You are on page 1of 23

F r a s a N a m a | 28

UNIT 2
FRASA NAMA


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Mengetahui konsep frasa nama.
2. Mengenal pasti binaan frasa nama.
3. Merngetahui fungsi frasa nama.



PENGENALAN
ari segi definisi, frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
oleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam ayat. Berdasarkan definisi ini, frasa nama boleh
dibina sekurang-kurangnya oleh satu perkataan atau boleh dibina oleh rangkaian beberapa
perkataan. Berdasarkan kepada Tatabahasa Dewan, frasa nama merupakan frasa endosentik, iaitu frasa
yang mempunyai kata inti. Oleh itu setiap frasa nama perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kata inti,
iaitu kata utama yang membina frasa nama. Inti atau kata utama bagi frasa nama ini ialah kata nama (KN).
Frasa yang bergaris di bawah merupakan contoh frasa nama yang hadir di dalam ayat dan menjalankan
fungsi sebagai subjek ayat.
1. Razak / amat dihormati oleh rakannya.
2. Kejayaan / memerlukan pengorbanan.
3. Tetamu-tetamu / diberikan cenderamata istimewa.
4. Beliau / baru menerima darjah kebesaran daripada Sultan Pahang.
5. Itu / barisan pimpinan pelajar yang baharu di UPSI
6. Penduduk rumah pangsa / telah diarahkan berpindah.
D
F r a s a N a m a | 29

Berdasarkan kepada contoh-contoh ini, frasa nama boleh terdiri daripada kata dasar (contoh i), kata
terbitan (contoh ii), kata ganda (contoh iii), kata ganti nama (contoh iv), kata tunjuk (contoh v) dan deretan
perkataan yang intinya kata nama (contoh vi). Perkara yang penting dalam FN ialah setiap FN perlu
mempunyai kata nama yang berfungsi sebagai kata inti.

Mengapakah frasa nama digolongkan ke dalam frasa endosentrik ?

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________


ISI KANDUNGAN
Binaan Frasa Nama

ari segi binaan, unsur yang boleh mengisi sesuatu frasa nama boleh terdiri daripada satu
perkataan atau sederetan perkataan. Bagi frasa yang terdiri daripada satu perkataan, frasa ini
lazimnya terdiri daripada kata inti, sementara frasa yang terdiri daripada sederetan perkataan,
frasa ini terdiri daripada kata inti dan unsur penerang atau kata inti dengan kata inti. Pembahagian frasa ini
ditunjukkan oleh rajah di bawah :











D
FRASA NAMA
SATU PERKATAAN SEDERETAN PERKATAAN
INTI + PENERANG INTI + INTI
INTI
FRASA NAMA
SATU PERKATAAN SEDERETAN PERKATAAN
INTI + PENERANG INTI + INTI
INTI
F r a s a N a m a | 30

Jika frasa nama hanya terdiri satu perkataan, hal ini bererti frasa nama tersebut terdiri daripada kata inti
sahaja, manakala jika terdiri daripada sederetan perkataan frasa nama tersebut terdiri daripada dua jenis,
iaitu jenis pertama, FN tersebut terdiri daripada kata nama inti dan penerang, manakala jenis kedua, kata
inti dan kata inti, iaitu kedua-dua kata inti tersebut terdiri daripada kata nama. Oleh itu, setiap frasa nama
perlu mempunyai kata inti dan kata intinya ialah kata nama. Ini ditunjukkan oleh rajah di bawah.

[ Frasa Nama ]



..... + KN + .....

Berdasarkan kepada rajah ini, kata nama merupakan unsur wajib, manakala unsur-unsur lain merupakan
unsur pilihan yang boleh mengisi posisi sebelum kata nama inti atau hadir selepas kata nama inti.

Yang berikut merupakan contoh FN yang terdiri daripada satu perkataan :

7a. rumah
8a. surau
9a. sungai

Daripada contoh-contoh ini, frasa nama hanya terdiri daripada kata inti, iaitu rumah, surau dan sungai.
Bagaiamanpun, kata inti yang membina frasa nama ini boleh diperluas dan dengan ini frasa tersebut bukan
sahaja terdiri daripada kata inti, tetapi terdiri daripada sederetan perkataan yang mengandungi kata inti
dan unsur keterangan.
Contoh:
7b. lima buah rumah
8b. sebuah surau lama
9b. sebatang sungai yang deras

F r a s a N a m a | 31

Berdasarkan kepada contoh di atas, kata inti rumah, surau dan sungai telah diperluaskan, iaitu dalam
contoh 1b kata bilangan (lima) dan penjodoh bilangan (buah) telah diletakkan pada kedudukan sebelum
kata inti. Bagi contoh 2b pula, selain kata bilangan (se-/ satu) dan penjodoh bilangan (buah) yang hadir
dalam posisi sebelum kata inti, kata penerang yang terdiri kata adjektif (lama) turut dimuatkan dalam frasa
nama tersebut. Bagi contoh 3b pula, selain kata bilangan (se-/ satu) dan penjodoh bilangan (batang), kata
relatif yang dan kata adjektif deras turut termuat dalam frasa tersebut bagi menjelaskan kata inti dengan
lebih terperinci. Contoh-contoh ini dengan jelas menunjukkan bahawa pada kelazimannya kata nama inti
boleh dipeluaskan dengan meletakkan kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata penerang. Oleh itu,
dalam frasa nama, apabila kata inti hadir bersama-sama penerang, maka frasa tersebut terdiri daripada
pola inti + penerang dan tidak lagi dalam pola inti.

Satu aspek yang penting ialah perlu dibezakan antara kata inti dan kata penerang yang menjadi unsur
penting dalam membina frasa nama. Kata inti merupakan unsur wajib yang menjadi fokus utama dalam
binaan sesuatu frasa. Sebagai unsur utama, tumpuan makna sesebuah frasa bergantung pada kata inti ini
bukan pada unsur-unsur lain.
Contoh:
10a. [ tiga batang pokok durian ] FN


kata inti unsur penerang

Berdasarkan kepada contoh ini, kata inti ialah pokok, manakala unsur-unsur lain merupakan kata
penerang. Daripada contoh ini, perkataan pokok tidak boleh digugurkan daripada frasa tersebut kerana
penggugurannya boleh menyebabkan makna frasa tersebut tidak difahami.
Contoh:
*10b. tiga batang durian
F r a s a N a m a | 32

Di samping itu, fokus kepada frasa ini bergantung pada kata inti pokok. Hal ini kerana seluruh frasa ini
bergantung maknanya kepada kata inti dan dalam contoh 10 ini kata inti pokok merupakan perkara utama
yang diperkatakan.Unsur-unsur lain hanyalah untuk menghuraikan dengan lebih lanjut perkara yang
berkaitan dengan kata inti tersebut. Daripada unsur penerang ini, diketahui jenis pokok yang diperkatakan,
iaitu pokok durian dan jumlahnya sebanyak tiga batang. Disebabkan unsur penerang ini menghuraikan
dengan lebih lanjut sesuatu kata inti, maka penerang ini lazimnya bersifat pilihan, iaitu boleh digugurkan
atau ditiadakan daripada frasa tersebut. Pengguguran atau ketiadaan unsur pilihan ini lazimnya tidak
menjejaskan sesuatu frasa sama ada dari segi makna atau perkara yang diperkatakan.
Walaupun pada kelazimannya FN boleh diperluaskan dengan menambah unsur penerang kepada kata inti,
tetapi terdapat beberapa keadaan kata inti yang tidak boleh diperluas, contohnya jika kata inti tersebut
terdiri daripada kata nama diri atau kata ganti nama.
Contoh:
11a. Ahmad
Contoh-contoh di atas tidak boleh diperluaskan kerana jika diperluaskan makna yang menjadi fokus
kepada frasa akan berubah.
Contoh:
11b. kakak Ahmad
Berdasarkan kepada contoh di atas, makna yang menjadi fokus bagi frasa tersebut bukan lagi Ahmad,
tetapi kakak. Pemindahan makna daripada Ahmad kepada kakak lebih jelas apabila frasa ini dimuatkan
dalam ayat:
Contoh:
11c. Ahmad pegawai pemasaran di Syarikat Permata.
11d. Kakak Ahmad pegawai pemasaran di Syarkat Permata.

Contoh 11c menjelaskan bahawa pegawai pemasaran di Syarikat Permata ialah Ahmad, manakala dalam
11d menjelaskan bahawa kakak Ahmad ialah pegawai pemasaran di Syarikat Permata. Oleh itu,
F r a s a N a m a | 33


Binaan Inti + Penerang

agi frasa nama yang terdiri daripada kata inti dan unsur penerang. Frasa nama ini boleh terdiri
daripada dua, iaitu :








Binaan frasa nama yang terdiri daripada penerang nama bermaksud unsur yang menjadi penerang
tersebut juga terdiri daripada kata nama. Menurut Nik Safiah Karim, et al. (2010), terdapat 13 jenis frasa
nama yang unsur penerangnya terdiri daripada kata nama, iaitu:
Inti + Penerang Nama
Jenis Penerang Contoh
Kata Inti Penerang
Keturunan orang
warganegara
Melayu
Kemboja
Jenis rokok
rumah
daun
kayu
Penyambut

penutup
pelapik
botol
kain
B
INTI + PENERANG
INTI
+
PENERANG BUKAN NAMA
INTI
+
PENERANG NAMA
F r a s a N a m a | 34

Kegunaan

kayu
batu
pengukur
pengasah
Kelamin surau
rusa
wanita
jantan
Tempat kawasa
pinggiran
desa
kota
Arah wilayah
angin
utara
barat
Anggota badan tali
gelang
pinggang
kaki
Tenaga penggerak kapal
lampu
layar
minyak
Nama hal atau perkara majlis
borang
penutup
pendaftaran
Milik bumbung
atap
sekolah
bangunan
Khas Jalan
tentera
Ketoyong
Jepun
Panggilan atau gelaran (Penerang)
Profesor
Ustaz
(Inti)
Fatimah
Ramlan


Kenal pasti kata inti dan penerang. Tulis kata inti dalam ruangan yang disediakan.

1. guru pelatih : _____________________________
2. rumah kampung : _____________________________
3. lima orang pelakon tambahan : _____________________________
4. bangunan lima tingkat : _____________________________
F r a s a N a m a | 35

5. tingkat ke empat belas : _____________________________
6. lawatan mengejut : _____________________________
7. tiga orang profesor : _____________________________
8. Prof. Zakuan Ibrahim : _____________________________
9. tiga buah kolam ikan : _____________________________
10. bekas pemain bola sepak Pahang tahun 1980-an : _____________________________

Binaan frasa nama yang terdiri daripada penerang bukan nama bermaksud unsur yang menjadi penerang
tersebut juga terdiri daripada perkataan selain daripada kata nama. Menurut Nik Safiah Karim, et al. (2010)
terdapat 6 jenis frasa nama yang unsur penerangnya terdiri daripada perkataan selain kata nama, iaitu:
Inti + Penerang Bukan Nama
Jenis Penerang Contoh
Penerang Kata Inti
(1a) Penentu : Hadapan lima orang
beberapa ekor
lelaki
angsa



Jenis Penerang Contoh
Kata Inti Penerang
(1b) Penentu : Belakang gadis
peluang
itu
ini
(2) Kata kerja kolam
gunting
renang
gunting
F r a s a N a m a | 36





Kenal pasti jenis penerang dan tuliskan jenisnya dalam ruang yang disediakan.

1. bakul buluh : _____________________________
2. tanah Arab keturunan : _____________________________
3. lesen memandu : _____________________________
4. istana sultan : _____________________________
5. surat kebenaran : _____________________________
6. penggulung benang : _____________________________
7. penyakit kulit : _____________________________
8. derma daripada kerajaan Arab Saudi : _____________________________
9. kerusi elektrik : _____________________________
10. YB Abdullah : _____________________________






(3) Kata adjektif air
mahkamah
panas
tinggi
(4) Kata adverba hari
kemasukan
kelmarin
kemudian
(5) Frasa sendi nama rumah
hadiah
di tepi pantai
untuk Zaharah
F r a s a N a m a | 37


Binaan Inti + Inti

rasa nama yang terdiri daripada binaan inti dan inti bermaksud bahawa frasa nama tersebut tidak
mempunyai penerang, tetapi frasa tersebut keseluruhannya terdiri daripada unsur inti. Dalam
binaan ini, kata inti yang terlibat boleh sahaja membawa maksud yang sama erti atau berlawanan
erti. Persamaan atau perbezaan kata inti ini disebabkan makna keseluruhan frasa nama tersebut
didukung oleh kedua-dua kata inti. Biasanya frasa nama seperti ini mempunyai makna yang lewah atau
makna yang berlebih-lebihan
Contoh:
12. Ribut taufan / melanda Australia.
13. Dia tidak mahukan / wang ringgit.
14. Pemuda itu / telah membelasah seluruh tubuh badan pencuri itu.
15. Ibu bapanya sentiasa mengambil berat tentang pendidikan anak-anak.

Berdasarkan contoh 12-15 di atas ini, frasa yang bergaris merupakan frasa nama yang terdiri daripada inti
+ inti. Contoh 12 14 merupakan inti yang terdiri daripada makna yang hampir sama, manakala contoh 15,
menunjukkan kata inti yang berlawanan makna.


Tuliskan lima contoh frasa nama yang dibina oleh inti + penerang dan inti + inti dalam ruangan di
bawah.










F
Inti + Penerang





Inti + Inti





F r a s a N a m a | 38



Kenal pasti frasa nama di bawah. Tuliskan unsur yang membina frasa nama ini.

1. jentera pendingin : ______________________________
2. hutan rimba : ______________________________
3. baju Melayu : ______________________________
4. tanah sawah : ______________________________
5. sawah ladang : ______________________________
6. kebun bunga : ______________________________
7. datuk nenek : ______________________________
8. jantan betina : ______________________________
9. ibu saudara : ______________________________
10. kerusi meja : ______________________________
11. wang ringgit : ______________________________
12. wang saku : ______________________________



Susunan Frasa Nama

Unsur yang mengisi frasa nama perlu disusun mengikut urutan tertentu agar frasa yang dihasilkan
gramatis. dalam bahasa Melayu terdapat dua susunan frasa nama, iaitu susunan yang mengikut hukum D-
M dan frasa yang terkecuali daripada hukum D-M. Susunan frasa ini dijelaskan dalam rajah di bawah:





SUSUNAN
FRASA NAMA
HUKUM D-M KEKECUALIAN D-M
F r a s a N a m a | 39


Pernahkah anda mendengar Hukum D-M ? Tuliskan pendapat anda tentang Hukum D-M dalam
ruangan di bawah ini.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________


Hukum D-M

ukum D-M bererti aturan yang perlu digunakan apabila menulis frasa nama bahasa Melayu. D
bermaksud diterangkan, manakala M bermaksud menerangkan. Oleh itu, apabila menulis frasa
nama, maka susunan unsur yang mengisi frasa tersebut perlulah didahului oleh kata yang
diterangkan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti oleh kata yang menerangkan. Perkataan yang
diterangkan ini lazimnya terdiri daripada kata inti, iaitu kata nama, manakala kata yang menerangkan kata
nama inti boleh sahaja terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.
Susunana ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:



FN

Diterangkan Menerangkan

Berdasarkan rajah ini, bagi frasa nama yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih, perkataan yang
diterangkan (D) terletak di hadapan perkataan yang menerangkan (M). Dalam frasa nama, kata inti terdiri
H
Kata Inti Penerang
F r a s a N a m a | 40

daripada kata nama, manakala perkataan yang menjadi unsur penerang boleh terdiri daripada kata nama,
kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contoh yang berikut menjelaskan hukum D-M dengan
unsur penerang yang terdiri daripada golongan kata yang berbeza.
Contoh :


Kekecualian Hukum D-M

alam bahasa Melayu, walaupun frasa nama mempunyai aturan D-M, tetapi terdapat tiga bentuk
frasa nama yang terkecuali daripada hukum ini. Frasa nama tersebut melibatkan:

i. Kata nama khas dan jawatan.
Bagi frasa nama yang terdiri daripada kata nama khas atau nama bagi sesuatu jawatan,
maka kata yang menerangkan mendahului kata nama inti.
Contoh:
Diterangkan Menerangkan
kilang
rumah
kamar
bilik
masakan
bangunan
kawasan
banglo
papan
penghulu
tidur
mandi
panas
tinggi
di pinggir kota
di tepi bukit
D
Menerangkan Diterangkan
pembantu
perdana
penyelidik
menteri
F r a s a N a m a | 41







Berdasarkan kepada contoh di atas, bahagian yang menerangkan mendahului kata yang
diterangkan.


ii. Kata nama bilangan dan penjodoh bilangan.
Dalam bahasa Melayu, bagi frasa nama yang mempunyai kata bilangan dan penjodoh
bilang, kedua-dua bentuk kata ini akan mendahului kata nama inti.

Contoh:
















iii. Kata panggilan.
Frasa nama yang terdiri daripada kata panggilan, maka kata panggilan tersebut perlu
mendahului kata nama inti.



ketua
ibu
naib
hakim
pejabat
canselor
Menerangkan Diterangkan
lima orang
beberapa helai
sebilangan kecil
sekumpulan
selonggok
sekawan
panglima
daun
penduduk
pengganas
tanah
burung
F r a s a N a m a | 42

Contoh:














Tuliskan lima contoh frasa nama yang mengikut Hukum D-M dan lima frasa nama yang
terkecuali daripada Hukum D-M dalam ruangan di bawah.



















Menerangkan Diterangkan
Puan
Dr.
Sdr.
Tun
Si
Salbiah
Maznah
Ariffin
Hussin Onn
Tompok
Hukum D-M





Kekecualian Hukum D-M





F r a s a N a m a | 43

Penerang Dalam Frasa Nama

alam bahasa Melayu, kata nama inti yang hadir dalam frasa nama boleh menerima lebih daripada
satu penerang. Walau bagaimanapun, unsur penerang yang mengisi frasa nama ini perlu disusun
mengikut peraturan-peraturan tertentu. Pada umumnya, berdasarkan susunan penerang ini, frasa
nama dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama, iaitu :
i. Inti + Penerang Adj + Penerang + Penentu Belakang
ii. (a) Inti + Penerang I (Adj) + Penerang II (Frasa) + Penentu Belakang
(b) Inti + Penerang I (Frasa) + Penerang II (Frasa) + Penentu Belakang
iii. FN + FN (unsur FN1 = FN2)



(i) Inti + Penerang Adj + Penerang + Penentu Belakang

Yang berikut merupakan contoh frasa nama yang terdiri daripada penerang adjektif, penerang kata
nama dan kata penentu belakang.
Contoh:
Frasa Nama
Inti Penerang
Adjektif
Penerang Kata
Nama
Penentu Belakang
pintu besar kedai itu
atap baharu rumah ini
baju putih pemuda itu
kamera lama jurugambar ini





D
F r a s a N a m a | 44

(iia) Inti + Penerang I (Adj) + Penerang II (Frasa) + Penentu Belakang

Frasa Nama
Inti Penerang 1
(Adjektif)
Penerang 2 (Frasa) Penentu
Belakang
Inti Penerang
kamera lama jurugambar muda ini
kejayaan besar ibu mithali itu
pengurus besar kilang Proton ini
kisah lama penyanyi kelab itu



(iib) Inti + Penerang I (Frasa) + Penerang II (Frasa) + Penentu Belakang

Frasa Nama
Inti Penerang 1 Penerang 2 Pen.
Blkg Inti Penerang Inti Penerang
perabot kayu jati buatan Japara itu
dinding warna kelabu bilik saya -
pelanggan kedai kopi bangsa Bidayuh itu
kain songket biru tenunan Tgnnu ini






F r a s a N a m a | 45

(iii) FN + FN (unsur FN1 = FN2)


Frasa Nama
Frasa Nama1 Frasa Nama 2
abang sulung saya pengurus bank CIMB
karya Pike dan Pike Grammatical Analysis
makanan kegemaran ibu nasi dagang ikan
kucing kesayangan Izzah Comel




Berdasarkan frasa nama di bawah, tuliskan kenal pasti kata inti dan nyatakan unsur yang menjadi
penerang kepada kata intinya.
1. penulis lirik juara lagu : _____________________________
2. baju lusuh penjual ikan itu : _____________________________
3. anak kembar pasangan muda itu : _____________________________
4. wang ringgit pemain bola sepak itu : _____________________________
5. tetamu rumah rehat bangsa Jepun : _____________________________
6. kenangan silam pejuang kemerdekaan : _____________________________
7. pinggan tembikar putih buatan Cina ini : _____________________________
8. pelakon tambahan teater bangsawan itu : _____________________________
F r a s a N a m a | 46

9. deretan rumah kedai taman perumahan itu : _____________________________
10. sup kambing restoran mamak Pulau Pinang ini : _____________________________
11. sebakul rambutan milik juru jual di tepi jalan itu : _____________________________
12. seluruh penduduk kampung berhampiran kawasan itu : ____________________________


Fungsi FN

alam ayat, FN menjalankan fungsi-fungsi tertentu. Fungsi-fungsi ini berdasarkan posisi FN di
dalam sesebuah ayat. Pada umumnya terdapat enam fungsi FN, iaitu sebagai subjek, predikat,
objek, pelengkap, penerang dan sebagai unsur dalam binaan frasa sendi nama.

1. Subjek
Dalam sesebuah ayat yang merupakan ayat dalam susunan biasa (susunan subjek mendahului
predikat), frasa nama hadir pada posisi awal ayat. Dalam fungsi ini, frasa nama merupakan
benda atau perkara yang diceritakan.
Contoh :
Ayat
Subjek Predikat
Penduduk kampung membina masjid itu.
Nelayan di kawasan itu

sudah tiga minggu tidak ke laut.


2 Predikat
Predikat merupakan cerita atau huraian lanjut bagi sesuatu perkara atau benda (subjek). Dalam
ayat, pada kelazimnya, predikat diletakkan pada posisi selepas subjek.
D
F r a s a N a m a | 47

Contoh :
Ayat
Subjek Predikat
Beliau ahli politik yang disegani.
Lelaki berkemeja biru itu pengurus syarikat perkapalan.


3. Objek
Objek merupakan unsur yang hadir selepas kata kerja transitif. Objek dalam bahasa Melayu
terdiri daripada frasa nama.
Contoh:
Ayat
Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek
Polis menangkap pencuri itu.
Remaja itu memancing ikan.


4. Pelengkap
Pelengkap merupakan unsur yang hadir selepas kata kerja tidak transitif. Salah satu unsur yang
boleh menjadi pelengkap ialah frasa nama. Unsur-unsur lain ialah frasa adjektif dan frasa sendi
nama.






F r a s a N a m a | 48

Contoh:
Ayat
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak
Transitif
Pelengkap
Dia beralaskan tikar mengkuang.
Adik bongsu saya ingin menjadi doktor gigi.


5. Unsur dalam Frasa Sendi Nama
Frasa nama yang menjadi unsur dalam frasa sendi nama hadir dalam posisi selepas kata sendi.
Contoh:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Frasa Nama
di kedai kopi itu
untuk ibu dan bapanya


6. Penerang
Frasa nama juga boleh menjadi penerang dalam binaan frasa nama. Unsur penerang ini hadir
dalam posisi selepas kata nama inti.
Contoh:
Frasa Nama
Kata Nama Frasa Nama
rumah kayu
bakul rotan


F r a s a N a m a | 49

Nyatakan fungsi frasa nama yang bergaris dalam ayat berikut:

Ayat Fungsi
1. Mangsa perang itu hanya berbajukan pakaian yang lusuh
2. Hal ini telah sampai kepada pengetahuan suaminya Razak.
3. Mereka akan melancong ke Bukit Tinggi, Indonesia tidak lama
lagi.

4. Anak-anaknya amat gembira semasa bercuti di kawasan
peranginan itu.

5. Rafidah yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi pengurus
besar di Syarikat Bumi Hijau.

6. Nik Mastura telah bermohon daripada ibunya supaya beliau
diberikan mandat untuk menjaga rumah tua itu.

7. Rumah banglo dua tingkat yang baru saya beli itu masih belum
dilengkapi dengan perabot.

8. Wanita tua yang baru sahaja selesai menunaikan sembahyang
Asar belum lagi menggulung tikar mengkuangnya.



KATA KUNCI

1. kata inti
2. penerang
3. Hukum D-M
4. subjek
5. predikat
6. objek
7. pelengkap



F r a s a N a m a | 50

RUJUKAN

Ahmad Khair Mod Nor (2002). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors.
Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Zaba) 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like