita tentang kemajuan pembelajaran manusia, kita
mungkin boleh merekacipta kategori baru atau mengubah bentuk lama kepada bentuk baru yang lebih
mencerminkan realiti di dalam kelas. Jadi, berdasarkan kepada kriteria kaedah pengajaran berasaskan
komputer, PPBK biasa yang terkini boleh dikategorikan kepada lima iaitu :

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
Latih tubi
Tutorial
Simulasi
Pengajaran Permainan
Penyelesaian Masalah
Setiap kategori PPBK ini menawarkan kelebihan yang istimewa berbanding dengan kaedah
pengajaran menggunakan media selain komputer.
4.4.1 Latihtubi
Jika dibandingkan dengan latihtubi tanpa komputer, komputer menawarkan kelebihan dari segi :
y Interaktiviti. Komputer dapat mempersembahkan banyak masalah dan memerlukan pelajar
memberi jawapan.
y Maklum balas cepat. Komputer dapat memaklumkan pelajar dengan segera sekiranya sesuatu
jawapan itu betul atau salah. Dalam program yang direkabentuk dengan sempurna, komputer
boleh memberitahu pelajar sebabnya. Banyak program latihtubi mengulang item-item yang
tertinggal secara automatik sehingga pelajar mahir.
y Kesabaran tanpa had. Komputer bagi program latihtubi dapat boleh digunakan dalam
jangkamasa panjang tanpa merasa letih atau marah.
y Pelbagai tahap kesukaran. Komputer dapat menyesuaikan tahap kesukaran. Ia mungkin
ditetapkan oleh guru atau pelajar, atau program tersebut mungkin mengubahsuai secara
automatik berdasarkan pencapaian pelajar.
y Motivasi. Menerusi penggunaan elemen cabaran dan permainan, atau hanya disebabkan oleh
penggunaan komputer itu sendiri, komputer dengan program latihtubi mungkin lebih memberi
motivasi kepada pelajar berbanding dengan latihan yang sama menggunakan kertas dan pensil.
4.4.2 Tutorial
Dalam aplikasi tutorial, komputer dianggap peranan pengajaran awal bagi guru atau tutor. Ia
mempersembahkan isi kandungan baru dan menaksir pembelajaran. Tutorial secara khususnya
mengandungi pengetahuan utama yang terurus. Satu atau lebih laluan dibuat menerusi pengetahuan
tersebut, objektif pembelajaran yang khusus dan ujian dalaman pembelajaran pelajar. Tutorial
berasaskan komputer mempunyai kelebihan dari segi :
y Soalan pelengkap. Sebagaimana komputer latihtubi, tutorial melalui komputer juga mempunyai
kelebihan interaktiviti. Pelajar mesti memainkan peranan aktif dengan menjawab soalan
pelengkap. Maklumbalas segera juga diberikan.
y Cabangan. Tutorial berkomputer juga bercabang secara automatik, yang mana menyesuaikan
aturan persembahan kandungan, berpandukan jawapan pelajar terhadap soalan pelengkap.
Pemulihan atau pengayaan boleh dibina secara dalaman bagi menemukan keperluan setiap
individu pelajar.
y Persembahan dinamik. Komputer dapat mempersembahkan maklumat secara dinamik, seperti
menyerlahkan teks penting pada skrin bagi menarik perhatian pelajar, atau melalui proses
gambaran menggunakan animasi grafik. Komputer multimedia mungkin juga melibatkan audio
dan video.
y Penyimpanan rekod. Tutorial b4erkomputer dapat menjaga rekod pelajar secara automatik, yang
boleh digunakan untuk memaklumkan mereka kemajuannya.
4.4.3 Simulasi
Simulasi menjadikan penggunaan keupayaan komputer secara terbaik secara:
o Mengawal pelbagai pembolehubah. Komputer boleh mengurus pelbagai pembolehubah
serentak. Hasilnya, ia dapat menggambarkan secara realistik fenomena yang kompleks,
seperti pembangunan dan perubahan sesuatu bandaraya atau fizikal badan semasa
bergerak. Pelajar boleh memanipulasikan pembolehubah ini untuk meninjau kesan ke
atas sistem yang dimodelkan.
o Persembahan yang dinamik. Keupayaan komputer untuk mempersembahkan maklumat
secara dinamik adalah sangat penting dalam simulasi. Penyusunan alatan bersimulasi
boleh berubah seperti sebenar, dan proses seperti pembesaran tumbuhan dapat
digambarkan secara grafik.
o Masa kawalan. Komputer dapat menetapkan atau mengubah masa bagi membolehkan
pembelajaran sesuatu fenomena lebih perlahan (perkembangan populasi) atau lebih
cepat (tindak balas kimia). Komputer juga boleh menggambarkan situasi sejarah.
o Kesan peluang. Kebanyakan simulasi memasukkan elemen peluang atau rawak supaya
menjadikannya lebih realistik, membolehkan pelajar berinteraksi dalam keadaan berbeza
pada ketika berbeza.
4.4.4 Permainan
Pengajaran secara permainan memasukkan elemen menyeronokkan kepada PPBK. Dalam banyak
kes, permainan adalah semata-mata diubah versi daripada jenis PPBK yang lain, seperti latihtubi atau
simulasi, tetapi istimewanya dengan mempunyai kriteria berikut:
y Motivasi. Kebaikan utama bagi permainan komputer ialah kepelbagaian elemen motivasi yang
ditawarkan, termasuk pertandingan, kerjasama, cabaran, fantasi, pengiktirafan dan penghargaan.
y Struktur permainan. Struktur permainan bermaksud peraturan permainan dan matlamat akhir.
y Pertimbangan pancaindera. Permainan pada komputer selalunya dipertimbangkan melalui
penggunaan grafik, animasi, bunyi dan penambahan pancaindera lain.
4.4.5 Penyelesaian masalah
Kebanyakan aplikasi PPBK direkabentuk untuk mendidik pelajar dengan kemahiran penyelesaian
masalah tetapi tidak dipadankan ke dalam kategori PPBK yang lain. Aplikasi penyelesaian masalah
berkomputer mempunyai kelebihan tertentu:
y Fokus pada jenis masalah yang khusus. Program penyelesaian masalah yang khusus selalunya
fokus pada kemahiran yang khusus.
y Kuantiti. Komputer dapat membekalkan pelajar dengan latihan sejumlah besar masalah dalam
jangkamasa yang singkat, interaksi yang diperlukan dan memberi maklum balas seperti dalam
PPBK bentuk yang lain.
y Kepelbagaian. Komputer berupaya mempersembahkan pelbagai masalah. Ini menolong pelajar
untuk membuat generalisasi kemahiran menyelesaikan masalah.
atas

5.0 Perisian Kursus
Perisian kursus merupakan komponen terpenting dalam menjayakan program PPBK. Kini terdapat
perisian kursus dalam bentuk cakera padat yang dibina menggunakan pelbagai alat pengarangan
bercirikan persembahan multimedia. Pelajar hendak mempelajari sesuatu tajuk hanya perlu memilih
perisian kursus yang mengandungi tajuk yang dikehendaki. Seterusnya pelajar perlu menggunakan
komputer untuk berinteraksi melalui aktiviti yang telah dirancang dalam perisian tersebut.
5.1 Takrif Perisian Kursus
Sebagaimana yang kita ketahui, istilah perkakasan (hardware) adalah merujuk kepada alatan
elektronik dan elektromekanikal yang membina, menghubung dan menjadi pengantaramuka dengan
komputer manakala istilah perisian (software) pula merujuk kepada aturcara atau program yang
memberitahu komputer apa yang sepatutnya dilakukan. Menurut Bunderson, C.V. (1981),
perkembangan CAI memperlihatkan perbezaan antara perisian komputer yang menyokong fungsi
perkakasan dengan perisian yang boleh disusun semula untuk menghasilkan interaksi dalam pengajaran
dan arahan yang dipanggil perisian kursus (courseware). Jadi, istilah perisian kursus adalah
berunsurkan definisi hasilan yang merujuk kepada bahan pengajaran yang mengandungi program
aplikasi yang diuruskan oleh sistem penghantaran komputer termasuk alat bantu bagi pakej perisian
kursus diluar talian. Jadi, pakej perisian kursus yang nyatanya ialah cakera magnetik atau cakera padat
dan juga termasuklah video rakaman, slaid yang dikawal oleh komputer dan yang paling biasa ialah set
bahan bercetak. Kini, perisian kursus boleh didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang membentuk
kesempurnaan hasil yang dijalankan menggunakan sistem penyampaian arahan berperantarakan
teknologi.
5.2 Pembangunan Perisian Kursus Pendidikan
Berdasarkan kepada definisi, perisian kursus didapati merupakan komponen terpenting
dalam menjayakan program PPBK. PPBK direkbaentuk dan dihasilkan oleh Pasukan
Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design Teams). Menurut Yusuf Hashim (1998), pasukan
ini terdiri daripada tiga kepakaran iaitu :

(i)
Pengembangan PPBK yang terdiri daripada pakar-pakar matapelajaran
(PM)
(ii) Pakar Pengaturcaraan (PP) atau Penerbit PPBK
(iii) Jurureka Pengajaran (JP)
Setiap daripada mereka ini adalah pakar secara khusus. Apabila bekerja bersama-sama
dan mengikuti prosedur yang dibangunkan oleh pasukan tersebut, mereka dapat menghasilkan
arahan yang efisien dan efektif bagi pelbagai keputusan, pelajar, persekitaran dan media.
PM biasanya terdiri daripada golongan guru akan menyediakan dan menguruskan isi
kandungan pelajaran dan menentukan kumpulan sasaran yang terlibat. JP akan merancang dan
merekabentuk pengajaran serta menerapkan teori-teori pembelajaran. PP akan menggabungkan
pengetahuan serta kemahiran proses rekabentuk PPBK yang disumbangkan oleh JP dan PM
dan menterjemhkannya ke dalam bahasa komputer mengikut keupayaan dan kemampuan
komputer yang telah dipilih.
Adalah sukar bagi seseorang guru menjalankan tiga peranan ini dan biasanya jika
seseorang guru itu dikehendaki menghasilkan satu perisian PPBK yang berkualiti, ia memerlukan
masa dan tenaga yang lebih.
Terdapat dua cara untuk menghasilkan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer:

(i)
Penghasilan menggunakan bahasa pengaturcaraan dalam bahasa
komputer.
(ii) Menggunakan alat pengarangan.
5.2.1 Bahasa Pengaturcaraan

Bahasa pengaturcaraan ialah cara lama yang digunakan oleh orang yang
membangunkan bahan perisian kursus. Seseorang yang ingin menghasilkan bahan
kursus, terlebih dahulu mesti mahir dalam bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan
contohnya bahasa pengaturcaraan seperti BASIC atau PASCAL.
5.2.2 Alat Pengarangan

Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian
kursus dengan cara mudah. Sistem pengarangan merupakan sebuah aturcara yang
membenarkan seseorang menghasilkan bahan kurus PPBK secara langkah demi
langkah. Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa
pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis
kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak
memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus
dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra
pengguna. Contoh beberapa perisian alat pengarangan yang banyak terdapat di
pasaran ialah Linkway, Language Plus, Scala, Toolbook, Authorware, dan ComIL.
Keupayaan alat pengarangan tersebut berbeza antara satu sama lain. Terdapat
beberapa alat pengarangan yang dapat digunakan untuk menyediakan grafik, menerima
input audio dan video. Sebaliknya ada juga beberapa alat pengarangan yang tidak
mampu berbuat demikian. Kemajuan dalam teknologi komputer membolehkan
kebanyakan alat pengarangan yang baru muncul semakin maju. Kemajuan teknologi ini
membolehkan perisian tersebut digunakan bersama-sama dengan beberapa peralatan
lain seperti permain/perakam video, audio serta mesin pengimbas dan sebagainya yang
digunakan untuk menghasilkan perisian kursus multimedia.

5.3 Model Penghasilan Perisian Kursus
Bahan pengajaran yang dihasilkan seharusnya dibina dan direkabentuk mengikut
pendekatan yang sistematis agar dapat menjamin satu proses pengajaran berkesan.
Beberapa model pendekatan sistematis seperti Gagne's dan Briggs (1977), Dick dan
Carey (1990) dan Leshin, Pollock dan Reguluth (1991) menekankan tahap proses
rekabentuk yang sama melibatkan objektif pembelajaran dan penilaian terhadap objektif
pembelajaran.
Penghasilan perisian kursus PPBK melibatkan beberapa langkah seperti berikut. Ini
dapat menentukan perisian yang dihasilkan memenuhi keperluan pelajar dan
keberkesanannya. Berdasarkan model Dick dan Carey, tahap-tahap dalam proses
rekabentuk sistematis adalah seperti berikut :
(i) Mengenalpasti masalah, menganalisis pengajaran dan pelajar;
(ii) Mempertimbangkan kesesuaian perantaraan;
(iii) Membina strategi pengajaran dan pembelajaran;
(iv) Merekabentuk dan menjalankan penilaian formatif.

















3.0 BORANG PENILAIAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN


Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Belajar MS Access
Penilaian Teori dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Bahagian A
Arahan : Lengkapkan maklumat di bawah.
Nama Penilai : ______________________________________________ Tarikh :
_______________________
Jawatan : ___________________________________ E-Mail :
______________________
Alamat :
____________________________________________________________________________________
____

____________________________________________________________________________________
___
Jenis PPBK : __________________________________________

Bahagian B : Aplikasi Teori Pembelajaran
Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan jika jawapan Tidak pada bahagian CATATAN.

SOALAN

CATATAN
Teori Pembelajaran Tingkah Laku

1. Objektif pembelajaran ada dinyatakan Ya Tidak _____________________
2. Penggunaan teks, grafik dan animasi sesuai
untuk menarik
minat pelajar.
Ya Tidak _____________________
3. Latihan berkenaan dengan maklumat yang
dipersembahkan
ada disediakan setelah tamat persembahan
maklumat.
Ya Tidak _____________________
4. Latihan bersesuaian dengan objektif
pembelajaran.
Ya Tidak _____________________
5. Maklumbalas terhadap jawapan pelajar ada
disediakan.
Ya Tidak _____________________
6. Penghargaan ada diberikan kepada pelajar
yang berjaya.
Ya Tidak _____________________
7. Kata-kata penghargaan bersesuaian dan
memotivasikan
pelajar.
Ya Tidak _____________________
8. Aktiviti pengayaan yang bersesuaian ada
disediakan.
Ya Tidak _____________________
9. Dorongan ada diberikan kepada pelajar yang
gagal.
Ya Tidak _____________________
10. Kata-kata dorongan bersesuaian dan
memotivasikan
pelajar.
Ya Tidak _____________________
11. Aktiviti pemulihan yang bersesuaian ada
disediakan
Ya Tidak _____________________
12. Paparan skrin persembahan adalah konsisten Ya Tidak _____________________
Teori Pembelajaran Kognitif

1. Persembahan pengenalan ada mengaitkan
dengan
Ya Tidak _____________________
pengalaman sedia ada pelajar.
2. Persembahan maklumat adalah tersusun. Ya Tidak _____________________
3. Penggunaan teks, grafik dan imej dapat
menjelaskan
maklumat yang disampaikan dengan betul.
Ya Tidak _____________________
4. Teknik persembahan maklumat dipelbagaikan. Ya Tidak _____________________
5. Pelajar berpeluang untuk mengulang semula
maklumat
yang telah dipelajari.
Ya Tidak _____________________
6. Kuantiti maklumat atau kemahiran yang
dipersembahkan
dalam setiap tutorial adalah sesuai.
Ya Tidak _____________________
7. Langkah-langkah setiap kemahiran ditunjukkan
dengan cara
yang mudah difahami.
Ya Tidak _____________________
8. Latihan yang diberikan dapat
mempertingkatkan ingatan
pelajar terhadap kemahiran yang dipelajari.
Ya Tidak _____________________
Teori Pembelajaran Konstruktivisme

1. Maklumat dalam perisian mudah diterokai. Ya Tidak _____________________
2. Perisian membenarkan pelajar menentukan
arah tuju
pembelajaran mereka.
Ya Tidak _____________________
3. Perisian menggalakkan pelajar untuk
meneroka maklumat
yang terkandung di dalamnya.
Ya Tidak _____________________
4. Soalan latihan menggalakkan pelajar membina
pengetahuan
yang lebih mendalam.
Ya Tidak _____________________
5. Soalan latihan menguji kemahiran pelajar
menggunakan
perisian MS Access 2000.
Ya Tidak _____________________
6. Soalan latihan berkaitan dengan persekitaran
seorang
pelajar.
Ya Tidak _____________________
Teori Kepelbagaian Kecerdasan

1. Pelajar boleh memilih untuk belajar mengikut
aturan topik
demi topik yang dicadangkan atau aturan
sendiri
Ya Tidak _____________________
2. Unsur teks, grafik, imej dan animasi ada
disediakan untuk
menerangkan maklumat atau kemahiran yang
berkaitan
Ya Tidak _____________________
3. Unsur teks, grafik, imej dan animasi yang
digunakan
bersesuaian.
Ya Tidak _____________________
4. Perisian ini banyak meminta respon dari
pelajar.
Ya Tidak _____________________
5. Respon yang diminta dalam pelbagai bentuk
(menaip
jawapan, memadan rajah dan mengklik pilihan)
Ya Tidak _____________________
6. Muzik yang dimasukkan selesa didengar. Ya Tidak _____________________
7. Muzik boleh dimatikan jika tidak perlu. Ya Tidak _____________________
8. Penggunaan perisian tidak terbatas kepada
seorang individu
sahaja.
Ya Tidak _____________________
Bahagian C : Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan jika jawapan Tidak pada bahagian CATATAN.

SOALAN

CATATAN
Strategi Pembelajaran Aktif

1. Penggunaan perisian PPBK ini memerlukan
pelajar bertindak aktif sepanjang proses
pembelajaran.
Ya Tidak _____________________
2. Perisian PPBK ini menyediakan aktiviti yang
perlu dibuat oleh pelajar bagi membantu proses
pembelajaran mereka.
Ya Tidak _____________________
3. Perisian PPBK ini menggalakkan interaksi dua
Ya Tidak _____________________
hala antara pelajar dengan perisian.
Strategi Pembelajaran Anjal

1. Perisian PPBK ini sesuai digunakan di tempat
selain dari
bilik darjah.
Ya Tidak _____________________
2. Perisian PPBK ini sesuai digunakan pada bila-
bila masa.
Ya Tidak _____________________
3. Perisian PPBK ini sesuai digunakan mengikut
tahap
pembelajaran pelajar.
Ya Tidak _____________________
4. Pelajar bebas untuk beralih topik semasa
pembelajaran.

5. Pelajar bebas untuk keluar dari perisian bila-
bila masa
sahaja.
Ya Tidak _____________________
Strategi Pembelajaran Reflektif

1. Perisian PPBK mengaitkan pengetahuan sedia
pelajar
Ya Tidak _____________________
2.. Latihan disusun dalam bentuk memudahkan
pelajar
mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran
lepas
Ya Tidak _____________________
Bahagian D
Komen lain berkenaan perisian ini :
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini

atas

RUJUKAN
Alessi, S. M. & Trollip, S.R. 1991. Computer-based instruction: Methods and development.
Boston: Allyn and Bacon.
Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row, Publisher, Inc.
Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International.
Edwards, J. 1995. Multiple intelligences and technology. Florida Information Resource Network.
http://www.firn.edu/~face/about/dec95/mult int.html
Kearsley, G. 1994. The theories into practice database. http://www.lincoln.ac.nz/educ/tip/1.htm
Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology for teaching
and learning. London: Prentice-Hall International.

You might also like