You are on page 1of 7

Lampiran A

TATACARA PEMBUKAAN AKAUN BANK


1. Sekolah mengenalpasti dan menentukan bank yang akan berurusan dengan sekolah. Bank
yang dipilih hendaklah bank yang terdekat dengan pejabat dan dapat memberi
perkhidmatan yang memuaskan.
2. Lengkapkan borang (AK 52) dengan betul dalam 5 salinan asal. Borang (AK 52)
digunakan untuk mendapatkan kelulusan pembukaan akaun bank daripada Pejabat
Perakaunan/Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di negeri masing-masing dan
kelulusan penurunan kuasa kepada pegawai untuk menandatangani dan mengesahkan cek
untuk ditunai. Cara mengisi borang (AK 52) adalah seperti di Lampiran 1(a) dan
Lampiran 1 (b).
3. Dapatkan kad bagi pembukaan akaun semasa daripada bank yang telah dipilih di Para1.
Kad ini diguna untuk mendapatkan tandatangan pegawai yang diberi kuasa ke atas
penyelenggaraan akaun tersebut termasuk untuk menandatangani cek. Contoh kad adalah
seperti di Lampiran 2.
4. Penuhkan maklumat dalam kad tersebut dengan sempurna dalam 5 salinan asal, dengan
memasukkan nama pegawai, jawatan, nombor kad pengenalan serta tandatangan empat
orang pegawai yang diberi kuasa untuk menandatangani cek sebagaimana maklumat di
ruangan 8, 9 dan 10 dalam Borang (AK 52).
5. Kemukakan Borang (AK 52) dan kad pembukaan Akaun Bank kepada Ketua Pusat
Tanggungjawab (PTJ) untuk perakuan.
6. Ketua PTJ mengemukakan Borang (AK 52) dan kad pembukaan Akaun Bank kepada
Pejabat Perakaunan/JANM di negeri masing-masing untuk kelulusan.
7. Sekiranya permohonan diluluskan oleh Pejabat Perakaunan/JANM, empat (4) salinan
Borang (AK 52) berserta kad contoh tandatangan akan dikembalikan kepada Ketua PTJ.
Satu (1) salinan hendaklah disimpan oleh Unit Akaun di pejabat Ketua PTJ dan 3 salinan
lagi diserahkan kepada sekolah, iaitu satu (1) salinan untuk disimpan di sekolah dan dua
(2) salinan hendaklah dikemukakan oleh sekolah kepada bank berkenaan.
(AK 52)
Rujukan ANM (A) & 316 Pt. ( ) Bertarikh .
KUASA TETAP
Kepada Bank : Tarikh : .
.
Alamat Bank :
.
(1) Nama Akaun Sekolah : ..
(2) Nombor Akaun
(Kerajaan, SUWA dan Asrama)
(3) Kebenaran diberi kepada :-
Bil Nama Penuh Jawatan Contoh Tandatangan
(a)
(b)
(c)
(d)
Untuk menguruskan kira-kira di atas seperti yang ditentukan di bawah :
i) Seseorang pegawai hanya dibenarkan menandatangan satu penandatangan sahaja di atas satu-satu cek.
ii) Cek-cek yang kurang daripada RM10,000 hendaklah ditandatangani oleh 2 orang pegawai seperti di atas iaitu (a) dan
(b), (c) atau (d) untuk menggantikan (b).
iii) Cek-cek yang berjumlah RM10,000 keatas hendaklah ditandatangani oleh 3 orang pegawai seperti di atas iaitu (a) dan
(b) dan (c) atau (a)+(b)+(d) atau (a)+(c)+(d).
iv) Dalam keadaan tertentu, cek boleh ditandatangani oleh (b) bagi menggantikan (a), sekiranya ada surat kuasa.
(4) Nama Pegawai-pegawai pengesahan ialah :
Bil Nama Penuh Jawatan Contoh Tandatangan
(a)
(b)
(c)
Ataupun seorang daripada mereka yang dibenarkan untuk mengesahkan cek-cek bagi pembayaran tunai.
(5) Semua kebenaran sebelumnya mengenai tandatangan pembenar adalah dibatalkan melainkan menandatangani cek-cek
dan lain-lain perkara yang bertarikh sebelum dari tarikh ini dan diserahkan untuk bayaran pada atau selepas tarikh ini.
(Sekiranya tidak sesuai potong/pinda seperti yang dikehendaki)
Pegawai Yang Mengesahkan : Pegawai Yang Meluluskan :
Tandatangan : .. Tandatangan:..
Nama Pengurus Sekolah : Nama : (..............)
Cop Rasmi Sekolah : Jawatan Rasmi : ()
Perakuan Jabatan Pelajaran Negeri/Ketua Pusat Tanggungjawab
Disokong :
Jawatan : ..
Nota : i) Borang AK 52 lima salinan sahaja
ii) Kad bank lima salinan bagi setiap akaun
Lampiran 1(a)
(AK 52)
(1) (2)
Rujukan ANM (A) & 316 Pt. ( ) Bertarikh .
KUASA TETAP
(3) (5)
Kepada Bank : Tarikh : .
. (4)
Alamat Bank :
.
(6)
(6) Nama Akaun Sekolah : ..
(7)
(7) Nombor Akaun
(Kerajaan, SUWA dan Asrama)
(8) Kebenaran diberi kepada :-
Bil Nama Penuh Jawatan Contoh Tandatangan
(a)
(b) (8) (9) (10)
(c)
(d)
Untuk menguruskan kira-kira di atas seperti yang ditentukan di bawah :
v) Seseorang pegawai hanya dibenarkan menandatangan satu penandatangan sahaja di atas satu-satu cek.
vi) Cek-cek yang kurang daripada RM10,000 hendaklah ditandatangani oleh 2 orang pegawai seperti di atas iaitu (a) dan
(b), (c) atau (d) untuk menggantikan (b).
vii) Cek-cek yang berjumlah RM10,000 keatas hendaklah ditandatangani oleh 3 orang pegawai seperti di atas iaitu (a) dan
(b) dan (c) atau (a)+(b)+(d) atau (a)+(c)+(d).
viii) Dalam keadaan tertentu, cek boleh ditandatangani oleh (b) bagi menggantikan (a), sekiranya ada surat kuasa.
(9) Nama Pegawai-pegawai pengesahan ialah :
Bil Nama Penuh Jawatan Contoh Tandatangan
(a)
(b) (11) (12) (13)
(c)
Ataupun seorang daripada mereka yang dibenarkan untuk mengesahkan cek-cek bagi pembayaran tunai.
(10) Semua kebenaran sebelumnya mengenai tandatangan pembenar adalah dibatalkan melainkan menandatangani cek-cek
dan lain-lain perkara yang bertarikh sebelum dari tarikh ini dan diserahkan untuk bayaran pada atau selepas tarikh ini.
(Sekiranya tidak sesuai potong/pinda seperti yang dikehendaki)
Pegawai Yang Mengesahkan : Pegawai Yang Meluluskan :
(14) (19)
Tandatangan : .. Tandatangan:..
(15) (20)
Nama Pengurus Sekolah : Nama : (..............)
(16) (21)
Cop Rasmi Sekolah : Jawatan Rasmi : ()
Perakuan Jabatan Pelajaran Negeri/Ketua Pusat Tanggungjawab
(17)
Disokong :
(18)
Jawatan : ..
Nota : i) Borang AK 52 lima salinan sahaja
ii) Kad bank lima salinan bagi setiap akaun
Lampiran 1(b)
Ruangan 1 Kosongkan (untuk diisi oleh Jabatan Akauntan Negara)
Ruangan 2 Kosongkan (untuk diisi oleh Jabatan Akauntan Negara)
Ruangan 3 Bank yang dipilih untuk berurusniaga. Bank yang dipilih hendaklah terdekat dan
memberi perkhidmatan yang memuaskan.
Ruangan 4 Alamat Bank
Ruangan 5 Tarikh
Ruangan 6 Nama Akaun Sekolah
Ruangan 7 Kosongkan (kerana ini adalah akaun baru)
Ruangan 8 Nama penuh 4 orang pegawai yang diberi kuasa menandatangani cek. Pegawai
hendaklah dari Kumpulan A dan B.
Ruangan 9 Jawatan 4 orang pegawai yang diberi kuasa menandatangani cek. Pegawai
hendaklah dari Kumpulan A & B.
Ruangan 10 Contoh tandatangan 4 orang pegawai yang diberi kuasa menandatangani cek.
Pegawai hendaklah dari Kumpulan A dan B.
Ruangan 11 Nama penuh 3 orang pegawai yang diberi kuasa mengesahkan cek untuk
ditunaikan.
Ruangan 12 Jawatan 3 orang pegawai yang diberi kuasa mengesahkan cek untuk ditunaikan.
Ruangan 13 Contoh tandatangan 3 orang pegawai yang diberi kuasa mengesahkan cek untuk
ditunaikan.
Ruangan 14 Tandatangan Pengurus Sekolah
Ruangan 15 Nama Pengurus Sekolah yang berkenaan
Ruangan 16 Cop rasmi sekolah
Ruangan 17 Perakuan Ketua PTJ (Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional)
Ruangan 18 Perakuan Ketua PTJ
Ruangan 19 Untuk kegunaan Pejabat Perakaunan/JANM untuk kelulusan
Ruangan 20 Untuk kegunaan Pejabat Perakaunan/JANM untuk kelulusan
Ruangan 21 Untuk kegunaan Pejabat Perakaunan/JANM untuk kelulusan
Lampiran B
TATACARA PENGENDALIAN AKAUN BANK SEKOLAH
OLEH BANK PERDAGANGAN
1. TUJUAN DAN JENIS AKAUN BANK
1.1 Jabatan ini akan membuka akaun bank bagi sekolah
untuk menguruskan semua terimaan dan bayaran termasuk peruntukan berupa
pemberian dan bantuan daripada KPM/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
1.2 Pembukaan akaun ini adalah dengan kelulusan Jabatan ini dan semua transaksi
adalah atas urusan rasmi kerajaan.
2. PENGENDALIAN AKAUN
Urusan Terimaan
2.1 Bank hendaklah mengkreditkan semua cek, kiriman wang, wang pos, wang tunai
dan pindahan wang secara elektronik yang diterima melalui akaun ini.
2.2 Urusan kemasukan akaun boleh dilakukan di mana-mana cawangan bank tersebut.
2.3 Sekolah akan memasukkan pungutan dengan menggunakan slip bank yang
dibekalkan oleh bank.
2.4 Bagi terimaan secara Electronik Fund Transfer (EFT), bank perlu mengeluarkan
Nota Kredit kepada sekolah pada hari yang sama.
Urusniaga Bayaran
2.5 Pihak bank hendaklah membekalkan cek-cek kosong untuk kegunaan tiga (3)
bulan.
2.6 Cek yang dibuka hendaklah dibenarkan ditunai di mana-mana cawangan bank
berkenaan.
2.7 Sekiranya terdapat cek tak laku, cek hendaklah dikembalikan kepada sekolah
berserta Nota Debit. Cek tak laku tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai
yang dibenarkan sahaja atau dengan pos berdaftar kepada sekolah.
2.8 Tempoh laku cek adalah selama tiga (3) bulan.
2.9 Bank hendaklah membenarkan cek yang dibuka ditunaikan oleh pembawa cek
seperti nama dan nombor kad pengenalan yang tercatat dibelakang cek dan
disahkan oleh Pegawai Pengesah seperti yang dinyatakan di perenggan (4) dalam
Borang Kuasa Tetap (Borang AK52).
2.10 Bagi pengeluaran cek bernilai RM10,000.00 ke atas, KPM telah menetapkan
syarat cek mesti ditandatangani oleh tiga (3) pegawai yang diberi kuasa seperti di
perenggan 3 dalam Borang Kuasa Tetap (Borang AK52). Dua (2) tandatangan
diperlukan untuk pengeluaran cek bernilai kurang daripada RM10,000.00.
2.11 Pihak bank hendaklah memberhentikan bayaran atas permintaan melalui telefon
yang disusuli dengan surat atau faks daripada sekolah oleh pegawai yang diberi
kuasa.
3. HAL-HAL LAIN
3.1 Penyata Bank bulanan hendaklah dikemukakan kepada pejabat sekolah pada
minggu pertama bulan berikutnya.
3.2 Bank hendaklah menamakan pegawai yang boleh memberi maklumbalas/bantuan
dan boleh dihubungi pada bila-bila masa.
3.3 Tiada sebarang caj boleh dikenakan ke atas transaksi yang dilakukan bagi akaun
ini.
Lampiran C
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN AKAUN
MAKLUMAT AKAUN BANK SEKOLAH
1. Nama Sekolah : .
2. Kod Sekolah : .
3. Alamat Penuh Sekolah : .
: .
4. No. Tel Sekolah : .
5. No. Faks Sekolah : .
6. Email Pengetua/Sekolah : .
7. Maklumat Akaun Bank :-
JENIS AKAUN
NAMA AKAUN
BANK
NAMA BANK,
CAWANGAN DAN
ALAMAT
NO. AKAUN
Kumpulan Wang
Kerajaan
Kumpulan Wang
SUWA
Kumpulan Wang
Asrama (jika
berkenaan)
Pengesahan Pengetua/Guru Besar: Pengesahan Pegawai Bank:
Maklumat sekolah & akaun bank sekolah Maklumat Akaun Bank disahkan betul.
disahkan betul.
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :
Cop : Cop :

You might also like